Anda di halaman 1dari 49

SEKALUNG PENGHARGAAN

PEMBUKA BICARA…

Bismilahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan
salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para
sahabatnya.

Assalamualaikum WBT……

Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran


kerana dengan izin dan kurnianya maka dapatlah kami menyiapkan tugasan
berkumpulan yang bertajuk Islam dalam Tamadun Melayu. Semoga dengan adanya
tugasan ini akan dapat memberi serba sedikit penerangan berkaitan Islam dalam
Tamadun Melayu berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi selama beberapa
minggu ini.

Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk membuat penerangan dan laporan
mengenai Islam dalam Tamadun Melayu. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan
yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar bagi subjek Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (UWA 10302)

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan
masa dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan
seperjuangan kami.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Dr. Rafiuddin Afkari Hj. Abdul Fattah, yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang
sahih dan betul dalam menghasilkan tugasan yang baik.

Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata
atau terdapat kelemahan pada tugasan yang kami sediakan. Segala yang baik itu
datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri. Segala
kritikan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberi
manfaat bersama dan kenangan bagi kami semasa menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam.........
PENGENALAN

Tamadun melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau asia
tenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang melayu, yang
tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Tamadun melayu adalah satu
konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain
seperti ras, kebudayaan dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada
perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang
begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa melayu tidak
semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang
sama.

Tamadun melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui
beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam
pembentukan tamadun melayu. Penerimaan agama islam sebagai asas tamadun
melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah
tamadun melayu islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tamadun melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh


sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu
tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama
seperti gugusan kepulauan melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan melayu
mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa melayu, yang menjadi bahasa
perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini dan agama islam yang menjadi
pelengkap kepada pembentukan tamadun melayu.
1.0 KONSEP ALAM MELAYU

Tamadun Melayu dikenal berdasarkan jenis bangsa yang menjalankan tamadun


tersebut bukan berdasarkan kepada anutan masyarakat terhadap sesuatu agama
sebagaimana kewujudan Tamadun Islam. Dalam konteks in Tamadun Melayu bermakna
tamadun yang dimiliki oleh bangsa melayu yang menduduki sebuah wilayah yang
dikenali sebagai alam melayu atau kepulauan melayu. Wilayah ini merangkumi satu
rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, borneo, singapura, selatan thai,
selatan Filipina, indo-china dan mencecah kepulauan pasifik di bahagian timur, malagasi
di barat dan Taiwan di bahagian utara.

1.1 PANDANGAN SEMESTA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN


ISLAM

Pandangan semesta masyarakat melayu berpusat kepada manusia berdasarkan


tanggapan mereka terhadap alam, samaada alam nyata ataupun alam ghaib, dan
mengenai kehidupan mereka sama ada segi sosial ataupun bukan sosial. Konsep ”
hukum alam” merupakan contoh terbaik pandangan semesta melayu. Apabila mereka
berinteraksi dengan alam, ia melahirkan konsep yang sungguh penting dalam kehidupan
mereka, iaitu ” pengalaman”. Interaksi dengan alam membolehkan manusia melayu
memahami persoalan kosmologi mereka.

Kedatangan Islam ke alam melayu telah memantapkan pandangan semesta melayu dan
berlakunya proses pentakrifan semula tentangnye. Ayat-ayat dalam kitab suci al-quran
bukan saja menjelaskan segala rahsia tersembunyi dlaam kejadian alam semesta,
bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketaqwaan dan ketauhidan mereka kepada
Allah S.W.T. Konsep tauhid mengandungi Tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan,
pemujaan, pengharapan dan pemohonan hanya kepada allah, tuhan yang satu, bukan
kepada dewa-dewa, roh dan semangat, juga tauhid Rububiyyah iaitu mempercayai Allah
sebagai penciptaan , pemilik dan pentadbir tunggal alam ini.

Konsep tauhid juga mengandungi prinsip kejadian alam semesta sebagai ciptaan tuhan
untuk dimanfaat manusia di dunia ini serta menjadi tanda atau bukti wujudnya tuhan.
Juga dikaitkan dengan konsep kejadian manusia sebagai hamba tuhan dan sebagai
wakil tuhan ’ khalifah’ di dunia. Kepercayaan kepada alam akhirat ” hereafter” sebagai
hasil daripada kehidupan manusia di dunia ini juga merupakan pandangan semesta
melayu. Amalan baik akan membawa kebaikan kepada pelakunya di dunia dan juga
akhirat sebagai balasan muktamadnya. Begitu juga dengan amalan buruk dan jahat.
Pandangan semesta melayu juga turut dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan
Allah S.W.T dan hubungan manusia dengan manusia.

2.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Alam Melayu sering kali dirujuk sebagai kawasan yang diduduki oleh orang Melayu.
Oleh yang demikian maka dalam konteks Asia Tenggara, Alam Melayu hanya
merupakan sebahagian daripada entity rantau Asia Tenggara tersebut. Alam Melayu
merangkumi wilayah selatan Thailand, Selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan
Singapura. Kawasan ini merupakan antara wilayah yang paling menonjol dalam melihat
kewujudan masyarakat Islam dan rantau ini dikatakan mempunyai jumlah penduduk
Islam yang paling besar di dunia. Sejarah Islam di Alam Melayu telah berlangsung
dalam jangka masa yang panjang dan telah melalui berbagai rupa bentuk peristiwa.
Alam Melayu sebelum kedatangan Islam lebih merupakan sebuah kawasan yang
dipengaruhi dengan agama Hindu-Buddha. Selain itu, sebahagian masyarakatnya juga
dikatakan mengamal animisme. Pengembang-pengembang agama Hindu-Buddha telah
berusaha untuk mengembangkan agama tersebut, namun di Alam Melayu,
perkembangan kedua agama ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di India. Ini
kerana kedua-dua agama ini bukan saja dilihat ‘bergabung’ dan lengkap melengkapi
antara satu sama lain, malah ia juga turut dipengaruhi oleh animism seperti yang
digambarkan melalui kebudayaan megalitik. Berdasarkan perkembangan sejarah,
didapati bahawa masyarakat di Kepulauan Melayu (orang Melayu) lebih mudah
menerima Islam dan ia berkemungkinan daripada amalan serta anutan agama Hindu-
Buddha itu yang hanya bersifat luaran saja. Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di
Tanah Besar Asia Tenggara dilihat mempunyai dan mengalami pengaruh Hindu-Buddha
yang mendalam hingga sebarang amalan baru sangat sukar diterima terutama dipusat
Negara tersebut. Masyarakat yang mendiami kepulauan Asia Tenggara (Alam Melayu)
inilah yang kemudiannya membentuk “ummah Islamiah” dan membuat hubungan
dengan saudara-saudara seagama di seluruh dunia.
2.1 KEDATANGAN ISLAM

