Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan

Penulis telah menggunakan dua kaedah pendekatan dalam penyelidiakannya iaitu kaedah bersifat sejarah yang memberikan tumpuan terhadap peristiwa dan pelakunya dan keduanya bersifat objektif iaitu membicarakan masalah sebagai pokok perbahasan. Perkara-perkara yang dibincangkan di dalam buku ini dibahagikan kepada tajuk-tajuk yang berikut; i) Tujuan pendidikan Islam. Tajuk ini sangat erat hubungannya dengan falsafah, gagasan, matlamat dan objektif yang akan mempengaruhi pandangan terhadap ilmu dan kandungan pendidikan Islam Kandungan pendidikan Islam yang membincangkan tentang ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang hendak di tanamkan kepada orang yang menerima pendidikan. Ia termasuk penjenisan ilmu dalam falsafah Islam Mereka yang terlibat dalam pendidikan Islam. Institusi-institusi pendidikan Islam Perpustakaan yang mana mempunyai pengaruh yang besar dalam pendidikan Islam dan kaitannya yang erat dengan punca dasar ajaran Islam, iaitu al-Quran dan Hadith Kaedah pendidikan Islam Buku-buku Islam yang dihasilkan

ii)

iii) iv) v) vi) vii)

Tujuan Pendidikan Islam

Tujuan pendidikan terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Penekanan pendidikan Islam dimulai dengan tujuan akhir diikuti tujuan am dan tujuan khas. Tujuan akhir pendidikan Islam; Ia bersifat umum dan perlaksanaanya merangkumi dan melangkaui semua perkara kerana ia membawa kearah kesempurnaan jiwa, bentuk personaliti diri dalam aspek kerohanian, psikologi, intelektual dan jasmani, membawa kepada persiapan diri dan kesimbangan untuk kehidupan dunia dan akhirat. Tujuan am pendidikan Islam; Al-Abrasyi: Untuk membentuk akhlak yang mulia, sebagai persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat, persiapan mencari rezeki dan pemeliharaan manafaat, menumbuhkan semangat ilmiah dan ingin tahu serta melengkap pengetahuan dalam semua aspek kehidupan disamping memelihara aspek kerohanian dan keagamaan.

Nahlawy; Merumuskan bahawa pendidikan Islam adalah pendidikan akal dan persiapan fikiran, mengembangkan potensi dan bakat diri, memberi perhatian pada kekuatan dan potensi generasi muda dan memberi pendidikan sebaik-baiknya kepada lelaki dan perempuan serta berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia. Al-Jammali; Menyenaraikan tujuan pendidikan berdasarkan kandungan al-Quran iaitu memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya sebagai makhluk Allah dan tanggungjawab sebagai individu, hubungan sosial, memenafaatkan alam sejagat dan memperkenalkan kepada manusia kepada Penciptanya. Al-Buthi; Untuk mendapatkan keredaan Allah dan jauhkan yang mungkar, meninggikan akhlak, memupuk rasa cintakan negara berdasarkan ajaran Rasulullah s.a.w dan mengajar manusia nilai akhlak mulia, mewujudkan ketenteraman jiwa dan meneguhkan aqidah, memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan wadah kebudayaan dan menonjolkan Islam sebagai agama suci dan agung serta meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan negara. Tujuan khas pendidikan Islam; Ia merupakan perubahan-perubahan yang hendak dicapai. Antara tujuan khas ialah; memperkenalkan aqidah Islam dan dasarnya, asal-usul hukum dan ibadat serta cara pelaksanaannya yang betul, menimbulkan kesedaran, menanamkan keimanan kepada Allah, para malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan hari akhirat berdasarkan pemahaman, kesedaran dan keikhlasan, menimbulkan minat kepada generasi muda untuk menambah ilmu, menanamkan rasa cinta kepada al-Quran, menanamkan kesedaran terhadap sejarah, rasa bangga terhadap kebudayaan Islam dan pahlawan-pahlawan Islam dan mencontohinya, melahirkan sikap rela, optimis, percaya pada diri sendiri, bertanggungjawab, mendidik naluri, motivasi dan keinginan generasi muda dan menguatkannya dengan aqidah dan nilai- nilai murni, menanamkan keimanan kepada Allah serta membersihkan diri dari sifat yang buruk. Di dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun seorang pemikir terakhir pada zaman keemasan tamadun Islam telah membahagikan tujuan pendidikan Islam kepada; mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan dengan mengajarnya menerusi al-Quran dan al-Sunnah, melengkapkan diri dengan akhlak, sosial dan asas kemahiran vokasional, mempertingkat daya pemikiran seseorang serta membekalkan nya dengan kemahiran kesenian.

