Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 1

1.1 Pengenalan

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat, pencapaian dan keunikan yang
tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan
tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara
tamadun. Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang
mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum atau etnik. Melalui proses interaksi
antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun. Interaksi antara
tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku sepanjang
sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

Setiap tamadun juga mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang


menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun
ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama
lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan
yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi
tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan.

Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan
pelbagai cara yang berbeza (Ab.Aziz Mohd Zain, 2006). Interaksi antara tamadun ini
terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati
antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah
tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan
budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini
dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang
akhirnya boleh meruntuhkannya. Pada penulisan saya ini, saya akan mengupas
secara lebih terperinci tentang kepelbagaian tamadun Asia yang terdapat di
Malaysia iaitu Melayu, India dan China yang mempengaruhi sosio budaya,
masyarakat dan negara.

1
1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Interaksi Di Antara Kepelbagaian Tamadun Di
Asia

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat
dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat
toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala,
secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek
seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan,
perdagangan dan misi politik.

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses


interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang
dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan
menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni
aman dan damai (Abu Bakar Jaafar, 2001). Contoh interaksi tamadun yang berlaku
dengan aman ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat
orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan
ini dilindungi oleh undang-undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi,
interaksi tamadun juga akan memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak
bertoleransi Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara


tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi penentu
kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama
insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam,
golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras
kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.
Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami sementara
paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di
Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya
memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar sehingga
terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren,
madrasah dan dayah (Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli
dan beberapa ulama lain terkenal di rantau Melayu.

2
Selain daripada itu, sejarah juga sering menyebut tentang pentingnya kedudukan
geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan
(Faizurah, 2008). Hal ini juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya
interaksi tamadun. Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai
tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang
menggunakan jalan darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan China
dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut
pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke
Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara
terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pelabuhan Melaka juga
terkenal kerana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari angin
monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan persinggahan para pedagang. Aktiviti
perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka disebabkan ramai pedagang yang singgah.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi
tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Di rantau Alam Melayu juga,
berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab dalam
tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu angin monsun.
Perkahwinan ini juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu
diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab (Mohd Taib
Osman, 2002),. Malahan, ahli keluarga gadis tersebut juga turut sama menerima
Islam dalam kehidupan mereka.

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan


perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.
Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah,
pedagang Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang
Chow dan Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan
berlaku Islamisasi di wilayah tersebut.

Selain itu, Tamadun India berinteraksi dengan rantau Melayu sejak kurun
pertama Masihi lagi di mana nama wilayah Asia Tenggara seperti yang tercatat di
dalam kitab Ramayana seperti Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi

3
1.3 Perbandingan Kepelbagaian Tamadun Asia Antara Tamadun Melayu, Cina
dan India

i. Sosio-budaya
Tamadun Melayu mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai
Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-
unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak
dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa
Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu
dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan (Esa Khalid, 2004).
Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarung sebagai
pakaian mereka seharian. Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini, unsur
kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing.
Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah,
Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti
kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta
makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang
pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina
juga diperkenalkan. Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari
aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China.
Seperti yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba adalah sangat
mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut
kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan
lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma,
anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak
khasiat kepada tubuh badan. Tamadun China juga membawa teknologi
membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain
daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan
dan lilin.
Selain itu, adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut
menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan
mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika
melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut,
bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan
4
menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga
dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Bahasa adalah unsur yang
ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Tamadun
Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi
kosa kata bahasa Melayu (Idaikkadar N.M.,2009). Penemuan Batu
Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan
Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa
Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat
Terengganu, 29 perkataan bahasa Sanskrit turut ditemui bersama bahasa
Arab. Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu
lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila).
ii. Ekonomi
Hubungan antara tamadun cina dalam tamadun melayu dari segi sudut
ekonomi terdapat dua jenis sistem ekonomi iaitu sistem sara diri dan
sistem ekonomi perdangangan komersial. Sistem Ekonomi Sara Diri pada
zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat
pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan
diadakan tetapi skalanya kecil. Masyarakat Shang juga terlibat dalam
penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara
besar-besaran dalam upacara pengebumian. Di dalam tamadun melayu,
penggunaan cangkul, penukul memang digunakan di dalam pertanian.
Pertanian amat penting bagi menampung hidup seharian. Pertanian yang
dilakukan adalah seperti sawah padi, ubi kayu dan sebagainya.
Seterusnya ia juga tela menyebabkan jurang perbezaan ekonomi yang
besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah
yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan
masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari
masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar
utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar
bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada
masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan
mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran
di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan
kegiatan ekonomi eksport dan import.
5
Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan
dikawasan yang bersedia menerima perubahan. Ini menyebabkan
kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan dari
kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi
penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina.
Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan
tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan,
Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di lading,
Ini memberi kesan kepada ketidak seimbangan antara kawasan antara
desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.

iii. Pendidikan
Dalam aspek pendidikan pula, Pendidikan di China lebih terjurus
kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi
tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan
tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama,
tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan
doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan
tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan
tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di
hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang
berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak
menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun
sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
Sistem ini telah diserap masuk kedalam negara kita dengan murid-murid
perlu mengambil peperiksaan setiap tahun sebagai penilaian terhadap
apa yang mereka pelajari di kelas. Ini jelas pengaruh Tamadun China
amat kuat dalam sistem pendidikan kita di Malaysia.
Disamping itu, sistem persekolahan merupakan elemen dominan bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah pembangunan
masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Terdapat perbezaan
antara kaum utama iaitu antara kaum Melayu, Cina dan India dalam
aspek Pendidikan. Pendidikan bagi kaum Melayu bermula sebelum
penjajahan British keTanah Melayu adalah berteraskan kepada agama
6
Islam. Sistem pendidikan pondok diamalkan dengan kaedah pembacaan
kitab, kurikulum adalah berdasarkan kitab dan tidak mengira had umur.
Namun selepas penjajahan British, dasar pendidikan yang diadakan tidak
berkesan terutama dari dudut perpaduan dan terdapat banyak kelemahan
dalam pelaksanaannya kerana British hanya mementingkan keuntungan
ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja.
Semasa British menjajah, pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah
Vernakular Melayu, sekolah Vernakular Cina, dan sekolah Vernakular
Tamil . Kewujudan sekolah Vernakular telah menyebabkan masyarakat
Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan
menyebabkan hubungan mereka semakin renggang kerana setiap
sekolah bermatlmatkan kepentingan kaum masing-masing. British tidak
memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setara
kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah Vernakular Melayu dan
Tamil hanya terhad untuk sekolah rendah sahaja, manakala sekolah
Vernakular Cina mendapat keistimewaan melalui sekolah rendah 6 tahun,
junior middle 3 tahun, dan senior middle 3 tahun. Lulusan untuk sekolah
Melayu hanya setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling
rendah. Justeru itu ayuhlah anak muda sekalian bangkit daripada sistem
yang telah dicorakkan penjajah demi meneruskan kehidupan yang
harmoni dalam negara kita.

1.4 Penutup
Secara umumnya, tamadun Asia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan sifat
sepunya yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara tamadun
walaupun mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Dengan kesemua ini
diharapkan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni dan
hidup bersatu padu dalam berbilang kaum.

7
Bibliografi

Ab.Aziz Mohd Zain, Hashim Musa, & Zainal Abidin Borhan.(2006). Tamadun Islam
aaaaadan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.

Abu Bakar Jaafar.(2001). Adat Amalan dan Kepercayaan Khurafat dalam


aaaaaMasyarakat Melayu : Satu kajian di Felda Keratong , Pahang Darul Makmur.
aaaaaKuala Lumpur :Universiti Malaya.

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu,
aaaaaIndia, China, Dan Jepun. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Teknologi
aaaaaMalaysia

Faizurah hj. Basri et.al, (2008). Tamadun Islam Dan Tamadun Melayu:
aaaaaPerkembangan Dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat
aaaaaPenerbitan University (UPENA), Uitm

Idaikkadar N.M.(2009). Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur. Dewan


aaaaaBahasa Dan Pustaka

Mohd Taib Osman, (2002), Islamic Civilization In The World. Dewan Bahasa Dan
aaaaaPustaka

Anda mungkin juga menyukai