Anda di halaman 1dari 26

1.

Sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad


s.a.w.

Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah


dengan membuat beberapa dasar penting, antaranya sebagai ketua kerajaan yang
memerintah.

(1) Pentadbiran

Nabi sebagai ketua kerajaan yang memerintah sesuai dengan Al-Quran.


Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-perkara
berikut:
a.Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya dengan semangat
ummah mengikut akidah Islam.
b.Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup
bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
c.Menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang berkesan dalam
pentadbiran.
d.Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah
e.Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan
Parsi.

(2)Pembentukan Ummah

a. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengambil langkah awal dengan


menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam di Madinah melalui konsep
pembentukan ummah
b. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi
masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang
bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama
Islam. Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti
mana yang terdapat dalam amalan assabiyah.
c.Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya
menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan
ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama lain.

(3) Piagam Madinah

i. Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilaksanakan


kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan
undang-undang yang tertinggi di Madinah.
ii. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai
kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-
masalah yang timbul.
iii. Piagam Madinah telah membentuk perpaduan ummah antara orang Islam dan
orang bukan Islam. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman,
damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
iv.Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana
keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab
mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

(4) Pengasas Dasar Ekonomi Islam

i.Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliah.


ii. Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat
Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.
iii.Dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang
tergadai daripada orang Yahudi.
iv. Dalam bidang perdagangan, menyekat kegiatan kaum Quraisy yang
memonopoli perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam.
v.Memecahkan monopoli perniagaan Yahudi di Madinah.

(5) Pertahanan Madinah

i. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah
bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman
terutamanya kaum Musyrikin Makkah.
ii. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi terbahagi kepada dua iaitu ekspedisi
yang disertai oleh Nabi dipanggil Ghazwah dan ekspedisi yang tidak disertai oleh
Nabi dikenali sebagai Sariyah. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyertai sebanyak
27 kali ekspedisi ketenteraan.
iii.Pembentukan angkatan tentera Islam membolehkan umat Islam Madinah
menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan
seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik
kerana baginda telah menjadi ketua dan memimpin angkatan tentera Islam dan
beberapa ekspedisi perang.

(6) Syura

1. Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua bidang


terutamanya bidang politik dan ekonomi.
ii. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan
terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak
menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan
perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh
semasa perang.
iii. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan
antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan
antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat
semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah walaupun umat Islam dapat
menghadapi serangan semasa Perang Khandak.

(7) Pembinaan Masjid

Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah
mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi
tempat beribadat dan penyebaran Islam.

Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk
menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid ini juga berfungsi
mengajar, membimbing dan memberi nasihat kepada saudara-saudara baru.

1. Huraikan Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah Pada Zaman Nabi


Muhammad S.A.W.

A. PENGENALAN:

1. Nabi Muhammad s.a.w dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu keturunan
Bani Hashim.

2. Setelah baginda dilantik menjadi Rasulullah pada 610 Masihi, Nabi Muhammad s.aw
mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat Quraisy Makkah.

3. Penentangan demi penentangan menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke


Madinah seterusnya mengasaskan sistem pemerintahan negara Islam pertama di
Madinah.

B. SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM MADINAH.( Huraikan isi )

Nabi Muhammad s.a.w telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan
membuat beberapa dasar penting antaranya:

a. Membentuk Sistem Pentadbiran Islam berasaskan kepada empat perkara


iaitu:

1. Menghapuskan semangat Assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah


mengikut akidah Islam.
2. Menjadikan Islam sebagai landasan undang – undang dan peraturan dalam hidup
bermasyarakat.
3. Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam pentadbiran.
4. Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

b. Pembentukan Ummah.

1. Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan


umat Islam dan bukan Islam melalui konsep Pembentukan Ummah.
2. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah
perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa
sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk Islam. Setelah itu tiada
lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan
assabiyyah.
3. Pembentukan ummah di antar golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya
menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan
persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

c. Mewujudkan Piagam Madinah.

1. Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhamamd s.a.w dilaksanakan


kepada penduduk Madinah di mana undang – undang ini merupakan peraturan dan
undang – undang yang tertinggi di Madinah.

2. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua


Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa
memutuskan dasar – dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah – masalah yang
timbul.

3. Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan
penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara
Madinah daripada serangan musuh luar.
d. Kaedah Musyawarah Dalam Pentadbiran.

1. Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura ( Musyawarah ) dalam semua


bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.

2. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap


tawanan Yahudi bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan
permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi
perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh
semasa perang.

3. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara


golongan Ansar dan golongan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara
suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.

4. Nabi Muhammad s.a.w juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat


semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah bagaimana umat Islam dapat
menghadapi serangan orang – orang Quraisy.

e. Membina Angkatan Tentera Islam.

1. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w


semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan
untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya dari
kaum musyrikin.

2. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada,


pertama disertai oleh Nabi Muhammad yang dipanggil ‘ghazwah’ dan kedua ekspedisi
ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dikenali sebagai ‘sariyah’ Nabi
Muhammad s.a.w telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.

3. Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan umat Islam Madinah


menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri peperangan menghadapi
serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang
Badar, Uhud dan Khandak.

4. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana
baginda telah menjadi ketua dan pemimpin angkatan tentera Islam dan beberapa
ekspedisi perang.

f. Membina Masjid.

1. Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah Nabi yang dikenali sebagai
Masjid Al – Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan pusat penyebaran Islam.
2. Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, Masjid juga digunakan untuk
menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid Al – Nabawi juga
berfungsi sebagai mengajar, membimbing, memberi nasihat kepada orang – orang
yang baru menganuti Islam.

C. KESIMPULAN.

1. Sistem pemerintahan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah merupakan


sistem pemerintahan yang terbaik di dunia.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di


Madinah selain dapat menyebarkan Islam keseluruhan dunia.
2. Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan khulafa al-Rasyidin
dengan kerajaan Melayu Melaka. 

Pendahuluan [3 markah] 

- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah pada 632


M. Saidina Abu Bakar Al Sidiq menjadi khalifah pertama, diikuti Khalifah Omar Al
Khatab,Khalifah Othman Al Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin berakhir pada 633M apabila Muawiyah Bin Abu
Sufian mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
- Sebaliknya kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramasewara pada
1404M
- Kerajaan ini terletak diperkampungan nelayan selat Melaka. Kerajaan Melaka
menerima Islam apabila Paramaswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai
pada1414M. Melaka mencapai kegemilangan pemerintahan Islam pada Zaman
Mansor Syah dan Sultan Muzaffar Shah.
- Kerajaan Melaka berakhir pada 1511M apabila diserang oleh Pertugis.

Isi-isi Penting ( 5X4 =20 Markah )


1. Perbandingan Politik

- Kerajaan Khalifah ar Rasyidin mengamalkan konsep Syura dan Bai’ah. Wujud


pemusatan kuasa dengan Khalifah dalam hal perlantikan pegawai kerajaan
penglima perang dan gebnor Wilayah. Khalifah akan bertindak berdasarkan
persetujuan syura. KAR menekankan konsep jihad dan penaklukan bagi
meluaskan pengaruh Islam. Contohnya pada zaman Khalifah Umar al- Khatab
terdapat lima belas wilayah Islam seperti Mesir, Iraq, Iran,Syria dan Palestin
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan Monarki.kuasa sultan
tidak terbatas.Rakyat mesti taat kepada pemerintah.
- Rakyat tidak boleh menderhaka kerana raja mempunyai daulat, Kerajaan
Melaka mengamalkan sistem pembesar seperti Bendahara, Laksamana,
Temenggung, Pembesar lapan dan Pembesar enam belas

