Anda di halaman 1dari 3

 Dari mana budaya islam datang

Mengikut sebahagian besar pengkaji barat atau orientalis, bersepakat menyatakan kedatangan islam
di rantau nusantara bermula pada abad ke 15 dengan tertubuhnya Kerajaan Melayu Melaka sekitar
tahun 1403M. Namun begitu pendapat ini jelas mengelirukan kerana terdapat pelbagai bukti-bukti
sejarah yang menunjukkan islam telah bertapak lebih awal di sini iaitu sekitar abad 13M. Antara
bukti-bukti yang ditemukan termasuklah penemuan batu nisan bertarikh 1297M di Makam Sultan al-
Salih, raja Islam pertama yang memerintah Pasai di Sumatera. Penemuan ini juga disokong oleh
seorang pengembara Itali terkenal Marco Polo dalam catatanya yang menyatakan pada tahun
1292M sebuah negeri di Timur Laut Sumatera yang dikenali sebagai Perlak telah menganut islam.
Catatan ini dibuat ketika beliau singgah di sumatera selama 5 bulan dalam pejalananya pulang ke
Eropah dari Cina. Selain itu, terdapat jugak artifek di Terengganu yang menunjukkan kedatangan
Islam bermula lebih awal. Artifek yang dikenali sebagai batu bersurat ini ditemukan pada tahun
1303M, mempunyai tulisan bahasa Melayu yang menyatakan undang-undang islam telah
dilaksanakan di Terengganu pada masa itu. (Islam Futura, Vol. VII, No.2, Tahun 2008 Mohd.
Muhiden Abd. Rahman)

 Mcm mana budaya islam berkembang

Sebelum kedatangan islam ke alam Melayu, kebanyakan penulisan melayu dipengaruhi oleh budaya
Hindu. Ini kerana hubungan antara dua tempat ini, iaitu Melayu dan India telah wujud sejak tahun-
tahun pertama Masihi lagi. Namun begitu, apabila Islam mula bertapak dan berkembang di alam
Melayu sekitar abad 13M hingga kemuncaknya pada abad ke 16M, suatu bentuk revolusi budaya,
khususnya dalam konteks kesusteraan Melayu telah berlaku. Pada Ketika ini kesusteraan Melayu
mula dilihat menarik kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti orang-orang Melayu yang
telah memeluk Islam. Kesan kedatangan Islam ke alam Melayu ini juga, telah memulakan
perkembangan intelektualisme di kalangan orang-orang Melayu. Islam mula memperkenalkan
pelbagai bentuk keilmuan kepada orang Melayu seperti teologi, falsafah, mistik , logic, perundangan
dan sebgainya. Malahan, perkembangan Islam di alam Melayu telah mencetus tradisi penulisan,
khususnya dalam bidang agama. Banyak perkataan Arab yang telah kita adaptasi dan digunakan
dalam Bahasa Melayu kita , contohnya, kitab, kalam, nabi, sejadah dan lain-lain. Penggunaan tulisan
pengaruh India seperti Pallava dan Kawi yang digunakan dalam Bahasa Melayu purba secara terhad
sebelum ini telah diganti dengan huruf Arab yang kemudian dikenali sebagai jawi. Asal pengenalan
huruf jawi ini adalah untuk pendakwah Islam menelaah berbagai jenis kitab-kitab ilmu seperti
mengkaji, menyalin, mengarang dan memberi ulasan kepada pengajaran agama oleh ulama
tempatan. Perkembangan ilmu penulisan jawi ini telah membawa kepada penambahan huruf lain
khususnya dari Parsi seperti ca, nga, dan ,nya untuk menyesuaikan dengan bunyi Bahasa Melayu.
Kini tulisan jawi telah menjadi hak dan identiti bangsa Melayu nusantera yang wajib untuk
dipertahankan. Istilah tulisan jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei
Darussalam. Manakala di Indonesia lebih dikenali dengan istilah ’tulisan Melayu huruf Arab’ dan di
Jawa di kenali dengan ’Bahasa jawi’. ( kene refer balik untuk dapat citation)

 Cth budaya islam


Terdapat pelbagai adat istiadat dan budaya Melayu yang telah berubah sejak kedatangan Islam ke
alam Melayu. Jika sebelum ini adat-adat dan budaya Melayu banyak yang syirik dan khurafat. Namun
setelah kedatangan Islam, adat-adat dan budaya ini mula bertukar. Antara adat dan budaya Melayu
sebelum kedatangan Islam termasuklah melenggang perut sewaktu ibu mengandung, memecah
garam, menjejak kaki ke bumi dan beberapa lagi acara perkahwinan dan kematian. Budaya seperti
melenggang perut yang dilakukan oleh tok bidan dipercayai dapat membuang garuh atau kecelakaan
yang mungkin akan menimpa ibu yang bakal bersalin. Walhal, perbuatan seperti ini secara terangnya
adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib, Budaya ini adalah suatu perbuatan yang syirik dan
khurafat dan sangat ditegah di dalam Islam. Sebaliknya dengan kedatangan Islam, budaya ini telah
bertukar dan diganti dengan kenduri arwah atau doa selamat untuk ibu dan anak yang bakal lahir
agar semua berjalan lancar dan selamat. Selain itu, upacara seperti memecah garam di mulut kanak-
kanak dapat dilihat mempunyai persamaan dengan budaya memecah madu dan sapi ke bibir bayi
yang diamalkan oleh masyarakat Hindu. Namun Islam telah menggantikan budaya tesebut dengan
mencecapkan air zam-zam atau kurma ke mulut bayi. Pembacaan mantera yang dilakukan sebelum
adat memecahkan bibir bayi turut ditukar dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
dan diteruskan lagi dengan pembacaan doa memohon kepada Allah agar memberkati hidup bayi
tersebut. Manakala budaya Melayu Ketika berkahwin, pengantin akan diletakkan diatas pelamin dan
akan diletakkan sirih pinang, beras kunyit serta di inaikan. Walaupun unsur-unsur ini masih
dikekalkan namun upacara ini telah di sesuaikan oleh lunas-lunas agama Islam. Perkahwinan
mislnya, telah dilakukan mengikut hukum syarak Islam dimana seorang pengantin lelaki haruslah
melafazkan penerimaan nikah di depan wali dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Apabila seseorang
meninggal pula, kenduri arwah dan bacaan tahlil mengira hari seperti 7 hari, 40 hari, dan 100 hari
akan dijalankan.

