Anda di halaman 1dari 75

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

BAB EMPAT (4)


2. Memahami
konsep dan
1. Memahami
pelaksanaan
konsep keilmuan
sistem politik
dalam Islam
dan
pemerintahan
Islam
OBJEKTIF BAB
4

3. Memahami
4.Memahami
konsep dan
konsep sosial
pemakaian
berteraskan
sistem ekonomi
Islam
Islam
KEILMUAN DAN PENDIDIKAN
 Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan
yang tinggi berdasarkan wahyu pertama yang
disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.

 Wahyu suruhan belajar mengenali Allah SWT,


memahami fenomena alam serta mengenali diri
yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu
dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras
kepada falsafah pendidikan Islam.
 Pendidikan  proses berterusan melahirkan insan
yang beriman dan bertakwa.
 Penguasaan ilmu pengetahuan  peradaban yang
tinggi sebagaimana yang dirintis oleh umat yang
silam. Allah SWT menegaskan di dalam surah al-
Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
“..Allah meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan dari kalangan kamu
dengan beberapa darjat..”
 Peradaban Islam sememangnya dibina dan
ditegakkan di atas kecemerlangan ilmu pengetahuan
(ilmu keagamaan , sains & teknologi)
 Sejarah membuktikan kejayaan Baghdad dan
Andalusia sebagai dua buah pusat ketamadunan
Islam yang hebat dalam lipatan sejarah tamadun
Islam juga dengan sebab ilmu pengetahuan. Barat
hari ini muncul sebagai kuasa besar dunia pun kerana
mereka memiliki ilmu dunia.
ASAS (HAIRARKI KEILMUAN)

 Wahyu
- al-Quran
- al-Sunnah
 Intuisi
 Akal
 Rasionalisme
 Emperikal
 Pancaindera
 Pengalaman
AL-QURAN

 Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu


kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai
jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan
oleh manusia untuk kemaslahatan hidup juga
perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau
oleh akal pemikiran manusia.
AL- SUNNAH

 Sunnah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


Sunnah Qawliyyah, Sunnah Fi’liyyah dan Sunnah
Taqririyyah.
 Al-Sunnah merupakan petunjuk utama dalam
mengembangkan tradisi ilmu dan kehidupan.
Darinya lahir contoh-contoh ulama dan kepimpinan
yang berwibawa dan akhirnya melahirkan tamadun
yang bersifat menyumbang kepada kegemilangan
Islam dan pembangunan umat Islam.
INSTITUISI
 Intuisi disebut juga sebagai ilham, iaitu ilmu yang
berasal daripada penghayatan secara langsung. Intuisi
dalam konteks sumber ilmu, tidak terhad kepada para
rasul sahaja.
 Manusia lain turut mendapat ilmu melalui intuisi atau
ilham tanpa mengira tempat mahupun masa. Intuisi
yang baik datangnya daripada Allah SWT, manakala
intuisi yang tidak baik datangnya daripada bisikan
syaitan atau manusia lain.
 Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah
“firasat” atau pun pandangan bashirah (tembus) yang
dikurniakan oleh Allah kepada para ulama.Walaupun
begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat
bahawa sumber ilmu itu datangnya juga daripada
sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah.
AKAL
 Tahap kepintaran individu banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman
dan luaran seperti alam sekitar, budaya kaum, pendedahan,
pemakanan dan niat.

 Menurut Imam Ghazali, akal terbahagi kepada dua; pertama


berbentuk ‘aqli dan kedua berbentuk fikri. Akan tetapi, katanya di
atas akal ada roh yang dipanggil al-ruh al-qudsi al-nabawi. Jika
didasarkan hujah-hujah di atas nyatalah bahawa perkara yang
dimaksudkan dengan ruh qudsi itu tidak lain daripada wahyu yang
disampaikan Allah SWT kepada para nabi dan rasul.

 Sesungguhnya akal manusia adalah lemah dan tidak mampu untuk


menyelami rahsia-rahsia ketuhanan.

 Sepanjang sejarah manusia kita menyaksikan betapa kekuatan akal


telah membolehkan manusia membina tradisi ilmu. Ilmu-ilmu
berkembang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dari ilmu
membolehkan manusia membina kehidupan dan tamadun.
RASIONALISME
 Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji
yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama
pengetahuan.

 Konsep utama yang menjadikan pegangan ini ialah


kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran
(alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme
menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat
kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan.

 Dari sudut kebenarannya, ilmu rasional amat berperanan dalam


keterangan tentang fenomena-fenomena alam fizikal. Namun,
akal manusia sangat terbatas, terdapat banyak perkara yang
tidak dapat diterangkan berdasarkan logik dan rasional.

 Di sinilah ilmu wahyu amat berperanan menerangkan sesuatu


yang tidak dapat ditanggapi oleh akal manusia, khususnya
dalam persoalan-persoalan iman dan alam ghaib.
EMPERIKAL
 Emperikal dalam bentuk sederhana mengakui bahawa
pengalaman pancaindera atau deria sebagai saranan untuk
mendapat ilmu pengetahuan.

 Sekiranyatidak dapat dibuktikan oleh pancaindera, sesuatu itu


tidak dianggap sebagai ilmu atau kebenaran. Ilmu emperikal
ini amat berperanan dalam membentuk pengetahuan manusia,
khususnya apabila digabungkan dengan ilmu rasional.

 Islam tidak menolak sumber ilmu selain wahyu dan intuisi.


Berdasarkan al-Quran, sumber rasional dan emperikal tetap
dipandang penting. Misalnya bagi sumber rasional berulang
kali al-Quran menuntut agar akal digunakan sebaik-baiknya.

 Sumber emperikal juga sangat dipentingkan oleh Islam,


misalnya ketika mensabitkan kesalahan dalam hukum jinayat,
seperti kesalahan mencuri dan berzina. Sungguhpun rasional
dan emperikal sangat penting, namun kedudukan kedua-
duanya tidak sepatutnya melebihi kedudukan ilmu wahyu
PANCAINDERA
 Pancaindera merupakan satu sumber ilmu yang
amat penting bagi manusia. Ilmu boleh diperoleh
melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan,
penglihatan dan peranan pancaindera yang lain.

 Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman,


penglihatan, pendengaran dan deria rasa
merupakan sumber pengetahuan yang utama dan
amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi
dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan
betul.
PENGALAMAN
Manusia perlu belajar dari pengalaman sejarah
silam. Ini kerana sejarah merupakan harta
berharga bagi kesinambungan hidup masa depan
dan menetapkan hala tuju kehidupan.

Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi


manusia sering menipu sejarah. Tidak ada satu
bangsa pun yang dapat bergerak ke hadapan
dengan penuh yakin jika ia tidak menoleh ke
belakang melihat pengalaman lepas yang boleh
merangsangnya mencari inspirasi untuk maju ke
hadapan.
KLASIFIKASI ILMU

ILMU PENGURUSAN
ILMU PENGURUSAN DIRI
MASYARAKAT (FARDU
(FARDU AIN)
KIFAYAH)
POLITIK DAN PEMERINTAHAN
ASAS
PEMERINTAHAN
ISLAM

AKIDAH
AKHLAK
SYARAK
SUMBER PEMERINTAHAN ISLAM

AL-QURAN AL-SUNNAH IJMAK


- bertanggungjawab - hasil ijtihad
- mengandungi memperincikan dan majoriti ulama
perintah Allah dalam mengaplikasikan di dalam sesuatu
hal akidah, syarak, ajaran al-Quran dalam hal yang tidak
dan akhlak termasuk bentuk praktikal jelas nasnya
hal pemerintahan - Merealisasikan sama ada di
- menggariskan secara pemerintahan Islam. dalam al-Quran
umum konsep, Cth: negara Islam atau al-Sunnah.
prinsip, dasar, ciri, Madinah.
batas dan ruang
lingkup
pemerintahan Islam.
DASAR PEMERINTAHAN ISLAM

 Pemerintahan Islam ditegakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan


kepada Allah SWT dan atas kesedaran, kebebasan dan keikhlasan
untuk beribadat kepadaNya yang terlepas daripada batas keturunan,
bahasa, kebudayaan, geografi dan lain-lain.
 Hak pemerintahan yang mutlak adalah hak Allah SWT dan manusia
sebagai pemegang amanah.
 Ketua negara Islam adalah pemegang amanah Allah SWT yang
tertinggi dan rakyat diwajibkan memberikan kesetiaan selagi
amanah Allah itu dilaksanakan.
 Ciri utama pemerintahan Islam ialah pelaksanaan syura berdasarkan
kepada garis yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
 Pemerintahan Islam berusaha sedaya upaya melaksanakan syariah
Islamiah secara mutlak.
ASAS PEMIKIRAN POLITIK ISLAM
 Al-Hakimiyyah al-Ilahiyyah (Rabbaniyyah)
 Al- Risalah
 Al-Khilafah
 Al-Musyawarah
 Al ‘Adalah (Keadilan)
 Al-Hurriyyah (Kebebasan)
 Al-Musawah (Persamaan)
 Al-Amanah
TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM
 Membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan
kenegaraan yang tegak di atas dasar melaksanakan
seluruh hukum syari'at Islam.  
 Menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.
Dengan adanya pemerintahan yang mendukung
syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan
berterusanlah segala urusan manusia. Menurut
tuntutan-tuntutan al Din tersebut.
TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM
 Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah
disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam.
 Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan
menyelesaikan masalah di kalangan orang-orang yang berselisih.
 Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai.
 Melaksanakan hukuman -hukuman yang ditetapkan syara' demi
melindungi hak -hak manusia.
 Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi
menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar.
TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM
 Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang
Islam.
 Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan
sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'.
 Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan
daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan
secara boros ataupun secara kikir.
 Mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi
mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal
pentadbiran Negara.
 Menjalankan pergaulan dan pemeriksaan yang rapi di
dalam hal ehwal awam demi untuk memimpin negara dan
melindungi al-Din.
EKONOMI
 Asas ekonomi Islam terungkap dalam konsep
‘tauhid’ yang dikaitkan dengan konsep ketuhanan
(rububiyah), kesucian jiwa (tazkiyah), manusia
sebagai hamba dan khalifah, persaudaraan,
pengorbanan bagi menuju matlamat ekonomi
Islam.
 Konsep tauhid menurut al-Quran merangkumi
hubungan antara manusia dengan Tuhan (Allah
SWT), hubungan sesama manusia dan hubungan
manusia dengan alam sekeliling.
 Al-Quran dan al-Sunnah jelas merupakan sumber
utama yang dirujuk bagi meyelesaikan segala
permasalahan yang timbul dalam kehidupan
manusia.
 Hakmilik yang sebenar ialah Allah SWT sebagai
Pencipta segala kejadian. Manusia hanya
diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat
daripada anugerah Allah SWT
PEMILIKAN HARTA
 Terdapat beberapa jenis pemilikan dalam sistem
ekonomi Islam iaitu:
 INDIVIDU: Islam membenarkan pemilikan
harta secara individu kerana ia tuntutan naluri
dan fitrah manusia. Islam mendidik cara yang
betul bagaimana tuntutan naluri tersebut
dipenuhi.
 Islam mensyaratkan pemilik harta supaya
menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal,
kehormatan dan keselamatan harta.
 tujuan pemilikan harta mesti dipatuhi kerana pemilikan
harta yang banyak boleh mendatangkan bahaya serta
kecintaan terhadap harta
 Pemilikan individu yang tidak terkawal dan terarah boleh
mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan
kebajikan umum di samping kerosakan dan bahaya diri
sendiri.
 Pemilikan individu diperolehi menerusi harta
pusaka/warisan, wasiat, pemberian derma dan hadiah,
berusaha sendiri seperti berniaga, bertani dan sebagainya.
 Harta-harta yang yang cukup nisab (kadar yang
ditentukan untuk berzakat) dan haulnya (genap
setahun) hendaklah dikeluarkan zakat dan
sedekah ke jalan Allah.
UMUM
 Hak milik umum merupakan harta yang
dikhususkan untuk kepentingan umum atau
kepentingan masyarakat seperti pembinaan jalan
raya, talian air paip dan sungai, tempat reakreasi,
padang rumput, pertahanan darat, laut dan udara.
 Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus
oleh pihak pemerintah dan diagihkan secara adil dan
saksama kerana itu adalah hak asasi manusia.
NEGARA

 Hak milik negara meliputi segala bentuk bayaran yang


dipungut oleh Negara secara syar’ie dari penduduk
termasuk perolehan dari pertanian, perdagangan dan
aktiviti industri. Negara membelanjakan perolehan
tersebut untuk kemaslahatan rakyat.
 Meskipun menyerahkan kepada negara untuk
mengelolanya, namun Allah SWT telah melarang
negara untuk mengelola kepemilikan umum tersebut
dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada
orang tertentu.
 selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal
tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah
dijelaskan oleh syara'.
INSTITUSI KEWANGAN
 Baitulmal
Institusi kewangan Islam dalam bentuk baitulmal
secara rasmi ditubuhkan pada zaman
pemerintahan Umar bin al-Khatab. Ini tidak pula
bererti pada zaman Rasulullah SAW dan Abu
Bakar as-Siddiq tidak terdapat sebarang institusi
kewangan.
Sebenarnya secara tidak rasmi institusi kewangan
dalam bentuk Baitulmal telahpun wujud pada
zaman Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-
Siddiq, tetapi Baitulmal dalam erti kata yang
sebenarnya belum lagi wujid kerana hasil Negara
belum lagi berkembang.
 sumber pendapatan Negara yang terpenting pada
masa itu iaitu jizyah, ghanimah dan fai’.
 sumber pendapatan Negara Islam ini tidak
disimpan lama, malah terus diagih kepada
tentera Islam dan orang yang berhak
menerimanya. Dalam erti kata yang lain,
pendapatan Negara Islam dibelanjakan
sepenuhnya tanpa ada lebihan.
 Perluasan jajahan takluk Islam pesat sekali pada
zaman Umar bin al-Khatab segenap penjuru alam.
Implikasi daripada penaklukan ini harta yang
mendatangkan hasil dalam bentuk wang dan
sebagainya bertambah begitu banyak sekali hingga
tidak dapat diagih serta-merta.
 Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan
telah dikemukan oleh Khalid al-Walid kepada Umar
al-Khatab agar menubuhkan satu institusi kewangan
Negara yang bertanggungjawab menguruskan harta
negara.
 perbendaharaan ini dikenali dengan “Diwan”
dan “Khazanah” yang kemudiannya dikenali
dengan Baitulmal.
BANK
 Penghayatan di dalam bidang ekonomi
merupakan bidang yang tidak kurang pentingnya
yang merupakan salah satu daripada kebangkitan
Islam kini.