2. Perbandingan Ekonomi

- Di zaman KAR,bentuk ekonomi Islam telah diamalkan sepenuhnya tanpa ada


unsur-unsur ekonomi Jahiliah seperti judi,riba,penipuan dan sebagainya
dihapuskan.
- Pemimpin mengamalkan hidup sederhana dan tidak mengawal ekonomi untuk
kepentingan peribadi
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan konsep perbendaharaan negara dan
ekonomi Islam tidak secara menyeluruh.
- Ini kerana sistem ekonomi bercampur dengan bentuk ekonomi tradisi dan
undang-undang adat
- Konsep Baitul Mal dan pelaksanaannya diamalkan sepenuhnya bagi
meningkatkan ekonomi Islam. Baitul Mal merupakan tempat mengumpul harta
kerajaan Islam.
- Terdapat pegawai yang khusus untuk menguruskan Baitul Mal dan khalifah
tidak terlibat secara langsung dalam mengawal harta kerajaan
- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem ufti terhadap negeri yang
dijajah.Ufti dibayar dalam pelbagai bentuk seperti
emas,senjata,makanan,persalinan dan sebagainya
- Lambang penindasan terhadap negeri yang lemah
- KAR, pelaksanaan cukai dan zakat dijalankan dengan baik seperti
jizyah,kharaj,Usyur,zakat dll
- Kerajaan Melayu Melaka, pengurusan semua kerajaan diletakkan di istana
Sultan, Semua harta adalah milik mutlak pemerintah dan berhak menggunakan
untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
- Biasanya pemerintah hidup mewah melalui cukai dan kutipan hasil yang
dikenakan terhadap rakyat.
- Tidak ada bukti zakat dilaksanakan di Melaka

3. Aspek Sosial.

- Di Zaman KAR, sistem sosial dijalankan dengan baik.Tidak ada masalah pilih
kasih, penindasan atau perkauman
- Mengamalkan konsep persamaan taraf antara kaum Arab dari pelbagai
keturunan dan antara kaum Arab dengan Islam Mawali ( bukan Arab ) seperti
Farsi,Mesir,Afrika,Qubti,Iraq dll
- Usaha penyebaran Islam dijalankan dengan penuh hikmah
- Kerajaan Melayu Melaka, mengamalkan konsep susun lapis dalam masyarakat
iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
- Pemerintah terdiri daripada Sultan dan golongan bangsawan manakala
golongan diperintah terdiri daripada pembesar, rakyat merdeka dan hamba
- Wujud amalan pilih kasih dalam perlantikan pegawai kerajaan dan pembesar.

4. Aspek Pendidikan

- Di Zaman KAR, pendidikan Islam telah diutamakan dimana khalifah


menekankan pendidikan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih
- Khalifah membina kemudahan pendidikan seperti sekolah,masjid,madrasah
dan sebagainya
- Contoh Khalifah Umar telah membina banyak masjid untuk dijadikan pusat
pendidikan kepada semua rakyat
- Kerajaan Melayu Melaka, Perkembangan pendidikan Islam agak berkembang
di Melaka.Walaubagaimanapun perkembangan adalah terhad dikawasan istana.
menjadi pusat keilmuan,perpustakaan dan intelektual.Contoh Sultan Melayu
Melaka menjadi Istana untuk menyimpan kitab-kitab dan buku-buku daripada
Timur Tengah
Terdapat juga bukti, perkembangan pendidikan berlaku diluar istana seperti di
masjid,madrasah atau sursu.kebanyakan dilakukan oleh tokoh-tokoh Arab
seperti Maulana Abu Bakar di zaman Sultan Muzaffar Syah.
5. Aspek Perundangan

- Di zaman KAR. Undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya mengikut


hukum-hukum yang ditetapkan dalam al-Quran seperti hukuman potong
tangan,rejam,bunuh,qisas,takzir dll
- Hakim dilantik dikalangan mereka yang benar layak dan mahir dalam bidang
perundangan.
- Khalifah terletak dibawah undang-undang dimana khalifah dan kaum keluarga
boleh dihukum seperti rakyat biasa sekiranya mereka melakukan kesalahan
- Kerajaan Melayu Melaka . Pelaksanaan undang-undang Islam agak terhad dan
bercampur dengan pelaksanaan undang-undang adat.Contoh hukum Kanun
Melaka dan undang-undang laut Melaka hanya terdapat kira-kira 45% sahaja
undang-undang Islam seperti hukum potong tangan,sebat,bunuh dan lain-lain
- Di Melaka, Sultan mengatasi undang-undang. Ini bermakna pelaksanaannya
tidak termasuk kepada sultan dan golongan pemerintah

3. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia.


Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam
tersebut.
Pengenalan :
o Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan
penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari
suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan
orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin ( golongan
Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa
kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
o Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham
sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin
kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi
sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati
Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh
dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah
sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan
orang-orang Islam.
o Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam
negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi :
Huraian mengenai Piagam Madinah :
o Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum
ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk
diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini
merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan,
yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan
The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan
perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking
oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga
bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan
pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku
teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;
Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:
o Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negaramadinah yang
wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam
dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk
diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk
menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
o Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummahyang tidak
terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
o Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama,
danbertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan
musuh.
o Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
o Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agamamasing – masing,
dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
o Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi
perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan
berhubung dengan perkara-perkara berikut:
o Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan
kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana
penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk
memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul dari masa ke semasa.
o Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak
bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya
mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority
terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan
memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa
ketua -ketua kaum berkenaan.
o Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara
aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah
membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
o Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku
bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
o Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua
penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh
orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum
Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
o Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah
telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah.
Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung
Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai
ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
o Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan
keselamatan negara.
o Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh
membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka
diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan
orang Islam.
o Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-
penganut agama lain.
o Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan
ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul
dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-
orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah
menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
o Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf
kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini,
ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
o Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana
pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum
seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan
kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’
yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar.
Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana
berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh
kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa
dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
o Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara
pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
o Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
o Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama
di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya,
yang memerintah dunia selama tujuh abad.
o Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang
baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk
berbilang bangsa.

4. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w


Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam
kepimpinan baginda. Bincangkan.
 Pendahuluan :
1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
tahun gajah.
2. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos
610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40
tahun 6 bulan.
3. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara
sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi
mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda
berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina
sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
4. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di
dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga
seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Isi :
Kepemimpinan Nabi :
Sebagai Pemimpin Agama :
1. Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri
contoh untuk setiap sifat terpuji ).
2. Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
3. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai
seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut,
toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama
aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang
Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
4. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah
cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai
mukjizat oleh Allah SWT
5. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah
kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang
bersumberkan al Quran dan hadis.
6. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang
kepada al Quran dan hadis

Sebagai Pemimpin Politik :


1. mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah
Madinah.
2. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila
berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah
yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau
Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
3. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah
melalui perjanjian Aqabah satu dan dua
4. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
5. Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke
Habsyah dan Mesir.
6. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan
dalam semua bidang secara kolektif.

Sebagai Pemimpin Tentera :


1. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
2. menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai
oleh baginda
3. akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan
baginda dalam bidang ketenteraan.
4. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
5. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam
menghadapi musuh.
6. Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya
membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang
menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang
sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
7. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan
kepada pasukan tentera Islanm.
8. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
o Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
o Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan
berperang
o Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang
telah mati.
o Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
o Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang
awam.
o Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
o Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
o Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
o Patuh kepada ketua.
o Tidak boleh lari dari medan peperangan.
o Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Sebagai Pemimpin Masyarakat :


1. berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan
keturunan.
2. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar
berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
3. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang
terkandung dalam Piagam Madinah.
4. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
5. Menaikkan taraf wanita .
6. Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah
contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal
tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
7. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan
adat masing –masing.
8. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah
anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj
dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah
terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman
kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah
9. Ketua Hakim :
1. Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
2. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
3. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa
hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun
pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
4. Sebagai Perancang Ekonomi :
1. Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi
zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat
dalam bidang perniagaan dan pertanian.
2. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang
Yahudi
Kesimpulan :
1. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek
kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber
dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
2. Kepimpinan  nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada
kehidupan yang lebih baik dan teratur.

5.  Jelaskan  fitnah-
fitnah terhadap Khalifah Uthman bin Affan dan huraikan juga kesan-kesan
ekoran fitnah itu.
 
Pengenalan  (2M)
 a.
 
Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah yang ketiga selepas khalifah Umar
alKhattab.Baginda memegang teraju pemerinthan bermula tahun 23 H sehingga tahun 35H
setelahbaginda dibunuh oleh sekumpulan pemberontak yang menyerbu ke rumahnya. b.
 
Dari segi peribadi,beliau merupakan sahabat yang terawal menerima Islam.Beliau terkenaldengan
gelaran ‘Dhu al Nurain’kerana pernah mengahwini puteri dua orang puteri Rasulullahs.a.w.Beliau
juga terkenal dengan sikap seorang dermawan terutamanya pada awalperkembangan Islam. c.
 
Enam tahun pertama perintahannya,Negara Islam telah mencapai kegemilangan dalam
pelbagaibidang  manakala enam tahun terakhir pemerintahannya ,  keadaan Negara agak huru-
haradisebabkan timbulnya pelbagai masalah dalaman.
 Isi – isi Penting ( 7 isi x 3 M = 20M)
 
A.
 
Fitnah-fitnah (4 isi x 3 M = 12M) 1.
 
Khalifah Uthman dituduh mengamalkan dasar nepotisme atau memihak kepada kaumkeluarganya
dalam soal perlantikan jawatan pegawai-pegawai
k
erajaan
.contohnya
Uthman telahmelantik saudara angkatnya,Abdullah bin Saad  bagi menggantikan Amru Al As
sebagaiGabenor Mesir
  2.
 
Khalifah Uthman dituduh sebagai seorang khalifah yang boros  kerana membelanjakan wangyang
begitu banyak dari Baitulmal
 3.
 
Polisi khalifah Uthman yang membenarkan orang-orang Arab berhijrah di daerah-daerah
yangbaharu dikuasai oleh kerajaan Islam menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khasnya di
tanahjajahan yang berkaitan
 
24
4.
 
Khalifah Uthman juga dituduh  memihak kaum Quraisy akibat tindakan gabenor Kufah  Said binal
As mengisytiharkan tanah di Iraq sebagai kepunyaan kaum Quraisy.
  5.
 
Sikapnya yang selalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang
yangtelah melakukan kesalahan  telah memakan dirinya .
  6.
 
Tindakan beliau memusnahkan beberapa salinan alquran yang ditulis dalam pelbagai loghat
danmenerbitkan satu satu naskah baru yang standart  yang ditulis mengikut loghat Quraisy.
  7.
 
Beliau juga melantik beberapa pegawai yang pernah murtad dan mereka yang pernah
melakukankesalahan besar  tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak.
 
 
B.
 
Kesan-kesan fitnah (3 isi x 3M =9M)
 8.
 
munculnya gerakan pemberontakan  di Mesir,Kufah, mereka mendesak Khalifah Uthmanmemecat
pegawai-pegawai  yang tidak cekap,yang menpunyai hubungan keluarga dengannyaserta
mahukan beliau meletak jawatan. 9.
 
Peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman telah menimbulkan perpecahan  yang makin serius
dikalangan  umat Islam. 10.
 
Pembunuhan Uthman menyebabkan timbulkan semula semangat assabiyyah yang
telahdihapuskan  oleh Rasulullah. 11.
 
Zaman huru-hara ini telah menyebabkan punca berakhirnya perintahan Khulafah ai Rasyidinpada
tahun 40 H.Pembunuhan Uthman telah dijadikan alas an oleh Muawiyah,Gebenor Syamuntuk
menentang Khalifah Ali. 

