Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN Kita dapat melihat bahawa Rasulullah SAW memberi tumpuan yang besar pada pembinaan generasi unggul.

Baginda sama sekali tidak menekankan pembangunan infrastruktur. Adalah satu bentuk kebijaksanaan apabila beliau memahami bahawa melalui pembinaan generasi yang unggul, maka generasi ini akan mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Konsep inilah yang pada hari ini dikenali dengan pembangunan modal insan.Setelah berhasil membina individu unggul, individu ini kemudiannya mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam. Pada zaman al-Khulafa al-Rashidun, para Khalifah tidak hanya menumpukan kepada perluasan daerah tetapi juga membina negara, khilafah yang kukuh dan makmur. Untuk merealisasikan hal ini Sayidina Umar telah melaksanakan beberapa agenda penting pembangunan negara. Bahkan beliau tidak segan-segan mengambil sistem yang datang dari luar seperti Dewan Farsi. Agenda pembangunan beliau ketika itu adalah antara lain (Syed Omar Syed Agil 1998): (i) reformasi dan pembangunan sistem pentadbiran negara, (ii) reformasi dan pembangunan dalam sistem ekonomi, (iii) pembangunan sektor pertanian, (iii) reformasi dan pembangunan sistem politik, (iv) reformasi dalam ketenteraan, dan (vi) reformasi dan pembangunan sistem pendidikan. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Tumpuan diberikan pada bagaimana melahirkan pemimpin yang bukan hanya berkemampuan tetapi juga bertanggungjawab, beramanah dan bertaqwa. Menyedari hal ini, kepada para pegawainya Sayidina Umar berpesan (Ibn Taymiyyah 1988):Faktor Kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran Dari Masa Lalu18Kepada Malik b. Ashtar, Gabenor Mesir, Khalifah Sayidina Ali berpesan (al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud 2007): Ingatlah, aku tidak melantik kalian agar kamu menjadi penguasa kuku besi ke atas rakyat. Aku mengutus kalian sebagai pemimpin agar rakyat dapat mencontohi kalian.Berikanlah kepada mereka segala hak merekaIni adalah perintah daripada Ali kepada Malik b. Ashtar ketika dilantik sebagai pemerintah di Mesir,supaya mengumpulkan zakatnya, menjamin kesejahteraan dan menguruskan tanahnya.Dia memerintahkannya supaya takut kepada Allah engkau harus sentiasa merujuk kepada amalan menghukum dengan adil, tradisi yang mulia, dan contoh daripada Rasulullah saw atau ketetapan daripada al-Quran dan ikuti contoh kami bagaimana mengamalkannya sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya.Kekuatan dalaman dan luaran yang dibina oleh generasi awal Islam inilah yang membawa mereka kepada mercu kejayaan yang dikecapi oleh generasigenerasi seterusnya.

2)KERAJAAN KHULAFA AR- RASYIDIN


Pengertian Khulafa Ar-Rasyidin Khulafa Ar-Rasyidin bermaksud gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan ketua dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam Madinah pimpinah nabi Muhammad S.A.W Tempoh pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin selama lebih kurang 29 tahun iaitu bermula pada tahun 11 Hijrah hingga 41 Hijrah dan pusat pemerintahan kerajaan ini adalah di Kota Madinah. Nama-nama khalifah Ar-Rasyidin adalah: a) Abu bakar al-Siddiq b) Umar al-Khattab c) Usman bin Affan d) Ali bin Abi Talib

Cara-cara Perlantikan Khulafa Ar-Rasyidin Melalui Majlis Syura dan baiah(persetujuan ramai) Melalui wasiat yang kemudiannya dipersetujui oleh Majlis Syura

CIRI-CIRI KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN


1) Mereka mendapat didikan rasulullah s.a.w dan menjadi tempat rujukan umat Islam selepas kewafatan baginda. 2) Bertanggungjawab dan amanah Tidak menggunakan harta negara bagi kepentingan peribadi. Memperketat undang-undang berdasarkan Al-Quran dan Hadis

3) Pejuang dan pemimpin yang berani

Saidina Usman bin Affan menjadi wakil rasulullah s.a.w dalam perjanjian hudaibiyah.

