Anda di halaman 1dari 3

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

1 . KEILMUAN DAN PENDIDIKAN 1.1 KONSEP ILMU. Menurut islam pendidikan adalah sama tarafnya dengan wahyu.wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW menyuruh baginda untuk mengenali Allah SWT,memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah ilmu dan amal. Ilmu adalah syarat utama manusia untuk menjadi khalifah dimuka bumi . Nabi Adam telah dilengkapkan dengan ilmu bagi melayakkan diri sebagai khalifah bagi mentadbir dan memakmur kan bumi. Ilmu merupakan kayu ukur membezakan antara individu dengan individu lain. Firman Allah swt bermaksud : Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui (al-Zumar:9) Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan . Allah meletakkan orang yang beriman dan berilmu pada tahap yang tinggi.(Allah akan meninggikan orangorang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat(alMujadalah:11)) 1.2 ASAS (HAIRARKI KEILMUAN) Ilmu dalam islam mempunyai beberapa hairarki berasaskan sumber-sumber yang kukuh seperti wahyu,intuisi atau ilham,akal,rasionalisme,empirical,pancaindera dan pengalaman. Terdapat dua sumber kukuh di dalam wahyu iaitu Al-Quran dan Al Sunnah.Al-Quran merupakan sumber utama dalam tamadun Islam.Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi yang perlu diterokai . Ianya juga sumber rujukan dan panduan disamping sumber pelbagai ilmu.Firman Allah,bermaksud: (katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislahlautan itu, sebelum habis kalimatkalimat Tuhanku,meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu(al-Kahfi: 109)) Al-Sunnah sumber ilmu kedua selepas Al-Quran.Al-Sunnah terbahagi kepada tiga Sunnah iaitu Sunnah Qawliyyah. Sunnah Filiyyah dan Sunnah Tariqah.Al-sunnah sama seperti apa yang disandarkan kepada Rasulullah berkaitan dengan perbuatan ,perkataan danpengakuan serta perjalanan hidup yang sama ada sebelum atau selepas menjadi rasul.Al-Sunnah melengkapi Al-Quran dengan tiga cara, pertama menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam Al-Quran,kedua menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam Al-Quran dan yang ketiga menetapkan hokum yang tiada dalam Al-Quran.

Intuisi atau ilham hanya berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan mereka yang bertaqwa.Ilham ialah idea atau firasat yang diberi oleh Allah untuk melakukan sesuatu perkara.Instuisi ialah kelebihan yang diberikan kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu dengan cepat secara semula jadi.Mimpi juga dianggap sebagai sumber ilmu seperti mimpi Nabi Ibrahim diperintah menyembelih anaknya Ismail.Oleh itu intuisi dapat membantu manusia membina kefahaman tentang urusan dunia dan akhirat(Ezad et ai,2004) Akal adalah kurniaan Allah SWT untuk membatu manusia berfikir.Manusia dikurniakan akal membolehkan manusia memegang amanah dan tanggungjawab.Dengan akal manusia boleh memahami, menelitidan mengkaji. Namun akal tidak boleh menjawab segala persoalan alam ghaib melainkan perlukan dalil naqli (wahyu).Justeru, akal perlu digabungkan dengan naqli kerana ilmu-ilmu aqli seumpama makanan dan ilmu naqli umpama ubat.Apa yang dinilai oleh akal dalam kalangan kita adalah baik tetapi hakikatnya tidak baik dan begitulah sebaliknya apa-apa yang diburuk-burukkan oleh akal atau sangkaan seseorang,hakikatnya tidak demikian (Mohd Fakhruddin 1995) Resionalisem dan Empirikal.Resionalisem adalah satu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan.resionalisem yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik.Ilmu rasional amat beperanan dalam keterangan tentang fenomena-fenomena alam fizikal.Empirikal dalam bentuk serdahana mengakui bahawa pengalaman pancaindera atau deria sebagai saranan untuk mendapat ilmu pengetahuanAliran emperisme yang redikal iaitu dalam bentuk positivisem atau sensationalism,sesuatu yang melalui sumber pancaindera.Ilmu empirical banyak membantu manusia memahami kehidupan sehariandan memberi andaian tentang kehidupan masa akan datang.sungguhpun rasional dan empirical sangat penting, namun kedudukannya tidak sepatutnya melebihi kedudukan ilmu wahyu (Ezad,2004) Pancaindera (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan pendegaran) merupakan deria yang penting kepada manusia.Dengan akal dan pancaindera, manusia boleh berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan antara yang baik dan buruk.Islam mengiktiraf akal berdasarkan kebenaran mengambil hukum melalui ijtihad, ijmak dan qiyas.Penggunaan akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui kebenaran mutlak melainkan perlu berpandukan wahyu Allah. Pengalaman mengajar manusia.Dengan pengalaman manusia tidak akan melakukan kesilapan yang sama.Pengalaman manusia mengajar mereka untuk memperbahrui diri mereka untuk menjadi lebih baik.

1.3 Klasifikasi Ilmu. Ilmu Fardhu Ain. Ilmu tentang asas agama Islam seperti mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, zakat, puasa dan haji.Ianya adalah wajib dipelajari secara mendalam. .Ilmu Fardhu Kifayah iaitu seluruh ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan kehidupan dunia untuk mencari redha Allah seperti ilmu perubatan, perakaunan, perniagaan dan sebagainya. Jika ilmu seumpama ini tidak dikuasai oleh sesebuah negeri maka akan merugikan.Ilmu fardhu kifayah juga dianggap pelengkap fardhu ain.

Anda mungkin juga menyukai