Anda di halaman 1dari 25

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi, tuhan sekalian

alam kerana dengan limpahan kurnia-Nya dapat saya menulis dan menyiapkan

sebuah tugasan ini setelah kajian dibuat selama sebulan.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah

tercinta saya, Dr. Fatimi Hanafi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan

suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu yang tercinta, Rosidah

Binti Harun yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk terus berjuang

dalam hidup yang penuh dugaan dan ujian. Terima kasih juga diucapkan kepada

ayah, Mohd Effendy Bin Mohd Khalid yang selalu tabah menyuburkan kehidupan

kami sekeluarga dan telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral

yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini.Terima kasih.

1
PENGENALAN

Interaksi antara tamadun bermaksud pertemuan, perhubungan, kebudayaan,

kemajuan dan peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun. Lebih jelas lagi,

tamadun dapat didefinisikan sebagai bangsa yang beradab, bersopan-santun dan

berkemajuan.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), tamadun boleh didefinisikan

sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara

berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau

kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan komunikasi yang berlaku

antara dua atau lebih peradaban. Ketika berlakunya proses komunikasi tersebut,

pertemuan antara tamadun-tamadun itu adalah pertemuan yang aktif dan saling

bertindakbalas.

Tamadun juga terbentuk hasil daripada interaksi antara satu tamadun

dengan tamadun yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ketika

proses interaksi tersebut berlaku, tamadun yang lebih maju telah mencorakkan

bentuk tamadun yang terkemudian. Melalui interaksi tersebut, dapatlah kita

memahami bagaimanakah interaksi sesebuah tamadun itu dapat membentuk jati

diri tamadunnya yang kesannya dapat dilihat sehingga kini.

2
OBJEKTIF KAJIAN

1) Menerangkan asas-asas sejarah perkembangan interaksi antara Tamadun

Melayu dengan Tamadun Cina;

2) Mengenalpasti sejarah perkembangan ekonomi antara Tamadun Melayu

dengan Tamadun Cina;

3) Menghuraikan tentang ciri-ciri persamaan antara Tamadun Melayu dan

Tamadun Cina; dan

4) Menjelaskan tentang kesan interaksi antara kedua-dua tamadun dalam

mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini;

SOROTAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)

Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan kajian yang telah dilakukan

sebelum ini lebih tertumpu kepada aspek agama, budaya, kerajaan / sistem

pemerintahan, masyarakat dan juga ekonomi.

Menurut Mohd. Koharuddin (2005), tamadun ialah kata pinjaman Arab /

Islam yang berasal daripada perkataan ’madana’ , iaitu kata kerja yang bermaksud

’membina atau membuka bandar atau membudipekertikan, memurnikan,

melahirkan sopan-santun’. Oleh itu, tamadun bermakna kemurnian, keluhuran, dan

perlakuan yang berbudi pekerti dalam budaya manusia. Persamaan perkataan atau

tamadun dalam bahasa Inggeris ialah ’civilization’ (bertamadun, beradab), refined

(halus budi bahasa), dan cultured (berbudaya, beradat).

3
Chandra Muzaffar (2002) pula menjelaskan perkataan ‘tamadun’ sering

digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari

perspekif semasa pula, perkataan ‘tamadun’ kebiasaannya merujuk kepada

pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan

penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Pentakrifan tamadun yang

lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan

kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan.

Azhar Hj. Mad Aros (2001) menjelaskan setiap tamadun yang muncul

mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri.

Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak

menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi antara tamadun. Interaksi

berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan.

Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu

pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Setiap tamadun

mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya

interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai

pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya

yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan

masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun.

Perbandingan tersebut dilakukan melalui aspek agama, budaya,

kerajaan/sistem pemerintahan, masyarakat dan juga ekonomi. Interaksi ini

4
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun

yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan

tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi

jumud yakni kaku dan kolot.

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA ZAMAN PRA-

PENJAJAH BARAT

Hubungan antara China dengan Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum

permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa

pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan

dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta

mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti

Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar

melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya

ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam

Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.

(Hashim Hj. Musa, 2005 : 144).

Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan

negeri¬negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan

terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.

Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah

yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15.

Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang

utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas

dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah

5
membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh

Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka

telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan

Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005:

145).

Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina

pada zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan

besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu

dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni

dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling

hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri

budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk

mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan,

contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun.

Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat

Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146).

ZAMAN PENJAJAH BARAT

Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan

terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke

Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun

1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun

1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-

Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di

6
Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina

dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka

bekerja di ladang lada dan gambir. (Hasnah, Matdiana, 2000: 155).

Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan

Melayu terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang

berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan

perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk

seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris

juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan

penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained)

dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan

hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149).

PERKEMBANGAN TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan tamadun yang berkembang dari kebudayaan

orang Melayu. Tamadun ini dimiliki oleh bangsa Melayu di rantau yang dikenali

sebagai Alam Melayu, Kepulauan Melayu, Nusantara ataupun Asia Tenggara

(Stone, 2010). Tamadun Melayu melalui beberapa fasa perkembangan sejarah.

Iaitu, kedatangan dan pertapakan masyarakat Melayu, pengaruh agama Hindu-

Buddha dalam masyarakat Melayu, orang Melayu menerima kedatangan Islam,

penjajahan dan kewujudan Negara-negara merdeka (Stone, 2010).

Dua perkara penting yang mewarnai alam Melayu ialah, bahasa Melayu

sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) dan kedatangan agama Islam mejadi

pelengkap pembentukan tamadun Melayu (Stone, 2010). Tetapi, sebelum

7
kedatangan Islam masyarakat Melayu mempunyai pandangan semesta yang

tersendiri dan berbeza dengan Islam. Pada masa itu, kepercayaan-kepercayaaan

daripada Hinduisme, Buddhisme dan Animisme menjadi dominan dalam

masyarakat. Kedatangan Islam telah berubah sistem kepercayaan tersebut dan

diganti dengan keyakinan berteraskan tawhid (Stone, 2010).

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mempercayai alam nyata

dan ghaib serta kehidupan (Stone, 2010). Kedatangan Islam ke alam Melayu telah

memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Konsep tawhid rububiyyah

dan uluhiyyah menjadi pegangan mendasar. Secara keseluruhan, pandangan

semesta masyarakat Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, zaman pra-Islam,

zaman kedatangan Hindu-Buddha dan zaman kedatangan Islam (Husna Omar, Nad

Rosidi, Wan Nor Afidah & Winy Zainudin, 2012).

Zaman pra-Islam ialah zaman di mana adanya masyarakat yang lebih kepada

kepercayaan animisme dan kepercayaaan dinamisme (Stone, 2010). Animisme ialah

kepercayaan bahawa semua benda berjiwa, memiliki roh ataupun semangat yang

memiliki watak tersendiri, di mana mereka mampu memberi kesan baik atau buruk

(Husna Omar et al., 2012). Mereka juga percaya bahawa setiap benda, hidup atau

mati memiliki semangat yang mesti dipuja agar tidak menganggu ketenteraman

masyarakat. Dalam tradisi Animisme tiada idea mengenai roh dan dunia akhir yang

boleh dijadikan bahan spekulasi falsafah seumpama Islam.

Manakala, zaman kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan

amalan penyembahan dan upacara keagamaan menjadi lebih tersusun (Husna

Omar et al., 2012). Pengaruh agama Hindu-Buddha menyerap masuk dikalangan

pemerintah dan golongan bangsawan dahulu dikuti oleh rakyat biasa (Husna Omar

8
et al., 2012). Agama Hindu-Buddha berjaya menyerap masuk kedalam kehidupan

dan kebudayaan orang Melayu. Pengaruh Hindu-Buddha berkembang dalam dua

bentuk falsafah Hinduisme dan Buddhisme.

Hinduisme merupakan anutan pertama dianuti oleh penduduk Melayu. Pada

masa itu, Bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan kerajaan Srivijaya (Husna

Omar et al., 2012). Ia mula berkembang dari sudut kosa-kata, istilah dan daya

pengungkapan dengan penyerapan bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa

agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran, perdagangan dan lain-lain kegiatan

rasmi,

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu dipengaruhi oleh fahaman

Animisme dan Hindu-Buddha (Husna Omar et al., 2012). Perkembangan Islam

dianggap unik kerana, tiada bukti yang menunjukkan kekerasan atau ekspedisi

ketenteraan digunakan untuk meyebarkan Islam. Terdapat tiga teori kedatangan

Islam ke alam Melayu. Iaitu, kedatangan Islam dari Arab, India dan China.

Teori kedatangan Islam dari Arab dikemukakan oleh oleh beberapa

sejarawan. Teori Mahyuddin Haji Yahya menyatakan bahawa Islam datang ke Alam

Melayu pada Abad pertama Hijrah, dan kerajaan Islam pertama ialah Kerajaan

Perlak di Utara Sumatera. Kerajaan ini diasaskan oleh orang Arab. Manakala, teori

John Crawford, meyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu pada zaman Bani

Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum 1883M. Teori ini disokong oleh dua

sejarawan tempatan iaitu, Prof. Dr. Naquib Al Attas dan Prof. Dr. Hamka kerana

beberapa factor yang kukuh. Antaranya ialah, tulisan Jawi, tata bacaan al-Quran

yang sama dengan tata bacaan dari Asia Barat atau Timur Tengah dan pengislaman

9
Raja Derber II (1134M) menjadi Sultan Mezaffar Shah yang memerintah Kedah

(Husna Omar et al., 2012).

Teori Thomas Arnold pula menyatakan Acheh adalah kawasan terawal terima

Islam, kerana terdapat perkampungan arab di Sumatera Barat pada 674M. Terdapat

tiga factor utama kenapa orang Arab datang ke alam Melayu, iaitu, kedatangan

saudagar Arab untuk tujuan perniagaan, hubungan perdagangan Arab-Cina

menjadikan Alam Melayu sebagai kawasan persinggahan pelabuhan, dan

menduduki pusat perdagangan penting di sebelah Timur sejak abad ke 8M.

Teori Islam dari India sampai ke Nusantara pada abad ke 13M dikemukakan

oleh dua tokoh orientalis Barat iaitu, Snock Hurgrinje dan Brian Harisson. Moquette

menyatakan bahawa Islam datang dari Gujrat kerana adanya batu nisan di Parsai

yang berasal dari Gujrat. Thomas Arnold pula menyatakan Islam datang dari

Bangala atau Malabar, India dan asasnya ialah Mazhab Safie. Hujah ini tidak

diterima oleh kebanyakkan ahli sejarah kerana Islam bertapak di Nusantara pada

abad ke 7M dan 8M lagi.

Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh sarjan Sepanyol iaitu,

Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan batu-batu bersurat di

Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048M, di Laren Jawa bertarikh 1082M

dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303M (Husna Omar et al., 2012). Ini

membuktikan bahawa adanya masyarakat Islam yang dipengaruhi dipengaruhi oleh

pedagang China.

10
PERKEMBANGAN TAMADUN CINA

Tamadun China bermula kira-kira pada milennium ke – 6 Sebelum Masihi

(SM) dan merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal di dunia.

Pekembangannya selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam

beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan

sains (Ahmad Zaki, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros,2009). Perkembangan tamadun

China dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman pembinaan, zaman peralihan,

dan zaman moden.

Sepanjang zaman pembinaan dalam tamadun China, setiap dinasti bertapak,

berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain.

Pelbagai dinasti telah muncul seperti Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Sui dan

Dinasti Han. Dinasti Shang merupakan dinasti yang terawal di negara China dan

berpusat di Anyang. Menurut Ahmad Zaki et al. (2012), kewujudan dinasti ini jelas

dibuktikan degan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan

utara Sungai Kuning di China .

Semasa zaman Dinasti Chou, peperangan telah berlaku dan mengakibatkan

kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di

wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme

dan Legalisme .Dalam pada itu juga, kehadiran pengaruh Islam didapati berlaku

semasa tamadun China sebagaimanana ysng direkodkan dalam “Chinese Annals”.

Rekod itu mengisahkan kehidupan orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-

907M.). Terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara China

seperti bangsa Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan

11
Baoan. Hal ini menyebabkan munculnya masyarakat China Islam dalam tamadun

China ini.

Perkembangan tamadun China kemudiannya diteruskan dengan zaman

peralihan. Zaman ini bermula dengan pencerobohan orang gasar ke atas China

sehingga menyebabkan negara China diperintah oleh kuasa asing (Izzudin, 2012).

Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271 M. Di bawah

pimpinan seorang petani Buddha, Dinasti Ming kembali berkuasa. Seterusnya,

zaman moden bermula pada pertengahan abad ke-19 apabila Dinasti Ming

merupakan keagungan negara China. Tamadun China mengalami perubahan ketara

sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu.

Dalam pada itu, pengaruh Barat mula meresap dan telah mengetepikan amalan dan

nilai tradisi tempatan (Izzudin, 2012). Ini menyebabkan para intelektual China mula

mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Tahap ini

merupakan tahap krisis tamadun yang dialami oleh masyarakat Cina bagi

mempertahankan negara.

Rentetan daripada perkembangan tamadun China ini, beberapa pencapaian

dan sumbangan telah dibuktikan seperti dalam bidang kesusasteraan, sains dan

teknologi, kesenian dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian,

bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditakluki

oleh kuasa asing. Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya

tulisan ini berbentuk grafik yang telah ditinggalkan kesan terhadap

kesusasteraancina dan penyebarannya (Izzuddin, 2012) Terdapat pelbagai jenis

sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen yang telah

dikumpulkan. Sastera-sastera cina ini dikumpul pada masa konfusius di kawasan

Lembah Huanhe. Manakala dari segi sains dan teknologi pula, bidang astronomi,

12
perubatan , Matematik dan sebagainya telah dikenal pasti. Semasa zaman Dinasti

Zhou, peralatan astronomi telah dicipta oleh orang cina dan mampu menyediakan

maklumat berkaitan dengan bintang dan astronomi (Abu Hasan, 2010). Sampoa

digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue. Buku jiuzhang

suanshu ( sembilan bab matematik) juga menunjukkan penemuan mengenai kuantiti

negatif, sistem pecahan dan perpuluhan. Seterusnya, perkembangan perubatan cina

bermula dari sistem perubatan tradisional yang terdiri daripada teori kosmik dualistik

yin dan yang, teori lima elemen, dan juga jing dan luo (Hasnan Ika, 2011).

Seterusnya dari bidang kesenian pula, lukisan dan kaligrafi merupakan antara

pencapaian dalam tamadun China ini. Salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil

daripada perbuatan spontan dan dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan

(Zulkanain Abd.Rahman, 2000). Tema-tema utama dalam lukisan Cina ialah

pemandangan semula jadi, binatang seperti ikan, bunga dan manusia. Kaligrafi

Cina berbeza dengan kaligrafi Barat kerana peralatan dan material untuk mencipta

kaligrafi Cina tidak sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja

biasa tetapi meja segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho (Suffian Mansor, 2000).

Peralatan lain yang diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap,dakwat

dan batu dakwat.

Kesimpulannya, negara dan bangsa China berjaya mengekalkan

kelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat

mempertahankan nilai budaya mereka. Ketahanan yang tinggi dan semangat yang

kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang disebabkan oleh

pencerobohan kuasa asing telah menjadikan tamadun China sebagai salah satu

tamadun yang unik. Sumbangan dan pencapainnya tamadun China ini adalah

setanding dengan tamadun dunia yang lain.

13
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI ANTARA TAMADUN

MELAYU DAN CINA

1) Kepimpinan

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara

tamadun. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka

interaksi akan berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku

seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat

jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin

seperti contoh di bawah:

* Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam

pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

* Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada

penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.

Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat

pada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut

Hindu. Demikian juga dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan

dasar memihak kepada cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha.

2) Kedudukan Geografi

Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan

perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan

kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara

tamadun. Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:

14
i. Cina - Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu

laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini

telah menyebabkan Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun

3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina dengan Khurasan,

Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke

Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini

membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.

Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan

berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.

ii. Pelabuhan Melaka - Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin

monsun menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para

pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan

aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.

3) Perkahwinan

Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi

antara tamadun. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan

salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan

interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah

berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam

Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak

langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi

membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama

15
Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan,

perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini

pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu,

perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di

kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan

Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

4) Perdagangan

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun.

Sebagai contohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina

melalui jalan darat dan laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin

rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan

seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah

mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku

aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam di China.

5) Misi Politik

Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana

harmoni sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam

Melayu dengan Cina. Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik

dengan Cina telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka

telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah

membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan

Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina

16
terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke

Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu

yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau

Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-

negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan

sebagainya.

KESAN INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM TAMADUN MELAYU

Bahasa Dan Kesusasteraan

Pengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui

serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti

berikut (Za'ba, 1962 : 275) :

(a) Makanan dan buah-buahan

Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki

(pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu,

samsu.

(b) Pakaian dan barang-barang dagangan

Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama

sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam

masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap

17
semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun

ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka

terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga

semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka

sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas

mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba

dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa

pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri

mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan

atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum

dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang,

Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu

baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap

terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan

agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan

komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj.

Musa, 2005: 146-147).

(C) Kesenian

Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu

pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap

dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk

bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat

pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid

18
Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain

di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum

Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan

Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-

tingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid.

Selain itu, unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan Rumah tradisional

Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka. Pada bentuk

bumbungnya terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau,

dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina.

Pemilik rumah ini ialah Demang Abd Ghani, beliau merupakan seorang

Demang. Semasa menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya

diwarisi kepada beberapa generasi. Usia rumah yang lebih 100 tahun ini dibina pada

tahun 1894 dan kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang terdapat

sekarang.

Seni bina rumah ini berasaskan bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-

Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu

(simen). Tukangnya terdiri dari tukang Melayu yang mempunyai kepakaran dalam

ukiran kayu dan tukang Cina yang menguruskan bahagian batu dan simen yang

melibatkan bahagian tangga hadapan dan dapur. Tangga Batu yang berukir dan

lengkap dengan hiasan jubin pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik

yang terdapat di Melaka. Sehingga kini seni bina tangga batu menjadi warisan dan

memberi pengaruh yang besar dalam seni bina rumah Melayu Melaka. Tangga yang

menggembang dari bawah ke atas membawa maksud ucapan “Selamat Datang

dengan hati terbuka” kepada seseiapa sahaja.

19
Seni bina Cina yang diterapkan pada rumah ini melalui kepelbagaian warna

dan corak jubin dan konsep tangga batu di bahagian hadapan rumah. Kesenian ini

terdapat pada seni bina Kota Larangan Shenyang yang dibina oleh Maharaja

pertama Dinasti Qing, pada tahun 1625 dan siap pada tahun 1636 di China.

KAEDAH

Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah dengan

menggunakan tafsiran dari pelbagai sumber, buku, dan internet.

HASIL KAJIAN

Dalam hasil kajian yang dijalankan, Interaksi antara Tamadun Melayu dan

Tamadun Cina menunjukkan bagaimana orang-orang terdahulu menjalinkan

hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban

sesuatu tamadun.

Selain itu, kedua-dua tamadun adalah sebuah masyarakat bersifat

keterbukaan.Oleh itu, elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh

sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Proses

interaksi yang berlaku itu sangat panjang. Adalah dipercayai bahawa ia telah berlaku

tidak lewat pada abad pertama Masihi dan ia sesuai pula dengan kedudukannya dari

segi geografi dan sikap orang-orang Melayu yang terbuka.

Akhir sekali, saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya

tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama,

bangsa dan negara. Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan

faktor tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut.

20
KESIMPULAN

Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling

memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada

kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa

mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. (Azhar Hj. Mad

Aros, 2001). Interaksi sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya

bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi

antara tamadun. Umum mengetahui, interaksi antara tamadun menghasilkan dua

kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif memberi

pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Pertembungan yang memberi kesan yang

positif ini seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi

pemimpin negara suatu hari nanti.

Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama

namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana

faktor-faktor tertentu. Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri

asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah

tamadun.

Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan

dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang

penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak

dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban.

Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini

sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa.

21
LAMPIRAN

Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep seni bina pagoda pada Masjid

Kling, Masjid Tengkera, di Melaka dan Rumah tradisional Melaka Demang Abdul

Ghani:

Masjid Kling, Melaka

Masjid Tengkera, di Melaka

22
Rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani:

Pengaruh seni bina tamadun Cina ke atas rumah Melayu Melaka.

23
Konsep Kota Larangan di China yang diguna pakai pada rumah tradisional Melaka
Demang Abdul Ghani:

Tangga batu yang terdapat pada bahagian hadapan Kota Larangan.

Pintu Masuk di Kota Larangan, berkonsepkan tiang besar dan diatasnya dihiasi
dengan jubin bercorak dan pelbagai warna.

24
RUJUKAN

1) Abu Hasan (2010). Ringkasan tamadun China.Diakses pada Oktober 10,

daripada http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html

2) Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan

tamadun asia(TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

3) Hasnan Ika(2011), Sumbangan tamadun China terhadap Malaysia. Diakses

pada Oktober 10, daripada

http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-

terhadap-tamadun.html

4) Husna Omar, Nad Rosidi, Wan Nor Afidah& Winy Zainudin (2012). Tamadun

Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada http://tamadunmalay.blogspot.com/

5) Izzuddin (2010).Sejarah ringkas tamadun China.Diakses pada Oktober 10,

daripada http://titas209.blogspot.com/2012/08/perkembangan-tamadun-di-

asia.html

6) Stone, J.(n.d.). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada

http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

7) SuffianMansor & Zulkanain,A.R.(2000). Titas Kertas 2: Kesenian Tamadun China.

8) http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun.html

9) http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.html

25

Anda mungkin juga menyukai