Anda di halaman 1dari 2

(2) Tamadun Manusia

a) Apakah makna tamadun.


1. Tamadun bererti peradaban.

2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana.
Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.

3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud
bandar.

4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan
pembandaran.

5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.

6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira
kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.

b) Ciri – ciri tamadun.


1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.

2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan


pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul,
teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.

3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan
makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk
bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja
(atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar
seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).

4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan
dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.

5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran
kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran
ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.

6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya
kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari.
Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan
bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran,
keagamaan, idea dan pemikiran.

(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.


1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.

2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air
dan pengangkutan.

3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir
purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.

Anda mungkin juga menyukai