4) Tawaduk

Saidina Ali bin Abi Talib tidur ditempat rasulullah s.a.w semasa hijrah

Tidak mempunyai pengawal peribadi, menjalani kehidupan yang sederhana dan lebih mengutamakan akhirat daripada dunia

5) Tegas menegakkan agama dan membangunkan negara Memerangi golongan murtad, memecat pegawai yang kurang cekap dan tidak tunduk kepada pemberontak Antara ciri-ciri kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin yang lain adalah: i. Segi pentadbiran Berusaha mengekalkan daulah islamiah yang telah ditadbir oleh rasulullah s.a.w Melaksanakan keputusan berdasarkan Majlis Syura bukan pendapat individu dan pemimpin yang dilantik mestilah yang boleh memberi teladan kepada rakyat jelata ii. Segi ekonomi Sistem ekonomi bertujuan untuk memiliki harta secara halal.Harta kekayaan negara diagih-agihkan kepada semua golongan manusia.Sistem ekonomi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah iii. Segi sosial Semua golongan masyarakat diberi hak dan kebebasan dalam negara dan orang bukan islam menganut agama mereka tanpa sebarang sekatan. iv. Segi ilmu pengetahuan Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting pada zaman Khulafa ArRasyidin.Kuttab didirikan disekitar masjid oleh golongan kaya khusus untuk tujuan belajar membaca, menulis dan menghafaz Al-Quran untuk golongan kanak-kanak.

3) SISTEM PENTADBIRAN DI ZAMAN AR-RASYIDIN


Pengertian pentadbiran
Pengurusan yang mengelola, menjalankan atau menguruskan sesuatu pentadbiran.

Struktur organisasi pentadbiran dan fungsinya:

Peranan Khalifah
1) Melaksanakan hukum syarak dalam pemerintahan secara mutlak. 2) Mengawal kesejahteraan dan keamanan negara seupaya sentiasa berada di dalam keadaan stabil dan harmoni. 3) Sentiasa memelihara kesucian agama islam melalui penybaran dakwah 4) Mengawal keselamatan negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau luar negara 5) Mengurus dan mengagih harta kekayaan negara kepada yang berhak menerimanya dengan adil dan saksama 6) Bertanggungjawab memungut dan mengumpul sumber kewangan negara seta melantik pegawai-pegawai yang akan memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.

Fokus pemerintahan Kerajaan Khulafa Ar- Rasyidin


1) Berusaha mengekalkan daulah Islamiah yang telah ditadbir oleh rasulullah s.a.w 2) Berusaha mewujudkan pentadbiran yang bersih daripada segala bentuk

penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang terkeluar daripada garis panduan yang di tetapkan di dalam Al-Quran. 3) Melaksanakan sistem syura yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui Majlis Syura.

Keistimewaan sistem pentadbiran zaman khalifah Ar-Rasyidin


1) Perjalanan pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam semua perkara termasuk politik, sosial dan ekonomi. 2) Setiap urusan pentadbiran negara berdasar syariat Allah S.W.T 3) Pertadbiran negara dijalankan mengikut keputusan Majlis Syura. 4) Pemimpin yang hendak dilantik mestilah yang boleh memberi contoh teladan kepada rakyat.

Kesan daripada penentangan rakyat terhadap dasar pentadbiran khalifah yang membawa pembunuhan 1) Timbul perpecahan umat Islam 2) Keadaan negara menjadi kacau bilau 3) Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri

4)LATAR BELAKANG KHALIFAH AR- RASYIDIN


Saidina Abu bakar as-Siddiq ra (11-12H/632-634M)
Riwayat Hidup a. Nama sebenar beliau Abdullah bin Abi Qahafah. b. Dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan berketurunan Bani Tamim. c. Orang yang terawal memeluk Islam dan mendapat gelaran As-Siddiq kerana beliau mengakui kebenaran Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj.Bersama-sama rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah dan bersama-sama baginda di dalam Gua Thur. d. Wafat pada tahun 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam rasulullah s.a.w.

