Anda di halaman 1dari 11

Tajuk-Tajuk Terpilih

Sejarah Islam U2 2022

Tema 1
1. Langkah-langkah pembentukan ummah di Madinah pada 622 Masihi
2. Kemunculan golongan masyarakat baharu pada zaman Khalifah al Rasyidin
3. Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai Ketua Negara Islam Madinah
4. Sumbangan khalifah Abu Bakar as Siddiq dalam memerangi golongan al Riddah
5. Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab dalam aspek politik dan ekonomi
6. Sumbangan khalifah Harun al Rasyid dalam bidang intelektual
7. Dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India
8. Ciri-ciri kepemimpinan Sultan Muhammad al Fatih dalam pembukaan kota
Constantinople.

Tema 2
9. Sumber-sumber baitulmal pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga 11
Masihi
10. Kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-12
Masihi
11. Perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi
12. Perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke-11
hingga 13
13. Perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke-11
hingga 13
14. Sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik
15. Sumbangan al Ghazali dalam bidang falsafah
16. Sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi
17. Ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi
18. Ciri-ciri seni bina Islam di India pada zaman Kesultanan Moghul

Tema 3
19. Faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 dan 20 Masihi
20. Penentangan masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Perancis di Algeria abad
19
21. Penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Mesir pada abad ke-19
22. Faktor kebangkitan gerakan nasionalisme di Mesir abad ke-19
23. Peranan Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir
24. Faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 Masihi
25. Faktor penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
26. Kesan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
27. Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
28. Faktor dalaman pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi
29. Faktor luaran pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi
Cadangan Jawapan

1. Langkah-langkah pembentukan ummah di Madinah pada 622 Masihi

1) Menyatukan kaum Aus dan Khazraj (Ansar)


Penyatuan antara golongan Ansar ( penduduk Madinah ) iaitu antara golongan Aus dengan Khazraj. Baginda telah
menerapkan iman dalam setiap sanubari kedua-dua kaum ini agar semangat asabiyah yang diamalkan sebelum ini
terhapus. Nabi Muhammad SAW juga menyeru kepada kedua-dua kaum tersebut supaya melupakan persoalan
hutang darah dan dendam kesumat akibat Perang But’ah yang telah meragut ribuan nyawa. Sebaliknya mereka mesti
hidup dalam keadaan aman dan saling bekerjasama.

2) Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar


Persaudaraan yang diperkenalkan amat mendalam hinggakan mereka bukan sahaja dapat bergaul dengan lebih mesra,
bahkan dapat mewarisi harta pusaka dan mempunyai hak yang sama dalam keluarga masing-masing melalui ikatan
perkahwinan serta ikatan akidah. Melalui konsep inilah golongan Muhajirin yang sebelum ini berhijrah dalam
keadaan sehelai sepinggang dapat dibantu memulakan kehidupan baharu dengan bantuan saudara seagama seperti
mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar bin al-Khattab dengan Itban bin Malik,
Abdul Rahman bin Auf dengan Sa’ad al-Rabi’ dan lain-lain.

3) Penggubalan Piagam Madinah


 Nabi Muhammad SAW telah menggubal Perlembagaan Madinah pada tahun 1 Hijrah. Perlembagaan
Madinah mengandungi 47 fasal yang menyentuh segala aspek kehidupan sesebuah negara. Antaranya
menggariskan peranan Rasulullah sebagai ketua negara, tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam
terhadap negara Madinah, keselamatan, perundangan dan sebagainya.
 Contohnya Nabi Muhammad SAW telah memperuntukkan di dalam Piagam Madinah hak-hak golongan
Yahudi seperti memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat agama mereka, kebebasan di dalam
kegiatan ekonomi, sosial, adat istiadat dan mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh. Di
dalam Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.