Kesimpulan (1M)
 Fitnah yang timbul pada zaman beliau merupakan titik tolak kepada perpecahan di kalangan umat
Islam.Sebenarnya fitnah yang timbul ini secara tidak langsung telah mendedahkan      kepincangan
yangdihadapi oleh masyarakat Islam  kerana mereka alpa terhadap wasiat Rasulullah supaya
kembali kepadaajaran al quran dan Hadis
6. Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar Al-Khattab.

Pendahuluan :
1. Latar belakang saidina Umar Al-Khattab-Khalifah ke-2 zaman khulafa Al-Rashidin
2. terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir
al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w.
3. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H.
4. Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam.
5. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta  mengembangkan
dakwah Islamiah.
6. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( dalam bidang politik,  ekonomi , sosial dan Agama )
7. Meninggal dunia pada 23H.

Isi :

Pembaharuan Yang Dilakukan Oleh Khalifah Umar Al-Khattab :

Sistem Syura :
o Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social
dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara.
o Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.
o Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.
o Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.

Perluasan Wilayah Islam :


o Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.
o Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin.
o Bagi memudahkan  pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat
pemerintahan. Contoh, Mekah, Damsyik, dan Kufah.
o Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

Perlantikan Pegawai Wilayah :


o Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai
panglima tentera.
o Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah.
o Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam.
o Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
o Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.
o Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah.
o Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi.
o Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim
haji.
o Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat
pengaduan kepada khalifah.
o Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

 Pengurusan Tanah :
o Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, – Di Iraq tanah menjadi hak
milik kerajaan contoh:
o Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.
o Tanah yang tiada waris.
o Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh tentera Islam.
o Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing.
o Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan
bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani.
o Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk
melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

Sistem Percukaian  Tanah Dan Tanaman :


o Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh:
o Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham.
o Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

Memajukan Sektor Pertanian :


o Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru
untuk tujuan pertanian.
o Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula.
o Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul-Mukminin di
Mesir dan empangan Abu Musa.

Struktur Pentadbiran Ketenteraan :


o Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
o Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti
bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.
o Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah.
o Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
o Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims.
o Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kehakiman :
o Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali
oleh masyarakat.
o Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan.
o Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
o Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil.
o Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi
menjamin keadilan perundangan.

Kesimpulan :
o Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan
asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem
pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam.

7. Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman


pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.
Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu..Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada
ajaran agama.Tokoh politik dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang
terkemuka.Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41
H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.Beliau
berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun
lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara
beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin
.Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali
Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

1. PERLANTIKAN KHALIFAH.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umaiyyah. Khalifah melantik
Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara. Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai
penggantinya dan Abdul Malik melantik al – Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera
mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.

2. DASAR PEMERINTAHAN.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta kedudukan
pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah menjalankan dasar pilih kasih dengan
mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah. Ini menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan kuasa,
mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.

3. POLISI TERHADAP RAKYAT.


Menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang bukan Arab terutamanya Bani
Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan
memegang jawatan penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan bani
Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

4. POLISI PROTOKOL KHALIFAH.


Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom,  mengutamakan kepentingan dan
kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh
pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan pemerintah dan
keluarganya.

5. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN.


Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan golongan yang menyokong mereka.
Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh.

6.TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH.

Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umaiyyah
terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah.
Muawiyah Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya
mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era
keruntuhan. Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

7. Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah pada Zaman Khalifah


Muawiyah bin Abu Sufian.

A. Pengenalan

 Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu.

 Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik dan
negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang terkemuka.

 Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40
tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang
wujud 41 H - 132 H.

 Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam


selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.

 Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan


Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan
Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas
kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan
menolak jawatan Khalifah.

B.  Isi

 Beliau menggubal beberapa dasar penting yang berbeza dalam negara bagi
mentadbir wilayah-wilayah yang luas itu. Setiap wilayah mempunyai masalah dan cara
tersendiri untuk ditadbir.

 Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin Arab


yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau mengekalkan sistem
pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan penentangan dan perpecahan.
 Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada
zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai gabenor di
Mesir.

 Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk di sana yang
merupakan penyokong kuatnya.

 Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi antara


penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.

 Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing sama ada


Parsi,India mahupun Byzantine

 Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah dan ke


Damsyik. Ini kerana di Damsyik ramai penyokong setia Muawiyah.

 Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan. Ini telah
mengubah tradisi sebelumnya iaitu pada zaman Khulafa Rasyidin. Beliau telah melantik
Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan khalifah.

 Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani


Umaiyyah. Khalifah mempunyai kuasa mutlak dan berpusatkan khalifah dalam
membuat keputusan. Jawatan gabenor dimonopoli oleh keluarga Bani Umaiyyah.

 Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang-orang Syam dan
mereka diberi gaji tetap. Orang Syam setia kepada Muawiyah.

 Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine dengan


mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk berkidmat.

 Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisik bagi


mengetahui rahsia-rahsia pihak musuh.

 Mengutamakan keturunan Arab, khususnya keturunan bani Umaiyyah dalam


pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bukan Arab (mawali ) kurang diberi
peluang sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka.

C.Kesimpulan

 Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau
berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas
pertama sebelum era keruntuhan.

 Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.


8. BANDINGKAN DASAR PEMERINTAHAN KHULAFA AR – RASHIDIN
DENGAN PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH.

A. PENGENALAN 

1. LATARBELAKANG KHULAFA AR – RASHIDIN.


Terdiri daripada empat orang Khalifah selepas kewafatan Rasulullah iaitu Abu Bakar,
Umar, Uthman dan Ali.

2. LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI UMAIYYAH.


Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan pada tahun 41
Hijrah. Nama Umaiyyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu
Umaiyyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Umaiyyah memerintah selama 91 tahun oleh dua
keturunan, iaitu keturunan Harb Bin Umaiyyah dan keturunan Abu al – As.

B. ISI – ISI PENTING ( 5 ISI x 4 MARKAH = 20 MARKAH ).

1. PERLANTIKAN KHALIFAH.
a. Khulafa Ar – Rashidin.
Adalah hak untuk semua kaum muslimin. Jawatan tidak diwarisi sebaliknya dilantik dan
mendapat persetujuan masyarakat Islam. Khalifah Umar dilantik melalui wasiat Abu
Bakar dan Khalifah Uthman dilantik melalui penubuhan Majlis Syura.

b. Bani Umaiyyah.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani
Umaiyyah. Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara.
Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik
melantik al – Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang
putera mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.

2. DASAR PEMERINTAHAN.

a. Khulafa Ar – Rashidin.
Al – Quraan dan sunnah menjadi asas corak pemerintahan Khalifah mengutamakan
kebajikan dan keadilan semua rakyat. Majlis Syura memainkan peranan penting dalam
melaksanakan pentadbiran negara.
b. Bani Umaiyyah.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga
kepentingan serta kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan.
Sebahagian khalifah menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga
Bani Umaiyyah. Kelemahan Khalifah menyebabkan gabenor di beberapa wilayah
menyalah gunakan kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.

3. POLISI TERHADAP RAKYAT.

a. Khulafa Ar – Rashidin.
Semua rakyat dipandang sama tanpa mengira kaum dan kedudukan. Bagi mereka
mendapat layanan yang sama dari segi keadilan, sosial dan ekonomi. Bagi
mengelakkan berlaku penindasan ke atas penduduk di wilayah seperti Iraq dan Mesir,
Umar menyusun semula dasar pemilikan tanah. Orang bukan Islam yang mendapat
perlindungan politik pemerintah Islam dikenakan cukai jizyah yang tidak membebankan.

b. Zaman Bani Umaiyyah.


Kebanyakkan Khalifah menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan
bukan Arab. Orang bukan Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan.
Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang
jawatan penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka
bekerjasama dengan bani Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan
Bani Umaiyyah.

4. POLISI PROTOKOL KHALIFAH.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.


Khalifah tidak mempunyai hak istimewa dari sudut undang – undang. Hubungan
khalifah dengan rakyat terjalin dengan baik. Rakyat boleh bertemu dengan khalifah dan
mengadu tentang masalah mereka dan penyelewengan pegawai – pegawai.

b. Zaman Bani Umaiyyah.


Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom, Khalifah
mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol
yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi.
Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan
pemerintah dan keluarganya.

5. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.


Pegawai kerajaan seperti gabenor dan panglima tentera dilantik daripada mereka yang
berkelayakan dan berkebolehan tanpa mengira kaum dan kedudukan. Di zaman
Khalifah Umar baginda telah memeriksa semua harta benda kakitangan kerajaan
sebelum dan setelah dilantik bagi mengelakkan penyelewengan dan rasuah. Rakyat
boleh mengadu tentang penyelewengan pegawai kerajaan.

b. Zaman Bani Umaiyyah.


Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan
golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum
bunuh. Contohnya panglima Muhammad Ibnu Qassim dibunuh oleh Khalifah Sulaiman
bin Abdul Malik.

6. DASAR PERLUASAN KUASA.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.


Dasar perluasan kuasa wilayah di zaman ini adalah bertujuan untuk melemahkan
kedudukan politik Rom dan Parsi yang menjajah dan menceroboh wilayah tanah Arab.
Contohnya perluasan kuasa Khalifah Umar ke atas Mesir ialah untuk menamatkan
kekuasaan Rom yang kejam dan membebaskan rakyat tempatan (Qibti). Kedatangan
tentera Islam mendapat sokongan rakyat tempatan.

b. Zaman Kerajaan bani Umaiyyah.


Dasar perluasan wilayah di zaman bani Umaiyyah terutama di zaman Khalifah Abdul
Malik Bin Marwan dan al – Walid merupakan usaha untuk bersaing menunjukkan
kehandalan dan kekayaan mereka. Contohnya Abdul Malik bin Marwan melancarkan
gerakan tentera ke Kabul pada tahun 691H kerana Raja Kabul enggan membayar ufti
tahunan. Dasar perluasan wilayah di zaman Bani Umaiyyah diperluaskan hingga ke
sempadan China, India dan Sepanyol.

7. TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH.

a. Zaman Khulafa Ar – Rashidin.


Bagi menghadapi golongan ar – Riddah, iaitu golongan yang tidak mahu membayar
zakat dan kemunculan nabi palsu, khalifah ar – Rashidin menghantar utusan memberi
penerangan dan meminta mereka kembali kepada ajaran Islam. Tindakan ketenteraan
diambil setelah golongan ini masih enggan menghentikan gerakan mereka. Abu Bakar
dan khalifah yang lain memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada golongan
yang telah bertaubat dan kembali semula kepada ajaran Islam.

b. Zaman Bani Umaiyyah.


Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang
menentang kerajaan Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah.
Peristiwa Karbala telah memperlihatkan kekejaman Yazid yang membawa kepada
pembunuhan Saidina Hussien. Penindasan dilakukan secara berterusan keatas
golongan Khawarij dan Syiah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja yang berusaha
untuk mengadakan perundingan dengan pihak musuh.

8. PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN.


Persamaan dasar pemerintahan antara Khulafa Ar – Rashidin dan Khalifah bani
Umaiyyah seperti berlandaskan dasar pemerintahan Umar Abd. Aziz. Khalifah Umar bin
Abdul Aziz merupakan Khalifah dari kerajaan Bani Umaiyyah yang berusaha
menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam. Ini menyebabkan beliau dikenali oleh
ahli sejarah sebagai Khulafa Ar – Rashidin yang ke lima.

9. KEDUDUKAN KHALIFAH SEBAGAI KETUA AGAMA.


Khulafa Ar –Rashidin mempunyai autoriti bidang keagamaan. Di zaman Bani Umaiyyah
autoriti itu telah terhakis.

C. KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai