Anda di halaman 1dari 26

JAPIM

WAJ3101

Tamadun Islam : Pengaruh dan


Kesannya Dalam Perkembangan
Tamadun Melayu

Pensyarah Pembimbing :
Ustaz Mohamad Hafedz bin
Salleh Page 1
Agama Dan
Kepercayaan
Bahasa Dan
Tamadun Pendidikan
Kesusasteraan
Islam :
Pengaruh dan
Kesannya
Sistem
Dalam
Kekeluargaan Adat Dan Cara
Perkembangan
Tamadun Hidup.
Melayu

Perundangan Politik Dan


Pemerintahan

Page 2
Agama dan
Kepercayaan
• Kepercayaan masyarakat
Melayu pada peringkat
permulaan adalah berbentuk
aminisme.
• Mereka menganggap benda-
benda mempunyai semangat
dan kuasa ajaib.
• Agama Hindu-Buddha datang
di alam Melayu sebelum
kedatangan Islam.
Kedatangan kedua-dua
agama ini menjadikan
upacara agama pada ketika
Page 3
itu menjadi lebih formal dan
Agama dan
Kepercayaan
• Selewat-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu
menerima kedatangan Islam.
• Islam telah mengubah bentuk kepercayaan, hidup dan juga
pandangan semesta.
• Kepercayaan kepada dewa dan aminisme bertukar kepada
kepercayaan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
• Perubahan yang paling utama ialah sudut kepercayaan yang
mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan
dengan keyakinan yang berasaskan tauhid.

Page 4
Agama dan
Kepercayaan
• Keimanan mereka diikuti
dengan amal ibadat seperti
sembahyang, puasa,
mengeluarkan zakat dan
menunaikan rukun haji.
• Masyarakat Melayu juga
merayakan hari-hari
kebesaran Islam seperti
mengadakan sambutan Maal
Hijrah, sambutan Maulidur
Rasul dan Nuzul Al-Quran.

Page 5
Pendidika
n
• Islam juga membawa perubahan
dalam bidang ilmu dan
pendidikan yang meliputi aspek
yang diajar, institusi pendidikan
dan strukturnya serta guru dan
murid-muridnya.
• Selepas kedatangan Islam,
golongan bawahan menerima
pendidikan yang sama seperti
golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di
istana mula beralih ke beberapa
institusi pendidikan Islam
Page 6
seperti pondok dan madrasah.
Pendidika
n
• Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh
Islam telah mengembangkan pula tradisi
pendidikan dan pengajaran secara lebih
tersusun. Dorongan belajar bermula
dengan pengajaran pembacaan Al-Quran
dan kitab-kitab.
• Dari segi ilmu pengetahuan, perhatian
banyak diberikan kepada ilmu syariah
atau naqliyah yang meliputi bidang
usuluddin, fekah dan tasawuf.
• Antara kitab utama yang menjadi
pegangan ialah al-Durr al-Manzum oleh
Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin
Page 7
oleh al-Ghazali dan Minhaj al-Talibin
Pendidika
n
• Kebanyakan guru agama adalah daripada orang asing seperti
Arab, Parsi, Turki, India dan sebagainya. Murid-murid pula
terdiri daripada raja dan kaum bangsawan di samping rakyat
jelata.
• Perkembangan dalam bidang ilmu dan pendidikan telah
membawa kepada kelahiran cendekiawan dan ulama-ulama
Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-
guru dan ahli agama.
• Antara tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik
Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi.

Page 8
Bahasa Dan
Kesusasteraan
• Sebelum kedatangan Islam, bahasa Jawa kuno dan bahasa
Melayu Kuno merupakan bahasa tempatan yang dominan.
Bahasa Sanskrit yang bukanlah bahasa tempatan telah
dijadikan bahasa ilmu.
• Bermula abad ke-14 Masihi, bahasa Melayu telah menerima
pengaruh ajaran Islam dan berkembang sehingga akhir abad
ke-18 Masihi.
• Kedatangan Islam telah mengenepikan peranan bahasa
Sanskrit sebagai bahasa ilmu dan digantikan dengan bahasa
Melayu.
• Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar
persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian
agama Islam di seluruh alam Melayu. Page 9
Bahasa Dan
Kesusasteraan
• Tulisan Arab juga mulai
diperkenalkan setelah
kedatangan Islam.
• Perubahan ini dipermudahkan
setelah tulisan Arab diubahsuai
dan dikenali sebagai tulisan
Jawi.
• Melalui sistem tulisan ini,
bahasa Melayu memainkan
peranan lebih penting apabila
digunakan untuk menulis
kitab-kitab agama, hikayat-
hikayat, undang-undang dan
Page 10
pentadbiran.
Bahasa Dan
Kesusasteraan
• Kedatangan agama Islam juga telah membawa banyak
perubahan terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak
hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti :
– Hikayat Nabi Muhammad SAW
– Hikayat Para Nabi dan Rasul,
– Hikayat Para Sahabat, H
– ikayat Para Pahlawan Islam
– Hikayat Ahli-Ahli Sufi dan Orang-Orang Yang Salih.
• Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam
contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh
Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.

Page 11
Perundanga
n
• Undang-undang Islam bermula apabila Raja Melaka memeluk
Islam pada abad ke-15. Undang-Undang Melayu telah diubah
suai mengikut undang-undang Islam.
• Pada peringkat awalnya, undang-undang adat ditokok tambah
dan diubahsuai dengan unsur-unsur agama Islam. Undang-
undang adat yang tidak bertentangan dengan agama Islam
dikekalkan.
• Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan
seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat
Perpatih dan Adat Temenggung.

Page 12
Perundanga
n Adat Perpatih dan
Adat Temenggung.

Page 13
Perundanga
n
• Pengaruh Islam boleh dilihat pada peringkat awal fasal-fasal
dalam Hukum Kanun Melaka seperti pada kesalahan
membunuh.
• Biasanya, undang-undang Islam lebih banyak mempengaruhi
bahagian-bahagian akhir undang-undang Melaka, terutamanya
dalam aspek kekeluargaan, urusan perniagaan dan sedikit
sebanyak undang-undang jenayah.
• Ini disebabkan pengaruh Islam yang semakin berkembang
pada masa itu. Maka tidak hairanlah terdapat istilah-istilah
yang digunakan seperti mengikut hukum Allah atau mengikut
dalil Allah.

Page 14
Perundanga
n
• Pengaruh undang-undang Islam juga dapat dilihat dalam:
– Undang-undang Pahang,
– Undang-undang Johor
– Perlembagaan Terengganu 1911
• Dalam undang-undang Pahang, terdapat peruntukan
berdasarkan undang-undang Islam tentang qisas, denda, zina,
sodorni, fitnah, minuman yang memabukkan, mencuri,
merompak dan sebagainya.
• Pengaruh undang-undang Islam ke atas Undang-Undang
Melayu terbukti dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala
Berang, Terengganu bertarikh 1803.

Page 15
Perundanga
n
• Tradisi pemerintahan
berdasarkan perundangan
Islam dilanjutkan dalam
pemerintahan Malaysia hari
ini.
• Beberapa undang-undang
telah dikuatkuasakan seperti
undang-undang pentadbiran
Islam, undang-undang
prosedur dan keterangan,
undang-undang sivil, jenayah
Islam dan lain-lain lagi.

Page 16
Politik Dan
Pemerintahan
• Sistem pentadbiran masyarakat Melayu turut dipengaruhi
dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan
disamakan dengan khalifah.
• Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di
Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam telah
didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran
berasaskan Islam. Antaranya ialah Jabatan Agama Islam dan
Syariah.
• Di samping itu, kitab Undang-Undang Laut dan Hukum
Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat.
Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya turut
diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
Page 17
Politik Dan
Pemerintahan
• Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur
kekuasaan rakyat dalam menentukan sistem beraja. Kepatuhan
dan ketaatan kepada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat,
bukan kepatuhan yang mutlak. Rakyat boleh mengubah
perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh sultan.
• Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan
dalam masyarakat seperti pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya
pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan
yang bersendikan agama.

