Anda di halaman 1dari 18

Interaksi Antara Tamadun

 Interaksi antara tamadun berlaku sama ada


di peringkat awal, pertengahan atau akhir.

 Ia mungkin berlaku secara terancang atau


kebetulan.
 Interaksi tersebut boleh membawa kesan
yang negatif. (e.g. pertembungan barat dan
Islam menyebabkan tercetusnya Perang
Salib dan gerakan Imperialisme)
 Interaksi tersebut juga boleh membawa
kesan positif. (e.g. penemuan-penemuan
Sains dalam tamadun Barat apabila
menyedari kepentingan ilmu setelah
berperang dengan Islam)
Syarat-syarat interaksi
 Bagi memastikan kesan positif hasil
interaksi antara tamadun, beberapa syarat
perlu dipatuhi:
 1)Bersifat terbuka
 Tamadun bergerak secara bersendirian
tetapi mempunyai maklumat dan idea
daripada tamadun lain untuk kemajuannya.
 Tamadun Islam menerima idea daripada
tamadun lain selagi tidak bertentangan
dengan ajaran Islam.
 Sebagai contoh : bidang perubatan
dipelopori oleh tamadun Mesopotamia dan
tamadun Mesir, kemudiannya
dikembangkan oleh tamadun Islam dan
tamadun India.
b) Mengutamakan
kepentingan sejagat
 Selari dengan sifat semula jadi manusia
 E.g. falsafah Konfucianisme yang
merupakan tunjang kekuatan tamadun Cina
suatu masa dahulu tidak pernah menghalang
interaksi antara tamadun Cina dan tamadun
Islam.
 Ini kerana terdapat persamaan dalam aspek
akhlak dan moral.
Faktor-faktor Pendorong
Interaksi Antara Tamadun
 A) Kepimpinan
 Merupakan penggerak utama interaksi
antara tamadun.
 Pemimpin memainkan peranan utama bagi
memastikan interaksi antara tamadun
berlaku dalam suasana harmoni atau
sebaliknya.
 Contohnya, kepimpinan Rasulullah ke atas
umat Islam berjaya mewujudkan negara
Islam.
 Interaksi antara tamadun Melayu dan
tamadun China sejak 1403 membuktikan
perhubungan akrab antara pemimpin kedua-
dua empayar (Melaka dan China)
 B) Keagamaan
 Kebanyakan agama di dunia berusaha
mengembangkan pengaruhnya ke serata
pelusuk dunia.
 Islam juga disebarkan ke seluruh dunia
melalui cara pendidikan, dakwah dan
penjelajahan
 Penggerak utama untuk Portugis datang ke
Timur juga adalah agama.
 Interaksi antara tamadun Jepun dengan
tamadun China terjadi melalui faktor agama
apabila Maharaja Jepun dihadiahkan
dengan satu patung emas Buddha.
 Agama Buddha dibawa ke China dari India.
 Penyebarannya agama Buddha di China
berlaku terutamanya semasa pemerintahan
Dinasti Han.
 Agama tersebut beransur-ansur menerima
penyesuaian dengan budaya China.
 Ini adalah hasil interaksi tamadun India dan
China.
 C)Ilmu
 Semasa berlakunya perluasan tamadun
Islam, Islam memberikan input positif
kepada masyarakat bukan Islam daripada
sudut keilmuan.
 E.g. masyarakat Barat keluar dari kegelapan
kerana ilmu-ilmu yang dibawa oleh Islam
ke Sepanyol.
 Hasil interaksi tersebut menyebabkan Barat
menjadi sebuah tamadun yang unggul.
 Interaksi antara tamadun Jepun dan China,
masyarakat Jepun dapat belajar ciptaan
sains dan teknologi masyarakat China
seperti pembuatan kertas, bahan letupan dan
kompas.
 Tulisan-tulisan China juga
memperkembangkan tradisi tulisan Jepun.
 Interaksi antara tamadun China dan
tamadun Islam memberikan kesan yang
baik dari segi penterjemahan.
 Penulis-penulis China seperti Wang Daiyu
dan Ma Zhu menyebarkan Islam melalui
bahasa dan tulisan China.
 Interaksi tersebut juga memajukan bidang
perubatan Islam dan China.
 Buku Materia Medica:Seberang Laut
membincangkan tentang perubatan Islam
dan China.
 Canon of Medicine, karya Ibnu Sina
dijadikan rujukan sejak zaman dinasti Han
lagi.
 D) Perdagangan
 Hubungan antara orang-orang Arab dengan
China berlaku sejak abad ke-3M apabila
utusan Arab yang pertama dihantar ke
istana kerajaan Wei.
 Kapal-kapal China sampai ke Teluk Parsi
dan berdagang di Teluk Siraf pada abad ke-
5M
 Di India, orang-orang Arab belayar di
Lautan Hindi bagi menubuhkan wilayah
perdagangan di pantai barat India yang
dikenali dengan nama Arabnya Ma’bar atau
Malabar.
 Pada zaman kegemilangan kerajaan
Melaka, pedagang Arab, India dan China
mengunjungi Melaka untuk berdagang.
kesimpulan
 Interaksi antara tamadun boleh berlaku
dengan adanya sifat terbuka dan sedia
menerima perubahan dengan tidak
melupakan norma-norma sosial masyarakat.
 Setiap tamadun perlu belajar dari
pengalaman lalu bagi mewujudkan hub
yang harmoni antara tamadun.

Anda mungkin juga menyukai