4) Pembinaan masjid
 Nabi Muhammad SAW telah membina masjid sebagai langkah menyatukan umat Islam. Masjid bukan
sahaja dijadikan sebagai tempat ibadat oleh umat Islam tetapi sebagai simbol penyatuan ummah.
 Selain menjadi tempat ibadat, masjid juga telah diimarahkan sebagai tempat aktiviti umat Islam seperti
perbincangan untuk menyelesaikan masalah negara, menerima tetamu asing dan sebagainya. Masjid yang
terawal dibina ialah Masjid Nabawi dan Masjid Quba.
5) Mengawal kegiatan golongan munafik
 Seterusnya untuk mengelak berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam, Nabi Muhammad SAW telah
bertindak mengawal aktiviti golongan munafik yang merupakan kaum yang berpura-pura memeluk Islam
dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam.
 Nabi Muhammad SAW menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.

6) Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat
 Bagi merealisasikan pembentukan ummah di Madinah, Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran dan
Hadis sebagai pegangan dan panduan dalam mentadbir negara.
 Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Maka ini dapat melahirkan masyarakat yang
bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan pembentukan masyarakat
Madinah.

7) Penyingkiran Kaum Yahudi yang ingkar dari kota Madinah


 Seterusnya bagi memastikan tidak berlaku suasana yang huru hara di Madinah, kaum Yahudi Bani Qainuqa,
Bani Nadhir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari Kota Madinah kerana melanggar Perjanjian Madinah.
 Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan berteraskan keadilan. Langkah ini telah berjaya
memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah dan akhirnya masyarakat Madinah terdiri daripada umat
Islam sahaja.

8) Kepimpinan melalui teladan.


 Nabi Muhammad SAW telah mempamerkan dan mengamalkan sifat kepimpinan yang unggul seperti siddiq,
amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran baginda sebagai ketua negara.
 Kepimpinan ini berjaya menyatukan dan membangunkan masyarakat Madinah yang mantap dan mencapai
kejayaan dunia dan akhirat.

9) Memperkenalkan sistem sosial dan ekonomi yang adil


 Bagi menyatukan ummah di Madinah, Nabi Muhammad SAW juga telah memperkenalkan sistem sosial dan
ekonomi yang memberikan keadilan kepada semua pihak sama ada beragama Islam atau sebaliknya.
Antaranya memperkenalkan amalan syura agar semua pihak terlibat dalam apa juga perbincangan serta tidak
menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan mereka.
 Nabi Muhammad SAW juga memperkenalkan sistem ekonomi yang lebih adil termasuk mengharamkan
segala bentuk penindasan dan mengagihkan kekayaan secara sama rata. Pengenalan sistem ekonomi ini juga
telah menghapuskan monopoli golongan Yahudi terhadap aktiviti dan sumber kekayaan kota Madinah.

2. Kemunculan golongan masyarakat baharu pada zaman Khalifah al Rasyidin

1) Orang Arab
 Terdiri drpd orang Arab Utara & Arab Selatan.
 Rasulullah telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dan Ansar.
 Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima islam & memberi sumbangan yg besar
kepada Negara islam.
 Di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, org Arab Madinah & Arab Quraisy merupakan golongan yg penting
membantu pentadbiran Negara.
 Khalifah Abu Bakar : khalid al-walid dan Amru al-as merupakan panglima perang yg Berjaya mengatasi
golongan Ar-Riddah.
 Khalifah Umar al-Khattab : melantik 6 org para sahabat spt Ali bin Abu Talib, Uthman Affan & Zubir bin Al
awwam sbg ahli majlis syura.
 Uthman bin affan : keluarga bani umaiyyah diberikan jawatan penting spt Marwan al Hakkam & muawiyyah
bin abu sufyan sbg gabenor.

2) Golongan Ar-Riddah
 Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
 Mereka terdiri drpd 3 golongan iaitu :
a] Golongan yg enggan membayar zakat
 Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yg hanya dibayar kpd nabi Muhammad. Mereka terdiri drpd
penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
b) Golongan nabi palsu dan pengikutnya
 Nabi palsu ini spt Sajah & Musailammah al Kazab merupakan nabi palsu yg berpengaruh. Mereka
mendakwa menerima wahyu. Tujuannya utk mendapatkan pengaruh & kepentingan peribadi.
c) Golongan murtad
 Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan politik drpd Negara
islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan jahiliah.
 Abu bakar mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka kembali kpd ajaran Islam.
 Pasukan tentera islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali semula kpd ajaran Islam.

3) Golongan Ahl-Al-Ayyam
 Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah membuka tanah di
wilayah Iraq, Syria, & Mesir. Orang Arab yg menyertai pasukan tentera membuka & menetap di wilayah
tersebut dikenali sbg golongan ini terutamanya bekas golongan murtad.
 Terdiri drpd suku Arab yg kecil spt suku Syaiban & bekas golongan murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir
lading & tanah di wilayah Iraq & memungut cukai sbg mengenang jasa mereka dlm pentadbiran.
 Zaman Khalifah Umar al-Khattab, terdapat lebih kurang 12000 org. Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar,
Malik al-Harith & Hujar al-Kindi.

4) Golongan Al- Qurra


 Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan tanah di Iraq
 Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status & membezakan drpd golongan ahl al ayyam
yg lain terutama bekas golongan murtad.
 Di zaman khalifah uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran.
 Tanah & cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyah.
 Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
 Mereka memberikan sokongan yg kuat kpd Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal & Perang Siffin.

5) Golongan Khawarij
 Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang Jamal & Perang Siffin.
 Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn tentera Muawiyyah dlm Perang
Siffin & rundingan Majlis Tahkim.
 Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sbg golongan Khawarij.
 Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyah bin
Abu Sufyan dan Amru al-As.
 Mereka melancarkan gerakan utk membunuh ketiga pemimpin tersebut.
 Mereka membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyyah.

6) Golongan Berkecuali
 Terdiri daripada golongan yg tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah
 Mereka tinggal di Hijjaz.

7) Golongan Bukan Arab (‘Ajam)


 Golongan Mawali.
 Terdiri daripada orang bukan Arab.
 Iaitu kaum parsi yg telah memeluk agama islam.
 Kebanyakan mereka tinggal di Iraq.
 Di zaman ini, mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
8) Golongan Bukan Islam
 Terdiri daripada orang Arab & bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi.
 Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.
 Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi, Majusi dan juga Nasrani.
 Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yg adil drpd kerajaan islam dgn membayar cukai jizyah.

3. Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai Ketua Negara Islam Madinah

1) Siddiq (benar dalam percakapan dan perbuatan) :


Contoh : Patuh kepada Piagam Madinah, Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid.
Baginda menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi manusia melakukan
suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam usaha menegakkan
Islam, Nabi Muhammad SAW menanam semangat jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan
peperangan, Orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam. Nabi
Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid dan berpaksi kepada al-Quran dan
sunah.

2) Amanah (menjalankan tanggungjawab yang diberikan) :


Contoh : Menjalankan tugas sebagai Ketua Negara

3) Tabligh (menyampaikan dakwah / hubungan diplomatik) :


Contoh : Berdakwah kepada penduduk Madinah dan memperluaskan hubungan negara negara-negara lain
(Habshah)

4) Fatanah (memperlihatkan kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu) :


Contoh : Menggariskan isi kandungan Piagam Madinah, pintar mengatur taktik dan strategi peperangan, menerima
pakai nasihat para sahabat, menghantar perutusan ke Rom, Parsi dan Habshah

5) Bersikap adil
Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda juga membela
kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi
kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam.

6) Berani dan tegas


Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa
bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah
dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah
melanggar Piagam Madinah.

7) Berakhlak mulia
Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan
ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan seorang ketua yang patut dicontohi ekoran
sifat pengasih dan penyayang.

4. Sumbangan khalifah Abu Bakar as Siddiq dalam memerangi golongan al Riddah

1. Huraikan struktur masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab sebelum


kedatangan Islam

A. Struktur Masyarakat

1. Struktur masyarakat jahiliah di Semenanjung Tanah Arab terbahagi kepada dua iaitu masyarakat
Badwi dan Hadari. Mereka mendiami kawasan pedalaman atau perkhemahan. Tempat mereka
tinggal tidak tetap dan sentiasa berpindah randah kerana mereka sentisa mencari air dan kawasan
yang subur. Masyarakat Hadari pula merujuk kepada golongan Arab Selatan atau masyarakat
bandar. Kehidupan mereka lebih maju daripada Arab Utara dan lebih matang serta cerdik akalnya.
Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, pertukangan dan perdagangan.

2. Struktur masyarakat Badwi adalah diketuai oleh Syeikh Kabilah, pengikut – penternak, petani,
pemburu, wanita dan hamba. Masyarakat Badwi mengamalkan pelbagai agama dan kuat
dipengaruhi oleh kepercayaan karut dan tahyul. Masyarakat Badwi tinggal di bahagian tengah
Semenajung Tanah Arab dan mempunyai semangat asabiyah yang kuat. Tidak bercampur dan
berhubung dengan masyarakat asing. Setiap individu dalam kabilah mestilah sanggup menolong,
menuntut bela dan berkorban untuk anggota dalam kabilahnya waima dengan jalan berperang. Ini
kerana mereka beranggapan bahawa setiap individu dalam kabilah mempunyai pertalian darah dan
mempertahankan kabilah merupakan kewajipan bersama.

3. Masyarakat Arab Hadari dapat dibahagikan kepada lima golongan iaitu golongan bangsawan
yang terdiri daripada ahli perniagaan dan pemerintah tempatan, golongan agamawan iaitu ahli
kitab dan pendeta, masyarakat biasa – peniaga, pedagang, penyair dan petukang, golongan wanita
serta hamba yang berada di lapisan paling bawah sekali. Kehidupan mereka lebih maju dari segi
material dan tinggal di bandar-bandar seperti Makkah, Madinah dan Taif. Mereka mendirikan
petempatan kekal dan hidup mewah. Golongan ini mempunyai hubungan dengan masyarakat luar
melalui aktiviti perdagangan, sistem politik dan sosial.

4. Masyarakat jahiliah mengamalkan struktur politik berasaskan kabilah, iaitu satu unit sosial yang
mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Sistem ini adalah berlandaskan kepada pertalian darah
dan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat asabiyah. Semangat ini kemudiannya
melahirkan perasaan taksub kepada kabilah dan bermegah dengan kabilah masing-masing. Unit
yang paling asas dalam sistem kabilah ialah seseorang individu yang terikat dengan kabilah
masing-masing. Seterusnya diikuti dengan unit keluarga (a’ilah) yang terdiri daripada ibubapa dan
anak-anak yang tinggal dalam satu khemah. Daripada beberapa buah khemah pula akan
membentuk satu kumpulan (hayy) dan daripada beberapa hayy akan membentuk satu kaum. Wakil
daripada beberapa kaum kemudiannya membentuk kabilah yang akan melantik seorang syeikh
untuk mengetuai kabilah mereka. Di antara tugas-tugas syeikh kabilah ialah mempengerusikan
majlis kabilah, menyelesaikan masalah dalam kabilah, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah
lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan.

5. Kedudukan wanita adalah sangat rendah dan hina. Mereka merasa amat malu sekiranya
mendapat anak perempuan, anak tersebut akan dibunuh sebaik dilahirkan. Terdapat juga yang
ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Kaum wanita biasanya
dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki.

6. Kedudukan yang terakhir ialah hamba yang merupakan komoditi yang boleh di jual beli.
Hamba biasanya terdiri daripada terdiri daripada tawanan perang mahupun keturunan. Hamba
tidak boleh memiliki harta dan setiap tindakannya tertakluk kepada pemiliknya.

B. Struktur Politik

1. Makkah
Darun Nadwah (tempat berkumpul mengadakan perbincangan tentang pemerintahan).
Majlis/Jabatan untuk melicinkan pentadbiran - contohnya sl-Siqayah yang ditugaskan untuk
mengurus bekalan makanan dan minuman kepada jemaah haji yang mengunjungi kota Makkah
Majlis Kabilah atau al-Syuyukh - dianggotai oleh ketua-ketua kabilah, suku dan orang-orang yang
dihormati seperti penyair dan panglima perang - majlis ini bertanggungjawab membincangkan
segala keputusan yang dipersetujui dalam Darun Nadwah.
Majlis Asyirah (kabilah untuk anak perempuan)
2. Madinah
Sistem politik masyarakat Badawi adalah berasaskan sistem Mala’ iaitu majlis ketua-ketua suku
bagi membuat keputusan. Namun demikian tetapi golongan berpengaruh dan kaya berjaya
mempengaruhi keputusan Mala’. Keadaan ini mendorong suku-suku lemah membentuk majlis hilf
al Fuduh bagi mengimbangi kuasa Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
Tiada pemimpin politik utama yang berpengaruh malah sentiasa berebut untuk menjadi ketua
dalam kabilah. Keadaan ini menyebabkan berlaku pepeperangan antara kabilah walaupun berpunca
daripada isu yang kecil

2. Jelaskan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman Khulafa al
Rasyidin

1. Golongan Al-Riddah.
Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq. Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu
golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang
hanya dibayar kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrin, Yammah dan
Hirah. Di Yammah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah. Kedua, golongan Nabi
palsu dan para pengikutnya. Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al – Kazab
merupakan nabi palsu yan berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk
mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40,
000 orang yang berpusat di Yammamah. Ketiga, golongan murtad yang terdiri daripada kabilah –
kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada negara
Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amala jahiliah. Khalifah Abu Bakar
mengambil tindakan dengan menghantar utusan supaya mereka kembali kepada ajaran Islam dan
apabila gagal pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini.

2. Golongan ahl-al-Ayyam
Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khatab. Khalifah Umar telah membuka tanah
di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang-orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan
menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutamanya bekas
golongan Murtad. Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas
golongan murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut
cukai sebagai mengenang jasa mereka dalam pentadbiran. Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat
lebih kurang 12000 orang. Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith dan Hujr al- Kindi.

3. Golongan Al-Qurra
Berasal daripada golongan ahl-al-Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq.
Mereka mengelarkan diri mereka sebagai al-Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada
golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad. Di zaman Khalifah Uthman,
sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di
wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan
Khalifah Uthman. Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang
Jamal dan Perang Siffin.

4. Golongan al-Khawarij

5. Golongan Mawali

2. Terangkan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah

Pengenalan
 Nama sebenar ialah Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Beliau
berketurunan Parsi dan dilahirkan di Thus, Khurasan Iran pada tahun 1058M. Terdapat dua teori
tentang gelaran namanya "Al-Ghazali". Teori yang pertama bersempena dengan gelaran bapanya
yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal) tetapi teori yang diterima ramai ialah
sempena kampung kelahirannya di Iran, Ghazalah.
 Beliau seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga berjaya
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah bidang falsafah.
 Justeru sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah telah menyebabkan beliau dikenali
sebagai Hujjatul Islam

Isi : Sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang Falsafah


a. Membahagikan ahli falsafah kepada tiga golongan
• Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan
iaitu atheis, natural dan teologi.
• Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh
alam ini.
• Golongan natural - golongan ilmuwan yang banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat,
kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.
• Golongan teologi – merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal¬-soal
ketuhanan bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

b. Mengklasifikasi Ilmu Falsafah kepada enam bahagian


• Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah
kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
• Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini
tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.
• Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen
penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam,
langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya.
• Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu ketuhanan
ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang
daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.
• Menurut Imam al-Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan
yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik.
• Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang
berkaitan dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang
mulia.

c. Memperkenalkan metodologi dalam ilmu falsafah


• Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara
penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-Falasifah, al-
Munqidh mim al-Dalal dan Tahafut al-Falasifah.
• Abu Hassan al-Nadawi juga menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa
seperti yang diungkapkannya di dalam salah satu penulisannya.

d. Menyelamatkan Akidah Umat Islam


• Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam,
bagi menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah
ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam.
• Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan
mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

Kesimpulan
 Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan dalam ketamadunan Islam melalui bidang
penulisan dan menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari.
 Hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-
Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
 Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111 M) di Thus dan
jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada imperialisme kuasa Barat ke atas


kerajaan Uthmaniyah sehingga abad ke-20 Masihi

Pengenalan
 Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul
bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Beliau ialah Amir (Gabenor) kerajaan Saljuk
bagi kawasan sebelah barat Anatolia (Turki hari ini) yang bersempadan dengan kawasan empayar
Byzantine.
 Pada masa pemerintahan Mehmed II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih, beliau
berjaya menawan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Sejak itu kegemilangan kerajaan
Uthmaniyah begitu terserlah sehinggalah kemangkatan Suleiman I pada tahun 1566.
 Walaupun usia kerajaan Uthmaniyah berlanjutan sehingga awal abad ke-20, namun penguasaan
politik dan ekonominya terhadap seluruh empayarnya tidak lagi sekuat seperti pada abad ke-16.
Keadaan itu adalah disebabkan oleh tekanan daripada kuasa-kuasa Barat. Justeru terdapat beberapa
faktor yang mendorong kepada imperialisme kuasa Barat ke atas kerajaan Uthmaniyah sehingga
abad ke-20 Masihi

Isi
a) Persaingan di antara kuasa-kuasa barat untuk menguasai empayar Uthmaniyah
 Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary yang saling bersaing antara satu sama lain
untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah. Mereka bersaing sengit untuk
merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah yang dikuasai mereka. Semakin luas wilayah
dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa Barat.
 Negara Barat yang berjaya meluaskan empayar dilihat dapat meningkatkan imej sebagai kuasa
hagemoni di mata dunia. Sebagai contoh, Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah
di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria,
diikuti Tunisia pada tahun 1881. Rusia pula berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada
tahun 1877 hingga 1878.

2) Revolusi Perindustrian di Eropah – keperluan kepada bahan mentah


 Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke 18 menyebabkan kuasa-kuasa Eropah
melaksanakan dasar perluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Perubahan
daripada pertanian kepada pengeluaran perindustrian berasaskan makanan dalam tin, alat elektrik
dan kereta merubah kawasan pertanian kepada kawasan perindustrian.
 Penciptaan jentera atau enjin berkukasa wap juga merancakkan perkembangan perindustrian.
Penggunaan kepada enjin berkuasa wap dapat mempercepatkan perluasan kuasa di Uthmaniyah.

3) Menguasai sumber petroleum


 Kerajaan Turki Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Ini mendorong
kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mendapatkan hak-hak istimewa mencari gali hasil bumi umat
Islam dengan pelbagai tipu muslihat.
 Penemuan petroleum di Iran meruncingkan lagi konflik di kalangan negara-negara Eropah.
Penjajah terutamanya selepas Jerman terlibat untuk merebut harta kekayaan emapayar
Uthmaniyah.

4) Pembukaan Terusan Suez


 Faktor seterusnya adalah pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan ini
membenarkan laluan air secara dua hala dan kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu
mengelilingi benua Afrika.
 Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan disamping menjimatkan
masa bagi perjalanan yang jauh. Peluang British untuk menguasai Terusan Suez terbuka pada 1875
apabila Khadif Ismail,Gabenor Mesir banyak berhutang dan hampir muflis sehingga terpaksa
menjual sahamnya dalam kompeni Terusan Suez.

5) Faktor agama
 Perluasan kuasa Barat juga mempunyai kaitan dengan faktor agama. Empayar Turki Uthmaniyah
yang dipimpin oleh orang Islam mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar ini. Pihak
British juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat di bawah empayar Turki
Uthmaniyah.
 Pihak Barat menyemai kekeliruan dengan memburuk-burukkan Islam sebagai agama yang
mundur, anti kemajuan dan tidak berperikemanusiaan. Antara oreantalis yang memusuhi Islam
ialah Snouck Hurgronje iaitu seorang Yahudi Belanda yang memperkenalkan Dasar Islam
Belanda.

Kesimpulan
- Sebagai kesimpulannya, jelas membuktikan terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada
berlakunya imperialisme kuasa Barat ke atas kerajaan Uthmaniyah sehingga abad ke-20
Masihi
- Perluasan kuasa Barat juga membawa kepada perluasan pangaruh dan kuasa Barat terhadap
dunia Islam menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama.
Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan
membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah dihapuskan dan Kerajaan
Turki menjadi sebuah republik.

Anda mungkin juga menyukai