Anda di halaman 1dari 90

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU
KAMPUS GAYA

SJH 1054

KETAMADUNAN
MANUSIA
BIL 2. SISTEM PEMERINTAHAN
BERTAMADUN
Disediakan oleh :
Amy Adzleyna binti Sazali
Chelsia Gokusing

KANDUNGAN
Pemerintahan Islam pada zaman
Nabi Muhammad
Pemerintahan Islam pada Zaman
Khulafa Al Rasyidin
Pemerintahan Islam pada Zaman
Bani Umaiyyah dan Bani Abbasyyah

TAKRIF TAMADUN ISLAM


Perkataan

tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban,


kemajuan (kebendaan dan kerohaniaan) dan sopan santun.
Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika
tidak mempunyai masyarakat yang bermoral.
Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada
kemajuan kebudayaan semata-mata, malahan ia merupakan
kemajuan yang serentak dengan kerohanian.
Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain
kerana ia meletakkan al-Din sebagai asas yang membentuk
tamadun berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan
oleh manusia.
(Azhar Mad. Aros, 2004)

MASYARAKAT ARAB SEBELUM ISLAM

Penduduk Arab sebelum kedatangan Islam menganut pelbagai


kepercayaan dan agama.
Agama yang dianuti terdiri daripada agama Samawi, iaitu Kristian
dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa a.s serta agama Hanif
(ajaran Nabi Ibrahim a.s).
Manakala kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah
berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan
Jahiliah.
(Azhar Mad. Aros, 2004)

Perkataan Jahiliah dari segi :


Etimologinya : Berasal dari kata kerja bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud
jahil, bodoh, dan tidak berilmu pengetahuan.
Termiloginya : Kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan
keagamaan kerana dalam bidang-bidang lain mereka telah pun maju seperti
perniagaan, binaan, kesusasteraan, pertanian dan sastera.
Tamadun manusia yang tertua di dunia dikesan di Lembah Tigris-Euphrates, Iraq
kira-kira 5 000 tahun lalu. Selain tamadun Islam, tidak dapat dipastikan titik
permulaan dan peralihan sesuatu tamadun secara tepat kerana asal usul yang tidak
jelas.

(Azhar Mad. Aros, 2004)

Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh


dibahagikan kepada empat peringkat iaitu :
i. Zaman Rasulullah SAW & Khulafa ar-Rashidin (610M-660M)
ii. Bani Umaiyah (660-750M)
iii. Bani Abbasiyah (750-1261M)
iv. Bani Mughuliyah (Monggol) & Bani Uthmaniyah (12611924M)
(Azhar Mad. Aros, 2004)

KONSEP PEMERINTAHAN dan


PENTADBIRAN ISLAM
BERASASKAN:

AKIDAH

SYARIAH

AKHLAK

PRINSIP-PRINSIP
PEMERINTAHAN
& PENTADBIRAN ISLAM

TAUHID

RISALAH

KHILAFAH

Iktiraf seluruh
alam semesta
ditadbir Allah &
hanya Allah yang
layak disembah

Undang-undang
Allah disampaikan
melalui
rasul-Nya dalam
bentuk kitab suci

Manusia sebagai
wali Allah di muka
bumi & jalankan
amanahNya dalam
batasan yang
ditetapkan

PEMERINTAHAN
ISLAM
PADA ZAMAN
NABI MUHAMMAD
S.A.W

Islam bermula sebagai agama dengan penurunan wahyu


pertamanya di Makkah pada tahun 610M dan sebagai sebuah
negara & tamadun pada tahun 622M setelah peristiwa Hijrah ke
Madinah
Sesudah itu selama 10 tahun Rasulullah SAW mendidik dan
membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan
penghayatan sehinggalah terbinanya generasi Islam pertama yang
terbaik pada masa kewafatan Baginda pada tahun 632M
(Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan, 2006)

ZAMAN

Nabi Muhammad S.A.W


(Era Mekah)

Nabi Muhammad S.A.W


(Era Madinah)

TEMPOH

CATATAN

610 - 623 M

Pemurnian akidah
masyarakat
Revolusi moral dan
akhlak

623 - 633 M

Tertubuh daulah Islam


Pertama
Kesatuan Muslim &
Non-Muslim dalam
perlembagaan Pertama
Bertulis (Piagam
Madinah)
Pembinaan masjid
yang pelbagai fungsi
Pertanian kurma