Sumbangan
a. Menghapukan golongan murtad, nabi palsu dan golongan zakat. b. Membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi. c. Mengumpulkan tulisan-tulisan Al-Quran supaya tidak dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. yang enggan membayar

Proses pelantikan
a. Rasulullah s.a.w tidak menetapkan pengganti selepas kewafatannya. Golongan Ansar mengadakan perjumpaan melantik pemimpin mereka dan mencadangkan Saad bin Abi Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah. b. Abu Bakar as-Siddiq mencadangkan Omar atau Abu Ubaidah tetapi kedua-duanya membantah lantas Omar berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi baiah atau janji setia, kemudian diikuti oleh umat Islam yang lain.

Polisi Pentadbiran
a. Menghapukan golongan murtad, nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat

b. Menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghasan yang telah membunuh utusan nabi dan melantik khalifah sebagai penggantinya untuk

menghindarkan perselisihan faham umat Islam apabila beliau meninggal dunia.

Saidina Umar Bin Al-Khattab ra (13-23H/634-644M) Riwayat Hidup


a. Nama sebenar beliau Umar bin Al-khattab bin Naufal b. Berketurunan Bani Adi iaitu salah satu suku kaum Quraisy c. Lahir 13 tahun selepas kelahiran rasulullah s.a.w d. Mendapat gelaran Al-Faruq bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan e. Berkududkan yang baik dalam masyarakat Jahiliah .Tarikh memeluk Islam tahun ke-6 selepas kerasulan nabi Muhammad s.a.w.Tempoh pemerintahannya lebih kurang 10 tahun 6 bulan dan wafat pada usia 63 tahun dan dimakamkan bersebelahan makam rasulullah s.a.w

Sumbangan
a. Menyusun pentadbiran Majlis Syuradan menyusun semula kanun tanah negara. b. Memperkenalkan Kalender tahun hijrah c. Penubuhkan pasukan polis dan tentera laut untuk menjaga keamanan d. Menubuhkan jabatan baru seperti Dewan al-Jundi dan Dewan al-Kharaj e. Membahagikan pentadbiran negara kepada beberapa wilayah

Proses Pelantikan
a. Apabila Saidina Abu Bakar merasa ajalnya hampir tiba, beliau merasa perpecahan akan mberlaku dan melemahkan perpaduan umat Islam.Untuk menyelamatkan keadaan tersebut beliau mengambil langkah untuk menentukan khalifah selepasnya. b. Saidina Abu Bakar berpendapat orang yang paling layak adalah Saidina Umar .Beliau meminta pendapat daripada beberapa orang mengenai cadangan tersebut.Mereka bersetuju dengan cadangan tersebut 7

c. Osman bin Affan menulis wasiat tersebut di atas permintaan Saidina Abu Bakar asSiddiq dan diminta diperdengarkan dahulu kepadanya sebelum diumumkan kepada orang ramai.Setelah diumumkan, para sahabat melakukan baiah dan diikuti oleh orang ramai

Polisi pentadbiran
a. Mengadakan pembaharuan dalam sistem pentadbiran tanah.Tanah yang diperolehi melalui peperangan dibeli dan dimiliki tetapi ia menjadi harta negara.Tidak membahagikan tanah yang dikuasai tentera islam sebagai ghanimah. b. Sahabat tidak dibenarkan meninggal kota Madinah kecuali mendapat kebenaran khalifah.

Saidina Usman bin Affan (23-35H/644-656M) Riwayat Hidup


a. Namanya adalah Usma bin Affan bin Abu Al-As b. Dilahirkan lima tahun selepas kelahiran rasulullah s.a.w c. Berketurunan Bani Umayyah d. Digelar Zun Nurain kerana telah mengahwini dua puteri rasulullah s.a.w iaitu Rukiyah dan Umi Kalsum e. Wafat pada tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun.Beliau dibunuh oleh Abu Lukluk ketika sedang membaca Al-Quran

Sumbangan
a. Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk mempertahankan negara. b. Mengumpul dan membukukan Al-Quran dikenali dengan nama Rasm Uthmani. c. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada peluasan kuasa dan wilayah.

Proses Pelantikan
a. Saidina Umar mencadangkan beberapa nama untuk menggantikan beliau.Antaranya ialah Saidina Uthman, Saidina Ali, Talhah bin Ubaidah,Saad bin abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf. 8

b. Saidina Usman telah dipilih berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai

Polisi Pentadbiran
a. Membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berjihad b. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan kota Madinah malah melonggarkan syarat menggunakan harat baitulmal. c. Menetapkan bacaan Al-Quran hanya menggunakan lahjah Quraisy d. Ramai gabenor dilantik dikalangan Bani Umayyah.

Saidina Ali bin Abi Talib (35-40H/656-661M) Riwayat Hidup


a. Nama sebenar adalah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib b. Dilahirkan pada tahun kesepuluh sebelum kerasulan nabi Muhammad s.a.w c. Beliau merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk agama Islam d. Mendapat gelaran Karamallahu Wajhah bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh allah S.W.T kerana tidak pernah menyembah berhala Sumbangan a. Menerima jawatan khalifah ketika keadaan negara tidak tenteram Proses Pelantikan a. Keadaan negara kurang stabil selepas pembunuhan Saidina Usman dan puak-puak pemberontak meminta Saidina Ali menjadi khalifah b. Pada mulanya beliau tidak bersetuju tetapi disebabkan keadaan negara semakin teruk beliau pun menerima jawatan tersebut. c. Orang ramai memberi baiah kepada beliau termasuk Muawiyah bin Abi Sufiyan Gabenor Syam ketika itu. Polisi Pentadbiran a. Beliau memcat pegawai-pegawai kerajaan yang berketurunan Bani Umayyah termasuk gabenor Syam ketika itu. b. Majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan Khawarij

DASAR PENTADBIRAN KHULAFA AR-RASYIDIN


i. Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan Al-Quran dan al-hadis.

ii. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli Majlis Syura dan Ijtihad iii. Pemimpin bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil. iv. Khalifah merupakan ketua negara dan khalifah juga tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang. v. Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan. vi. Pemimpin dan rakyat bersama-sama bertanggungjawab membangun dan memajukan negara. vii. Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah S.W.T dan rasulNya. viii. Rakyat boleh memberikan pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluransaluran yang tertentu.

10

5)PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN NEGARA


Majlis Syura
1) Majlis ini dianggotai oleh al-Hallu wal-Aqdu iaitu mereka yang bijak mentafsir dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. 2) Majlis tersebut mempunyai peranan yang sangat penting dalam melaksanakan pemerintahan negara. 3) Pada zaman Rasulullah s.a.w peranannya amat terhad kerana segala masalah atau keputusan diputuskan oleh baginda. 4) Selepas baginda wafat, segala keputusan adalah memerlukan ijtihad terutamanya mengenai perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 5) Pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab, satu Majlis Syura khas ditubuhkan bagi menangani kes-kes penyelewengan dikalangan pegawai.

Pentadbiran wilayah
1) Bermula pada zaman Saidina Umar Al-Khattab ekoran perluasan wilayah Islam. Jawatan gabenor atau wali sebagai wakil khalifah di setiap wilayah. 2) beberapa jawatan baru yg lain: ketua setiausaha,setiausaha,pegawai pemungut cukai,pegawai polis,pengurus perbendaharaan negara dan ketua hakim. 3) Pegawai-pegawai dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan iaitu: Mendapat surat daripada khalifah yang mengandungi tugas-tugas dan kuasa. Segala harta milik pegawai akan diperiksa. Pegawai-pegawai dikehendaki datang ke mahkamah setiap kali musim haji bagi menyediakan laporan. 4) Gabenor adalah wakil kepada khalifah dan menjalankan tugas yang dibenarkan oleh khalifah.

11

Penubuhan Jabatan Ad-Diwan


1) Jabatan ini ditubuhkan ekoran perluasan kawasan dan pertambahan harta negara. 2) Dua jabatan baru ditubuhkan iaitu: Dewan Al-Jundi ( Jabatan Ketenteraan ) Ditubuhkan bagi urusan berhubung dengan ketenteraan seperti: I. mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan

II. mengemaskini maklumat tentera III. membayar gaji anggota tetap IV. menguruskan kebajikan tentera

Dewan Al-Kharaj ( Jabatan Hasil) i. bertanggungjawab memungut hasil negara

ii. menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk membayar cukai

12

6)PENYEBARAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFA AR- RASYIDIN


Perkembangan dan penyebaran agama Islam wilayah-wilayah Islam semakin luas kesan daripada kejayaan tentera Islam beberapa buah negara seperti Iraq, Syria dan Palestin. Di zaman Abu Bakar pengaruh Islam semakin tersebar luas kerana tindakan khalifah memerangi golongan murtad dan nabi-nabi palsu di sekitar Mekah dan

Madinah.Gerakan ini terhenti di zaman pemerintahan Saidina Ali kerana negara berada dalam keadaan kurang aman akibat daripada peristiwa pembunuhan khalifah Usman. Faktor-faktor penyebaran Islam Tugas menjalankan dakwah telah menjadi kewajipan yang dituntut kepada seluruh umat Islam. Permintaan atau pelawaan dari penduduk tempatan yang ingin pembaharuan di tempat mereka. Untuk melepaskan diri dari belenggu penjajah

Cara penyebaran Islam Melalui pendidikan di masjid Kegiatan para cendakiawan dan para alim ulama yang dilakukan oleh Imam Syafie, Imam Maliki dan Imam Ghazali. Melalui wakil wilayah yang telah ditakhluki

Kawasan-kawasan yang ditakhluki Iraq, Syria, Pakistan, Baitul Maqdis, Mesir, Palestin, Kufah, Turkistan, Cyprus, Libya

13

Kemajuan sosial di zaman Khulafa Ar-Rasyidin


Penduduk 1. Masyarakat Islam pada zaman ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Terdapat 3 golongan masyarakat iaitu: a) Masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi b) Masyarakat Islam yang berada di luar Tanah Arab yang memeluk Islam pada zaman perluasan kuasa Kerajaan Khulfa Ar-Rasyidin. c) Golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan (Khafir Zimmi) 2. Semua golongan masyarakat ini diberi hak dan kebebasan yang sama rata dalam negara. Penyebaran Pendidikan 1. Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting. 2. Kuttab ialah tempat belajar di kawasan masjid untuk kanak-kanak belajar

membaca,menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran. Kebajikan dan keadilan 1. Pemerintah Khulafa ar-rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada yang beragama Islam atau yang bukan beragama Islam. 2. Khalifah Umar bin al-Khattab contohnya, amat bertanggungjawab dan bersikap adil terhadap rakyatnya.Dalam menguatkuasakan undang-undang, beliau tidak memelih pangkat atau kedudukan seseorang.Beliau juga memansuhkan cukai jizyah seorang yahudi tua yang miskin. Mengadakan Kemudahan Awam Khalifah Umar terlalu mengutamakan kepentingan rakyat dalam semua perkara. Beliau menubuhkan Baitulmal untuk menyimpan harta kerajaan dan membangunkan beberapa buah bandar baru.

14

Kemajuan ekonomi 1. Kemajuan sektor ekonomi berjalan dengan lancar.Zaman khalifah Usman sumber ekonomi yang utama ialah zakat, fai, usyur, jizyah, ghanimah dan sebagainya. 2. Dewan al-Kharaj ditubuhkan untuk mengemaskinikan kewangan negara. 3. Khalifah juga memperkenalkan Undang-undang Tanah Negara bagi menghindarkan pembaziran tanah. Perluasan Kawasan 1. Wilayah-wilayah Islam semakin luas kesan daripada kejayaan tentera Islam menakhluki bebrapa buah negara. 2. Pengaruh Islam semakin tersebar apabila khalifah Abu Bakar berjaya memerangi golongan murtad dan nabi-nabi palsu. 3. Wilayah-wilayah Islam semakin meluas pada zaman pemerintahan khalifah Umar dan Usman.

15

KESAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN aspek


Corak kepimpinan

Kesan positif
Membuktikan bahawa pemimpin negara adalah ketua agama yang mendaulatkan syariat Islam

Sifat pemimpin

Hanya pemimpin yang berakhlak, berwawasan dan bertanggungjawab saja layak dipilih sebagai ketua untuk memajukan negara

Pertahanan

Usaha mempertahankan negara daripada serangan musuh diberi penekanan penting

Ekonomi

Kestabilan

rakyat

dapat

diwujudkan

apabila

dasar

ekonomi negara digubal secara adil sosial Kepentinagn ilmu akli dan nakli Rakyat diberikan layanan yang adil Kebajikan golongan fakir dan miskin diutamakan

Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa Ar- Rasyidin 1. Ketua negara islam akan dilantik secara warisan selepas Khulafa Ar-Rasyidin 2. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri kesan daripada peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan. 3. Orang munafik mengambil peluang untuk memecahbelahkan umat Islam. 4. Timbul pepecahan aliran pemikiran yang memberi kesan seperti aliran Ahli sunnah dan Syiah.

16

7)Kesimpulan daripada sejarah pemerintahan Khulafa Ar- Rasyidin


1. Khulafa Ar- Rasyidin merupakan golongan terbaik dan generasi pertama yang menghayati ajaran Islam sepenuhnya.Umat Islam harus mencontohi keperibadian mereka dan mengambil teladan daripada corak pemerintahan dan kepimipinan mereka. 2. Jadual dibawah meneunjukkan aspek-aspek kehidupan Khulafa Ar- Rasyidin Aspek akidah Aspek syariah Kehidupan yang berpandukan akidah yang sebenar. Berusaha meningkatkan tahap keimanan kepada Allah S.W.T Hidup berlandaskan syariah islam Sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa dan harta demi memperoleh keredhaan Allah S.W.T Aspek akhlak Digelar Qudwatun Hasanah kerana merealisasikan tuntutan AlQuran melalui perkataan dan perbuatan dalam kehidupan seharian Aspek politik Aspek ilmu Mengamalkan syura dalam menentukan sesuatu keputusan. Tidak bersikap mementingkan diri Khulafa Ar- Rasyidin merupakan tokoh ilmu dalam pelbagai bidang. Aspek ekonomi Membangunkan kemajuan negara Aspek sosial Rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masingmasing(islam atau bukan Islam) Penyebaran dakwah Berusaha membebaskan manusia daripada belenggu syirik. Kerajaan dan rakyat berganding bahu menyebarkan dakwah islamiah ekonomi untuk perluasan dakwah dan

17

Bibliografi
Sumber: Muslim al., Historical Expansion in of the the Time of Muhammad from Peoples(Amsterdam, R. Roolvink et [At UPenn]: Atlas Muslim 1957) http://www.fordham.edu/halsall/sbookmap.html Sumber: (BW) [At Medieval Sourcebook] Source: H.G. Wells, A Short History of the World, (London: 1922) Tajuk Buku: Wasiat Agung 4 Khalifah Penulis: Abu Ahmad Muawiyah Halaman: 1190m/s Sumber:berpolitik gaya khulafa ar rasyidin dari Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang; ISBN13: 978-967-366-028-5 Tarikh Terbit: 9 Jul 2010 Jumlah Muka Surat : 240

Tajuk: Sejarah Khalifah Rasulullah Penulis: Prof Dr Amin Qudah Penterjemah: Prof Dr Zulkifli Mohd Yusoff Penerbit: PTS Islamika (ptsislamika@pts.com.my)

Rujukan: 1. 2. 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam#Khulafa_al-Rasyidin http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Awal_Islam_di_Parsi

18

Anda mungkin juga menyukai