Kandungan pendidikan Islam

Pengetahuan dalam pendidikan Islam merangkumi konsep pengetahuan dan sejauhmana pengetahuan dapat diperolehi dalam falsafah Islam dan jenis-jenis pengetahuan dan hierarkinya
2

dalam falsafah Islam, punca-punca pengetahuan dalam falsafah Islam, ukuran dan syarat-syarat pengetahuan dalam Islam serta ciri-ciri falsafah pengetahuan dalam Islam. Konsep pengetahuan dalam falsafah Islam; Dalam falsafah Islam (al-Syaibany) prinsip-prinsip berikut diakui merupakan asas dalam menjawab persoalan tentang falsafah Islam iaitu; benda-benda mempunyai realiti yang tetap di alam nyata dan realiti ini mempunyai wujud yang bebas daripada bayangan fikiran; Walaupun pengetahuan terhadap benda-benda tidak semestinya serupa dengan realiti, namun kita dapat menganggap benda-benda dalam realiti sebenarnya namun kesahihannya tidak pasti. Walaupun mesti ada interaksi antara orang yang menganggap dengan benda yang dianggap tetapi benda itu wujud sendiri dan bebas dari akal manusia yang menganggapnya. Falsafah Islam mengenai teori pengetahuan berada ditengah-tengah mazhab realism dan mazhab idealism. Jenis-jenis pengetahuan dan hierarkinya; Semua ahli falsafahIslam bersetuju bahawa objek pengetahuan yang tinggi dan mulia adalah pengetahuan terhadap Allah S.W.T. Pengetahuan-pengetahuan lainnya ialah pengetahuan tentang perkara-perkara aqidah iaitu rukun iman, pengetahuan mengenai halal haram, hukum-hukum syariah Islam, pengetahuan dari aspek kerohanian, pengetahuan tentang realiti alam sejagat, kehidupan dan masyarakat. Pendapat-pendapat ahli falsafah Islam mengenai perkara ini; Al-Kindi (796-873M) Merupakan ahli falsafah Islam yang pertama telah membuat penjenisan pengetahuan berdasarkan penjenisan yang dibuat oleh Aristoteles iaitu pengetahuan dibahagikan kepada dua cabang iaitu teori (tabii, matematik, metafizik) dan praktikal (akhlak, pengurusan rumah, pengurusan bandar) Al-Farabi (878-950M) Beliau telah menambah beberapa cabang ilmu yang tidak ada dalam penjenisan Aristoteles dan Al-Kindi , iaitu ilmu kalam dan ilmu fiqh. Ibnu Sina (980-1036M) Beliau mengakui penjenisan Aristoteles tetapi menambah beberapa penambahan berdasarkan alQuran dan al-Sunnah; Pengetahuan dibahagi kepada pengetahuan abadi dan sementara; Pengetahuan abadi sebagai tujuan teoritikal (ilmu alam semulajadi, ilmu matematik, ilmu metafizik dan ilmu universal) manakala sebagai tujuan praktikal (akhlak, pengurusan rumah, pengurusan bandar, syariah). Al-Ghazali (1058-1111M) Fasa pertama, beliau membahagikan pengetahuan kepada teoritikal dan praktikal sama seperti penjenisan ahli falsafah sebelumnya.
3

Fasa kedua, dalam bukunya Ihya Ulum al-Din beliau membuat tiga penjenisan pengetahuan. Jenis pertama: Pengetahuan terbahagi kepada mukasyafah dan muamalah, di mana muamalah terbahagi kepada zahir (dibahagi kepada ibadat dan adat) dan batin (dibahagi kepada muhlikah dan munjiyyah). Jenis kedua; Pengetahuan terbahagi kepada syariyyah dan aqliyyah. Syariyyah berasal dari al-Quran, alSunnah, ijmak dan sejarah sahabat-sahabat, cabangnya dari fiqh dan hati, pendahuluan: bahasa, nahu penutup: al-Quran dan lain-lain. Manakala aqliyyah terbahagi kepada diperolehi ((dunia dan akhirat) dan daruri, Jenis ketiga; Pengetahuan terbahagi kepada naqli (wahyu) dan aqli (dicari dengan akal). Naqli terdiri dari; alQuran, tafsir, hadith, nasikh dan mansukh, sanad hadith, usul fiqh, ilmu kalam, ilmu tasawuf. Manakala aqli terdiri dari; bilangan, kira-kira, hisab, aljibra, muamalah dan faraid, kejuruteraan, ilmu bentuk, ruang dan kawasan, ilmu gunaan iaitu perubatan, binaan, pertukangan, perbidanan dan lain-lain. Punca-punca pengetahuan dalam falsafah Islam Punca-punca pengetahuan yang diakui dalam falsafah Islam terdiri dari; deria, akal, intuisi, ilham dan wahyu. Semua ahli falsafah bersepakat menyatakan deria khususnya pancaindera sebagai punca pengetahuan atau sebagai punca berlakunya kesan-kesan dari alam nyata kepada otak. Al-Kindi memberikan pandangan bahawa deria adalah punca utama pengetahuan dan akal punca kedua. Masnakala Al-Ghazali menyatakan deria tidak akan membawa kepada pengetahuan melainkan akal . Mengikut ahli falsafah Islam, akal mempunyai fungsi yang tersendiri dan juga beberapa kelebihan. Al-Madrasi menyatakan akal di ibaratkan cahaya yang menerangi manusia di dalam gelap gelita yang memberikan penunjuk kepada kebenaran, menyedarkan manusia dari kesalahan, mengajar manusia membuat kesimpulan yang benar dan memungkinkan manusia menilai pemikiran sendiri dan yang membezakan antara ilmu yang benar dengan khayalan yang kosong. Al-Ghazali menilai akal dengan sederhana, beliau telah menghuraikan fungsi akal dan kelebihannya yang mengatasi deria dalam beberapa karyanya dan menyimpulkan bahawa akal mempunyai fungsi-fungsi tanggapan dan moral. Intuisi pula merupakan perpindahan sifat potensi ke alam kenyataan dalam bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras tetapi melalui deria batin. Ibnu Sina mentakrifkan intuisi sebagai ilham akal yang aktif, sementara Al-Ghazali mentakrifkannya sebagai perpindahan fikiran dari permulaan kepada yang di tuju tanpa perantaraan. Ibnu Sina dan al-Ghazali berpendapat bahawa keupayaaan intuisi tidak sama pada semua manusia. Ilham pula di anggap sangat tinggi oleh golongan tasawuf. Ilham sangat berkaitan dengan intuisi yang masing-masing termasuk penanggapan yang langsung atau tanggapan emosi yang langsung
4

yang dapat di serupakan dengan tanggapan deria yang langsung terhadap benda-benda luar yang dapat ditangkap dengan pancaindera, dan juga dapat diserupakan dengan tanggapan akal menerusi pemikiran. Wahyu merupakan punca kelima bagi seorang Muslim untuk memperolehi pengetahuan, terutama berkenaan perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan, aqidah, hukum-hukum syariah, khususnya masalah halal dan haram dan pelajaran akhlak.

Orang yang terlibat dalam pendidikan Islam

Golongan yang terlibat dalam pendidikan terdiri dari murid, guru, ibu bapa, pegawai-pegawai pelajaran, pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan atau di kementerian lain yang ada hubungannya dengan pendidikan. Guru memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, sehingga tidaklah dianggap seseorang itu terpelajar sekalipun ia telah membaca seberapa banyak buku tetapi tidak berguru pada guru tertentu. Imam syafie menyatakan; Sesiapa yang belajar daripada buku nescaya dia menyia-nyiakan pencapaian yang patut diperolehi. Campurtangan kerajaan dalam pendidikan bermula pada zaman pemerintahan Muawiyyah iaitu dengan penetapan pelajaran tertentu yang selaras dengan kehendak kerajaannya. Muawiyyah telah melantik orang-orang tertentu sebagai guru Qasas (cerita) yang dibayar gaji. Apabila kerajaan Islam semakin berkembang maju, pemerintahnya menggalakkan pemindahan ilmu dari negara-negara luar ke negara Islam melalui usaha penterjemahan. Penubuhan Bayt al-Ilm sebuah gedung ilmu pengetahuan di Baghdad telah melahirkan pustakawan, penyalin dan ramai orang terpelajar menjalankan tugas penterjemahan dan dibayar dengan bayaran yang tinggi. Perkembangan pengetahuan dan institusi pengajajian telah melahirkan ramai tokoh guru terkenal, antaranya madrasah Nizamiyyah di Baghdad yang mengambil nama Perdana Menteri Nizam al-Mulk. Beliau melantik al-Syirazi menjadi penyelia di madrasah tersebut. Nur al-Din di Syria dan Salahuddin di Mesir dan Syria melahirkan guru yang terkenal seperti Abu al-barakat al-Harithi, Najm al-Din al-Khabusyani dan Imad al-Din al-Katib. Al-Mustansiriyyah merupakan maktab yang ditubuhkan oleh al-Mustansir seorang Khalifah Abasiyyah, telah menyediakan pembelajaran untuk mazhab Malikikiyyah, Hanbaliyyah, Syafiyyah dan Hanafiyyah. Al-Azhar yang merupakan sebuah masjid telah diisytiharkan menjadi sebuah universiti pada tahun 378 H. Pada tahun 395 H. Dar- al-Hikmah ditubuhkan dimana pakar agama dan bahasa telah dilantik untuk bertugas di kedua-dua institusi ini. Di Dar al-Hikmah, doktor dan pustakawan telah dilantik dan dibayar gaji. Perlantikan guru-guru dilakukan dengan sistem yang teratur, diberikan penentuan tugas dan penentuan kuasa kerajaan. Ini membuktikan betapa pentingnya kedudukan guru dalam
5

masyarakat Islam pada zaman pertengahan dan menggambarkan hubungan baik kerajaan dengan pendidikan. Kedudukan sosial guru-guru Kedudukan sosial guru-guru bergantung kepada bidang pengkhususan tugas mereka. Iaitu samada mereka merupakan guru kepada kanak-kanak, tutor kepada putera raja dan pembesar atau merupakan guru di masjid atau madrasah. Pada awal kebangkitan Islam guru kepada kanak-kanak ini dipandang rendah oleh masyarakat kerana mereka merupakan tawanan perang yang menjadi hamba dan orang-orang kristian. Kedudukan tutor pula dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mereka terdiri dari guru-guru yang terkenal yang mengajar putera raja dan anak pembesar negeri. Mereka ini diberi penghormatan yang tinggi dan mendapat gaji yang lumayan. Manakala guru yang mengajar di masjid dan madrasah juga mendapat penghormatan yang tinggi. Banyak kitab-kitab yang menulis mengenainya seperti kitab al-Munyah fi Adab al-ilm oleh al-Syahid, Ihya Ulum al-Din oleh al-Ghazali dan lain-lain lagi. Murid-murid dan persamaan peluang pendidikan Murid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud orang yang mencari atau menginginkan. Menurut Islam murid adalah pencari kebenaran. Banyak ayat al_Quran dan Hadith yang menggalakkan seseorang untuk menuntut ilmu. Antaranya; Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Orang yang berilmu adalah waris nabi-nabi dan sedekat-dekat manusia kepada martabat kenabian adalah orang yang berilmu dan berjihad. Berdasarkan prinsip Islam, kewajiban menuntut ilmu keatas lelaki dan perempuan tidak kira kaya atau miskin bermula dari turunnya ayat Quran pertama iaitu Iqra. Pengajaran ilmu yang dibuat di masjid-masjid dilakukan dalam bentuk bulatan (halaqah) tujuannya supaya guru dapat memberi perhatian yang samarata kepada semua murid. Ramai guru waktu itu tidak lokek memberikan bantuan kewangan kepada murid yang susah supaya dapat menghadiri kelas ilmu. Apabila sekolah-sekolah mula didirikan, Nizam al-Mulk iaitu pengasas sekolah yang pertama mengisytiharkan pendidikan percuma dan pemberian biasiswa. Sebagai contoh, Al-Ghazali dan saudaranya Ahmad telah mendapat menafaaat dari pendidikan seperti ini. Universiti Al-Azhar merupakan contoh terbaik dalam memberikan pendidikan secara percuma kepada penuntut-penuntut dari seluruh dunia di samping pemberian bantuan makanan. Sejarah menyebutkan banyak sekolah rendah ditubuhkan secara persendirian untuk kanak-kanak miskin dan anak-anak yatim bagi memastikan semua orang mendapat peluang menimba ilmu.
6

Contohny di Iraq, Yahya bin Khalid memulakan penubuhan sekolah-sekolah rendah untuk anakanak yatim. Tokoh-tokoh perancang pendidikan Di antara tokoh-tokoh perancang pendidikan yang terkenal ialah Al-Mamun, Nizam al-Mulk, Nur al-Din dan Salah al-Din. Al-Mamun (m.d. 218 H) merupakan penyokong kuat dari segi moral dan material kepada institusi pendidikan islam yang pertama iaitu Bayt al-Hikmah . Nizam al-Mulk (m.d. 485 H) merupakan pengasas pertama sekolah-sekolah dalam pendidikan Islam. Pencetus gerakan mengadakan sistem pendidikan dengan penubuhan sekolah-sekolah bagi orang Islam di seluruh empayar Islam. Dengan usaha beliau, sekolah-sekolah yang dibina dibiayai dan dilengkapi dengan perpustakaan, pembayaran gaji yang tinggi kepada guru dan pemberian biasiswa. Nur al-Din (m.d. 569 H) merupakan pengasas pertama sekolah-sekolah di Damsyik dan di bandar-bandar lain di Syria. Salah al-Din (m.d.589 H) merupakan pengasas pertama sistem sekolah di Mesir. Beliau menyediakan segala keperluan untuk pendidikan dan juga memberikan bantuan kewangan

Institusi-institusi pendidikan Islam

Institusi pendidikan Islam terhimpun dalam tiga perkara iaitu rukun Islam, rukun iman dan ihsan. Ketiga-tiga prinsip ini mempengaruhi tingkah laku manusia. Pakar-pakar pendidikan Islam telah membicarakan ketiga-tiga prinsip dasar Islam dalam bidang pembahasan masing-masing iaitu rukun Islam dalam ilmu Fiqh, rukun iman dalam ilmu Kalam dan Ihsan dalam ilmu akhlak. Sebelum penubuhan sekolah, pada zaman permulaan Islam, pelajaran agama disampaikan dari rumah ke rumah. Nabi Muhamad menjadikan rumah al-Arkam bin Abu al-Arkam selain dari rumah baginda sendiri sebagai tempat belajar dan tempat pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Penghijrahan baginda ke Madinah pada tahun 622 Masehi, membawa perubahan yang besar terhadap penyebaran dan kestabilan agama Islam. Masjid menjadi fungsi utama pendidikan Islam. Di Masjid Quba dan Nabawi aktiviti ibadat dan pendidikan dijalankan seiring. Bentuk pengajian yang lebih formal pula dijalankan di surau yang bersambungan dengan masjid Nabawi yang diberi nama al-Suffah yang member pendidikan secara khusus dalam mata pelajaran tertentu seperti al-Quran, dasar-dasar Islam, seni khat, sejarah dan lain-lain. Amalan pendidikan di masjid dan suaru ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh para sahabat dan pengikut Rasulullah s.a.w. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, banyak masjid didirikan sebagai tempat beribadat dan pendidikan di jajahan takluknya di Parsi, Syam, Mesir dan seluruh Semenanjung Tanah Arab.
7

Peranan ini diteruskan lagi di zaman Kerajaan Umayyah di mana para sahabat dan tabiin telah membuka banyak pusat pengajian Islam di masjid-masjid di seluruh negara Islam yang mengajar ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh, bahasa kesustraan Arab dan lain-lain. Pada zaman ini juga lahir beberapa aliran pengetahuan iaitu ilmu Kalam, undang-undang, tasawuf dan falsafah. Zaman kerajaan Abasiyyah merupakan zaman kemajuan dan keemasan pengajian Islam. Ilmuilmu seperti ilmu hisab, fizik, kimia, ilmu bintang, logik, falsafah diperkenalkan. Manakala kursus pengajian terbahagi kepada tiga peringkat iaitu; permulaan, menengah dan kepakaran. Bagi pendidikan permulaan, ianya dijalankan dipondok atau kuttab. Ada yang didirikan bersambungan dengan masjid dan ada yang tidak. Kurikulum yang dugunakan dalam pengajian pondok di seluruh dunia Islam adalah hampir serupa. Selain al-Quran dan Hadith, tulisan khat, tatabahasa Arab, kesusteraan dan sejarah telah diajarkan. Institusi sekolah atau madrasah ditubuhkan pada akhir abad keempat Hijrah oleh pendudukpenduduk Naisabur iaitu al_Madrasah al-Baihaqiyyah. Ia merupakan madrasah pertama berbentuk persekolahan dalam dunia Islam. Nizam al-Mulk (m.d. 485 H) Perdana Menteri di bawah Alp Arstan dan Malik Syah telah mengembangkan penubuhan sekolah-sekolah di seluruh negeri Islam. Nur al-Din pula merupakan pengasas pertama pembinaan sekolah di Damsyik dan dibandar-bandar besar lain di bawah kekuasaannya. Sistem sekolah diperkenalkan di Mesir semasa kerajaan Aiyubiyyah. Usaha ini diteruskan oleh penguasa kerajaan Mamalik yang menggantikan kerajaan Aiyubiyyah. Institusi pendidikan Islam di Nusantara pula berkembang ke India, Indonesia Filipina, Tanah Melayu dan lain-lain yang mana pengajaran al-Quran diajarkan kepada kanak-kanak di rumahrumah. Perpustakaan Perpustakaan merupakan institusi pendidikan yang penting dalam pendidikan Islam. Perpustakaan pertama yang menghimpunkan buku secara besar-besaran ialah Bayt al-Hikmah dibina oleh Harun al-Rasyid yang merupakan pusat perkembangan intelektual yang terpenting pada zaman pertengahan. Antara perpustakaan awam yang terkenal ialah seperti perpustakaan Haidari di Najaf yang menyimpan buku-buku dalam bahasa Parsi dan Arab tulisan tangan, perpustakaan Ibnu Sawwar di Basrah , Khizanat Sabur (Dar al-Ilm) yang merupakan perpustakaan yang terbaik yang pernah ada didunia Islam, perpustakaan al-Syarif al-Radi (Dar al-ilm) yang merupakan pusat perkembangan intelektual yang dibina oleh al-Syarif al-Radi di Baghdad (m.d.406 H), perpustakaan Masjid Zaidi yang dibina oleh Abu al-Hasan Ali bin Ahmad al-Zaidi (m.d.575 H), Dar al-Ilm atau Dar al-Hikmah yang ditubuhkan di Qahirah oleh khalifah kerajaan Fatimiyyah merupakan lambang puncak kemasyhuran dinasti Abasiyyah di bawah Khalifah al-Mamun. Pada zaman perkembangan sekolah di Iraq, Khurasan dan Mesir, perpustakaan sekolah telah didirikan. Nizam al-Mulk telah menubuhkan perpustakaan disetiap sekolah.

Selain dari perpustakaan awam, terdapat juga perpustakaan separuh awam yang dibina oleh khalifah-khalifah dan raja-raja bukan untuk tujuan kegunaan umum tetapi sebaliknya untuk mencari kemasyhuran dan dibuka kepada golongan atasan sahaja. Contohnya perpustakaan alNasir lidinilah, perpustakaan al-Mustasimbillah, perpustakaan khalifah-khalifah Fatimiyyah yang merupakan perpustakaan yang istimewa di zaman pertengahan dan dikatakan salah satu keajaiban dunia kerana memiliki lebih satu juta koleksi buku yang berharga. Selain dari perpustakaan awam dan separuh awam, banyak juga perpustakaan persendirian yang dibina oleh para ulama untuk kegunaan mereka sendiri, contohnya perpustakaan Fath bin Khaqan (m.d. 247 H), perpustakaan Hunain bin Ishaq (m.d. 264 H) yang banyak menyimpan buku perubatan dan banyak lagi. Perpustakaan-perpustakaan ini telah memainkan peranan yang amat penting dalam pengembangan pendidikan dalam sejarah tamadun Islam.

Kaedah pendidikan Islam

Kaedah mengajar dalam pendidikan Islam adalah untuk mewujudkan sifat-sifat semulajadi atau fitrah. Fungsi utama guru adalah sebagai seorang yang memudahkan perkembangan nilai sebahagian sifat ketuhanan yang terkandung dalam al-Asma al-Husna kepada kanak-kanak. Kaedah belajar dalam bentuk bulatan (halaqah)atau separa bulatan diamalkan sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. di mana pembelajaran akan di mulai dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa. Kaedah halaqah ini sangat berkesan kerana tidak wujud perbezaaan taraf dan lebih memudahkan guru dan murid berinteraksi. Kaedah ini diamalkan sehingga kini dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsa seperti di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengambil bentuk bulatan (round table conference) untuk memberi taraf yang sama kepada semua peserta yang mewakili negara-negara yang berbeza.

Buku-buku pendidikan yang dihasilkan

Antara buku yang penting dalam pendidikan Islam ialah buku al-Fihrist karangan Ibnu al-Nadim yang dianggap sebagai dokumen yang paling berharga yang ada dalam bahasa Arab dan seluruh kebudayaan Islam pada zaman pertengahan kerana ia mempunyai indeks judul buku-buku yang telah dihasilkan oleh pengarang-pengarang dalam bahasa Arab pada abad ke-10.

Kesimpulan

Tamadun Islam dalam pendidikan telah bermula seawal kerasulan Nabi Muhamad s.a.w., di mana proses pembelajaran agama telah dijalankan di rumah dan kemudianya di masjid-masjid. Perkembangan pendidikan berjalan dengan pesat di mana guru-guru telah dilantik oleh pemerintah untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak dan dibayar gaji. Sekolah-sekolah mula dibina dan memberikan pelajaran secara percuma kepada pelajar lelaki dan perempuan kepada yang kaya dan miskin tanpa perbezaan darjat. Buku-buku mula ditulis oleh para cendikiawan dan perpustakaan dbina sebagai pusat intelektual yang mengumpulkan banyak buku-buku ilmiah yang pada awalnya dalam bentuk tulisan tangan dan disalin semula oleh penyalin-penyalin bagi memperbanyakkan lagi jumlah buku-buku yang amat penting untuk rujukan ilmiah. Kaedah-kaedah pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan Hadith merupakan asas penting bagi pembangunan manusia dalam melahirkan masyarakat berilmu.

10

Rujukan

Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan Dr. Hasan Langgulung: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1997

11

Anda mungkin juga menyukai