Page 18
Sistem
Kekeluargaan
• Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi
Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi
keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam
masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu
untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan
sosial.
• Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya
seseorang anak itu menjadi anggota masyarakat yang baik.
• Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam
dan adat. Seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat
sejak lahir lagi sehinggalah mereka dewasa.

Page 19
Sistem
Kekeluargaan
• Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga
memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan.
Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam
menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam.
• Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar tentang konsep
dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur
lima tahun dan ke atas, kanak-kanak juga diajar
bersembahyang, berpuasa dan lain-lain.
• Selain itu, mereka juga diajar supaya hormat-menghormati,
bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian.

Page 20
Sistem
Kekeluargaan
Perkahwinan.
• Perkahwinan merupakan
suatu mekanisme
pemeliharaan maruah dan
pengembangan zuriat dan
keturunan. Islam telah
menentukan garis panduan
dalam membina keluarga
berasaskan ajaran Islam.
Dalam sistem perkahwinan,
didapati hukum syarak
mempunyai pengaruh yang
besar malah ianya dicatat di
Page 21
dalam Hukum Kanun Melaka.
Adat Dan Cara
Hidup
• Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan
ajaran Islam.
• Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut
kebiasaan masyarakat atau bangsa yang berkenaan.
Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang
hidup.
• Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan
masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya
atau bangsa.
• Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam,
adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam proses
sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animismePagedan22
Adat Dan Cara
Hidup
• Sebagai contoh, salah satu tradisi
masyarakat Melayu sebelum
kedatangan Islam ialah mengamalkan
jampi serapah untuk mengusir hantu
dan jembalang. Tetapi selepas
kedatangan Islam, tradisi itu ditukar
dengan membaca ayat-ayat al-Quran
untuk mengelak gangguan syaitan.
• Kesan daripada perubahan adat ini
telah mewujudkan suasana hidup yang
lebih teratur, seperti adat berkeluarga,
berjiran tetangga, adat menuntut ilmu,
adat berkampung dan sebagainya
Page 23
Kesimpulan
• Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa Islam memberi pengaruh
yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Pengaruh-
pengaruh ini dapat dilihat dalam aspek agama dan
kepercayaan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan,
perundangan, politik dan pemerintahan, sistem kekeluargaan
serta adat dan cara hidup. Dengan perubahan-perubahan yang
berlaku, kualiti kehidupan orang Melayu telah meningkat dan
seterusnya menjadi tradisi yang diwarisi dari satu generasi
kepada generasi seterusnya.

Page 24
Senarai
• Rujukan
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2010). Modul Tamadun Islam.
Diambil daripada
Diambil daripada
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=tokoh%20tamadun%
20islam%3B.edu&source=web&cd=9&ved=0CGsQFjAI&url=http%
3A%2F%2Fwww.ipislam.edu.my%2Fuploaded%2Fmodulkpli%2Fti
kplisr.pdf&ei=q-BmT4q4MYqHrAear9y8Bw&usg=AFQjCNFgXdC
PMT7qiPRoHsCQbSNbD1u0CQ&cad=rja
.
• Tamadun Islam dan Tokoh. Diambil daripada
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/p_islam/p_islam5/soalanTmad
un.htm
• Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Nooraini Sulaiman,
Mahadi Abu Hassan, Ali Hafizar Mohamad Rawi. (2007). Tamadun
Islan dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor. McGraw-Hill
Education.
• Nadiah bt Abdul Rahman, Priscilla Law Nguik Hung. (2008).
Page 25
Tamadun Islam dan Asia : Edisi Keempat. Malaysia. McGraw-Hill
Sekian, terima kasih!

Page 26

Anda mungkin juga menyukai