 Mcm mana Gerakan modenisme pengaruhi budaya islam di Malaysia

Pemulaan Gerakan modenisme ini adalah di Barat. Mereka terdiri daripada golongan yang rasa
terbeban dengan kokongan dan monopoli kelompok agama terhadap kebebasan dan hak asasi yang
menjadi kepentingan mereka. Gerakan ini yang dilopori oleh fahaman sekularisme telah berjaya
dalam memanupulasi masyarakat kini dengan berjaya merombak sistem tradisi masyarakat dalam
segenap aspek kehidupan seperti bidang pemerintahan, keilmuan, seni hiburan perundangan dan
tata cara normal. Menerusi gerakan ini, golongan ini menentukan tafsiran baru terhadap batasan
dan perundangan agama mengikut rasionalisme mereka. Masa kini, akibat dari pendedahan tanpa
kawalan dari media social kususnya, tik tok , Instagram dan facebook. Masyarakat Melayu,
terutamanya golongan muda, mula terikut dengan citra pemikiran modenisme ini. Kebijaksanaan
kumpulan ini yang kononnya bergerak sebagai gerakan intelektual dan kebudayaan dengan
kepercayaan bahawa masyarakat hendaklah dibebaskan daripada tradisi khsunya yang bersangkutan
dengan agama. Akibatnya wujud pengaruh modenisme yang sonsang dengan agama kita, malah
membawa kepada berkembangnya fahaman Islam sekularisme dan liberalisme di dalam masyarakat.
Walau pahit untuk ditelan, tetapi akibat pasca era modenisasi ini, masyarakat khususnya Islam telah
tergelincir ke dalam ideologi-ideologi ini yang telah jauh tersasar dari landasan agama. Akibat tidak
memahami konsep tauhid, ada orang menegaskan diri sebagai muslim, mengaku mengimani rukun-
rukun agama tetapi mempertikaikan hukum hakamnya. Malahan, wujud mereka yang memakai
pakaian Islam namun isinya bukan lagi Islam tulen, tetapi bercampur ideologi yang mengelirukan.

Pemodenan lawan tradisi

Masalah utama yang dilihat menjadi tunjang kepada rancaknya penyebaran ideologi modenisme
dalam Islam ini adalah kerana isu-isu yang hangat diperdebatkan oleh mereka yang menggelarkan
diri sebagai modenis ini. Antara isu yang dimainkan mereka termasuklah mempersoalkan adakah
sesuatu perkara dalam Islam ini bersifat kekal atau berubah. Perkara seperti ibadah, akidah, nilai dan
system pemikiran dipersoalkan mereka walaupun hakikatnya telah jelas. Mereka terus
mempersoalkan sama ada semua yang diwarisi oleh masyarakat Islam dari segi ibadah, akidah, nilai
dan system pemikiran perlu di teruskan atau perlu diubah mengikut peredaran masa. Ini kerana
mereka mempercayai kononnya pada era kini agama harus lebih terbuka dan bersifat lebih bebas
sesuai dengan arus kemodenan semasa. Akibatnya pegangan segelintir penganut agama Islam,
menjadi longgar dan mudah trerpengaruh dengan akidah, syariat dan akhlak yang songsang. Dek
kerana terpegun dengan kemajuan budaya Barat yang lebih dilihat menepati kehausan jiwa sehingga
terhakisnya pegangan iman dan hilangnya jati diri sebagai seorang muslim.

Ancaman baharu Islam liberal

Kejahilan penganut islam yang bersifat liberalisme kini dilihat semakin membimbangkan apabila
kelompok ini dilihat lebih berani dalam melawan hukum-hukum islam secara terbuka. Merujuk
kepada kes Nik Elin yang dilihat mencabar undang-undang syariat menjadi contoh yang sangat jelas
betapa beraninya kelompok liberal kini dalam mencabar syariat Allah. Oleh hal yang demikian, umat
Islam haruslah menyedari betapa bahaya pemikiran Islam liberal ini yang jelas mampu menggugat
akidah dan kedudukan agama Islam di Malaysia. Ancaman ini amatlah bahaya kerana ia datang dari
kalangan umat Islam itu sendiri. Lebih merungsingkan apabila merujuk kembali kepada kes Nik Elin
sebelum ini dilihat banyak berkait dengan isu politik walhal sepatutnya pada Ketika ini umat Islam
harus bersatu dalam menjaga syariat Islam secara menyeluruh.Namun sayangnya rank undang-
undang syariat Islam terus dicabar dan digugat tanpa ada sebarang campur tangan dari kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai