Anda di halaman 1dari 4

Clash of civilization

Jelaskan pandangan anda tentang faktor yang menjurus kepada pertembungan


tamadun, seperti Tamadun Barat dan tamadun di Timur (yang dilihat dalam konflik
budaya, iaitu kepelbagaian budaya yang gagal untuk menenmui titik persamaan.

Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui


beberapa fasa .Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam
aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan
fizikal. Menurut. Syed Muhammad Naquib Al Attas, tamadun beasal daripada perkataan
‘maddana’ dan berasal daripada perkataan ‘din’ yang bermaksud agama (al-Attas, 1992:1-
33)[1]. Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang
lebih baik dan maju dalam segenap aspek.

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai
pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku
iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik
sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian
nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang
terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun
daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan
kolot.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti
utama wujudnya interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah
laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai
pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justru itu,
pengaruh Tamadun Islam, China, India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi
kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan
Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan
perkembanagn tamadun negara ini.

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari
pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap
saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di
antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama,
kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik.
Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses interaksi
tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang dilakukan. Ini
bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati kebudayaan lain,
proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Contoh interaksi
tamadun yang berlaku dengan aman ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang
tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak
golongan ini dilindungi oleh undang-undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku
besi, interaksi tamadun juga akan memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak bertoleransi
Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Seterusnya merupakan factor sikap golongan agama. Faktor ini menjadi tunggak
kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini wujud dalam setiap
masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam Tamadun Islam dimiliki oleh
para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minoriti kasta
Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didokong oleh sami. Golongan
agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi. Kesemua golongan agama
berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan. Sebagai
contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Walaupun ada sikap sesetengah golongan
agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat
agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan golongan penguasanya tetap berada
pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap golongan agama yang mencetuskan konflik
seperti tindakan Paus Urban II sama ada mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan
penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian supaya
memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim pada penganut Kristian.

Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan


geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini juga
turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun. Contohnya,
Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama
iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan sutera darat
menghubungkan China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking.
Manakala, laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu
hingga ke Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara
terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal
kerana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan
ini menjadi tumpuan dan persinggahan para pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di
Pelabuhan Melaka disebabkan ramai pedagang yang singgah.
Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara
tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah
masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan
pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis
tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu
sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus
ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan
pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu.
Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang
dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu,
perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan
golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah
dengan Puteri Pasai.

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan


perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi. Hubungan
kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah, pedagang Arab dan Parsi
membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Masjid turut
didirikan di Guangzhou yang membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah tersebut. Alam
Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila pedagang Arab singgah
sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China. Catatan Marco Polo tentang
pengislaman Perak pada tahun 1292 M menunjukkan berlakunya proses Islamisasi. Selain
itu, Tamadun India berinteraksi dengan rantau Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di
mana nama wilayah Asia Tenggara seperti yang tercatat di dalam kitab Ramayana seperti
Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi.

Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni
sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina.
Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak
tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari
Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka
mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman
Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama
Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu
yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam
Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di
Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.
Pada pandangan saya, beberapa nilai manjadi asas ketika kejayaan interaksi tamadun.
Pertamanya ialah berlandaskan idea keagamaan kerana nilai ini mambantu memantapkan lagi
struktur sosial dan intelektual sesebuah tamadun. Semua tamadun Asia menjunjung tinggi
doktrin keagamaan yang juga penyumbang kepada wujudnya kebudayaan dan sains.
Contohnya dalam Tamadun China yang percaya kepada Tuhan walaupun mempunyai
pelbagai aliran anutan seperti Konfucius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Nilai
kekeluargaan dan kemanusiaan juga menjadi prinsip utama. Dalam Islam, menjaga akhlak
antara sesama manusia termasuklah ibu bapa, guru, kawan, jiran sesama Islam dan bukan
Islam serta musuh Islam adalah ditekankan. Dalam aspek pergaulan juga, syariat Islam
diturunkan agar kepentingan lima hak asasi manusia terlaksana yang meliputi hak beragama,
menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Seterusnya ialah nilai
dari aspek tatacara dan etika dalam kehidupan. Dalam Tamadun China, terdapat konsep Dao
dan pemikiran tentang Li. Interaksi antara tamadun juga mementingkan kebijaksanaan
pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskan ‘pemimpin
adalah khalifah di muka bumi. Nilai menghargai alam sekitar juga terdapat dalam semua
tamadun di Asia. Dalam Buddhisme dan Shinto pula, hubungan manusia dan alam ditekankan
melalui konsep esho fui yang menegaskan manusia dan alam saling memerlukan. Nilai yang
terakhir yang menjadi pegangan setiap tamadun ialah pentingnya ilmu dan orang yang
berilmu. Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan individu yang berilmu yang
ilmunya itu sempurna dan tercermin melalui kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek.
Ulam menjadi pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan tauladan masyarakat
Islam.

Secara umumnya, tamadun Asia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan sifat sepunya
yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara tamadun walaupun mempunyai agama
dan budaya yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai