Anda di halaman 1dari 16

Peranan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia

Pengaruh Islam dari segi Politik . Pengaruh Islam dari segi Sosio Budaya. Pengaruh Islam dari segi Ekonomi .

PENGARUH ISLAM DARI SEGI POLITIK

Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan


yang berasaskan agama Islam. Misalnya, Gelaran raja yang telah ditukar dengan gelaran Sultan yang bermaksud Sultan adalah khalifah Allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam. Dalam pentadbiran pula, sultan mengguna pakai sistem pentadbiran yang berteraskan AlQur'an dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan menmberikan nasihat kepada Sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya.

Dalam bidang perundangan pula, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Syafie yang terdapat di Perak, Johor, Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-undang Terengganu yang melaksanakan undang=undang syarak.

Selain itu, dapat dilihat juga ketika pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Qur'an yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negeri-negerinya.

Pengaruh Islam dari segi Sosio Budaya

Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas iaitu Islam membawa fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.

Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam.

Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Perpatih dan Adat Temenggong yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari Al-Qur'an dan Hadis di samping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie.

Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya terdapat doa-doa dan bacaan AI-Qur' an digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa.

Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan didedahkan dengan pendidikan Al-Qur'an. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangkan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran seperti tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajarpelajar yang mengikuti sekolah pondok.

Dari aspek seni bina pula - terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.

Tulisan Jawi mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Farsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Pengaruh Islam dari segi Ekonomi


Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan.

Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli, hutang-piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-undang Terengganu.

Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup seharian masyarakat tempatan di Tanah Melayu.

Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri.

Kesimpulan Pengaruh Islam di Malaysia


Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat tempatan di Tanah Melayu dari segi politik, sosial dan ekonomi. Kedatangan penjajah British pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.

Faktor Pemangkin Islamisasi Di Malaysia

Keunggulan & Kemurniaan Islam.


Pengislaman Raja-raja / Pemerintah. Perkahwinan. Hubungan Diplomatik. Perdagangan .

Keunggulan Dan Kemurniaan Islam.


Islam merupakan agama yang mudah untuk difahami dan tidak komplek berbanding agama lain sebagai contoh konsep keesaan Tuhan ( ALLAH SWT ). Menekankan kesamarataan dimana semua manusia adalah sama kecuali Taqwa, tiada sistem kasta. Bersifat rasional dan praktikal dalam bidang samaada politik, ekonomi mahupun sosial. Mengutamakan akhlak & kehalusan budi sebagai contoh bersifat adil & tolong-menolong.

Pengislaman Raja-raja / Pemerintah.


Konsep pendewaan terhadap pemerintah dari doktrin dewaraja yang dibawa oleh agama Hindu iaitu konsep daulat dan derhaka yang tertanam dalam jiwa mereka . Daripada itu islam dapat diterima oleh pembesar pembesar yang mula memeluk islam hasil daripada konsep dan nilai-nilai yang dibawa oleh agama islam sendiri. Selain itu juga, ini dilihat juga dengan pengislaman rakyat di Melaka, Kedah dan Patani. Dalam Sejarah Melayu yang boleh dilihat melalui pemelukan islam oleh Raja raja, hal ini menyebabkan pembesar dan rakyatnya juga turut akan memeluk Islam. Misalnya , di lihat melalui cerita Hikayat Merong Mahawangsa - pengislaman Kedah.

Perkahwinan
Dalam menunggu angin berbulan lamanya, terdapat di kalangan pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Untuk itu sebelum berkahwin, wanita tersebut telah diislamkan terlebih dahulu pedagang-pedagang yang beragama islam. Perkahwinan ini nampak mudah kerana pedagang-pedagang tersebut merupakan orang kaya dan sering dikagumi oleh penduduk tempatan. Dan keinginan wanita tempatan untuk bersuamikan orang kaya adalah tinggi.

Disamping itu juga, terdapat juga perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

Hubungan Diplomatik
Dasar perlindungan China terhadap negeri2 di Alam Melayu bertujun politik dan menyebarkan Islam. Ini secara tidak langsung mengembangkan dakwah Islam. Perlindungan terhadap Melaka memberi impak yang sama terhadap negeri-negeri Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor Kampar dan lainlain. Menurut teori, Islam ke Alam Melayu adalah dari China, berdasarkan catan sejarah pada abad ke 15 Masihi. Melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1404. Pada tahun-tahun berikutnya Melaka telah menerima beberapa utusan dan begitu sebaliknya. Melaka telah menjalinkan hubungan baik dengan China untuk melindungi dari ancaman siam.

Perdagangan
Pada peringkat awal Pedagang Arab berdagang ke China, mereka terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke China atau pulang ke Arab. Dari situ terbukanya peluang luas untuk orang Arab bergaul dan justeru berdakwah kepada penduduk tempatan.

Selain itu, peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di alam melayu seperti peranan Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam. Pedagang yang berdagang di Melaka biasanya dapat layanan istimewa dari Syahbandar ini. Justeru itu untuk mendapatkan layanan istimewa ini, ramai pedagang dari Kepulauan Melayu seperti Brunei, Ternate, Jawa & Sulawesi memeluk Islam.

Anda mungkin juga menyukai