Anda di halaman 1dari 60

CTU 151

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam


CITU, UiTM
Cawangan Pulau Pinang
Islam Di Alam Melayu
TEORI KEDATANGAN
ISLAM KE ALAM MELAYU

ISLAM
DIBAWA DARI
INDIA
ISLAM
DI BAWA DARI
CHINA
ISLAM
DIBAWA DARI
TANAH ARAB
SAS/CTU151 BAB 3
Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab
• Datang melalui hubungan perdagangan antara Asia Barat dengan Alam
Melayu.
• Pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang dipercayai sebagai
penganut dan pengamal agama Islam.
• Mereka datang ke Alam Melayu untuk membeli rempah dan kapur barus.
• Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Khalifah Muawiyah Bin Abu
Suffian pernah mengirim utusan kepada raja kerajaan Srivijaya di
Kepulauan Melayu supaya raja Srivijaya memeluk Islam.
• Raja Kedah yang bernama Derbar Raja II telah memeluk Islam pada tahun
1136 Masihi melalui ulama dari Yaman yang bernama Syeikh Abdullah bin
Syeikh Ahmad al-Qaumairi.
• Menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah.
• Negerinya digelar “Darul Aman”.
Hujah Prof. Dr. S.M Naquib Al Attas
• Pengaruh daripada tulisan dan hasil karangan yang
berasal dari Arab.
• Penggunaan tulisan jawi
• Cara pembacaan Al-Quran oleh masyarakat Alam
Melayu
• Ulama yang datang ke rantau ini berasal dari tnah Arab.
(Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah, Syeikh Ismail al-
Siddiq
Hujah dan Bukti Yang Menyokong Teori

• Istilah Melaka yang berasal daripada bahasa Arab


Mulaqat yang bererti “tempat pertemuan”.
• Tertubuhnya Undang-undang Laut Melaka yang di
dalamnya wujud pengaruh pemikiran hukum daripada
aliran Mazhab Syafi’e.
• Istilah dan pengucapan Bahasa Melayu yang berasal
daripada Bahasa Arab.(kalam,kerusi,adil,zalim)
• Nama orang Melayu zaman dahulu ditukar kepada
nama yang mempunyai sebutan Arab.
Teori Kedatangan Islam dari India

• Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje


• Disokong oleh Brian Harisson.
• Masyarakat Alam Melayu mengambil pandangan masyarakat
India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam
hal-hal perdagangan dan kebudayaan.
• Agama Islam di Alam Melayu sama dengan yang dianuti oleh
masyarakat Malabar yang berpegang kepada mazhab Shafie.
• Pengaruh perkataan India dalam kehidupan masyarakat Melayu.
(lebai)
• Senibina masjid yang mempunyai kubah dikatakan pengaruh
daripada senibina India.
Teori Kedatangan Islam dari China dan Champa
• Pemberontakan yang berlaku di Canton sekitar 877 Masihi telah
menyebabkan ramai orang Arab-Islam berhijrah ke Kalah(Kedah) dan
Palembang.
• Datang melalui sepanjang panjang pantai Laut China Selatan dan dibawa
oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada 977 Masihi.
• R.A Kern: Islam sampai ke Alam Melayu dari sebelah Champa(Kemboja)
pada abad ke-8 Masihi.
• Penemuan inskripsi yang mempunyai tulisan khat kufi yang bertarikh
1039M dan sebuah monumen bertarikh 1025M yang terkandung perkara
tentang hukum-hakam Islam.
• Batu bersurat di Terengganu yang mempunyai persamaan dengan batu
nisan yang ada di Champa Selatan.
• Persamaan batu nisan Fatimah binti Maimon yang dijumpai di Jawa Timur
dengan batu nisan di Phanrany, Champa Selatan.
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM
DI ALAM MELAYU
FAKTOR KEISTIMEWAAN ISLAM
AGAMA ISLAM SESUAI DENGAN FITRAH HIDUP
MANUSIA

- KONSEP KETUHANAN DAN KEYAKINAN


KEPADA ALLAH SWT
-
MUDAH DITERIMA OLEH AKAL
- MENGIMPLIMENTASI IBADAHNYA MUDAH
- MEMBERI JAMINAN KEADILAN KEPADA SETIAP
LAPISAN MASYARAKAT DENGAN PRINSIP SEMUA
MANUSIA ADALAH SAMA DI SISI ALLAH SWT
SEBAB ISLAM DITERIMA OLEH MASYARAKAT
ALAM MELAYU

- MENEKANKAN KONSEP KETUHANAN YANG MUDAH


DIFAHAMI
- MENEGASKAN CIRI2 KEADILAN, HAK INDIVIDU
MASYARAKAT, KEHIDUPAN YANG HARMONI DAN
BERADAB
- MENGUTAMAKAN PERSAMAAN HAK, PERSAUDARAAN
SESAMA MANUSIA, AKHLAK YANG MULIA
- AJARAN YANG MENEKANKAN TUNTUTAN JASMANI,
ROHANI DAN AKAL YANG PERLU DIPENUHI SECARA
BERSEPADU
- MERANGKUMI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DAN
MENGANJURKAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
YANG MENGGAMBARKAN KESEIMBANGAN KEHIDUPAN
FAKTOR PENDAKWAH
MENURUT BUKU2 SEJARAH LAMA SEPERTI SEJARAH
MELAYU, HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, TERDAPAT
BEBERAPA PENDAKWAH YANG MEMAINKAN
PERANAN PENTING DALAM MENGISLAMKAN RAJA-
RAJA MELAYU SEPERTI RAJA MELAKA OLEH SYEIKH
ABDUL AZIZ.

SIFAT KEPERIPADIAN PENDAKWAH DAN MUBALIGH


SERTA KITAB2 YANG MEREKA HASILKAN TURUT
MEMBANTU PENYEBARAN ISLAM

MEREKA BERDAKWAH DI MASJID, SURAU, ISTANA


RAJA SERTA RUMAH2 ULAMA.
FAKTOR PERKAHWINAN
KEBANYAKAN BERLANGSUNG DALAM GOLONGAN SIFU,
PEDAGANG DAN PENDAKWAH DENGAN ANAK2 GADIS
TEMPATAN. TERMASUK PUTERI2 DI KALANGA ISTANA.

SECARA TIDAK LANGSUNG, SELURUH KELUARGA MEREKA


MENGANUT ISLAM

CONTOH SEPERTI RAJA KAPUR, PARAMESWARA YANG TELAH


BERKAHWIN DENGAN PUTERI KESULTANAN PASAI PADA
TAHUN 1414 MASIHI. HAL INI MENYEBABKAN RAJA
MELAKA DAN SELURUH NEGERI MELAKAN TERDORONG
UNTUK MEMELUK ISLAM.
FAKTOR SULTAN DAN PEMBESAR
PENGARUH GOLONGAN RAJA DAN BANGSAWAN
MENGUKUHKAN LAGI KEPESATAN PERKEMBANGAN
ISLAM

TRADISI TAAT KEPADA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH


MENJADIKAN MEREKA MENGIKUT TINDAKAN
PEMERINTAH TANPA BANTAHAN DAN PERDEBATAN

JIKA RAJA MEREKE MEMELUK ISLAM, INI AKAN DIIKUTI OLEH


PEMBESAR DAN JUGA RAKYAT JELATA

CONTOH SEPERTI PARAMESWARA ATAU SULTAN


MUHAMMAD SHAH.
FAKTOR POLITIK DAN PENAKLUKAN
PERLUASAN KUASA POLITIK KERAJAAN MELAYU MELAKA KE ATAS
BEBERAPA BUAH KERAJAAN SEPERTI
JOHOR,PAHANG,TERENGGANU,PATTANI DAN BENGKALIS
TURUT MENYEBARKAN ISLAM KE DAERAH2 TERSEBUT

ACHEH MENJADI PUSAT PENYEBARAN ISLAM


TERPENTING DI ALAM MELAYU PADA ABAD KE 16 DAN KE 17
MASIHI SELEPAS KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN PORTUGIS
(1511 M)

ISLAM BERTAPAK DI PATTANI(ABAD 10 M) SELEPAS KEMEROSOTAN


KERAJAAN ISLAM DI TANAH MELAYU (ABAD 18 M) APABILA
PEDAGANG ARAB DAN PARSI DATANG UTK BERNIAGA.

DI KEPULAUAN BORNEO, SYARIFF ALI MUFAQIH MUQADDAM DARI


KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW MENYEBAR ISLAM (ABAD
15&16 M)
EKORAN ITU KEPULAUAN SULU DAN MINDANAO TURUT
MENERIMA ISLAM
FAKTOR EKONOMI DAN
PERDAGANGAN
 MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
ANTARABANGSA(ABAD 16 M).

 PEDAGANG-PADAGANG ISLAM MERUPAKAN KALANGAN


MUBALIGH, PENDAKWAH, AHLI SUFI, DA JUGA ULAMA.

 KEMHIRAN MEREKA DALAM PELAYARAN LAUT MEMBOLEHKAN


ISLAM DISEBAR DI ALAM MELAYU.

 PELABUHAN-PELABUHAN PENTING SEPERTI DI MELAKA, PERLAK,


ACHEH, PATTANI, SULU DAN MANDANAO MERUPAKAN LOKASI
TUMPUAN PEDAGANG ISLAM.

 CATATAN MARCO POLO YG MELAWAT PERLAK(1292 M)


MEMBUKTIKAN ISLAM MEMANG DISEBAR LUAS DI PELABUHAN
PERLAK OLEH PEDAGANG ISLAM.
FAKTOR PERSAINGAN
PENYEBARAN AGAMA
 PENYEBARAN KRISTIAN BERLAKU MELALUI DASAR PENJAJAHAN YG
DILAKUKAN KUASA-KUASA BARAT SEPERTI PORTUGSIS, BELANDA,
BRITISH, PERANCIS, DAN SPANYOL.

 PORTUGIS TELAH MELANCARKAN PEPERANGAN KE ATAS-ATAS


WILAYAH DI ASIA TENGGARA.

 INI MEWUJUDKAN PENENTANGAN TERBUKA OLEH MASYARAKAT


ASIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM.

PERSAINGAN DALAM MENYEBARKAN KRISTIAN DAN ISLAM


SEPERTI DIGAMBARKAN DALAM KES-KES PENYEBARAN ISLAM DI
PULAU MALUKU, TERNATE, SUMATERA, DAN SEBAGAINYA.

 DENGAN PERSAINGAN SEPERTI INI, USAHA DAKWAH LEBIH GIAT


DIJALANKAN DAN MENJADI LEBIH PANTAS DAN MENYELURUH
PENGARUH ISLAM DI
ALAM MELAYU

citu@uitmpp_09 18
PENDAHULUAN

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi


pengaruh yang besar.

Prof. S.M. Naquib al-Attas : Islam telah bawa


'zaman baru' di Nusantara.

Islam berjaya mengubah ‘jiwa dan wajah’ Alam


Melayu.

Perubahan berlaku dalam pelbagai aspek antaranya


akidah & kepercayaan, politik & pentadbiran, sosial &
budaya, ekonomi serta pendidikan.

citu@uitmpp_09 19
AKIDAH DAN KEPERCAYAAN

Kepercayaan tahyul dan khurafat digantikan


dengan akidah tauhid.

Golongan yang paling berperanan ialah ahli sufi


dan para mubaligh.

Agama Islam menjadi agama rasmi.

Kekuatan pegangan agama telah timbulkan


semangat jihad menentang penjajah.

citu@uitmpp_09 20
SOSIAL DAN BUDAYA

Budaya dan pemikiran Islam turut


mempengaruhi Alam Melayu.

Kepercayaan kepada kekuasaan Allah telah


memberi setiap individu harga diri kerana
tiada perbezaan antara sesama manusia di
sisi Allah kecuali taqwa.

Pengaruh akidah, syariah dan akhlak


memberi kesan dalam kehidupan.

citu@uitmpp_09 21
Sosial dan budaya…..

Berlaku asimilasi antara ajaran Islam dan


budaya setempat.

Islamisasi berlaku secara beransur-ansur


tanpa penentangan terbuka.

citu@uitmpp_09 22
EKONOMI

Kegiatan perdagangan diteruskan dengan


erlandaskan hukum syarak seperti konsep
halal haram.

Segala tindak tanduk bukan sahaja dikawal


oleh keikhlasan hati sahaja tetapi juga oleh
undang-undang negara seperti Risalat Hukum
Kanun dan Undang-undang Laut Melaka.

citu@uitmpp_09 23
POLITIK DAN PENTADBIRAN
Pengislaman raja-raja membawa arus
perubahan dalam sosio-politik.

Sistem kesultanan berbeza dengan sistem


pemerintahan beraja sebelumnya:

 Konsep dewaraja dihapuskan.


 Islam telah berjaya memanusiakan raja- raja
yang dianggap dewa sebelum ini.

citu@uitmpp_09 24
Politik & pentadbiran….

Islam telah membawa transformasi nilai


dan etika pemerintahan kepada raja-raja.

Sistem pemerintahan Kerajaan


Uthmaniyyah di Turki menjadi contoh dalam
pentadbiran.
sultan sebagai ketua negara dan ketua
agama.
mufti atau alim ulama sebagai penasihat.

Asimilasi undang-undang tempatan dengan


undang-undang Islam.

citu@uitmpp_09 25
Politik & pentadbiran….

Wujud undang-undang Islam bertulis


menggantikan undang-undang Melayu tempatan
(Malay Local Law) seperti di Melaka terdapat:

Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Melaka


(undang-undang negeri)

Undang-undang Laut Melaka (undang-undang


yang berhubung dengan peraturan laut serta
jenayah perdagangan)

citu@uitmpp_09 26
Politik & pentadbiran….

Beberapa buah kerajaan Melayu Islam telah


muncul selepas kedatangan Islam di Alam
Melayu seperti:

Perlak-Samudera-Pasai, Kerajaan Islam Acheh


& Minangkabau di Sumatera.
Kesultanan Melayu Melaka & Kerajaan Johor-
Riau-Lingga di Tanah Melayu.
Kesultanan Melayu Brunei di Pulau Borneo.
Pattani di Selatan Thailand.
Demak, Bantan, Sunda Kelapa dan Mataram di
Pulau Jawa.
Champa di Indo-China.

citu@uitmpp_09 27
PENDIDIKAN

Muncul institusi pendidikan seperti madrasah,


pondok/pesantren, masjid, surau, dan istana.

Sukatan pelajaran – pengajian al-Quran dan asas-


asas agama seperti Fiqh, Usuluddin dan akhlak.

Ilmu dan pendidikan terbuka kepada semua


golongan.

Lahir karya agama – sastera kitab seperti Hikayat


Nur Muhammad, Hikayat Amirul Mukminin dll.

citu@uitmpp_09 28
Pendidikan…

Pengenalan jawi dalam aspek tulisan.

Perbendaharaan kata dan istilah Melayu


dipengaruhi Bahasa Arab.

Lahir pusat-pusat ilmu yang terkenal seperti


Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau dan Patani.

Lahir tokoh ilmuan seperti Hamzah al-Fansuri,


Shamsuddin al-Sumatrani, Bukhari al-Jauhari,
Daud al-Fatani dll.

citu@uitmpp_09 29
Lain-lain aspek

Bahasa dan Perkataan


Perlakuan Individu
Kelahiran Tokoh Ulamak Tempatan

citu@uitmpp_09 30
Pusat Kecemerlangan Islam di Alam Melayu

Kerajaan Samudera-Pasai (1297-1409)


• Sultan al-Malik al-Salih
• Sultan Ahmad Malik al-Zahir
Kerajaan Melaka (1409-1511)
• Sultan Mudzaffar Shah
• Sultan Mansur Shah
Kerajaan Acheh (1511-1650)
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636)
• Sultan Iskandar Thani (1636-1641)

citu@uitmpp_09 31
TAMADUN MELAYU
SEBAGAI ASAS PEMBINAAN TAMADUN
MALAYSIA
ASAS-ASAS PEMBINAAN DAN
PEMBANGUNAN TAMADUN MALAYSIA

 Berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam


buku, Tamadun melayu dilihat sebagai asas
pembinaan dan pembangunan tamadun
malaysia.
 Ia seharusnya menjadi tunjang kepada usaha
membangun dan mengembangkan tamadun
Malaysia yang kini terdiri daripada rakyat
Malaysia dengan kepelbagaian bangsa dan
agama.
 Terdapat beberapa aspek penting yang dilihat
telah menjadi asas pembentukan tamadun
Malaysia. Ianya terdiri daripada :

 Bangsa Melayu menurut


Perlembagaan
 Islam Dan Perlembagaan
 Dasar Pendidikan Negara
 Dasar Kebudayaan Nasional
 Bahasa Melayu
 Jati Diri Melayu
BAHASA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN


Pada tahun 1956, satu lawatan yang dikenali sebagai
`Misi Merdeka’ telah diadakan oleh Tanah Melayu
yang diketuai oleh Ketua Menteri.
 Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk
menyelesaikan prinsip-prinsip asas dan hasilnya
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
 Satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Reid yang diketuai
oleh Lord Reid telah ditubuhkan untuk membuat syor
bagi pembentukan perlembagaan ke arah Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka sepenuhnya.
 Aspek yang telah diputuskan oleh suruhanjaya ini
terdiri daripada :
 Penubuhan sebuah kerajaan pusat yang kukuh
dengan kerajaan negeri dan Negeri Selat menikmati
sedikit autonomi.
 Menjamin kedudukan dan keistimewaan Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.
 Seorang Ketua Negara berperlembagaan bagi
Persekutuan, yang akan dipilih di kalangan Raja-
raja Melayu.
 Satu bentuk kerakyatan utntuk seluruh Persekutuan.
 Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan di sisi undang-undang kaum lain.
1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kedudukan istimewa
orang Melayu dan agama Islam.

2. Perlembagaan yang baru ini juga mengiktiraf kewujudan undang-


undang adat yang dilaksanakan dalam kalangan orang Melayu dan juga
pribumi Sabah serta Sarawak.

3. Ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu


dalam Perkara 153.

4. Pengiktirafan terhadap hak keistimewaan bangsa Melayu dan pribumi


ini adalah suatu persefahaman yang dikenali sebagai ‘KONTRAK SOSIAL’
berasaskan kepada catatan sejarah Tanah Melayu sebelum mencapai
kemerdekaan.

5. Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO telah mempengerusi satu


jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawantankuasa Sahsiah.
6. Antara isu yang paling hangat dibincangkan dalam jawatankuasa ini
ialah mengenaikerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan bahasa.

7. Terdapat memorandum yang diterima oleh Majlis Kebangsaan Perikatan


dan beberapa isu telah diputuskan iaitu :

- Yang Di Pertuan Besar diberi tanggungjawab untuk menjaga


kepentingan istimewa orang Melayu.
- Berhubung soal kerakyatan – mereka yang lahir di Tanah
Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan itu patutlah
menjadi warganegara Tanah Melayu.

8. Majlis Kebangsaan Perikatan juga bersetuju dengan cadangan untuk


menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.
ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
 Semenjak zaman lampau, negeri-negeri Melayu
telah memiliki kanun perundangan yang
berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam.
 Ini membuktikan semenjak zaman sejarah
sehingga kini, Tamadun Melayu telah
diperkemaskan oleh ajaran Islam.
 Islam dan adat Melayu menjadi nadi penting
dalam tradisi kemelayuan.
 Islam terus menjadi faktor definitif kepada
bangsa Melayu iaitu Melayu mengamal adat
Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
 Ciri-ciri perlembagaan Persekutuan:
Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1)
Agama Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3)
Perlembagaan sebagai undang-undang utama
Persekuatuan (Perkara 4(1)

Pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan


Kehakiman.
Raja Berperlembagaan (Perkara 39)
Demokrasi Berparlimen (Perkara 44)
Badan Kehakiman yang terpisah dan bebas dari
penguasaan Parlimen dan Eksekutif (Perkara 128).
Menurut al-marhum Profesor Ahmad Ibrahim di dalam kertas kerja beliau ‘Islam and The Constitution’
menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti :

Melindungi kedudukan dan martabat Raja-raja Melayu di negeri-negeri masing-masing

Yang Di-Pertuan Agong perlu dipilih dari kalangan Raja-raja Melayu

Melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu.

Pada 10 Jun 1988, sidang Parlimen telah meluluskan pindaan Perlembagaan dengan memperuntukkan
fasal 1A kepada artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai
sebarang bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Dasar Pelajaran Negara

 menjadi asas pembentukan sistem pendidikan

 berpaksikan kepada falsafah yang jelas

 falsafah ini menjadi teras kepada pendidikan yang


mengandungi matlamat, corak, dan kedah pendidikan secara
kasar
PENGGUBAHAN FALSAFAH NEGARA SERTA TRATEGI
PERLAKSANAANNYA

Falsafah pendidikan negara lahir daripada satu proses


pembinaan bangsa dan negara sejak merdeka lagi.

 Falasafah negara merupakan satu usahaberterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara mnyeluruh dan
bersepadu.

Untuk meahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari


segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.(Akta Pendidikan 1966).

Hasil daripada falsafah ini maka wujudnya Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK)
 Tujuan Dasar Pelajaran dalam negara ini ialah
bermaksud menyatukan kanak-kanak dari semua
bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan
bahasa pengantar yang besar iaitu bahasa inggeris.

 Hasil daripada tujuan itu maka terciptalah Akta


Pendidikan 1966 yang merupakan satu cabaran
baru bagi sistem pendidikan kita.
Antara perkara penting yang dilaksanakan dalam Akta
Pendidikan 1966.

 Landasan dan wawasan pendidikan adalah


berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

 Sistem Pendidikan Kebangsaan didiefinisikan secara


jelas yang meliputi semua peringkat termasuk pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan
pasca menengah dan pendidikan tinggi.

 Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai


bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan.

 Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain


 Kurikulum kebangsaan diperuntukan.

 Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi.

 Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib.

 Peruntukan bahasa Cina, Tamil, dan Bahasa Orang Asli.

 Tempoh Pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun.

 Pendidikan lepas mengengah.

 Peruntukan pendidikan khas


Turutan sejarah pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 –


Tempoh Pengukuhan

 Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan


 Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi
bahasa pengantar utama
 Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam
sekeliling Malaysia
 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Tempoh
Pengemaskinian

 Penegasan kepada pendidikan asas 3M, iaitu,membaca


menulis dan mengira
 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh
dan unsur-unsur disiplin yang diingini
 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11
tahun
 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran
meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Laporan Kabinet 1979

 Penegasan kepada asas pendidikan 3M iaitu,


membaca, mengira dan menulis
 Penegasan kepada pendidikan kerohanian
yang kukuh dan unsur-unsur yang diingini
 Penegsan kepada kurikulum ala Malaysia
 Pendidikan menengah atas melalui dua
jurusan, akademik dan vokasional
 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9
tahun kepada 11 tahun
 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran
meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
 Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf duni dari segi
kualiti untuk mencapai aspirasi negara
 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan
kepada dasar pendidikan kebangsaan
 Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7
tahun
 Pendidikan pra-sekolah sebagai sebahagian daripada
sistem pendidikan kebangsaan
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan
swasta
Dasar Kebudayaan Nasional

o Hubungan antara kaum adalah penting bagi mengecapi


kemakmuran dan keamanan .

o Wujudnya polarisasi antara kaum adalah kesan daripada


penjajahan British dan kemuncaknya dapat dilihat dalam
peristiwa 13 Mei 1969.

o Konsep kebudayaan Malaysia diasaskan kepada beberapa


prinsip asas yang sesuai dengan semua penganut agama.

o Semua agama dan kebudayaan mempunyai nilai


persamaan dan perbezaan yang perlu dikembangkan
supaya menjadi asas kepada pembinaan kebudayaan
nasional.
o Perbezaan nilai dalam agama atau budaya perlulah
dihormati oleh setiap rakyat Malaysia demi menjamin
keutuhan perpaduan nasional ini.
o Cara hidup manusia berperanan penting dalam proses
pembangunan negara Malaysia di mana pemupukan
budaya dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan
politik.
o Dasar Kebudayan Kebangsaan digubal sebagai
perancangan kepada proses pembentukan
kebudayaan.
o Penggubalan dasar dibuat dengan mempertimbangkan
fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan
kedudukan negara.
Objektif Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971

a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara


melalui kebudayaan.

b) Memupuk dan memelihara keperibadian


kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan.

c) Memperkayakan dan menpertingkatkan kualiti


kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Strategi – strategi peaksanaan objektif

a) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan


kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya
b) Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan
budaya melalui usaha-usaha yang berkesan
c) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nsionalisme
Malaysia
d) Memenuhi keperluan sosisobudaya
e) Meninggikan taraf dan mutu kesenian
Dasar Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Rasmi
 Bahasa Merupakan alat budaya yang
membentuk tamadun tidak ketara sesuatu
bangsa
 Tamadun yang tidak berlandaskan bahasa
sendiri tidak boleh melonjak maju kerana
pemikiran, budaya dan amalan yang menjadi
budaya dan ikutan sesuatu bangsa akan
sentiasa bercaggah.
 Bahasa Melayu jelas meupakan bahasa rasmi
negara Malaysia seperti yang termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan
diaktakan di bawah Akta Bahasa Kebangsaan
1963.
 Bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa Melayu-
Polinesia di bawah keluarga asal bahasa Austronesia
yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia
dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun.

 Menurut statistik penggunaan bahas di dunia, penutur


bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta
(bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan
bahasa ke-4 dalam turutan jumlah penutur terpenting
bagi bahasa-bahasa di dunia.

 Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek yang


berbeza dari sebutan dan kosa kata.
Fungsi yang harus dipenuhi sebagi bahasa rasmi

 Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan


tugas-tugas rasmi negara
 Sebagai media segala urusan surat menyurat di dalam dan di
antara jabatan-jabatan kerajaan
 Digunakan dalam semua rekod-rekod kerajaan
 Sebagai media untuk menuliskan semua undang-undang dan
peraturan negara
 Digunakan untuk semua jenis borang urusan rasmi kerajaan

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


(Perlembagaan Persekutuan: Perkara 152 fasal(a), Fasal (3).
a) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67:
b) Seksyen 2
c) Seksyen 6
Pelaksanaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi
 Surat-menyurat dalam jabatan
 Surat-menyurat dalam antara jabatan-jabatan kerajaan
 Surat-menyurat antara jabatan kerajaan dengan swasta
 Surat-menyurat antara swasta kepada jabatan-jabatan kerajaan

Cabaran-cabaran penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman


menjejaskan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang perudangan dan
kehakiman:
a) Perlembagaan Malaysia 152
b) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Masalah ancaman terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berhadapan


dengan suatu krisis nasional dalam bidang pendidikan, iaitu masalah
kekurangan buku-buku rujukan ilmu pengetahuan tinggi dalam bahasa
Melayu.
Pada ini undang-undang memainkan peranan penting dengan mantakrifkan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Negara.
Jati Diri Melayu

 Jati bermaksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur.


 Jati membawa maksud identiti yang memisahkan
suatu peribadi dengan peribadi yanglain
 Merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh
seseorang sama ada dari segi lahiriah mahupun nilai-
nilai yang menjadi pegangannya.
 Merupakan unsur-unsur kehidupan yang
mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat.
 Dalam pengertian sahihnya, jati diri merupakan
identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang
yang mempunyai sifat keutuhan yang dibanggakan.
Kesimpulan

 Masyarakat Malaysia sama ada Melayu ataupun tidak


pada dasarnya dipengaruhi oleh Islam dari pelbagai
aspek kehidupan dan undang-undang sema ada secara
langsung ataupun tidak.
 Kedatangan Islam di Tanah Melayu memainkan
peranan penting yang mengubah struktur kepimpinan
dan moral masyarakat Melayu hingga kini.
 Cara-cara perlaksanaan hidup berdasarkan islam
seperti perpaduan dan jati diri menjadi tunjang kepada
keutuhan moral dan akhlak masyarakat Malaysia masa
kini.

Anda mungkin juga menyukai