(Ros Iza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohd, Dg Hafizah Ag. Basir
& Siti Halimah Putung, 2011)

Dari segi politik, peristiwa penghijrahan


Nabi Muhammad S.A.W telah
membawa kepada pembentukan
Negara Islam Madinah

Baginda sendiri dilantik


sebagai ketua Negara
Madinah
Nabi Muhammad S.A.W telah merangka
dasar pemerintahan dan pentadbiran,
sekali gus membentuk struktur
kerajaan yang agak berbeza dengan
keadaan sebelumnya yang
terikat dengan sistem kabilah

Baginda menjalankan pemerintahan ke atas negara dan umat Islam


mengikut konsep musyawarah dengan para sahabat. Cara ini
juga adalah selaras dengan pemerintahan Islam yang
berteraskan wahyu Allah SWT.

Sistem perundangan yang diamalkan dalam pemerintahan baginda


juga berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Baginda turut menjadi
hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.

Baginda telah membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalinkan


hubungan dengan negara-negara yang lain. Memandangkan wilayah
Islam yang semakin luas, para amir telah dilantik untuk mentadbir
kawasan yang dipertanggungjawabkan. Cthnya, Uthman ibn
Abi al-'As dilantik sebagai amir di Thaif manakala Attab bin Usaid
sebagai amir di Makkah.

Nabi Muhammad S.A.W. membentuk pentadbiran berasaskan 4


dasar, iaitu mengukuhkan semangat akidah bagi menghapuskan
semangat 'assabiyyah'. Islam dijadikan sebagai landasan
peraturan masyarakat, mengamalkan kaedah musyawarah dalam
pentadbiran dan memperkenalkan Piagam Madinah

Dasar tersebut telah menjadi panduan kepada masyarakat Islam


untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam
kehidupan kerana mencukupi aspek akidah, syariah dan
akhlak. Sekali gus dapat mewujudkan kestabilan
politik dan pangkalan integriti bagi kedaulatan
sesebuah pemerintah yang stabil.

Kerajaan Islam telah ditubuhkan di Madinah. Negara Islam tersebut


diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W yang juga merupakan seorang
Nabi dan Rasul

Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad


S.A.W telah meletakkan asas pemerintahan mengikut
pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

Baginda telah berjaya menggubal piagam Madinah. Piagam yang


digubal mengandungi 47 fasal yang menerangkan tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam
dan bukan Islam

PEMERINTAHAN
ISLAM
PADA ZAMAN
KHULAFA
AL-RASHIDIN

PENDAHULUAN
Kerajaan khulafak ar-Rasyidin adalah kesinambungan daripada
kerajaan Islam Madinah yang diasaskan dan dipimpin oleh Rasulullah
SAW
Rasulullah SAW tidak meninggalkan amanat dan wasiat mengenai
pengganti baginda bagi menerajui pemerintahan kerajaan Madinah
selepas kewafatan baginda
Namun demikian, atas kebijaksanaan para sahabat, negara Islam
Madinah terus maju dan cemerlang di bawah pemerintahan yang baru,
iaitu diambil alih oleh Khulafak ar-Rasyidin
Para sahabat dan pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan
Baginda sehinggalah ke penghujung zaman para Khulafa' al-Rasyidin,
iaitu pada tahun 660M yang telah menyebarkan Islam ke seluruh
Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Parsi, Iraq, dan Teluk Parsi.
(Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan, 2006)

PENDAHULUAN
Maksud Khulafak ar-Rasyidin:
Khulafak ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 orang
sahabat yang memegang jawatan sebagai pemerintah dalam
negara Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW
Khalifah:
i. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq -632 M
ii. Khalifah Umar ibn al- Khattab - 634 M
iii. Khalifah Uthman ibn Affan - 644 M
iv. Khalifah Ali ibn Abi Talib - 655 M
Pusat pemerintahan : Madinah
Tempoh pemerintahan :
29 tahun
11 Hijrah - 41 Hijrah

PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN BERTERASKAN:

KEADILAN

KEBEBASAN

KESAMARATAAN

KETELUSAN

ZAMAN

Khulafa al-Rasyidin

TEMPOH

633-661 M

CATATAN

Khalifah Umar alKhattab : membuka


Iran (Parsi), Iraq,
Jazirah, Khurasan,
Baluchistan, Syira,
Palestin, Mesir ke
Armenia
Mewujudkan
kementerian dan
jabatan

(Ros Iza Mohd Mokhtar, et.al, 2011)

Mashaf Uthmani yang ditulis di atas kulit kijang

PEMERINTAHAN
ISLAM
PADA ZAMAN
BANI UMAYYAH

PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


Perlantikan Sayidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah

kurang dipersetujui dan mencetuskan rasa tidak puas hati di


kalangan puak bani Umaiyah
Tindakan drastik Sayidina Ali memecat Muawiyah bin Abi
Sufian sebagai Gabenor di Syam menyerlahkan lagi
penentangannya terhadap Sayidina Ali sehingga berlaku
peperangan Siffin (tahun 40 hijrah/ 660 Masihi) yang berakhir
dengan Majlis Tahkim
Keadaan bertambah tegang apabila munculnya puak Khawarij
yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim sehingga mereka
bertindak membunuh Sayidina Ali pada tahun 40 Hijrah

PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


Selepas kewafatan Ali, penduduk Kufah dan golongan Syiah
telah melantik Sayidina Hassan bin Ali menjadi khalifah
Walau bagaimanapun, Sayidina Hassan telah menyerahkan
jawatan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian secara
sukarela dengan beberapa syarat
Akhirnya jawatan khalifah secara rasmi diserahkan kepada
Muawiyah bin Abi Sufian setelah beliau bersetuju dengan
syarat yang ditetapkan

PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


Pengasas : Muawiyah bin Abi Sufian
Masa pemerintahan :
40 Hijrah -132 Hijrah
661 Masihi - 749 Masihi
Bilangan khalifah : 14
Pusat pemerintahan : Damsyik
Sistem pemerintahan : Monarki (Pengganti akan ditentukan oleh
khalifah sendiri)
Dasar pemerintahan :
i. Dasar nasionalisme
ii. Fahaman taasub kepada kabilah/keturunan
Hubungan diplomatik :
Tidak menjalin hubungan dengan negara luar
Islam berjaya disebarkan ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan
Armenia.
(Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan, 2006)

PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


Kerajaan

Umaiyah didirikan pula di Andalusia oleh


seorang keturunannya yang berpindah dari Baghdad
sesudah dimusnahkan oleh Hulagu, iaitu Abdul
Rahman pada tahun 756M dan selama 736 tahun
daulah(dinasti) itu bertapak dan menjadi kawasan
yang paling bertamadun di Eropah pada zaman
kegemilangannya, sehinggalah ke zaman rajanya yang
terakhir Sultan Muhammad ke-11 dilucutkan
takhtanya oleh tentera Kristian pada tahun 1492
setelah menumpaskan pertapakan kuasa Islam
terakhir di Granada. Sejak itu kekuasaan Islam
dihancurkan di Eropah Barat.
(Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan, 2006)

KEMUNCULAN KERAJAAN BANI UMAYYAH


Tahap Pertama
661 M - 750 M

Tahap Kedua
756 M - 1031 M

Damsyik

Pemerintahan

Cordova

Khalifah

Gelaran

Amir

Khalifah
Muawiyah

Pengasas

Abdul Rahman
al- Dakhil

Halaman Masjid Umaiyyah


di Damsyik menjadikannya
salah satu simbol kekuatan
kerajaan Bani Umaiyah

soal & jawab


Mengapakah pendidikan begitu dititikberatkan oleh khalifah pada
masa itu?
Benarkah pendidikan berjaya membangunkan negara kita?
Buktikan.

SUMBANGAN BIDANG POLITIK

Sistem Khalifah :
Ketua pemerintah

Sistem Wazarah :
pelantikan wazir ketua
pentadbiran kerajaan
pusat

Sistem Gabenor :
Ketua pentadbiran
wilayah

Sistem Urus Setia :


pegawai utama dilantik
kumpulkan rekod, uruskan
surat, bahagi cukaiketenteraan, polis,
kehakiman

SUMBANGAN BIDANG POLITIK


Sistem Hijabah :
jaga keselamatan
periksa orang yang
nak berjumpa
khalifah

Penubuhan Diwanul Jundi


(Jbtn. ketenteraan)
Tentera darat & laut

Penubuhan 4 Jabatan :
Jabatan cukai, surat
menyurat, urusan am,
urusan cap mohor
pemerintah

Perundangan :
Hukum berdasarkan
ijtihad berpandukan
Al-Quran, sunnah dan
ijmak
Hakim - bebas & adil

BIDANG SOSIAL
Ilmu pengetahuan - Kota Basrah jadi pusat pengajaran &

penyebaran ilmu

Lahir ilmuan - Khalili Ibn Ahmad (Bahasa, fiologi Arab)


- Sibawayhi ( Nahu Arab)
- Jarir (Sasterawan)
Bahasa Arab - Bahasa Rasmi negara
Tanda bunyi & baris dalam Al-Quran diperkenalkan

BIDANG SOSIAL
Ilmu agama : - Ibn Zihat Al- Zuhri (hadis)

- Ibn Jarih (Tafsir Al-Quran)


- Hassan Al-Basri (Usuluddin)

Hospital pertama - dibina oleh Khalifah al-Walid Abdul


Malik (Damsyik)
Hospital penyakit kusta - dibina oleh Khalifah Umar Abd
Aziz
Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab - Ibn al-Nafis
(pembedahan)
Ilmu moden : Kimia, astronomi

Penerangan tentang peredaran


kecil darah menurut Ibn Al-Nafis
(pakar bedah dan doctor yang
dilahirkan di Damsyik)

Beliau juga menghasilkan buku alshamil Fil-Sinaat al-Tabbibyah


iaitu tentang teknik pembedahan
dan rawatan selepas pembedahan

Dalam kajiannya mendapati darah


beredar di antara jantung dan
paru-paru. Kajian ini membetulkan
kesilapan doctor Yunani iaitu
Galen.

SUMBANGAN KE-2 DI ANDALUSIA


Pusat pengajian tinggi (cordova) : diasas oleh Abdul Rahman
III, kembang di Eropah
Perpustakaan diasas oleh al- Hakam II
Bandar ilmu yang lain :
a) Seville
b) Toledo (penterjemahan Yunani dalam bahasa Arab)
c) Granada
Cordova : Jambatan ilmu dunia Islam & Eropah

Sebahagian Masjid
Cordova, Andalus yang
telah dibina pada kurun
ke-10 melambangkan
kegemilangan kerajaan
Islam di sana.

SUMBANGAN KE-2 DI ANDALUSIA


Seni bina Islam : Masjid Cordova (Menara, tiang, kubah dari

marmar)

Baitulmal : Sumber pendapatan dari kharaj, Jizyah, Usyur,


Ghanimah, dan zakat
Cordova pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa
(tembikar, perhiasan, emas/perak, buat senjata)
Pertanian -penyelidikan benih tanaman, sistem aliran

FAKTOR KEJATUHAN
Sikap beberapa orang khalifah yang mengabaikan tuntutan &

ajaran Islam

Kemewahan hidup menyebabkan khalifah mulai lalai


melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap negara dan
rakyat
Lahirnya sikap tidak puas hati di kalangan rakyat akibat
wujud semula semangat kabilah dan pilih kasih
Penentangan rakyat terhadap pemerintah Bani Umaiyah
sehingga mereka berpaling tadah dan menyokong gerakan
Abbasiyah yang akhirnya berjaya menumpaskan kerajaan Bani
Umaiyah

ZAMAN

Empayar Umaiyah

TEMPOH

661-750 M

CATATAN
Menguasai utara
Afrika, Sepanyol
(Andalus), Perancis
dan ke Timur meliputi
wilayah asia Tengah
dan India
Paling cemerlang
zaman Umar bin
Abdul Aziz : berjaya
basmi kemiskinan
Perkembangan
dalam bidang Sains,
bahasa dan sastera
Buku tatabahasa
Arab pertama disusun
al- Kitab
Pembinaan Masjid
cordova

(Ros Iza Mohd Mokhtar, et.al, 2011)

ZAMAN

Empayar Andalus

TEMPOH

CATATAN

711- 1492 M
(756 - 1031 M zaman
kemuncak)

Masyarakat
diperkenalkan sistem
pembelajaran yang
komprehensif
Pemerintah telah
menaja pelajarpelajar mendalami
semua bidang ilmu
yang boleh membina
masyarakat
Khalifah Abdul
Rahman al-Ausat
membina universiti
dan menaungi ulama
dengan elaun-elaun
yang tertentu
Khalifah al-Hakam
telah mengambil
inisiatif mendirikan
perpustakaan dan
membeli buku-buku
rujukan

ZAMAN

Empayar Andalus

TEMPOH

CATATAN

Hampir seluruh
Andalus mempunyai
pusat pengajian dan
universiti, antaranya
di Seville, Granada,
Toledo, Valencia, dan
Cordova yang muncul
sebagai pusat
intelektual yang
711- 1492 M
terpenting di Eropah
(756 - 1031 M zaman
Khalifah memberi
kemuncak)
pengiktirafan kepada
cendiakawan bukan
Islam, antaranya
ialah Moses bin
Maimon dan Solomon
bin Gabirol dari
bangsa Yahudi (ahli
falsafah dan
(Ros Izapenterjemah)
Mohd Mokhtar, et.al, 2011)

soal & jawab


Sekiranya Malaysia mengalami zaman kejatuhan. Apakah yang
perlu dilakukan oleh rakyat untuk mengembalikan semula
kegemilangan Malaysia?

PEMERINTAHAN
ISLAM
PADA ZAMAN
BANI ABBASIYYAH

Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah


Pada tahun 750 M, akhirnya Kerajaan Bani Abbasiyah
dibentuk selepas gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya
menumbangkan Kerajaan Bani Umaiyah.
Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit
dan menjadi terbuka setelah bermulanya zaman Khalifah
Umar Abdul Aziz.
Gerakan ini diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga
Nabi Muhammad SAW) agar mendapat sokongan. Pusat
operasi mereka ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

Tokoh penting dalam gerakan ini ialah:


a) Abu Muslim al-Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan.
b) Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah.
Nama kerajaan ini diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama bapa
saudara Nabi Muhammad SAW).
Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau sistem monarki (pemerintahan
keturunan raja).
Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan
kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara
Parsi lama.

Nama kerajaan Bani Abbasiyah diambil sempena nama bapa


saudara Rasulullah SAW, iaitu al-Abbas bin Abdul Mutalib
Tarikh penubuhan : 132 Hijrah/ 750 Masihi
Tempoh pemerintahan : Selama 508 tahun (lebih 5 kurun)
132 Hijrah/ 750 Masihi sehingga
650 Hijrah/ 1258 Masihi
Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 M selepas Hulagu
Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan kota
Baghdad.
Pusat pemerintahan : Baghdad
Sistem pemerintahan : Sistem perwarisan (Wilayah al-Ahd)

Dasar pemerintahan :
a) Liberal
b) Mementingkan pembangunan dan kemajuan negara
khususnya ilmu pengetahuan dan ilmu
a) Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara l
luar seperti China dan Perancis

Sistem pentadbiran :
a. Banyak mengadaptasikan sistem pentadbiran
kerajaan Parsi

daulah (dinasti) Umaiyah dijatuhkan oleh Bani


Abbasiyah pada tahun 750M dan menubuhkan daulah
Abbasiyah, mereka telah meningkatkan lagi pembesaran
wilayah sehingga ke seluruh Afrika Utara, Andalusia,
seluruh utara India dan Anatolia, dan juga meningkatkan
perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan
pembangunan negara.
Apabila

(Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan, 2006)

TUJUAN PENUBUHAN KERAJAAN BANI


ABBASIYAH :
Bagi merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap
tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh keturunan
mereka
Muhammad bin Ali (Cicit Sayidina Abbas) telah menjalankan
kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan negara Islam
kepada keluarga Bani Hasyim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah
Umar bin Abdul Aziz
Penentangan ini semakin memuncak semasa pemerintahan Khalifah
Marwan II dan akhirnya pada tahun 750, Abu Al-Abbas al-Saffah
berjaya menewaskan tentera kerajaan Umaiyah dan kemudiannya
dilantik sebagai khalifah pertama kerajaan Abbasiyah

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Fasa Pertama
(Pemerintahan oleh
khalifah)
(750-847M)

(Antara khalifah terkenal)


