Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN Setiap tamadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan

kelangsungan sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku merubah cara pekembangannya. Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agama Buddha disamping teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun. Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks pembinaan negara Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tamadun yang dominan iaitu tamadun Cina dan India.

2.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. yang

Interaksi antara

tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok, masyarakat dan sterusnya negara. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun bukanlah merujuk kepada interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinya interaksi itu berlaku adalah di antara individu dan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi berlaku apabila semangat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati antara tamadun. Dengan berlakunya interaksi,maka berlakulah

pemupukan sifat-sifat murni kerana interaksi itu akan mewujudkan perkonsian nilai,pemikiran dan ilmu pengetahuan serta mengelakkan sikap tertutup yang boleh membawa kepada kemerosotan tamadun. Proses interaksi akan membantu

mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian. Perdagangan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses interaksi antara tamadun. Sebagai contoh, proses interaksi yang telah berlaku dengan kedatangan para pedagang Cina dan India ke rantau ini ketika zaman kegemilangan Kesultanan melaka. Para pedagang bukan hanya datang untuk berdagang dan membawa barangan dadangan,malahan juga budaya dan adat resam mereka. Sebagai contoh,kehadiran pedagang Cina adalah kewujudan Baba dan Nyonya dan kehadiran pedagang India, adlah penyebaran agama Buddha dan Hindu. Hasil dari interaksi ini, kedua-dua pihak telah mempelajari unsur-unsur budaya masyarakat lain dan hal itu dapat dibuktikan dengan peninggalan kesannya hingga ke hari ini.

2.1 FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI TAMADUN DAN KESANYA Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik. Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi penentu kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam,

golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama. Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan pandangan Islam yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain terkenal di rantau Melayu. Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun. Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Keduadua laluan ini membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.

Jika kita melihat kembali interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina, terdapat beberapa kesan yang ditinggalkan. Kesan yang pertama adalah tentang bahasa, kesusasteraan dan kesenian. Pada zaman dinasti Sui, ilmu fonetik bahasa Cina yang sebelumnya sukar dipelajari kerana tidak mempunyai abjad telah mengalami perkembangan kerana menggunakan pengetahuan dan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari dari India melalui ajaran Buddhisme. Kitab Buddha juga membekalkan bahan panduan untuk kesasteraan Cina kerana terdapat puisi dan kisah perceritaan yang menerangkan tentang perbehandaraan kata, tema, gaya, dan genre. Dalam bidang sains dan teknolgi, ciptaan tamadun Cina seperti pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan,percetakan serta pembuatan kompas juga telah dibawa masuk ke tamadun lain melalui proses interaksi. Penghasilan gula dari tebu yang diilhamkan oleh tamadun India juga merupakan satu kemajuan yang diterima oleh tamdun lain. Selain itu, sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi dari India telah

diterjemahkan be bahasa Cina manakala penggunaan kalendar lunar oleh tamadun India hingga kurun ke-7 membuktikan berlakunya interaksi antara dua tamadun ini. Dalam interaksi antara tamadun Melayu dan tamadun India yang telah direkodkanbermula seawal abad ke-3 sebelum masihi menunjukkan bahawa terdapat bahan bertulis yang datang dari India yang ketika itu menyebutkan tentang kewujudan Malayadvipa atau Semanenjung Melayu. Interaksi antara dua tamadun ini bermula dengan pelayaran para pelayar Melayu menyeberangi Teluk Bengal dan kedatangan pelayar India ke Tanah Melayu. Kedua-dua pihak mencari keperluan masing-masing untuk dibawa balik ke negara masing. Dalam pelayaran ini, secara tidak langsung, interaksi terjadi. Agama merupakan kesan yang paling ketara hasil dari interaksi antara tamadun ini. Agama Islam dan Hinddu telah dapat diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumya mempercayai Animesme. Kehadiran agama ini telah menyebabkan kehidupan masyarakat tempatan lebih formal.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam

kalangan golongan bangsawan dan pemerintahPerkahwinan ini juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis tersebut juga turut sama

menerima Islam dalam kehidupan mereka. Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi. Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China. Selain itu, Tamadun India berinteraksi dengan rantau Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di mana nama wilayah Asia Tenggara seperti yang tercatat di dalam kitab Ramayana seperti Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi. Proses interaksi terbukti telah memperkayakan lagi unsur-unsur ketamadunan dalam semua tamadun. Dalam sejarah manusia, tiada tamadun yang wujud dan berkembang secara ekslusif dan bergantung kepada faktor dalaman semata-mata. Pengalaman dan penerimaan daripada tamadun lain melalui proses interaksi adalah proses yang perlu berlaku bagi semua tamadun. Hasilnya perkembangan dan penerimaan budaya telah berlaku dan sedikit sebanyak mempengaruhi pekembanagn sesuatu tamadun itu.

3.0 Pengaruh Tamadun Islam di Asia Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau bagaimanapun,pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah Melayu,negeriChampa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China,Islam dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13. Oleh itu, kedatangan Islam telah membawa pelbagai pengaruh kepada Asia. Pengaruh ini meliputi bidang ekonomi, politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Sehubungan itu,Islam banyak mempengaruhi masyarakat di benua Asia sehingga kini. Aspek yang dapat dilihat dengan ketara sekali adalah dari aspek akidah. Islam telah membawa syiar kebenaran dalam mentauhidkan Allah. Islam telah menghapuskan sistem kasta yang menerapkan unsur kelas-kelas dalam budaya masyarakat. Namun Islam telah menekankan kesamarataan dalam budaya sosiologi dan yang membezakan antara umat adalah taqwa. Dari segi kepercayaan pula, Menurut E. B Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan ruh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk culturals universals yang wujud di kalangan suku-suku primitif. Kedatangan Islam telah mengubah pandangan dunia daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai tuhan Yang Maha Esa. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan masyarakat lenyap beransur-ansur diganti dengan kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan semangat masyarakat bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Dalam bidang politik, masyarakat zaman prasejarah belum mempunyai sistem politik yang kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitik beratkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Pada peringkat awal, susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti dewasa ini. Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama Islam. Walaubagaimanapun pengaruh hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam kerajaan Srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan seperti raja-raja Islam di India dan asia barat. Pengaruh kedatangan Islam juga telah menukarkan adat yang tidak sesuai diamalkan serta mendatangkan syirik kepada adat yang berunsurkan pegangan agama Islam. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi dan beberapa acara perkahwinan dan kematian. Antaranya adat melenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh tok bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di dalam Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya merupakan unsur-unsur kurafat dan syirik. Sebaliknya adat ini diganti dengan bacaan doa selamat untuk si ibu dan anak yang bakal lahir agar segala-galanya selamat. Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukitbukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau

lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.

Setelah kedatangan Islam di nusantara, proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam seperti kisah-kisah tauladan di zaman nabi-nabi serta kisah nabi. Kesusasteraan dimulakan dengan cara lisan dan diikuti dengan tulisan arab(jawi), dan bermulalah penulisan dan penyalinan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama. Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah Syahadah, peraturan dan rukunrukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah, tafsir Al-Quran, hikayat para nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan

kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan berdiri di landasan yang benar. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak tidak hilang malah kekal sehingga ke hari ini. Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai seperti pantun masih lagi kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini. Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup masyarakat Asia Melayu yang beragama Islam telah berubah daripada kepercayaan-kepercayaan karut kepada sesuatu yang lebih maju dan logik berpandukan ajaranajaran yang terkandung di dalam Islam. Kepercayaan kepada yang satu yakni Allah telah membawa manusia ke tamadun yang lebih maju, aman dan makmur. Kedatangan pengaruh Islam juga telah mencelikkan mata dunia dan ianya memperbaiki lagi kebudayaan dengan cara-cara yang lebih mendatangkan manfaat dan lebih mendekati Allah.

3.1 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM 1) Ibnu Yunus (ilmu Astronomi)

Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul Ala al-sadafi. Datuk beliau, Abdul-Ala ialah seorang ulama. Begitu juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan meninggal pada tahun 399H/1009M. Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan , beliaulah yang mereka cipta batu jam.Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding. Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan. Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa yang berbeza ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu. Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu. Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang. Malahan beliau telah memberi impak yang besar dalam bidang astronomi untuk lebih maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.

2) Ibnu Nafis (ilmu Perubatan) Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam alQrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Ibnu Nafis telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Selain itu, beliau juga bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar alMisri oleh penduduk di negara Mesir.

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan al-Mansuri.

3) Al-Masudi (ilmu Geografi) Abu al Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al Hasyn b. 'Abdullah al Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun

Beliau

memberikan

sumbangan

yang

banyak

dalam

Ilmu

Geografi.

Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Beliau juga menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang

dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.

Dalam bidang Ilmu Pelayaran, beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain.

Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam. Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah linkungan bumi.

Anda mungkin juga menyukai