Satu perihal yang menarik dalam melihat perkembangan Islam ke Alam Melayu adalah
kemampuannya untuk bertapak dan seterusnya menjadi bahagian penting di dalam
kehidupan masyarakatnya. Ini kerana jika difikirkan sekali imbas adalah mustahil untuk
sebuah agama yang bermula di sebuah kawasan yang jaraknya ribuan kilometer
dengan Alam Melayu bertapak dan mengukuh. Malah lebih penting lagi kedua-dua
kawasan ini bukan saja dibezakan dengan jarak yang jauh tersebut, tetapi juga sejarah,
bahasa, tradisi, serta budaya yang berbeza. Selain itu perkembangan Islam di Alam
Melayu juga unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan atau
ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya mengembangkan Islam. Hakikat
ini menegaskan bahawa Islam tersebar ke Alam Melayu dengan cara yang aman.
Tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaian
dan perdebatan. Terdapat beberapa bahagian di Alam Melayu yang telah menerima
Islam sejak abad yang ke-7 atau ke-8 Masihi seperti di Sumatera sementara di Tanah
Melayu pula sejak abad ke-9 atau ke-10 Masihi. Ramai juga sarjana yang meletakkan
bahawa kemasukkan Islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari
itu dan mengatakan bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 sementara di tanah Melayu
pada abad ke-14. Malahan di Sumatera sendiri terdapat pertikaian manakah yang lebih
awal menerima Islam antara Perlak ataupun Aru. Mereka yang berpegang kepada
tulisan Marco Polo akan menegaskan bahawa Perlak merupakan kawasan yang lebih
awal menerima Islam sementara mereka yang berpegang kepada tulisan Tomes Pires
akan menyatakan bahawa Aru yang lebih awal menerima Islam. Hikayat Raja-raja
Pasai pula menegaskan bahawa Pasailah yang lebih awal menerima Islam sementara
sumber Sejarah Melayu menyatakan bahawa kawasan yang mula-mula menerima Islam
ialah Pangsir, Lamri, Aru dan Perlak dimana ia di islamkan oleh Nakhoda Ismail dan
Fakir Muhamad. Salasilah Aceh pula menyatakan bahawa Aceh telah menerima Islam
pada tahun 1204. Di Tanah Melayu pula terdapat dua pusat penerimaan Islam yang
terawal iaitu Melaka dan Terengganu. Jika Melaka lebih banyak berpegang kepada
sumber-sumber asing dan sumber bertulis termasuklah daripada catatan China dan
sebagainya sementara Terengganu pula berpegang kepada Batu Bersurat Terengganu
yang meletakkan bahawa Islam telah datang ke kawasan tersebut pada abad ke-14.
Umumnya terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu:
a) Teori kedatangan Islam secara langsung dari Tanah Arab
b) Teori kedatangan Islam dari India
c) Teori kedatangan Islam dari China dan Champa

2.1.1 Teori kedatangan Islam secara langsung dari Tanah Arab

Hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan Tanah Arab teah pun terjalin
sebelum kedatangan Islam lagi dan ianya berterusan selepas kelahirannya.
Penyebaran Islam di Tanah Melayu telah begitu meluas termasuklah di Yaman yang
mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang
bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara
terutamanya untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan
sebagainya.

Malahan pada zaman Khalifah Umar (634-44) yang mampu menguasai Parsi telah
menyebabkan ramai pedagang-pedagang Parsi memeluk agama Islam. Pembabitan
pedagang Arab di perairan Asia Tenggara turut dicatatkan oleh sumber-sumber
China. Misalnya, menurut sumber China, orang Arab telah pun ada di Sumatera
pada abad ke-7 Masihidan membuat perkampungan di bahagian barat pulau
tersebut.

Pemerintahan Khalifah Sulaiman Bin Ab.Malik (715-17) juga dikatakan telah


menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi. Armada
inilah yang dikatakan bertolak dari Ceylon menuju ke Palembang pada 717 Masihi
sebelum meneruskan perjalanan ke China. Sehingga tahap ini, penyebaran Islam ke
Asia Tenggara telah diterajui oleh pemerintahan Bani Umaiyyah. Meskipun demikian,
Islam turut berkembang di Asia Tenggara dengan usaha yang dilakukan oleh
golongan Syiah. Kesan dari usaha ini telah terdapat golongan Syiah di Kepulauan
Sila di Sulu, Sulawesi dan Kalimantan.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Al- Makmun (813-33) Masihi telah berlaku satu
pemberontakan Syiah Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar Al-Siddiq
namun ia dapat dipatahkan sehingga menyebabkan mereka diperintahkan untuk
meninggalkan Tanah Arab. Mereka dikatakan telah menuju ke Asia Tenggara
dengan diketuai oleh Nakhoda Khalifah dan sampai ke Perlak. Ali bin Muhamad Ibn
Jaafar, salah seorang dari ahli rombongan telah dikahwinkan dengan Puteri
Makhdum Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak. Hasil daripada perkahwinan ini
lahirlah seorang putera bernama Syed Abdul Aziz yang menaiki takhta Perlak pada
tahun 840 Masihi dengan gelaran Sultan Ala-al-Din Syed Maulana Abdul Aziz Shah.
Bandar Perlak diberi gelaran bandar Khalifah mengenangkan jasa Nakhoda Khalifah.

Perkembangan Syiah di Sumatera dikatakan sampai ke penghujungnya apabila ia


dihapuskan oleh Malik Al-Salih pada abad ke-13. Terdapat juga laporan mengenai
kedatangan seorang ulama iaitu Syeikh Ismail yang mengembangkan Islam ke Barus,
Lamri, Aru, Perlak dan Pasai. Pengislaman yang dibawa dari Tanah Arab juga turut
berlaku di Tanah Melayu. Maharaja Derbar iaitu raja Kedah telah memeluk Islam
pada tahun 1136 Masihi oleh Syeikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri dari
Yaman dan selepas Islam menggunakan nama Sultan Muzafar Shah. Pengislaman
raja Melaka pula dikatakan dilakukan oleh Sheikh Abdul Aziz dari Judah.

Selain itu, teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Tanah Arab turut disokong
oleh Sir John Crowford dengan hujah orang-orang Islam di kepulauan Melayu
kebanyakannya bermazhab syafe’i sejak mula mereka memeluk Islam, iaitu mazhab
yang lahir di negeri Arab. Dengan kata lain dakwah islamiah di Kepulauan Melayu
berlaku selepas kurun ke 8M kerana Imam al-Syafe’i memulakan pembelajarannya di
Mekah dari tahun 800 hingga 810 M. namun terdapat juga para sarjana sejarah yang
menegaskan bahawa dari abad ke 7M hingga kea abad ke 13M, pendakwah-
pendakwah Islam di Kepulauan Melayu kebanyakannya terdiri dari orang-orang Arab
sendiri ( K.H.Saifuddin,1975: 245)

Malah masyarakat Melayu sangat fasih membaca Al-Quran dan kebanyakan


perkataan di dalam bahasa Melayu dan tulisan jawi diambil dari perkataan Arab.
Begitu juga terdapat kitab-kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu dengan
gaya bahasa dan susunan mengikut versi bahasa Arab. Disamping itu juga, terdapat
beberapa adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh corak
budaya masyarakat Arab (Qiblat, 975: 3-5)
2.1.2 Teori kedatangan Islam dari India

Teori kedatangan Islam dari India ini pada awalnya dikemukakan oleh kalangan
orientalis barat seperti Snuck Hurgronje dan Brian Harisson. Mereka menyatakan
bahawa masyarakat Alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat
nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama. Pesamaan
mazhab iaitu mazhab Shafie antara masyarakat Asia Tenggara dengan Malabar
menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunya The Preacing of Islam meletakkan
bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari
Malabar.

Selain Malabar, Gujerat juga menjadi pusat perbincangan. Sarjana orientalis seperti
Jasollin den Jong misalnya menyatakan penyebaran Islam dimainkan oleh
pedagang-pedagang Gujerat. Ia turut disokong daripada kajian yang dilakukan oleh
G.P Moguette terhadap batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gersik bertarikh 1419
dan batu nisan Umar Ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat. Menurut kajian ini terdapat
persamaan dari segi struktur yang jelas antara kedua-dua batu nisan.
Walaubagaimanapun pandangan ini masih kurang jelas dan banyak kelemahannya
termasuklah hakikat bahawa 1042 yang diletakkan sebagai tarikh kerajaan Pasai
memeluk Islam, Gujerat masih lagi belum menerima Islam kerana Islam hanya tiba
di Gujerat pada 1032 dengan kemunculan Kesultanan Delhi.

Selain Gujerat dan Malabar, Bengal dan Koromandel juga menjadi perhatian. Ini
dikuatkan dengan hakikat bahawa mazhab di antara penduduk di Bengal juga sama
dengan penduduk Asia Tenggara iaitu Shafie sementara di Gujrat lebih kepada
Hanafi. S.Q Fatimi misalnya menyokong hujah bahawa Islam dibawa dari Bengal,
malah menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi raja pertama di Pasai
merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali.

Secara keseluruhannya, teori yang melihat bahawa Islam datang ke Asia Tenggara
mealui India ini mempunyai banyak kelemahan. Namun ia tidak menghalang hakikat
bahawa pedagang dan pendakwah dari India turut sama memainkan peranan di
dalam mengembangkan agama Islam di Alam Melayu.
Peta Nusantara

Laluan perdagangan yang digunakan oleh pedagang-pedagang

Makam Sultan Malik Al-Salleh Dinar Emas Aceh


2.1.3 Teori Islam datang dari China dan Champa

Islam di Alam Melayu juga disebut dibawa dari China ataupun Champa. Islam telah
pun datang ke China sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650
Masihi. Canton menjadi tumpuan bukan saja pedagang Islam malah Saad ibn
Waqqas juga dikatakan pernah sampai ke China sebagai utusan Islam. Qutaibah
ibn Muslim pula telah sampai ke sempadan Negara China pada tahun 713 Masihi
malah sepanjang zaman Abbasiyah telah dilaporkan banyak utusan islam yang
sampai ke China. Dalam masa yang sama catatan Dinasti Sung pula menyatakan
bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai laut China
selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977
Masihi.

R.A Kern pula berpendapat bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja pada
abad ke-8 Masihi seiring dengan perkembangan Islam di wilayah tersebut. Di
Champa telah ditemui inskripsi yang mempunyai tulisan khat khufi bertarikh 1039
Masihi dan sebuah monumen bertarikh 1025 Masihi. Monumen tersebut
mencatatkan hukum-hukum Islam.
Selain itu, teori kedatangan Islam dari China juga dikemukakan oleh seorang saintis
Sepanyol iaitu Emaruel Gadinho de Eradia yang menyatakan bahawa penduduk
Kepulauan Melayu mula menerima Islam dari Patani dan Timur Semenanjung Tanah
Melayu. Teori ini menegaskan bahawa saudagar-saudagar Arab Islam datang ke
Kepulauan Melayu melalui negeri China iaitu melalui jalan darat. Malah penduduk
China telah menerima Islam lebih awal dari Asia Tenggara iaitu semenjak
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan lagi. Pada abad ke-9 Masihi, ramai
penduduk selatan China telah memeluk Islam terutama di daerah Yunan.

Bagi Marshall Broomhall (Abdul Rahman, 1981:239), perhubungan antara orang-


orang Arab dengan China berlaku pada pertengahan abad ke 5 M dan berpengaruh
di zaman Tang (618-907 M) sehingga mencetuskan pemberontakan pada tahun 758
M. Bagaimanapun pada tahun 878M, tercetus satu pemberontakan petani di
Conton di bawah pimpinan Huang Chao yang mengakibatkan antara 120 000 hingga
200 000 orang-orang Islam terkorban.
Pemberontakan ini juga telah menggugat kestabilan politik di Conton. Akibatnya
pedagang-pedagang Muslim yang terdiri orang Arab dan Parsi telah berhijrah ke
Nusantara (Omar Amir, 1962:69). Akan tetapi kesan daripada pembunuhan orang
Islam secara beramai-ramai di Canton pada tahun 878 M telah menyebabkan orang-
orang Islam dari Tenggara China berhijrah keAlam Melayu. Ada juga pendapat
mengatakan terdapat seorang sahabat bernama As’ad bin Labib telah tiba di Conton
pada tahun ke 5 selepas Rasulullah SAW diutuskan, iaitu kira-kira tahun 615 M dan
menyebarkan Islam di sana.

Sementara Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merumuskan pertelingkahan


teori-teori di atas dengan menegaskan bahawa para pendakwah datang dari satu
tempat yang sama iaitu Timur Tengah. Namun, sebelum mereka sampai ke daerah
Nusantara atau Kepulauan Melayu, ada kemungkinan mereka melalui India dan
jalan-jalan lain termasuk China. Pandangan beliau adalah berasaskan kepada
kefahaman agama yang dibawa oleh semua pendakwah adalah bersifat Timur
Tengah, cara penghuraian persoalan agama, bentuk dan teknik tulisan jawi dan
beberapa perkara perkara penting yang lain adalah menjurus kepada cirri-ciri
bangsa Arab sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di Kepulauan
Melayu ( Abdul Halim el-Muhammady,t.t:2)

.
Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di Champa
Selatan.

(Batu Bersurat Terengganu muka 1) ( Batu Bersurat Terengganu muka 2.)

(Batu Bersurat Terengganu muka 3) (Batu Bersurat Terengganu muka 4.)


3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Antara faktor-faktor pemangkin islamisasi di Alam Melayu adalah seperti :

a) Perlumbaan penyebaran agama


Abad ke 15 dan 16, kuasa-kuasa Barat seperti Potugis telah memulakan
pelayaran ke timur dan bertemu dengan kuasa Islam dimana telah lama bertapak
sehingga melahirkan pertentangan terbuka dan persaingan untuk menyebarkan
agama Islam dan Kristian.

b) Perkahwinan
Merujuk kepada perkahwinan antara kalangan perdagang dan ulama Islam
dengan wanita-wanita tempatan. Malah perkahwinan antara seorang raja yang
telah memeluk islam dengan anak raja yang bukan Islam turut
memperkembangkan Islam.

Dalam menunggu perubahan angin berbulan lamanya, terdapat di kalangan


pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Untuk itu sebelum
berkahwin, wanita tersebut telah diislamkan terlebih dahulu. Ini mudah dilakukan
kerana pedagang-pedagang tersebut merupakan orang kaya dan sering
dikagumi oleh penduduk tempatan.

Setelah berkahwin, pada kebiasaannya keluarganya turut juga memeluk agama


Islam. Terdapat juga pedagang yang akan berkahwin dengan puteri pemerintah
tempatan dan ini memudahkan Islam tersebar dengan pesatnya. Malah terdapat
juga perkahwinan dengan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti
perkahwinan Megat Iskandar dengan Puteri Pasai.
c) Perdagangan
Alam melayu yang mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan
menjadi tarikan utama pedagang-pedagang Arab. Dalam menjalankan aktiviti
perdagangan, mereka terutamanya dari Hadhramaut Yaman turut menjalankan
aktiviti menyebarkan Islam.

Anjuran hadis ada menyatakan bahawa : “Sampaikan dariku walaupun satu


ayat”. Ini membuktikan bahawa selain berdagang, pedagang turut berdakwah
mengembangkan agama Islam. Walaupun pada peringkat awal pedagang Arab
berdagang ke China, mereka terpaksa singgah ke Tamadun Melayu atau Alam
Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke China atau pulang ke
Arab. Dengan demikian peluang untuk bergaul dan berdakwah dapat diluaskan.
Walaubagaimanapun, cara ini adalah tidak terhad kerana hanya tertumpu di
kalangan pedagang dan kota pelabuhan sahaja.

Cara ini ada dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292 Masihi
iaitu pedagang berjaya memujuk Perlak memeluk agama Islam. Selain itu,
peranan pegawai pedagang dalam negeri Islam di Tamadun Melayu atau Alam
Melayu seperti peranan Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang
memeluk agama Islam. Pedagang Islam yang berdagang di Melaka
kebiasaannya mendapat layanan istimewa daripada Syahbandar. Justeru itu,
untuk mendapat layanan istimewa ini ramai pedagang dari Kepulauan Melayu
seperti Brunai, Ternate, Jawa dan Sulawesi memeluk agama Islam.

d) Politik dan penaklukan


Penguasaan Melaka ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu
seperti Perak, Pahang dan sebaginya membawa kepada tersebarnya Islam.
Selain itu, peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan agama Islam
sebagaimana pendapat para orientasi walaupun secara kasarnya ia kelihatan
begitu. Sebagai contoh, penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan
untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik. Ini keran
Pahang dikatakan kaya dengan emas. Oleh itu, pengislaman yang berlaku ke
atas negeri yang ditakluk adalah berlaku kerana usaha dakwah dan pedagangan
antara kedua negeri tersebut lebih mudah di bawah pemerintahan yang sama.
Selain itu, konsep taatkan pememrintah atau raja menyebabkan mereka mudah
memeluk agama Islam dan ini ada dicatatkan di dalam buku Sejarah Melayu.
Begitu juga, contohnya setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih
pemerintahan kerajaan Jawa, hampir keseluruhan rakyatnya memeluk agama
Islam. Ini bukan berlaku keran paksaan tetapi faktor kesetiaan terhadap pemeri
ntah iaitu mengikut agama raja mereka.

e) Peranan ahli-ahli sufi


Pendakwah merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran Islam dan telah
meninggalkan kesan mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka, Aceh,
Demak dan sebagainya.

Pendakwah, para ulama dan ahli sufi cara penyebaran agama Islam adalah lebih
meluas dan berkesan. Bermula sejak pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul
Aziz lagi, beliau telah menghantaran atau mengutusan para pendakwah ke
seluruh pelusuk termasuk AM. Pada 720 Masihi, kerajaan Suwarnabhumi atau
Melayu Jambi (San – fo – tsi) berjaya diislamkan dan dikenali sebagai Sribuza
Islam selepas pengislaman. Seterusnya penyebaran agama Islam diteruskan lagi
iaitu pada tahun 820 Masihi dimana rombongan itu diketuai oleh Nakhoda
Khalifah ke Perlak.

Pada abad 10 Masihi, dunia Islam mula kucar kacir dan menyebabkan
kerajaan Abasiyah lemah dan wujud masyarakat yang mengasingkan diri kerana
kecewa. Dengan situasi ini, menyebabkan mereka menjadi ahli sufi dan
kemudian berdakwah keluar dari Tanah Arab. Golongan inilah yang memainkan
peranan penting dalam penyebaran dakwah di Tamadun Melayu atau Alam
Melayu pada abad 13 Masihi dan selepasnya. Ahli sufi ini telah menjalankan
pendidikan formal yang dikenali sebagi zawiyah, khawanik dan rabt. Apabila
mereka sampai di Tamadun Melayu atau Alam Melayu, mereka mengajar di
masjid atau di rumah mereka sendiri kemudiannya berkembang menjadi sekolah
tersendiri yang dikenali sebagai pindok atau pesantren dimana di Acheh aktiviti
ini dikenali sebagai dayah. Maka, melalu dayah ini lahirlah para ulama di
Tamadun Melayu atau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuru, Abdul Rauf al–
Singkeli, Wali Songo dan lain-lain.

f) Hubungan diplomatik
Menurut teori Islam ke Tamadun Melayu atau Alam Melayu dari China,
berdasarkan catatan sejarah pada abad ke 15 Masihi Melaka telah membuat
hubungan diplomatik dengan China pada 1404. Pada tahun-tahun berikutnya
Melaka telah menerima beberapa utusan dan begitu juga sebaliknya. Tujuan
Melaka menjalinkan hubungan baik dengan China adalah untuk melindungi
Melaka dari ancaman Siam. Pada awal hubungan ini, China telah menghantar
Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam bagi melaksanakan tujuan ini.

Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Tamadun Melayu atau Alam


Melayu adalah atas tujuan politik dan menyebarkan agama Islam. Ini secar tidak
langsung mengembangkan dakwah Islam. Perlindungan terhadap Melaka
memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu
yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebaginya.

g) Keunggulan dan kemurniaan islam


Islam adalah agama yang mudah difahami dan bukan merupakan satu agama
yangkompleks seperti Hindu Buddha – contoh konsep keesaan Tuhan
berbanding dengan Konsep Trimrti dalam agama Hindu.

Islam juga menekankan aspek kesamarataan dimana semua manusia adalah


sama kecuali taqwa, malah tiada istilah sistem kasta dalam agama Islam. Malah
Islam adalah satu agama yang bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai
bidang samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Keunggulan dan
kemurniaan Islam juga adalah tertakluk kepada pengutamaan akhlak dan
kehalusan budi. Contohnya anjuran bantu-membantu, bersifat adil dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dan lain-lain. Selain itu, aspek kebersihan dan
kesucian jasmani dan rohani turut diterapkan dalam Islam.
h) Pengislaman raja-raja atau pemerintah
Konsep pendewaan terhadap pemerintah dari doktorin dewaraja yang dibawa
oleh agama Hindu iaitu konsep daulat dan derhaka adalah tertanam dalam jiwa
masyarakat Melayu. Apabila pemerintah atau raja memeluk agama Islam, rakyat
turut memeluk agama Islam.

Ini dilihat dapat dengan pengislaman rakyat Melaka, Kedah dan Patani. Sejarah
Melayu mengesahkan apabila Raja Kecil Besar memeluk agama Islam, para
pemvesar dan rakyatnya turut memeluk agama Islam (cerita Hikayat Merong
Mahawangsa – pengislaman Kedah, Hikayat Patani – pengislaman Patani).

PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM

Pusat-Pusat Tamadun Islam Di Asia Tenggara 

Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu tradisi telah meninggalkan kesan yang


mendalam kepada pembinaan kerajaan-kerajaan yang seterusnya. Dengan kemunculan
pusat-pusat Tamadun Melayu tradisi telah berjaya menaikkan martabat bangsa Melayu
sama ada di peringkat rantau Kepulauan Melayu atau antarabangsa. Pusat-pusat
Tamadun Melayu tradisi berjaya mencapai tahap kegemilangan hasil daripada peranan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran serta perantaraan dan ini secara tidak
langsung telah memperkukuhkan jati diri bangsa Melayu serta mencerminkan identiti
Tamadun Melayu yang sebenarnya. 

Perlak

Kerajaan Perlak adalah sebuah kerajaan Islam awal yang terletak di Perlak, Aceh.
Perlak merupakan sebuah daerah di pesisir timur daerah Aceh. Raja dan rakyat
penduduk daerah negeri Perlak adalah keturunan dari Maharaja Pho He La Syahir Nuwi
(Meurah Perlak Syahir Nuwi) dan keturunan dari pasukan-pasukan pengikutnya.

Beberapa abad kemudian, pada tahun 173 H (800 M) tibalah sebuah kapal
saudagar Islam ke Bandar Perlak yang datang dari Teluk Kambey (Gujarat). Mereka
diketuai oleh Nakhoda Khalifah (ulama beraliran Syiah). Akibat kekalahan aliran Syiah di
zaman Bani Abasiyyah, beliau telah pergi ke Perlak 820M bersama 100 orang ulama.
Ketika ini Perlak merupakan sebuah pelabuhan dan petempatan yang dikuasai oleh
Orang Parsi. Di bandar Perlak mereka dapati bahan perniagaan yang banyak. Menurut
A.Hasjmy, Perlak merupakan kerajaan Islam tertua di Asia Tenggara. Atas usaha ulama
didirikan beberapa zawiyah atau dayah sebagai tempat belajar dan mendalami ilmu
agama. Antara pemerintah terkenal adalah:

i) Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah – sultan pertama

ii) Sayyid Maulana Abbas Shah

iii) Sultan Sayyid Maulana Ali Mughayat Shah

iv) Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Qadir Syah Johan

v) Sultan Makhdum Alaidin Malik Abdul Aziz ( sultan terakhir )

Dalam waktu yang tidak sampai setengah abad, umat Islam Perlak yang telah
mempunyai keturunan Islam dari perkawinan campuran antara rakyat/penduduk asli.
Sultan pertama yang terpilih adalah Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah (peranakan Arab
Quraisy dengan puteri Meurah Perlak), bergelar Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-
Aziz Syah. Kerajaan Islam yang telah didirikan di Perlak itu, hidup subur dan menjalar
luas melalui dinasti raja-rajanya.

Samudera-Pasai

Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama
Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu
(Sultan Malik al-Salih). Kepentingan pelabuhan Pasai membolehkannya
mengembangkan Islam ke kawasan sekitar Minangkabau, Palembang dan Pulau
Jawa.Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan
sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan
kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu. Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan
ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil
kesusasteraan agama seperti;
i. Hikayat Nur Muhammad

ii. Hikayat Bulan Berbelah

iii. Hikayat Nabi Bercukur

iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya.

Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi
sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu;
i. Sistem Kepercayaan - Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan
masyarakat Melayu.

ii. Politik dan Pentadbiran - Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk


sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu
tradisi.

iii. Sosial dan budaya - Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang
mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti
oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya
rakyat biasa. Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti
adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.

      iv. Sumber Ekonomi - Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi
masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan
menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada
ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.

Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka


kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi
sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam.
Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke
dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.
Acheh

Kerajaan Aceh terletak di Sumatera Utara. Sebelum Islam, rakyat dipengaruhi agama
Hindu dan Buddha, kepercayaan animisme dan nenek moyang iaitu percaya hantu dan
tempat yang dianggap sakti yang kemudiannya dipuja. Menerima Islam 1204M tetapi
mencapai zaman kegemilangannya abad ke16M.

Acheh telah menjadi kuasa pemegang politik dan muncul sebagai pusat islam yang
penting selepas kejatuhan Melaka pada abad ke-16 M.Merupakan tempat ulama
berkumpul dan tempat menyelesaikan masalah agama.Para pedagang luar turut
berdakwah serta menggalakkan kemajuan ilmu agama seperti Usuluddin, Fekah dan
Tasawwuf. Lebih ramai ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin as-Sumtrani,
Nuruddin ar-Raniri, dan Abdurrauf dari Singkil.

Dalam kehidupan ekonomi, Aceh berkembang dengan pesat pada masa kejayaannya.
Dengan menguasai daerah pantai barat dan timur Sumatra, Aceh menjadi kerajaan
yang kaya akan sumber daya alam, seperti beras, emas, perak dan timah serta rempah-
rempah.

Corak pemerintahan di Aceh terdiri atas dua sistem iaitu pemerintahan sipil di bawah
kaum bangsawan, disebut golongan teuku dan pemerintahan atas dasar agama di
bawah kaum ulama, disebut golongan tengku atau teungku.

Sebagai sebuah kerajaan, Aceh mengalami masa maju dan mundur. Aceh mengalami
kemajuan pesat pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607- 1636). Pada
masa pemerintahannya, Aceh mencapai zaman kegemilangan. Bahkan dapat
menguasai Johor, Pahang, Kedah, Perak di Semenanjung Melayu dan Indragiri, Pulau
Bintan, dan Nias. Di samping itu, Iskandar Muda juga menyusun undang-undang tata
pemerintahan yang disebut Adat Mahkota Alam.

Setelah Sultan Iskandar Muda, tidak ada lagi sultan yang mampu mengendalikan Aceh.
Aceh mengalami kemunduran di bawah pimpinan Sultan Iskandar Thani (1636- 1641).
Dia kemudian digantikan oleh permaisurinya, Putri Sri Alam Permaisuri (1641- 1675).
Sejarah mencatat Aceh makin hari makin lemah akibat pertikaian antara golongan teuku
dan teungku, serta antara golongan aliran syiah dan sunnah sal jama’ah. Akhirnya,
Belanda berhasil menguasai Aceh pada tahun 1904.

Patani
Merupakan sebuah kerajaan melayu yang terletak di Selatan Thailand. Di percayai kira-
kira pada abad ke-10 atau 11M Islam masuk ke Patani dan setelah 300 tahun ianya
dianut dan berkembang di kalangan rakyat jelata barulah ia mempengaruhi golongan
atasan. Terdapat beberapa pendapat mengenai kedatangan islam:
i) abad ke-14M – penemuan Batu Bersurat Terengganu 1303M
ii) abad ke-15M – menerima Islam dari Melaka
iii) Pengislaman dari Pasai – kerajaan ulama dari Pasai ( Syaikh Said )
mengubati penyakit Raja Patani ( Raja Phyu Tu Nakpa ) – raja peluk
Islam memakai gelaran Sultan Ismail Zillullah fi al-Alam.

Sebagaimana Pasai dan Aceh, Patani juga terkanal sebagai pusat pengajian Islam
melalui intitusi pondok yang ditubuhkan di sana, serta tokoh-tokoh ulama yang giat
berdakwah baik secara lisan mahupun tulisan.Maka, terlahirlah tokoh ilmuan seperti
Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Bukhari al- Jauhari, Daud al-Fatani dll.

Melaka
Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara,
seorangbangsawan Srivijaya dari Palembang, berketurunan Majapahit, pada tahun
antara 1400 hingga 1403. Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang
terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai Pusat penyebaran agama Islam
menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah
Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam
sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.Antara cara-cara penyebaran agama Islam di
Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan
mubaligh/pendakwah.Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang
sibuk dan maju disebabkan oleh kedudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-
tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Melaka ketika itu telah mempunyai sistem
ekonomi yang sistematik dan teratur.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pendakwah
yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam.
Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan.
Bahasa Melayu telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi
sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.

Terdapat 2 kanun undang-undang Melaka iaitu Hukum kanun Melaka dan Undang-
undang laut Melaka yang menjadi elemen utama didalamnya.

1. Hukum Kanun Melaka


 Dikenali juga dengan Undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum
Kanun.
 Mengandungi 44 fasal .Berkuatkuasa di Malaka pusat dan Kawasan
Jajahannya.Antara kandungannya yang terpenting ialah:
- Tanggunjawab raja dan Pembesar.
- Pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
- perhukuman kesalahan jenayah dan awam.
- undang-undang keluarga.
- permasalahan ibadat dan muamalat.
- hukum perhumaan.
 Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-
undang keluarga. Dalam hal lain terdapat percampuran antara hukum adat
dan hukum syara’.
 Contohnya kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum
adat dengan hukum syara’. dalam fasal 14.2, bersabit dengan pembunuhan
hakim mempunyai kuasa untuk menentukan samada hukum adat atau syarak
yang harus digunakan ke atas pesalah.
 Dalam hukum kanun melaka ini juga, terdapat perbezaan antara kelas-kelas
bangsawan(raja), orang merdeka dan hamba. Ini bertentangan dengan hkum
islam.
 Walaupun terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut
hukum syarak antaranya:
a) perwalian seorang perempuan.(Fasal 25.1)
b) syarat dan ijab kabul dalam perkahwinan. (Fasal 25.2)
c) hukum dan syarat saksi dalam pernikahan. (Fasal 26)
d) hukum-hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami isteri.
(Fasal 27-28)
e) hukum riba (Fasal 30)
f) hukum jual beli (Fasal 31.1-31.3)
 Selain itu juga terdapat beberapa fasal lain yang jelas menampakkan hokum
syariah di dalamnya.

2. Undang-undang laut Melaka


 hanya satu fasal sahaja yang mengandungi hukum syarak iaitu tentang zina,
yang lain merupakan hukum adat.
 walaupun hukuman kesalahan zina dalam Undang-undang Laut Melaka lebih
kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka, tetapi ia lebih alternatif dengan
Hukum Adat.
 W/pun hukum Islam sepenuhnyatidak dijalankan di Melaka tetapi hukum
tersebut memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan
undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran
negeri Melaka.
 Kekuasaan Melaka telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di pesisiran
semenanjung, pesisiran selat Melaka, dan timur Sumatera.

Champa / Tanah Besar


Berbanding tempat-tempat lain, inilah kawasan di mana pengaruh hindu buddha paling
kuat lagi abadi pula sifatnya. boleh dikatakan setiap kawasan di tanah besar muncul
kerajaan-kerajaan hindu-buddha. Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam ialah
dua buah batu nisan. Salah satu nisan adalah bertarikh antara 1025M dan 1035M,
sedang lagi satu bertarikh 1039M yang ditemui di Phanrang. Pada abad ke-17,paderi
Escalona O.F.M. ketika melalui pantai Champa pada tahun 1640, kapalnya telah
diserang oleh penduduk islam.

Pada tahun 1675, seorang paderi bernama M.Haingues ketika melalui kawasan
Champa untuk kegitan agamanya mendapati ramai orang beragama islam, sungguhpun
mereka agak jahil, dan kurang mengamalkan ajaran islam.
Keunggulan Islam bagaimanapun berkurang pada akhir abad ke-17 dengan kehadiran
orang-orang Eropah dan Kristian. Faktor ini menyebabkan keunggulan orang-orang
islam didalam bidang perdagangan telah digugat dan diambil alih oleh orang Eropah.

Pusat Islam di Jawa


Antara pusat paling awal bertapaknya islam di Tanah Jawa ialah Giri,Demak, Pajang
dan Mataram. Giri Merupakan markas bagi perkembangan Islam dan menjadi
pendorong kelahiran Demak. Tokoh yang paling terpenting ialah Sunan Gfiri yang
pertama, iaitu RadenPaku yang meninggal tahun 1506. Demak Bangkit selepas
kejatuhan Majapahit dan islam dibawa melalui rampasan takhta. Sesungguhnya jasa
terbesar kerajaan Demak ialah percubaannya untuk melaksanakan ajaran Islam dengan
tegas. Kejatuhan demak disebabkan mengubah kepercayaan rakyat yang masih terikat
dengan kepercayaan tradisional atau Hindu-Buddha. Kesungguhan para
ulamasemacam tiada ertinya dengan kehadiran kerajaan-kerajaan Pajang dan Mataram
kemudiannya.

Pajang didirikan oleh Joko Tingkir pada tahun 1568 selepas kejatuhan kerajaan Demak
dan bermulalah percubaan untuk menghidupkan kembali ajaran tasawuf pantheisme.

Kerajaan Mataram II didirikan oleh Sutowijoyo. Pada zaman Mas Rangsang atau lebih
terkenal dengan nama Sultan Agung (1613-1645), Mataram II mencapai kemuncak
kejayaan. Sultan Agung sangat berjaya dari segi poltiknya dengan keberaniannya
menghadap kekuasaan Balanda. Sultan Agung beragama islam tetapi masih masih
mempertahan fahaman pantheisme.
PENGARUH DAN KESAN TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi pengaruh yang besar. Profesor S.M
Naquib al-Attas: menyatakan bahawa Islam telah membawa ‘zaman baru’ di Nusantara,
dan berjaya mengubah “jiwa dan wajah” Tamadun Melayu Alam Melayu.
Antara aspek perubahannya adalah:

a. Agama atau kepercayaan


Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme dan
penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha
digantikan dengan akidah tauhid.

Islam telah menghapuskan kepercayaan sinkritisme Hindu-Biddha-Hyang. Antara


golongan yang memainkan peranan ialah ahli sufi dan para mubaligh. Dengan itu
agama Islam menjadi agama rasmi dan kekuatan pegangan agama telah
menimbulkansemagat jihad menentang penjajah.

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.
Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-
Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,
hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf.
Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan
mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk
dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.
Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai
semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau
penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam
yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi
penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).

Islam mengubah pandangan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh,


semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya
adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab. Keimanan mereka diikuti
dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan
menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran
Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan
Nuzul al-Quran.

Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana
masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan orang Melayu
daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri
tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada
ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan sebagaimana


yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru.
Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan al tauhid.
Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam
Melayu ini. Ledakan tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan, Hinduisme dan
Buddhisme yang tiba pada abad ke 4 Masihi dan ke 5 Masihi, dimana perintah-
perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang
formal (Azhar Hj. Md Aros, 2003 : 304).
Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima
oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah rela menerima agama
Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha
pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan
sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan
penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan
diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut
dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.
Mereka sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di
Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin
Abdul Wahid, 1992 : 29).

Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada
sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid
juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus
perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan
manusia dan manusia dengan Pencipta.

Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskan


sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (Samri
Sainuddin, 2004 : 38)

Kabul aku menawar ubat pontianak si anu

Kabul Allah

Kabul Muhammad

Kabul Baginda Rasulullah

Kabul berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar

Rasulullah

Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi
mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran
yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur
rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama
manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam as dan Adam
as djadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat
Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman
animisme (Abdullah Ishak, 1990 : 133-134).

b. Sosial dan budaya


Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi Alam Melayu. Kepercayaan
kepada kekuasaan Allah telah memberi setiap individu harga diri kerana tiada
perbezaan antara sesama manusia di sisi Allah kecuali taqwa.
Pengaruh akidah, syariah dan akhlak telah memberi kesan dalam kehidupan. Namun
begitu, berlaku asimilasi antara ajaran islam dan budaya setempat. Islamsasi berlaku
secara beransur-ansur tanpa ada pertentangan secara terbuka.

c. Ekonomi
Ekonomi Islam adalah berlandaskan hukum syarak seperti konsep halal haram.
Kegiatan perdagangan masih lagi diteruskan dan segala tindak tanduk bukan sahaja
dikawal oleh keikhlasan hati tetapi juga oleh undang-undang negara seperti Risalat
Hukum Kanun dan Undang-Undang Laut Melaka.

d. Politik dan perhubungan


Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Pada 674
Masihi, kerajaan Melayu-Islam, pertama di Alam Melayu Ta-shih di Sumatera
tertubuh. Kemudian diikuti oleh Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa,
Melaka, Acheh dan lain-lain.

Sistem kesultanan adalah berbeza dengan sebelumnya sistem pemerintahan beraja


dimana konsep dewaraja dihapuskan. Islam telah berjaya memanusiakan raja-raja
yang dianggap dewa sebelum ini. Begitu juga, Islam telah membawa transformasi
nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja. Contohnya terdapat karya
ketatanegaraan yang meunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di
Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini
memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai oleh raja-raja seperti
harus bersifat adil, amanah dan sebagainya.

Watak dan peribadi Sultan turut berubah kepada seorang yang cintakan ilmu serta
mendampingi ulama seperti Sultan Malik Zahir Shah di Melaka, Sultan Mahkota Alam
di Acheh dan lain-lain. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan
penting sebagai pusat tamadun.

Selain itu, sistem pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi contoh dalam
pebtadbiran iaitu:

i. Sultan sebagai ketua negara dan ketua agama


ii. Mufti atau alim ulama sebagai penasihat

Wujud juga asimilasi undang-undang tempatan dengan undang-undang Islam. Malah,


wujud juga undang-undang Islam bertulis bagi menggantikan undang-undang Melayu
tempatan (Malay Local Law) seperti di Melaka terdapat:

i. Hukum Kanun Melaka – undang-undang negeri


ii. Undang-undang Melaka – undang-undang negeri
iii. Undang- undang Laut Melaka – undang-undang yang berhubung dengan
peraturan laut serta jenayah perdagangan.

Manakala Kanun Mahkota Alam – di Acheh.Mufti dan kadi bertindak sebagai


penasihat Sultan menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat Raja
Hindu-Buddha.

Penerangan selanjutnya:

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,


agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu,
beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran
berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan
Syariah. Selain itu, kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan
untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya
diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam
datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat
Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar
kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam
sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan
rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah
perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan
asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang
menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada
manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang
yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran
kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang
sama berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada
sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep
dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam
masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan
masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan
rakyat, tua dan muda, kaya dan miskin semuanya mempunyai peranan dalam
masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang
mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan
sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab
mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di
zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara
langkah-langkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil
termasuklah (Zulkefli Haron, 2005: 81):

a) Penghulu Bendahara memastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan


cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah
b) Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan
c) Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan
d) Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera
e) Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran
f) Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing

Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi
perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa
Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke 9 Masihi dan selewat-lewatnya
pada kurun ke 15 Masihi. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah
sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia
mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa
besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu
menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi
dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).

e. Perundangan
Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat
dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang
adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya
hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong
tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan
masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka
mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap
tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan
perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah berdasarkan kepada
hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin
Abdul Wahid, 1992 : 29).

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam


pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam
sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara
terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-
undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam,
undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam,
undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan
lain-lain lagi.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi
undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan
contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa
orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun
Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang
Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-
pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di
dalam undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada
hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amar bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-
munkar". Terdapat juga undang-undang yang berhubung dengan jenayah,
muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang
Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).

f. Bahasa dan Kesusasteraan


Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke 14 Masihi
dan berkembang sehingga akhir abad ke 18 Masihi. Pada awal abad ke 14 Masihi
kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia
Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat
daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu.
Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400 Masihi-1511 Masihi) misalnya, bahasa
Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan
oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada
bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi
berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke 19 Masihi) dan zaman
moden (abad ke 20 Masihi) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab
diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa
Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis
kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai
alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi
telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara
faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran,
penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu
dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan
di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh
kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama
Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan
terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap
perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu,
bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan
ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadis yang kedua-duanya dalam
bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh
pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.

Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam
mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat
ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara
meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam
dan digunapakai dalam bahasa Melayu.

Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap
warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti
Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat,
Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang
Soleh. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah
Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh
Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agama Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada
bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kitab serta karya
sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai
tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-
Salatin dan lain-lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia
juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan
sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami
perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para
sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu
kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan
telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam
itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

g. Pendidikan
Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam
golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan
Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.
Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama-ulama
Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.
Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh
Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini
telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah
Melayu.

Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi
dengan memperkenalkan “method” ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar
dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam
adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat
tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang
mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang
munasabah pada akal yang sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).

Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di


Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi
sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu
tempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah
ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari
bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kitab-
kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah al-Manzum
oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh
al-Nawawi.

Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu


pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari
Megat Iskandar Shah (1414 Masihi) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511
Masihi, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam
tidak sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di
istana sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman
kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf,
Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal al-Din dan
lain-lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang
tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir
(Abdullah Ishak, 1990 : 142).

h. Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik,
beragama, berakhlak dan berbudi bahasa menjadi keutamaan. Keluarga sebagai
agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut
dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan
utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi
anggota masyarakat yang baik.

Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi
seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.
Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan
mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah
untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan
kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-
unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-
konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke
atas kanak-kanak juga diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu
mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat


Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh
yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-
perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali
bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam Fasa I 25.1, hadirnya saksi Fasal26,
upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1,
dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001: 217).

Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga


sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat
61 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."

Perkahwinan merupakan suatu mekanisma pemeliharaan maruah dan


pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam
pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa
dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan
perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama
seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu
dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina
keluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab
suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain
itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik
anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan
akikah, menyusukan anak sehingga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya
menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua
ibu bapa mereka.

i. Adat dan Cara Hidup


Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan
manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup
masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus
diamalkan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau
bangsa. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup.
Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar
adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan
merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat
(Asmad, 1990: 4).

Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara
nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan
nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam
adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan
dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem
kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah
dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah
diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari
kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:

a) Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning


b) hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
c) Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
d) Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi,upacara khatam al-
Quran dan berzanji
e) Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
f) Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan

Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat
resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar
kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Islam
telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya
adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada
perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat
berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan
sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat
Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:

Bunga cempaka baunya harum

Pelbagai kembang digubah indah

Adat bermula dengan hokum

Hukum bersandar di kitab Allah

Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi
Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan
menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu
menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada
lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat
Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi
sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.

5.0 PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN


MALAYSIA

Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu
melayu,cina dan india. Kemajuan dan pencapaian Malaysia sehingga hari ini
merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada perkembangan sejarah yang
berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan
penerimaan agama Islam oleh orang Melayu. Pembangunan masyarakat Melayu dan
bumiputera adalah pekara penting dalam pembentukan tamadun Malaysia.
Pembentukan tamadun Malaysia melalui perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.

3 bukti tamadun Melayu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia

 Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara sebelum kedatangan


kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia ialah dari perkataan Melayu atau
semenanjung Tanah Melayu.
 Perjuangan memerdekakan Tanah Melayu adalah dari hasil cetusan dan
gerakan sepenuhnya daripada orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
mempertahankan tanah airnya
 Ketuanan Melayu-Islam di iktiraf dari perlembagaan persekutuan.

5.1 PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

 Tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep


dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang
bertamadun.
 Dengan kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan mendapat tempat
yang wajar dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi
oleh semua lapisan masyarakat.
 Kedatangan Islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan
dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan
seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan.
 Penubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang terpenting
ialah istana, masjid, madrasah dan pondok. Istilah-istilah meunasah, rangkang
dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkat-
peringkat pendidikan yang diamalkan (Azyumardi,2000:156).
 Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan
bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu
menegakkan peradaban moden seperti, pasti kita akan mampu membangun
peradapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam
dahulu.

5.2 PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN


 Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterapkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia.
 Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi
ketinggian akhlak dan budi.jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan
kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.
 nilai-nilai kemuliaan insan ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi
dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya.
 Ia juga dapat diperincikan menerusi:

1. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi


penekanan kepada kehidupan bermasyarakat.

2. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat


kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran
dalam kehidupan.

 Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima
dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd
Nasir, 2005:89).
5.3 SISTEM PEMERINTAHAN

 Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah
yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber
sejarah dan kaedah arkeologi.
 Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah
kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-
Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
 Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang
mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-negeri Selat.
 Politik Melayu diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem
pemerintahan beraja (srkarang ini sistem pemerintahan raja
berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun
Malaysia.
 Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang di-Pertua
Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam
pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita

LAIN-LAIN PERANAN

5.4 SISTEM PERUNDANGAN

 Sistem perundangan malaysia ialah kesinambungan dari sistem perundangan


tamadun melayu. Contohnya :

a. Batu bersurat mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang


perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan
melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan
penerimaan hutang dan banyak lagi
b) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah
diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang
disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
(1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

c) Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak


merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam,
tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang
Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka.

5.5 AGAMA DAN ADAT ISTIADAT

 Islam dan adat Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan
elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.
 Islam terus menjadi faktor definiti Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang
yang mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
 Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu.
 Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia,
tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh
orang bukan Melayu atau bukan Islam.

5.6 BAHASA, KESENIAN DAN KESUSTERAAN

 Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara.
 Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu
Kuno iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sanskrit.
 Bahasa Melayu Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat
memakai huruf yang berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari
Palava.
 Menurut de Caparis, bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan
Palava ini telah digunakan oleh orang Melayu di kawasan Sumatera
Selatan(Mahayudin, 1998:59).
 Atas dasar inilah sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun
Melayu bermula di bahagian pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak
lebih dari pantai dan sungai-sungai yang boleh diharungi (Asmah, 1987:543).
 bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan
wahana ilmu.
o Sebelum tulisan Jawi,beberapa tulisan lain telah digunakan seperti
tulisan Pallava,Kawi,Sunda Kuno,Batak dan Rencong.
o Kedatangan Islam memperkenalkan huruf Arab dan diterima oleh orang
Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.
o Setelah Islam datang ke Melaka, penulisan karya berkembang.
o Terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi

 Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan negara

5.7 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransi yang cukup


tinggi oleh kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semasa penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan
syarat-syarat kewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan
peminpin-peminpin bukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu
dan orang Islam.Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16
September 1963, taraf kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera ini telah dimaktubkan menurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia (Zainal Abidin, 2001:198).Selain itu, Pelembagaan Persekutuan juga
mengiktiraf peranan undang-undang adat yang dapat dilaksanakan di kalangan
orang Melayu dan juga masyarakat bumiputera atau peribumi di Sabah dan
Sarawak. Undang-undang adat yang dapat lama berkembang iaitu semenjak adanya
undang-undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi perlaksanaannya
dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal Abidin,
2001:198).
 Di Tanah Melayu, Melaka menjadi pusat perdagangan utama.
 Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor juga merupakan pusat
perkembangan Islam.

5.8 PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK


 Berlaku terutamanya dalam Institusi Kesultanan dan Perundangan.
 Pentadbiran: Istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermakna
bayangan Allah di muka bumi.
 Konsep ini menjadi teras institusi raja. Pengesahan berlandaskan Islam terhadap
kewibawaan seseorang raja itu.
 Gelaran seperti Khalifah Mukminin yang bermakna pemimpin orang mukmin.
 Contoh: Sultan mahmud Shah di Melaka, Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di
Pahang.
 Tokoh seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.
 Selepas kedatangan Islam, institusi sultan di tanah Melayu kekal sebagai institusi
berdasarkan perwarisan.
 Sistem ini meletakkan raja@sultan sebagai kuasa tertinggi.
 Negeri Sembilan;Adat Pepatih. Tunjang kuasa bukan terletak pada sultan tetapi
pada Yang Di-Pertuan Besar.
 Institusi kesultanan Melayu mempunyai hubungan erat dengan ulama. Golongan
 pemerintah di Melaka contohnya, mendapatkan nasihat dari golongan ulama
seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar
Jahan,Maulana Jalaludin.
 Konsep daulat. bermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai
kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja melanggar
arahannya(derhaka) akan menerima akibat(tulah).
 Bagi mengukuhkan konsep ini, pelbagai adat istiadat diwujudkan.
Contohnya, adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis
pakaian,bahasa dan pengucapan,tingkah laku dan sebagainya.
Perundangan
 Terbahagi dua; undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.
 Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.
 Terdapat dua jenis adat,iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
Adat Pepatih diguna oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan
Naning,utara Melaka.

Undang-undang Bertulis
 Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, dan sebagainya.
 Hukum Kanun Melaka terdapat 44 fasal,Undang-undang Laut pula mengandungi
24 fasal.
 Kehadiran Islam telah memperkembangan undang-undang bertulis seperti
Undang-undang Laut Melaka,Hukum Kanun Melaka,Undang-undang
Pahang,Undang-undang Kedah,Undang-undang Perak dan Undang-undang
Johor.

Pendidikan
 Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada
golongan atasan sahaja.
 Menekankan keagamaan. Dilaksanakan di istana,masjid,rumah,surau,madrasah
serta pondok.
 Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah.
 Pendidikan bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran
negara dan sistem politik.
 Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid,cara dan
bacaan sembahyang serta lain lagi.
 Di sebelah malam, kandungan pengajian merangkumi ilmu
fikah,usuludin,hadis,tasawuf dan sebagainya untuk orang dewasa.
 Sistem pendidikan formal lebih teratur ialah pendidikan pondok.
 Sistem ini meluas di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Pattani.
Bahasa dan kesusasteraan
 Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad
dan Hikayat Bulan Berbelah.
 Hikayat nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.

GLOBALISASI DAN WAWASAN 2020

Dalam usaha untuk memajukan negara sebagai sebuah negara maju dan negara
industry didalam acuannya sendiri, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu bangsa
Malaysia yang bersatu menjelang tahun 2020.
KESIMPULAN

Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses
penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat
Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat
biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima
ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan
tiada paksaan.

Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah
telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan
Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-ansur oleh
masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang
buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan
daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat
pembudayaan ilmu.

Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini, agama Islam dijadikan sebagai teras
dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama
Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan
berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka
menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu
generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam
masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan
nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Anda mungkin juga menyukai