Anda di halaman 1dari 19

PAMERAN

KETAMADUNAN ALAM
MELAYU
Pengenalan
• Tamadun Melayu atau Alam Melayu ditafsirkan sebagai satu kawasan budaya
tamadun Melayu yang kaya dan luas mencakupi Malaysia, Indonesia, Brunei,
Filipina, Singapura, Selatan Thailand, Myanmar, Indo-Cina hingga ke Kepulauan
Pasifik (di bahagian timur hingga ke Oceania), Sri Lanka, Malagasi dan Utara
Taiwan.
• Tamadun Alam Melayu dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di
wilayah Asia Tenggara (Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia). Tamadun Alam
Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara. Tamadun Alam Melayu juga
merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca,
mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza dari segi pengaruh
alam sekitar.
• Dari segi politik, bahasa rasmi dan beberapa nilai norma, tamadun Melayu
merangkumi seluruh kawasan di Nusantara. Namun dari segi kesenian, ia
merangkumi kawasan seluruh Asia Tenggara dan berpusat di kerajaan-kerajaan
Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Kedaram.
• Dua perkara yang mempengaruhi tamadun Melayu:
• (1) Bahasa Melayu
• (2) Agama Islam
KERAJAAN SRIVIJAYA

• Wujud sekitar abad ke-7 Masihi hingga abad ke-8 Masihi,


berpusat di Palembang
• Merupakan sebuah kerajaan maritim Melayu yang terpenting
• Menjana ekonomi dan politik melalui monopoli perdagangan
komoditi tempatan dengan China dan India
• Menguasai seluruh pesisir laut Selat Melaka yang merangkumi
Timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu
pada abad ke-9 dan ke-10 Masihi
• Ambang kejatuhannya pada kurun ke-13 M, ia masih menguasai
kebanyakan kota-kota utama di Semenanjung Tanah Melayu,
Sumatera, dan Jawa Barat. Kawasan Jajahan Kerajaan Srivijaya
KERAJAAN MAJAPAHIT

• Wujud pada abad ke-13 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi,


berpusat di Jawa Timur.
• Pada tahun 1923, Raden Wijaya membina sebuah kerajaan
yang bernama ”Majapahit”
• Pusat Pentadbiran Majapahit adalah di daerah Tarik, Sidoarjo
(Jawa Timur)
• Pada tahun 1350 Kerajaan Majapahit berpindah ke daerah
Trowulan
• Kerajaan ini menguasai sebagian besar pulau Jawa, Madura, Kawasan Jajahan Kerajaan Majapahit
Bali dan banyak wilayah lain di Nusantara
KERAJAAN MELAYU MELAKA
• Wujud pada akhir abad ke-15 Masihi sehingga awal abad ke-16
Masihi
• Berkuasa selama 111 tahun
• Merupakan kerajaan yang paling kaya, masyhur dan gemilang
dalam sejarah Nusantara
• Melaka telah diperintah oleh 8 orang sultan di zaman
kegemilangannya
• Pelabuhan Melaka telah menjadi tumpuan pedagang dari
seluruh dunia
• Melaka turut berfungsi sebagai pusat penyebaran agama Islam
di Nusantara
• Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi merupakan Kawasan Jajahan Kerajaan Melaka
asas pembinaan negara dan bangsa
• Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
merupakan undang-undang Melayu bertulis kesultanan Melayu
Melaka.
MSS 155
Undang-Undang Laut Melaka

Bertarikh pada 1175 H. [1656 M.]


Undang-Undang Laut atau Undang-Undang Perahu ialah
naskhah undang-undang atau hukum yang digunakan dalam
pelayaran. Undang-Undang Laut ialah suatu undang-undang
yang sangat penting ditulis pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud. Mengandungi 4 fasal yang menyatakan kuasa
nakhoda serta tugas pegawai-pegawai lain seperti malim,
jurumudi dan lain-lain. Dinyatakan juga hukum berhutang
kepada nakhoda dan hukum kiwi (peniaga), iaitu orang yang
mempunyai barang-barang dagangan dalam perahu. Akhirnya
dinyatakan juga hukuman denda yang dikenakan kepada orang
yang mencuri. 
PERKEMBANGAN
TAMADUN ALAM MELAYU
Kedatangan Islam

•Kedatangan Islam dan perkembangannya di Alam


Melayu berlaku pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi di
Sumatera
•Pada abad ke-15 berkembang ke Melaka dan Jawa
•Peranan pedagang, ulama, pemerintah dan MSS 5 Tuhfat ar-Raghibin
penentangan terhadap Eropah merupakan faktor
perkembangan tamadun Islam di Alam Melayu Kitab ini disalin oleh Haji Muhammad ibn Abdullah, dari
•Agama Islam membawa ajaran dan tamadun yang daerah Kelantan pada hari Sabtu, 11 Zulhijjah 1292 H. [8
Januari 1876 M.] di Kampung Pernu, Melaka. Kitab ini
lebih tinggi dan lengkap, rasional dan logik, mengandungi catatan berkenaan kepercayaan kepada Allah
mempercayai Allah yang satu dan mudah diterima dan sifat-sifat-Nya, kepercayaan kepada malaikat, kitab,
oleh masyarakat Melayu rasul dan hari kiamat.

•Akhirnya masyarakat Melayu menolak kepercayaan


Hindu dan Animisme
Pembaharuan Aspek Sosial

•Masyarakat Melayu beransur-ansur menolak ciri-ciri


sosial Hindu yang mementingkan sistem kasta dan
menerima sistem persamaan taraf dan persaudaraan
•Wujud semangat persaudaraan, perpaduan,
kemesraan dan semangat bantu membantu, harmoni MSS 3058
dan berakhlak mulia Munyatul Musalli – Tatmimul Faedah
•Islam memperkenalkan hukum dan peraturan (Penyempurnaan Faedah)
berdasarkan al-Quran dan al-Hadis Manuskrip ini dikarang oleh Syeikh Daud al-Fatani. Naskhah
•Wujud institusi baharu kemasyarakatan seperti ini membincangkan bagaimana memelihara hubungan
antara manusia dengan Allah, pemerintah dengan rakyat,
masjid, surau, madrasah dan lain-lain. rakyat sesama rakyat dan sebagainya mengikut acuan
Islam. Elemen ketatanegaraan dapat dikesan dalam karya
ini berdasarkan kepada beberapa kriteria iaitu kedudukan
raja, keadilan raja, ketaatan rakyat, kezaliman raja serta
hukumannya dan sebagainya. Ia turut membincangkan
tentang pentadbiran negara serta hal kemasyarakatan.
Pembaharuan dalam Aspek Politik

•Kebajikan rakyat dapat disempurnakan


dengan kewujudan pemerintah
•Meliputi pengurusan dan pentadbiran yang
lengkap
•Islam membawa unsur-unsur politik yang
sejagat, sakasama, adil, mengenal hak dan MSS 432 Adab Raja-Raja
tanggungjawab
Karya terkenal dalam genre ketatanegaraan ini
•Mempengaruhi sifat dan akhlak pemerintah membincangkan mengenai adab dan peraturan dalam sistem
•Istana menjadi pusat pengajian pemerintahan negara bagi memberi panduan kepada raja
dan para pentadbir negara yang berperanan sebagai ketua
•Sultan yang terkenal: Sultan Malik al-Zahir dan berkuasa mutlak ke atas rakyat di bawah
pemerintahannya. Mengandungi dua puluh empat fasal
(Samudera-Pasai), Sultan Mansur Shah membicarakan peri mengenal diri, mengenal tuhan,
(Melaka), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mengenal dunia, kehidupan manusia, pangkat, perbuatan
adil, pekerti raja yang adil dan zalim, kedudukan menteri,
(Aceh) hubungan rakyat dan raja, hubungan kafir dan Islam dan
sebagainya.
Pembaharuan dalam Aspek Undang-
Undang dan Pentadbiran

•Sistem undang-undang dan pentadbiran


kerajaan di Alam Melayu di pengaruhi oleh
MSS 23 Hukum Kanun Melaka
sistem dan perundangan Islam
•Penggunaan teks undang-undang dan Manuskrip ini disalin oleh Sayid al-Syarif Jamaludin ibn Sayid
pentadbiran seperti Hukum Kanun Melaka, al-Syarif Abdullah di Mataram pada tahun 1175H. Manuskrip
ini mengandungi sejarah undang-undang Melaka yang
Undang-undang Laut Melaka dan Undang- menjadi amalan masyarakat Melayu semasa pemerintahan
undang Pahang Sultan Muhammad Shah. Penekanan dari segi undang-
undang perkahwinan, perdagangan dan prosedur telah
dilaksanakan pada ketika ini. Manuskrip ini adalah manuskrip
tertua ke-3 di dunia.
Kepentingan Ilmu Pengetahuan

•Kedatangan Islam telah memberi kesedaran


tentang kepentingan ilmu pengetahuan
•Kegiatan agama, ilmu dan pendidikan
diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh
pendakwah
MSS 2906 (B)
•Seluruh golongan masyarakat didedahkan Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah
dengan ilmu pengetahuan daripada
pemerintah sehingga kepada rakyat Kitab ini membincangkan sekitar petua belajar yang
merangkumi adab, tatacara, etika dan teknik yang perlu
•Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan: Nuruddin al- diketahui dan diamalkan oleh setiap orang dalam
Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf menuntut ilmu pengetahuan supaya memperoleh
manfaat dan keberkatan yang diharapkan daripadanya
al-Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Tokku Paloh dan kelak.
lain-lain
Perkembangan Bahasa dan Penulisan

•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa


perantara dan bahasa ilmu di Alam Melayu
pada abad ke-15 sehingga abad ke-17 Masihi.
•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi MSS 557
Jala’ al-Qulub bi Zikrillah
kepada lebih 100 juta manusia di Alam Melayu.
•Aspek tulisan Jawi, berbahasa Melayu: Kitab ini disalin pada hari Ahad. Kitab asal dikarang oleh
Tuan Abdus Samad bin Muhammad Salih al-Kalantani
bermula perkembangan sastera tulisan dan (Tuan Tabal) pada tahun 1287 H. [1870M.]. Kitab ini
fungsi bertukar kepada pendidikan keilmuan. membicarakan tentang sifat-sifat terpuji dan terkeji dari

•Aspek penulisan meliputi: tasawuf dan segi rohaniah dan etika yang mesti dihapuskan oleh
seseorang yang mencari kebahagiaan yang sebenarnya.
falsafah, keagamaan dan ketatanegaraan.
PENCAPAIAN TAMADUN
ALAM MELAYU
PENCAPAIAN TAMADUN ALAM MELAYU

Kegemilangan tamadun Alam Melayu telah


meninggalkan banyak khazanah dan warisan kepada
masyarakat hari ini. Antara warisan tamadun Melayu pra-
Islam yang ditinggalkan dan kekal sehingga kini adalah
dalam bidang ketenteraan, perubatan, persuratan,
kesenian, sains dan teknologi serta pendidikan.
Bidang Ketenteraan

•Masyarakat Melayu suatu ketika dahulu


mempunyai struktur organisasi ketenteraan
yang cekap.
•Berjaya meluaskan kuasa dan pengaruh
kerana struktur ketenteraan yang teratur dan MSS 2811
sistematik Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

•Mempunyai kelengkapan senjata yang baik


untuk tujuan pertahanan dan lambang Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah adalah hikayat edisi
semi-klasik. Ia salah satu teks yang membicarakan aspek
kekuasaan emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini
•Antara senjata yang digunakan adalah: keris, sudah terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai
tombak, meriam besi dan tembaga, rentaka,
‘hikayat perang’ kerana hampir keseluruhan kandungan
terkul, pemuras dan lain-lain lagi. hikayat ini penuh dengan kisah peperangan.
Bidang Perubatan

•Masyarakat Melayu suatu ketika dahulu


mempunyai sistem perubatan tradisional
tersendiri
•Mereka bergantung sepenuhnya kepada
perubatan tradisional
•Teknik rawatan dan perincian penyakit
dihimpunkan dalam buku perubatan Melayu MSS 1078 Kitab Tib
seperti Kitab Tib
•Ubat-ubatan tradisional bersumberkan bahan Masyarakat Melayu suatu ketika dahulu menggunakan
kitab ini sebagai rujukan bidang perubatan Melayu dan
alam semulajadi seperti daun dan akar kayu diadaptasikan ke dalam kehidupan kesihatan dan sosial
•Terdapat lebih kurang 6,000 sehingga 7,000 mereka. Kitab ini mencatatkan tentang kepelbagaian
jenis penyakit, ubat dan cara rawatannya, penggunaan
spesis tumbuhan yang digunakan oleh pakar akar kayu dan ramuan herba serta pengubatan secara
perubatan Melayu tradisional. doa dan jampi. Turut dilakarkan ilustrasi bentuk badan
manusia sebagai panduan mengubati penyakit.
Sastera Rakyat
Bidang Persuratan

•Bahasa Melayu dijadikan sebagai lingua franca di


Alam Melayu
•Digunakan oleh pedagang serta pengembara
asing dari China, Eropah dan India
•Bermula dengan skrip Sanskrit, seterusnya skrip
Jawi dan akhirnya skrip Rumi.
•Perkembangan persuratan Melayu terbahagi
kepada: sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu MSS 25 Syair Siti Zubaidah
dan sastera pengaruh Islam
•Sastera rakyat: lisan dan tulisan Syair ini berkisar di sekitar keazaman, ketaatan,
•Sastera pengaruh Hindu: di zaman pra-Islam dan kesetiaan, kekuatan iman dan semangat seorang isteri,
Siti Zubaidah yang mahu membuktikan cintanya kepada
epik dan mitos India telah diserap dalam bentuk
suami, Sultan Zainal Abidin, dengan bertindak dan
kesusasteraan Melayu lama berjuang menyelamatkan suaminya daripada tawanan
•Sastera pengaruh Islam: Kelahiran kitab-kitab Maharaja China.
ilmiah
Sastera Pengaruh Hindu Sastera Pengaruh Islam

MSS 738 Hikayat Petruk Mungga Ratu MSS 681 Hikayat Bulan Berbelah

Ditulis oleh Muhammad Apin pada 26 Syaaban 1318 A.H. Mengisahkan peristiwa yang berlaku di Mekah sebelum
[19 Disember 1900 A.D] di Kampung Sumatera. hijrah, rentetan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam
menyebarkan agama Islam di mana berlaku kejadian Nabi
Hikayat ini menceritakan lima anak raja Seri Maharaja membelah bulan seperti yang diminta oleh seorang raja
Dewa Nata balik ke kayangan. Kisah ini sebenarnya kisah dan orang musyrik untuk melihat bukti mukjizat
tentang Raja Pendawa Lima bersaudara yang kerasulan dan kenabian Baginda sehingga menyebabkan
memerintah negeri Agmarat Pura. Naskhah ini dipercayai sebahagian mereka beriman bagi yang melihat tanda
ditemui di Kelantan kerana ia digunakan untuk cerita kebesaran ini dan sebahagian yang lainnya tetap ingkar.
wayang kulit.

Anda mungkin juga menyukai