 Bank-bank Islam pada masa kini kelihatan stabil


dan mampu mengatasi krisis memandangkan
mereka tidak melabur dalam instrument hutang
yang akan mengakibatkan kejatuhan matawang
 Mekanisma Bank Islam yang didirikan atas
prinsip perkongsian adalah bebas dari kadar
bunga. Jadi tidak timbul persoalan tentang
pembayaran bunga kepada para penyimpan
ataupun penerimaan sebarang kadar bunga dari
para pelanggan
SISTEM BARTER KEPADA KEWANGAN
 Sistem boleh didefinasikan sebagai suatu sistem
ekonomi di mana jual beli barang dilakukan secara
pertukaran barang dengan barang.
 sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan
antaranya memerlukan penemuan dua kehendak
serentak, masalah penentuan nilai pertukaran,
membatasi pilihan pembeli, bayar tertunda sukar
dilakukan, kesukaran membahagi barang ke unit
yang lebih kecil dan kesukaran menyimpan
kekayaan.
 kerana banyak masalah yang dihadapi dalam
sistem barter, maka sistem wang telah digantikan.
Dalam ekonomi moden, masyarakat
menggunakan wang sebagai alat untuk memiliki
sesuatu barang
ZAKAT
 zakat bererti yang menyucikan dan yang
menyuburkan.
 Zakat merupakan teras dan nadi kewangan awam
Islam. Ia meliputi bidang moral, sosial dan
ekonomi.
 zakat bertindak sebagai cara yang unik dan
dijamin oleh Islam untuk membasmi kemiskinan
di kalangan masyarakat dengan menyedarkan
golongan kaya akan tangungjawab sosial mereka.
 lima bentuk harta yang diwajibkan zakat iaitu
barang-barang perniagaan, emas dan perak
serta hasil dari kedua-dua bahan ini, tanam-
tanaman dan buah-buahan, binatang-binatang
ternakan dan bahan-bahan galian serta rikaz
(benda-benda berharga yang ditemui dalam
tanah.
 Zakat ialah bayaran wajib atas kekayaan yang
dimiliki oleh golongan berada dalam
masyarakat Islam. Zakat adalah salah satu
kewajipan umat Islam yang mampu
menyucikan harta kekayaannya yang
diwajibkan setelah tahun kedua dari hijrah
SADAQAH
 Ia berperanan dalam menyamaratakan
pengagihan harta dikalangan umat Islam, juga
membangun dan mempertahankan Negara awal
Islam.
 Pada zaman Rasulullah SAW di Madinah,
Negara Islam hanya bergantung kepada sumber
sadaqah (sumbangan sukarela daripada umat
Islam untuk membiayai perbelanjaan Negara).
AL-KHARAJ
 Al-Mawardi telah menerangkan bahawa al-Kharaj
ialah nama bagi setiap bentuk sewaan dan hasil
pendapatan. Terdapat dua cara pemungutan kharaj:
kharaj sebanding (Muqasimah) dan kharaj tetap
(wajifah) (al-Jammal, 1992).
 Kharaj sebanding dikenakan ke atas sebahagian dari
hasil keluaran seperti setengan ataupun satu pertiga
dari hasil. Sebaliknya, kharaj tetap adalah bayaran
tertentu ke atas tanah berdasarkan jumlah keluaran
dalam ukuran fizikal ataupun wang untuk seunit
kawasan.
KAEDAH PEMILIKAN
 Jual beli
 Wasiat
 Wakaf
 Hadiah
 Penerokaan hak cipta
 Pembelanjaan Harta
 Pengembangan Harta
 Keadilan Dalam Pengagihan
SOSIAL
Wanita
 -Wanita & institusi keluarga merupakan unsur
penting dalam pembentukan masyarakat
 -Islam memberikan keadilan kepada wanita
dalam pelbagai bentuk
 -Islam juga tidak mengabaikan peluang
pendidikan kepada wanita
 -Kedatangan Islam menjadikan wanita sebagai
penggerak dalam menuju keagungan Islam
 -Kemuliaan wanita terserkah apabila diiktiraf
oleh Nabi (Syurga itu dibawah telapak kaki ibu)
 -Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk
menentukan hudupnya dalam masyarakat dengan cara
yang sesuai dengan sifatnya dan menjauhi segala
bentuk penghinaan dan kesusahan serta menghindari
fitnah
 -Islam memberikan kedudukan yang seimbang kepada
wanita setanding dengan lelaki dalam pelbagai aspek
Kanak-kanak
-Kanak-kanak merupakan aset yang berharga
sebagai bakal tampuk kepimpinan negara
akan datang
-Peringkat inilah yang banyak menentukan
perkembangan jasmani dan rohani mereka
-Peringkat perkembangan kanak- kanak
1. Dari lahir – 2 tahun
2. 3 – 4 tahun
3. 5 – 6 tahun
4. 7 tahun
Ibu Bapa
-Asas pembinaan keluarga yang baik bermula
dari ibu bapa

-Ibu bapa banyak menentukan proses


pembentukan watak anak- anak

-Sifat kesolehan seseorang anak akan terdorong


dengan sifat kesolehan ibu bapanya

-Ibu bapa perlu bijak dan mendalami ilmu- ilmu


untuk mendidik anak- anak agar menjadi hamba
Allah yang bertaqwa
RUJUKAN
 Abdul Halim Mahmud (terj. Mohd Fakhrudin Abd
Mukti) (1995). Islam dan Akal. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
 Abdullah Alwi Hassan et al (2005). Teori dan Aplikasi
Kontemporari Sistem Ekonomi Islam Di Malaysia. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
 Abulhassan Muhammad Sadeq, Dr (terj. Rohani
Sulaiman) (2003). Pembangunan Ekonomi Dalam Islam.
Selangor : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
 El- Muhammady, Abd. Halim, Dr (1996). Pengurusan
Dalam Islam. Kuala Lumpur : Blue- T Communication.
Sdn. Bhd.
 Fazlur Rahman, Dr (terj. Saiful Azhar) (1991). Islam dan
Masalah Keadilan Sosial. Kuala Lumpur : A.S Noordeen.
 Haron Din, Dr (1987). Manusia dan Islam. Kuala
Lumpur : PDRM.
 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2001). Buku teks
Kursus TITAS untuk Institusi Pengajian Tinggi.Kuala
Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.
 Zulkifli Dahalan et. Al (2009). Sejarah Pemikiran dan
Tamadun Islam. Shah Alam : UPENA UITM.
KESIMPULAN
 Pembinaan tamadun merupakan aspek penting –
menentukan halatuju dan pencapaian
ketamadunan negara
 Komponen-komponen penting ( Keilmuan dan
Pendidikan, Politik dan Pemerintahan, Ekonomi
dan Sosial ) merupakan aspek yang perlu dititik
beratkan.
CONTOH- CONTOH SOALAN

 1. Apakah tanggungjawab utama wanita Islam


selepas berkahwin?

 A Mengasuh dan mendidik anak- anak


 B Mentaai suami dalam hal makruf
 C Berbuat baik kepada ahli keluarga
 D Melaksanakan kerja- kerja rumah
 2. Imam al- Ghazali telah mengklasifikasikan
ilmu kepada Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.
Manakah antara berikut pecahan kepada ilmu
Fardu ‘Ain?

 A Tauhid, Fekah, dan Mantiq


 B Aqidah, Fekah dan Tasawwuf
 C Ibadah, Akhlak dan Muamalat
 D Tauhid, Muamalat dan Mantiq
 3. Al- ‘Adalah merupakan salah satu prinsip
utama dalam sistem pemerintahan Islam.
 Manakah antara berikut Paling Tepat berkaitan
prinsip tersebut?

 A Pengagihan hak secara sama rata


 B Keputusan berasaskan suara majoriti
 C Tindakan yang menepati syariat Islam
 D Meletakkan sesuatu tepat pada masanya
4. Unsur penting di dalam sesebuah negara merdeka
ialah al- hurriyah (kebebasan) di kalangan rakyat.
 Berikut adalah prinsip tersebut dalam menjamin
kestabilan dan kelangsungan pemerintahan
sesebuah negara, Kecuali :

 A Hak peribadi rakyat dijamin dan terbela


 B Tiada diskriminasi berlaku dalam
pentadbiran
 C Supaya rakyat dapat kebebasan sepenuhnya
 D Rakyat berhak mencari rezeki tanpa
halangan
 5. Harta merupakan amanah Allah SWT
kepada manusia.
 Manakah antara berikut Tidak Benar mengenai
fungsi harta dalam Islam?

 A Sumber nafkah
 B Status kemuliaan
 C Pembangunan negara
 D Kemudahan beribadat
 6. Akal menduduki tempat kedua selepas
wahyu sebagai sumber ilmu.
 Berikut faktor- faktor kelemahan akal sebagai
sumber ilmu tersebut, Kecuali :
 A Akal manusia boleh dipengaruhi nafsu
 B Akal manusia berbeza antara satu sama
lain
 C Akal manusia tidak boleh mencapai perkara
ghaibiyyat
 D Akal manusia tidak mampu mengetahui
perkara akan datang

Anda mungkin juga menyukai