Abu Abbas al-Saffah
(750 hingga 754 M)
Abu Jaafar al-Mansur
(754 hingga 775 M)
Harun al-Rasyid
(786 hingga 809 M)
Abdullah al-Makmum
(813 hingga 833 M)

Fasa Kedua
(Pemerintahan oleh
kerajaan kecil)
(847-1194M)

(847-946M)
Turki
(946-1055M)
Bani Buwayh
(1031-1157 M)
Bani Saljuk
Fasa Pertama : 9 khalifah
Fasa Kedua : 24 khalifah
Fasa ketiga : 4 khalifah

Fasa Ketiga
(Pemerintahan oleh
khalifah)
(1194-1258)

ZAMAN
Empayar
Abbasiyah

TEMPOH
750- 1453 M

CATATAN
Kemuncak ketamadunan Islam
khususnya zaman Khalifah Harun
al-Rashid dan al-Ma'mun
Lahir ilmuan Islam dalam
pelbagai bidang Perundangan
Islam : Abu Hanifah, Malik,
Syafie, Ahmad dan lain-lain
Hadith : Imam Bukhari,
Muslim, Tarmizi, An-Nasaie, Abu
Daud, Ibn Majah
Sains dan teknologi : Ibn Sina
al-Razi al-Farabi Khawarizmi, AlBiruni, Omar Khayyam Ibn
Batutah dan lain-lain
Penubuhan universiti : Andalus
: Universiti Cordova 968 M
(begitu juga di Seville, Malaga,
Lisbon, dan Toledo), Mesir :
Universiti Al-Azhar 988 M
Universiti-universiti di Eropah
hanya bermula pada 1088 M
Universiti
1150et.al,
M 2011)
(Ros Iza Bologna,
Mohd Mokhtar,

Universiti Al-Azhar

Universiti Cordova

Oxford University

Universiti Paris

SUMBANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


Sumbangan pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya alMakmun, kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran
ilmu
Melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa
arab, perkembangan ilmu telah berlaku
Baitulhikmah (Institusi keilmuan) telah dibina oleh Khalifah Harun
al-Rashid
Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan sistematik di
baitulhikmah. Kerja penterjemahan dilakukan oleh sekumpulan
penterjemahan di bawah pengawasan seorang penyelaras
Karya asing seperti falsafah dan sains yunani diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab
Selain daripada karya yunani, karya lain seperti bahasa Sanskrit dan
Suriani turut diterjemahkan
Pada tahun 716 M, ramai golongan ulama melibbatkan diri

Antara ulama yang terkenal ialah :


a. Imam Malik (Menyusun buku al-Muwatta)
b. Ibn Ishaq (Menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad SAW
c. Imam Abu Hanifah (Menyusun fikah dan pendapat ijtihad)
d. Imam as-Syafie
e. Imam Ahmad bin Hanbal

TIGA TAHAP KEGIATAN PENULISAN


Pertama, mencatat segala idea atau percakapan
Kedua, mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan
hadis Nabi Muhammad SAW ke dalam hadis
Ketiga, mengarang
Usaha terakhir ialah lebih teliti kerana segala yang dicatatkan
diatur ke dalam bab tertentu serta berbeza antara satu dengan yang
lain

Ketika zaman ini, berlaku permisahan ilmu tafsir, sirah (sejarah


Nabi Muhammad SAW) dan hadis
Orang Islam menterjemah dan mencipta serta membuat
pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya asing seperti
Sanskrit, Suriani dan Yunani ke dalam bahasa Arab
Akibat daripada peristiwa ini, berlaku percambahan dan
perkembangan ilmu pengetahuan
Melalui usaha penterjemahan, orang Islam telah berbakti kepada
kebudayaan dunia
Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman
Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu pengetahuan) dan ketika itu
tamadun Islam mencapai kemuncaknya.

Penyelidikan sarjana Islam di Kota Baghdad dan Cordova diterjemah


pula ke bahasa asing (Eropah) dan membuka mata para ilmuannya
Ilmu inilah yang membawa kepada kebangkitan Eropah pada zaman
pemulihan budaya yang dipanggil zaman Renaissance.

Mona Lisa
Leonardo da Vinci

KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kerajaan Abbasiyah mula merosot semasa pemerintahan al-

Wathiq Billah bin al- Muktasim (227-232 Hijrah/ 842-847


Masihi)
Kelemahan pemerintahan khalifah al-Wathiq menjadi faktor
utama kepada kejatuhan kerajaan Abbasiyah di tangan
Monggol oleh Hulagu Khan yang telah menawan Kota Baghdad
dan akhirnya menumbangkan kerajaan Abbasiyah pada 15
Muharram 656 Hijrah/ 22 Januari 1258 Masihi
Kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Abbasiyah banyak
dipengaruhi oleh campur tangan pengaruh Turki dan Parsi
yang telah menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiyah terutamanya


khalifah al- Wathiq yang banyak bergantung kepada pegawainya
dalam pemerintahan
Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah
Perebutan kuasa di kalangan pewaris takhta khalifah sehingga
melemahkan institusi khalifah iaitu di kalangan anak khalifah alMutawakkil.
Kegawatan ekonomi disebabkan rusuhan dan pemberontakan dalam
negara
Perselisihan aliran fahaman keagamaan terutama daripada
kalangan Syiah dan Khawarij

SOAL &
JAWAB ! ! !
Iktibar dari Sejarah kegemilangan Kerajaan
Abbasiyah ?
Iktibar dari Sejarah kemerosotan Kerajaan
Abbasiyah ?

Pertembungan Tamadun
Islam dengan Tamadun
Lain di Dunia

Aliran Falsafah Islam


Keadilan, Muafakat dan
Disiplin
Sistem Ekonomi Islam
SUMBANGAN
TAMADUN ISLAM
KEPADA
PERADABAN
MANUSIA

Ilmu pengetahuan Obor


Kehidupan
Kesenian Islam
Strategi Ketenteraan
Islam
Prinsip Pendidikan
Islam

Buku tentang anatomi mata merupakan hasil karya Hunayn Ibn


Ishaq yang ditulis pada kurun kesembilan. Buku ini kekal
digunakan beberapa kurun kemudian.

Empat unsur utama yang menjadi


asas kimia Jabir bin Hayyan

JABIR BIN HAYYAN memperkenalkan beberapa istilah :

Alkali (Arab: al-qali)

Alembic (Arab: al-anbiq)

Tutty (Arab: tutiya)

Garam kalium membuat baja, sabun


dan bahan kimia

Bejana untuk penyulingan

Zink oksida

Al-Razi merupakan tokoh


genius yang menguasai
bidang perubatan, fizik,
biologi, kimia dan astronomi.

Orang Islam telah lama menguasai dan mengkaji bidang astronomi.


Dalam kajian itu mereka menggunakan astrolabe yang merupakan
jam matahari yang penting pada zaman Tamadun Islam

Seni ukir yang terukir di Istana Alhambra, Granada,


Sepanyol melambangkan seni ukir Islam yang
mengagumkan hingga ke hari ini.

Batu nisan Bohemond di Canosa Itali menyerupai batu nisan orang Islam

MASJID AGUNG ROMA ITALIA

Roma atau dalam bahasa Inggris disebut Rome, atau dalam bahasa
Arab disebut Rum, nama yang begitu kental dengan kebesaran sejarah
Kekaisaran Romawi di masa lalu dan kini di abadikan sebagai nama
ibukota Italia. Rum atau Romawi salah satu bangsa yang sejarahnya di
sebut sebut dalam Al-Quran, namanya pun diabadikan sebagai nama
surah ke 30, Surah Ar-Rum, salah satu surat Al-Makiah yang turun
sebelum Hijrah-nya Baginda Rosulullah ke Madinah.

RUJUKAN
Internet
Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya. (2012, May 4). Retrieved
January 16, 2016, from
http://www.slideshare.net/isharsmiaa/pembentukan-kerajaan- islamsumbangannya

RUJUKAN
Buku
Mohd. Zaki Yusoff. (2010). Pendidikan Islam SPM. Bangi, Selangor:
Penerbitan Pelangi.
Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan. (2006). Melayu, Islam, dan
pendidikan (Cet. 1. ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mad. Aros, A. (2004). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS): Kertas 1
dan 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Ros Iza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohd, Dg Hafizah Ag. Basir & Siti
Halimah Putung. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) (2nd
ed.). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai