Anda di halaman 1dari 79

1.

0 PENGENALAN
Zaman kegemilangan umat Islam berkembang dengan begitu pesat sekali padan
zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah dan Bani
Uthmaniyyah. Bukan setakat itu Islam juga bertapak di Eropah, sebagai contoh
tamadun Islam di Andalusia yang berbentuk universal dan membawa manfaat
kepada seluruh umat Islam .

Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad kedua belas, imej masyarakat
Islam di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dan
kemunduran. Persepsi sebahagian besar umat Islam kini terhadap agamanya
masih terbatas kepada aspek-aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun
wujud kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup, namun ia hanya
ditampilkan dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat
sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa,
dan keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup agama
sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.

Islam, sebagaimana yang difahami adalah al-Din, iaitu cara hidup dalam
konteksnya yang sangat luas, bukan sekadar suatu kepercayaan, tetapi cara
hidup yang lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan
permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu pendekatan
dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya

Page | 1

wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali mengamalkan Islam secara syumul
pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah dan perkembangan tamadun Islam sepertimana yang diketahui selepas


zaman
sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, yang bermula pada tahun
632M.
Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah:

(i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. (632M)


(ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. (634M)
(iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. (644M)
(iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. (655M)

Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan AlQuran dan As-Sunnah, dan dikuti oleh pengganti mereka. Prinsip ini juga yang
mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di
dunia. Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada
Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia.

Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih
bererti berbanding bangsa lain di dunia. Tamadun Islam yang berasaskan prinsip

Page | 2

suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133
Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah/756-1031 Masihi) dan Bani
Abbasiyyah

(Baghdad:

132-656

Hijrah/750-1258

Masihi)

memperlihatkan

keunggulan yang tidak terbanding. Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan


Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat
dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti
hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan
ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera). Kerajaan Bani
Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain
berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan
agama.Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat
Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan
ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di
seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville,
Toledo dan Granada.
Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani
Ummayyah di Andalus. Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan
penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada
zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun.
Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini
mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.
Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat
melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan

Page | 3

dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas.
Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan
tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi,
matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan
ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.Para pemikir besar Islam seperti Ibnu
Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Imam Shafie, Ibnu Hazm,
dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun dunia
pada masa itu. Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau
keagungan Ilmu(1993). Renaissance yang muncul di Eropah yang pada masa
itu masih dalam zaman kegelapan mereka sebenarnya adalah hasil daripada
pengambilan dan cedukan idea-idea para pemikir Islam dan pengaruh besar ilmu
pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman 2000. m/s 299 )

Tamadun Islam ialah tamadun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari
tarikh turunnya wahyu hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus akan terus
berkembang dan tidak ada had waktu dan masa untuk menjadi tanda pengukur.
Tidak ada siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh
lagi berfungsi dengan baik kerana dunia sudah maju, sebab Islam itu maju
bersama-sama dengan kemajuan dunia.Selagi orang Islam terus mengamalkan
ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terus menghidupkan tamadun
Islam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islam dalam
semua aspek kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti
perbandaran,

perumahan,

pendidikan,

teknologi,

politik,

ekonomi

dan

Page | 4

sebagainya.Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi,


politik, teknologi, pendidikan, pembangunan dan sebgainya, tetapi dia tidak
menjaga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu, menzalimi dan
sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam di
Malaysia khususnya, walaupun dia seorang Islam.

Page | 5

2.0 KERAJAAN BANI UMAYYAH


Nama Umayyah diambil dari nama moyang Muawiyah bin Abi Suffian bin Bani
Umayyah. Beliau merupakan seorang pembesar dan hartawan Quraisy yang
amat dihormati pada zaman Jahiliyyah. Beliau juga merupakan pelopor atau
sebagai pengasas kepada kerajaan Umayyah yang berpusat di Syam(Syria)
pada ketika itu.
Mengikut sejarah Muawiyah telah memeluk islam bersama keluarganya semasa
pembukaan Kota Mekah pada 8 Hijrah. Seteah beliau berpindah ke Madinah
beliau telah dilantik sebagai juru tulis oleh Rasulullah. Selain itu Muawiyyah juga
memegang jawatan sebagai Gabenor Syam(Syria) sejak zaman Khalifah Umar
al-Khattab sehinggalah zaman Pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Dalam pada itu selepas Khalifah Uthman dibunuh, penduduk Madinah melantik
Saidina Ali sebagai Khalifah pada ketika itu. Apabila Saidina Ali memecat
Muawiyah sebagai Gabenor mencetuskan kemarahan dan bermulanya perang
Siffin dan Majlis Tahkim.
Kemunculan Khawarij yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim menyebabakan
Khalifah Ali dibunuh. Kira - kira pada tahun 14 hijrah umat Islam berpecah dan
penduduk Kufah serta golongan Syiah melantik Hassan sebagai khalifah.
Hassan pula telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dan
meletakkan beberapa syarat iaitu:
Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-Quran
Sentiasa menghormati keluarga Nabi Muhammad s.a.w
Pemilihan Khalifah selepas beliau mestilah mengikut system syura.

Page | 6

2.1 PERINGKAT PEMERINTAHAN


1. Zaman kelahiran [40 64 H/660 684]
Pemerintahan Muawiyah Muawiyah b Yazid
Pusat: Damsyik

2. Zaman Kemajuan [65 132 H/ 684 749]


pemerintahan Marwan al-Hakam bermula Pemerintahan Abdul Malik b Marwan
hingga zaman Kejatuhan Marwan b Mohammad
Pusat: Damsyik

3. Zaman Kejatuhan[137 399 H]


zaman Pemerintahan Abdul Rahman Ad-Dakhil Hisyam
Pusat: Cordova Andalus

2.2 KHALIFAH-KHALIFAH BANI UMAYYAH


1.

Muawiyah b Abi Sufian[40-60H/660-680M]

2.

Yazid b Muawiyah[60-64H/680-684M]

3.

Muawiyah b Yazid[64/684H]

4.

Marwan al-Hakam[64-65H/684-685]

5.

Abd Malik Marwan65-86H/685-705H]

6.

Al-Walid b Abd Malik[86-96H-705-715M]

7.

Sulaiman Abd Malik[96-99H/715-717M]

8.

Umar Abd Aziz99-101H/717-720M]

Page | 7

9.

Yazid b Abd Malik101-105H/720-724M]

10.

Hisyam b Abd Malik105-125H/724-743M]

11.

Al-Walid b Yazid[125-126H/743-744M]

12.

Yazid Al-Walid [126/744M]

13.

Ibrahim Al-Walid[26H744M]

14.

Marwan B Muhd[127-132H/744-749M]

2.3 SUMBANGAN KERJAAN UMAYYAH KEPADA TAMADDUN ISLAM


A.Perkembangan Ketenteraan
1. Mengemaskinikan angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera
Parsi.
2. Beliau membahagikan tentera kepada lima pasukan/ketumbukan
Pasukan Hadapan/hadapan
Sayap Kiri/ sebelah kiri
Teras Tentera/ ditengah-tengah
Pasukan Belakang/ Pasukan penyokong
Sayap Kanan/ Sebelah kanan

3. Menubuhkan angkatan perang yg teratur dgn kelengkapan senjata yang


canggih. Mereka dilatih perang pada musim panas dan sejuk sebagai persediaan
menghadapi tentera Rom di Eropah. Mereka juga dibahagikan peda 3 kumpulan
tentera iaitu, berkuda, berjalan kaki dan berkenderaan.

Page | 8

4.Pasukan tentera laut mengandungi 1700 buah kapal perang pada zaman
Muawiyah.Pengkalan tentera laut dibina berpusat di Tunisia, Pelabuhan Syria
dan Iskandariah di Mesir.

5.Di zaman Khalifah Abd Malek Marwan, mereka mewajibkan rakyatnya menjadi
tentera dan menubuhkan jabatan khas Diwan al-Jund bertanggungjawab
mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan. Disamping itu kekuatan
tentera memberi kesan kepada perluasan negara dan dakwah Islam. Pemimpin
tentera, pentadbir dan ahli agama menjadi imam ketika solat dan dalam
peperangan. Antara tokoh tentera cemerlang ialah;
Muhammad al-Qasim membuka wilayah Sind di India
Tariq bin Ziad membuka Andalus, di Sepanyol
Musa bin Nusair membuka Afrika Utara
Qutaibah bin Muslim al-Buhaili membuka negeri Ma Wa Ra an-Nahri
Musallamah bin Abdul Malik berjaya memusnahkan Kubu-kubu Rom

B.Perkembangan Pendidikan
1. Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan.

2. Khalifah Bani Umayyah sangat mengambil berat terhadap ilmu pengetahun


dan bertindak sebagai penggalak buktinya, Khalifah Abd Malek bin Marwan dan
Umar Abd Aziz Ulamak yang alim dalam bidang Al-Quran, tafsir, hadis dan nahu
pada ketika itu.
Page | 9

3. Lahir ulamak dalam bidang al-Quran, al-Hadis dan perundangan seperti Imam
Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malek di Madinah.

4. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah berjaya


mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai al-Tadwin.
5. Perkembangan ilmu sains ketara di Sepanyol dan Sicily berbanding di
Damsyik.

6. Bahasa Arab dijadikan bahasa pengantar dan bahasa resmi kerajaan.

7. Penyebaraan ilmu Naqli seperti Tafsir, Qiraat, Tauhid dan ilmu Akli seperti
Mantik, Hisab dan Geografi.

8. Bidang bukan agama seperti Sejarah dan Geografi diberi perhatian.

9. Kota Basrah terkenal pusat penyebaraan ilmu. Antara tokoh yang lahir:
Khalil b. Ahmad
Sibawih : Bahasa Arab
Abu Aswad al-Dawali: Memperkenalkan tanda bunyi baris Atas[
baris bawah [

] dan baris hadapan [

] ,

] bagi membantu pembacaan al-

Quran dengan betul.

Page | 10

11. Sasterawan mendapat tempat di istana, antaranya;


Al-Farazdak
Jarir Amru b Abi Rabiah
Jamil al-Azari

2.4 KESAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEPADA BANGSA EROPAH

1. Pemerintahan Umayyah yg diasaskan oleh AbdulRahman al-Dakhili di


Cordova dan Andalus memberi sumbangan besar kepada tamadun Islam. Pada
kurun ke-10 Cordova jadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.

2. Al_Hakim membina pepustakaan yang menjadi rujukan sarjana.

3. Ramai pelajar dari Eropah datang menuntut ilmu di Andalus dan membawa
balik ke Eropah.

4. Beberapa buah kolej dan Universiti serta 700 buah perpustakaan di Andalus

5. Pusat ilmu utama ialah di Sirvil, Toledo dan Granada

6. Lahir ramai sarjana dlm pelbagai ilmu seperti;


-Hazim dan Ibn Zaid : Bahasa dan sastera Arab
Page | 11

-Zuraib dan Ibn Farnas: Bidang muzik


-Ibn sina,al-Razi dan Ibn Az-Zahiri :ilmu Perubatan
Ibn Rushd, Ibn Bajah dan al-Farabi :Bidang Falsafah
DImana hasil karya diterjemahkan kedalam Bahasa Perancis dan Inggeris.

2.5 PERKEMBANGAN EKONOMI


1. Kekuatan ekonomi bergantung kepada pertanian dan perdagangan
Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan;
membina kemudahan awam seperti, masjid yg cantik dan empangan
mengemaskinikan pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewangan
Negara.
Zaman al-Walid:Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai
negara selama 15 tahun.

Usaha Kerajaan Utk Meningkatkan Ekonomi Negara Ialah;


Membina saliran air di kawasan pertanian.
Mengadakan penyelidikan pertanian supaya hasil lebih banyak dan
bermutu.
Membina jalan raya.
Membina pelabuhan bagi kemudahan persinggahan kapal
Membina kapal perang khas utk mengawal lautan dan membenteras
lanun.
Page | 12

Menggalakkan perusahaaan kraftangan seperti membuat kiswah kaabah,


permaidani, sutera dan tenunan bulu dan memberi bantuan modal.

2.6 SUMBER HASIL NEGARA

Kharaj: Cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik Islam dan bukan
Islam.
Musahah/Wazifah: cukai tanah yang dibayar mengikut keluasan tanah.
Muqasamah: cukai tanah yang diambil berdasarkan jumlah hasil
tanaman.
Ihtizam/Iqta: cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yang diuruskan
oleh tuan-tuan tanah.
Jizyah: Perlindungan iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi
iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan
Islam yg meminta perlindungan dengan negara Islam.
Zakat: Kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dgn syaratsyarat tertentu.
Usyur : Cukai 10% kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapalkapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan negara Islam
untuk tujuan perniagaan.
Alfaie : Harta rampasan daripada orang kafir Harbi tanpa peperangan
seperti harta orang-orang murtad dan kafir harbi yang ditinggalkan atau
melalui jalan perdamaian.
Page | 13

2.7 KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ


Latar belakang & anggapan
Khalifah ke8 dari 14 khalifah Bani Umayyah
Keturunan Kh. Umar al-Khattab sebelah ibu
Dianggap khalifah ke5 Khulafa al-Rasyidin
Mempunyai persamaan dari segi sifat, sikap dan pemerintahan dgn
Khulafa al- Rasyidin

Sikap, Peranan, dan Tindakan


Berhati luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat
Membina masjid dan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat
Memecat pegawai yang kurang cekap untuk

memastikan pentadbiran

berjalan lancer.
Menghapus cukai jizyah dari golongan Muwali.
Melaksanakan hukuman dengan adil.
Memberhentikan penguasaan wilayah dan

menggantikan dengan

Kerajaan Islam.
Kewangan negara melebihi keperluan, ekonomi kukuh dan tiada rakyat
yang mahu menerima zakat.
Negara aman, penumpuan dalam bidang pendidikan.
Khalifah pertama meminta supaya menulis dan membukukan hadis.

Page | 14

Kesan pemerintahan
Lahir tokoh-tokoh seperti;
a. Urwah bin Al-Zubair & Zihad al-Zahru: Bidang ilmu Hadis
b. Ibnu Jurid: Bidang Tafsir dan al-Quran
c. Hassan al- Basri & Wasal bin Atak:Bidang Usuluddin
Dasar beliau menyamakan orang Arab dengan orang bukan Arab telah
menyebabkan penyebaran Islam yang luas.

2.8 PERANAN GENERASI SEKARANG

Berusaha mencontohi kegemilangan umat Islam terdahulu.

Menjadikan umat Islam dipandang tinggi dan dicontohi.

Berusaha menanam semangat juang dalam usaha membangunkan


agama, bangsa dan negara.

Menghidupkan semangat jihad dalam penguasaan pebagai ilmu &


kemahiran sesuai dengan tuntutan kehidupan hari ini dan akan datang.

Berwaspada

menangkis

serangan

musuh

yg

sentiasa

ingin

menghapuskan umat Islam dengan pelbagai taktik seperti kerosakan


aqidah, pelanggaran syariat dan keruntuhan akhlak dan budaya.
Page | 15

2.9 FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah:


Khalifah ada wawasan yang jelas dan cekap memerintah. Negara aman dan
pemberontak dapat dihapuskan.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan:


Khalifah dan rakyat sangat mencintai ilmu. Tempat pengajian ilmu banyak dibina,
rakyat dididik supaya membudayakan ilmu dan kehidupan.

Ekonomi yang stabil:


Kerajaan mempunyai sumber ekonomi yang mantap. Sebagai contoh, Baitul Mal
mempunyai

simpanan

melebihi

keperluan

negara.

Kerajaan

mampu

membangunkan negara dan berpeluang menyediakan kemudahan utuk rakyat.

Kekuatan tentera:
Kerajaan mempunyai tentera yang kuat dan bersemangat memepertahankan
negara dan menyebarkan dakwah. Kekuatan ini mendorong mereka meluaskan
pengaruh ke Afrika Utara, India dan lain-lain.

Page | 16

Perhubungan baik antara kerajaan dan rakyat:


Kerajaan menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan
raya dan hospital secara percuma. Ini menyebabkan rakyat menyokong penuh
pentadbiran kerajaan.

Semangat jihad yang tinggi:


Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan Islam sebagai penyelamat umat. Ini
mendorong mereka berjihad di medan perang bagi mempertahankan agama,
negara serta mempelopori bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran

3.0 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

Sikap khalifah yang mengabaikan ajaran Islam.

Kehidupan khalifah yang sangat mewah.

Kepincangan pemerinahan menyebabkan rakyat tidak puas hati. Mereka


berpaling tadah dan sokong gerakan Abbasiyah.

Wujud semangat kabilah seperti yang diamalkan pada zaman jahiliyah.

Wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran.

Page | 17

KERAJAAN BANI ABBASIYAH (132-656H / 750-1258M)


KEARAH PEMBENTUKKAN KERAJAAN BANI ABBSIYAH
Cita-cita untuk menubuhkan kerajaan Bani Abbasiyah bukanlah satu perkara baru, kerana
cita-cita dan fikiran untuk mengekalkan
kekhalifahan Islam ditangan keturunan Bani Hasyim sudah bermula sejak Nabi mulai
gering lagi, yang mana Abbas bin Abdul
Mutalib telah memerintahkan kepada Sayyidina Ali bertanyakan kepada Nabi tentang
siapa bakal khalifah Islam selepas
Rasulullah.s.a.w. Tetapi Sayyidina Ali enggan melakukannya sehinggalah
Rasulullah.s.a.w wafat. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w
wafat tanpa sebarang wasiat mengenai bakal penggantinya.
Orang ramai membuat pemilihan khalifah secara demokrasi iaitu membuat pilihan ramai.
Dan akhirnya terpilih Sayyidina Abu Bakar
menjadi khalifah yang pertama kemudian Sayyidina Omar Kemudian Sayyidina Osman
dan Sayyidina Ali.
Setelah Muawiyah berjaya merampas kuasa jawatan khalifah daripada Sayyidina Ali,
maka telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dikalangan orang-orang Syiah lalu mereka melantik Hassan bin Ali menjadi khalifah
(Kufah).
Pada tahun 41 Hijrah Sayyidina Hassan telah meletak jawatan dan menyerahkannya
kepada Muawiyah dan akibatnya tertubuhlah
Kerajaan Bani Umaiyah yang telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian.
GERAKKAN BANI ABBASIYAH
Ada dua cara gerakkan Bani Abbasiyah
1-Gerakkan secara sulit
a-Tertubuh pada awal kurun kedua Hijrah (98H) pada masa pemerintahan Khalifah Umar
bin Abd.Aziz.
b-Pengasasnya ialah Ali bin Abdullah yang kemudiannya digantikan oleh anaknya
Muhammad bin Ali.
c-Gerakkan ini berselindung dibawah nama Bani Hasyim (Alawiyeen dan Ahlil Bait).
Pada masa ini mereka tidak melahirkan
nama Abbasiyah dengan tujuan untuk menarik sokongan Syiah dan mengelakkan
berlakunya perpecahan.
d-Setelah Pemimpin pemberontakkan Syiah Hasyim bin Muhammad menyerahkan
kuasanya kepada Ali bin Abdullah pada tahun
98 Hijrah maka Humaimah telah dijadikan sebagai pusat gerakkan dan cawangannya
ialah Kufah dan Khurasan. Di Kufah
masih terdapat fikiran untuk mengembalikan hak khalifah kepada keturunan Rasulullah /
Bani Hayhim. Dan Khurasan letaknya
jauh dari Damsyik (Pusat pemerintahan Kerajaan Umaiyah, dan lebih mudah mendapat
pengaruh kerana penduduknya pernah
menerima layanan buruk dari Kerajaan Umaiyah.
e-Gerakkan pemberontakkan ini lebih giat dan aktif di zaman pemerintahan Khalifah
Omar bin Abd.Aziz kerana sikap Khalifah
yang sangat berlemah lembut.

Page | 18

f- Setelah Ali bin Abdullah meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya Muhammad bin
Ali pada tahun 117 Hijrah. Kemudian
diganti oleh Ibrahim bin Muhammad pada tahun125 Hijrah.
2-Gerakkan secara terbuka
a-Pada tahun 747M / 129H Ibrahim bin Muhammad menaikkan bendera hitam di
Khurasan sebagai cabaran kepada kerajaan
Bani Umaiyah (pada ketika itu menggunakan bendera putih).
b-Abu Muslim al Khurasani, pemimpin utama dalam rangka mendirikan Kerajaan Bani
Abbasiyah:
i. telah berjaya menakluki Meru (ibu kota Khurasan). Pada ketika itu Nassar bin Saiyar
(gabenor Umaiyah di Khurasan)
meminta bantuan Khalifah Marwan tetapi gagal mendapat apa-apa bantuan dan beliau
meninggal tidak lama kemudian.
ii. Beliau berjaya menakluki Kufah pada tahun 749M / 131H.
c-Ibrahim bin Muhammad terbunuh dalam peperangan lalu digantikan oleh saudaranya
Abdullah bin Muhammad (Abu al Abbas al
Saffah).
d-Abu al Abbas mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah pada
tahun 750M / 132H.
e-Khalifah Marwan tidak putus asa, lalu bergerak dengan 12,000 tentera dari Harrah,
manakala tentera Abbasiyah dipimpin oleh
Abdullah bin Ali (bapa saudara al Abbas). Kedua-dua tentera ini bertemu ditebing kiri
sungai Zab pada tahun 750M. Tentera
Marwan mengalami kekalahan dan Khalifah Marwan lari ke Mesir.
f-Pada 25 April 750M Damsyik berjaya ditawan oleh tentera Bani Abbasiyah.
g-Khalifah Marwan lari ke Mesir tetapi diburu oleh tentera Abbasiyah dan beliau berjaya
dibunuh di satu daerah bernama Bousir /
Busir pada 5 Ogos 750M. Kepalanya dihantar ke Kufah
FAKTOR-FAKTOR TERDIRINYA KERAJAAN BANI ABBASIYAH
1- Terdirinya Kerajaan Bani Umaiyah itu secara kekerasan, merampas kuasa hingga
mengakibatkan pertumpahan darah sesama
Islam (Peperangan Ali dan Muawiyah). Sebab itu golongan umat Islam yang bersikap
sebagai orang tengah berasa simpati
terhadap pihak yang gagal disamping mengutuk pihak yang menang.
2- Terdapatnya Khalifah-khalifah dalam Kerajaan Bani Umaiyah yang tidak berminat
dalam politik. Contohnya Yazid bin Muawiyah
lebih mementingkan diri dari soal negara. Ia hanya menghabiskan masa dengan berfoyafoya.
3- Penghinaan yang keterlaluan Bani Umaiyah ke atas Syiah Ali adalah satu daripada
sebab yang membangkitkan kebencian
orang-orang Islam terhadap mereka. Antaranya pembunuhan Sayyidina Hussain bin Ali
di Karbala dan cacian terhadap
keturunan Ali di atas mimbar dalam khutbah Jumaat.
4- Keburukkan yang terbit dari cara perlantikan Khalifah Bani Umaiyah iaitu
menentukan bakal khalifah dimana terdapat dua

Page | 19

orang putera mahkota dalam satu masa. Ini telah membangkitkan pergaduhan sesama
sendiri dalam keluarga Bani Umaiyah
kerana khalifah yang dilantik kemudiannya cuba menyingkirkan bakal khalifah yang
sudah terlantik dan menggantikan anaknya
atau orang pilihannya sendiri. Dalam suasana inilah pihak Bani Hasyim melancarkan
gerakkan mereka merebut pemerintahan.
5- Kezaliman setengah daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang bukan sahaja
terhadap Syiah Ali tetapi juga terhadap
orang-orang yang pernah berjasa besar terhadap kerajaan. Muhammad bin al Qasim dan
Qutaibah bin Muslim adalah dua
orang panglima perang yang berjasa dalam bidang pertahanan dan penaklukkan tetapi
telah dibunuh oleh Khalifah Sulaiman
bin Abd.Malik kerana kesalahan yang sedikit. Hajaj bin Yusof dipenjarakan dan harta
bendanya dirampas. Begitu juga Musa bin
Nusair yang mati dalam penjara. Hal yang demikian menyebabkan rakyat memberi
sokongan kepada sebarang gerakkan untuk
menggulingkan Kerajaan Bani Umaiyah.
Cara perlantikkan Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah.
Adapun cara perlantikkan khalifah di dalam Kerajaan Bani Abbasiyah adalah sama
seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Bani
Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafatnya;
i. Abu al Abbas al Saffah melantik gantinya Abu Jaafar al Mansor sebagai bakal khalifah
manakala gantinya ialah anak
saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad bin Ali.
ii. Khalifah Harun al Rasyid pula melantik ketiga-tiga orang anaknya menjadi Khalifah
atas nasihat para pembesarnya iaitu al
Amin, al Makmun dan al Mu'tasim. Kemudian berlaku perebutan kuasa yang berakhir
dengan kemenangan al Makmun.
iii. Al Makmun kemudian melantik pula saudaranya al Mu'tasim. Al Mu'tasim melantik
anaknya al Wathiq. Al Wathiq meninggal
dunia tanpa melantik bakal khalifah. Pembesar-pembesar Negara melantik gantinya al
Mutawakkil.
iv. Al Mutawakkil kemudiannya mengikut jejak langkah datuknya Harun al Rasyid
dengan melantik tiga orang anaknya ganti
khalifah iaitu Muhammad Muntasir Billah, Muhammad al Mu'taz Billah dan Ibrahim al
Muayyad Billah. Kemudian diakhir
pemerintahannya ia membatalkan perlantikan Muhammad al Muntasir Billah kerana
dijangka keburukkan akan berlaku
sekiranya ia menjawat jawatan khalifah. Ini menyebabkan Muhammad al Muntasir Billah
marah lalu bermuafakat dengan
golongan bangsa Turki untuk membunuh bapanya.
Begitulah cara perlantikan khalifah dalam zaman keemasan Bani Abbasiyah adapun
khalifah kemudian daripada ini dikuasai oleh
pembesar-pembesar bangsa Turki, mereka melantik dan melucutkan siapa yang mereka
kehendaki. Setelah Bani Buawaeh

Page | 20

menguasai pemerintahan mereka pula berkuasa dalam perlantikan khalifah. Sehinggalah


kerajaan ini dikalahkan oleh tentera
Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 656H / 1258M.
KHALIFAH PERTAMA ABDULLAH AL ABBAS
(132-136H / 750-754M)
RIWAYAT HIDUP
1- Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Beliau bergelar Abu Abbas As Saffah
(Penumpah darah).
2- Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
3- Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
4- Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
5- Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.
PERIBADI
1- Seorang yang gemar berperang.
2- Seorang yang keras hati.
3- Kejam terhadap musuh terutamanya ke atas keluarga Bani Umaiyah.
4- Kuat daya ingatan.
5- Gagah dan berani.
6- Pemurah serta dermawan.
7- Tidak menepati janji.
BENTUK KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN
1- Menggali kubur-kubur keturunan Umaiyah dan membakar mayat mereka, iaitu kubur
Muawiah bin Abi Sufian, Yazid bin
Muawiah, Abd.Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abd.Malik kecuali kubur Omar bin
Abd.Aziz.
2- Melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Bani Umaiyah setelah
mereka dijemput ke majlis kenduri.
3- Menghapuskan saki baki keluarga Umaiyah kecuali anak-anak yang masih kecil.
TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGUKUHKAN KERAJAAN
1- Mengubah pusat pemerintahan dari Damsyik ke Kufah, kemudian ke Hirah dan
kemudian ke Anbar. Beliau memberi nama
Hasyimiah sempena nama keturunannya Hasyim.
2- Menukarkan warna bendera kerajaan dengan warna Hitam.
3- Menghapuskan golongan Bani Umaiyah sebagai langkah menguatkan kedudukan
politiknya.
4- Abu Muslim Al Khurasani dilantik sebagai gebenor di Timur dan Khurasan. Abu Jaafar
Al Mansor sebagai gebenor di Iraq,
Mausil dan Armenia. Syam dan Mesir di bawah gebenor Abdullah bin Ali.
5- Abi Salamah Al Khalali dan Khalid Barmaki dilantik sebagai menteri. Namun Abu
Salamah kemudiannya dibunuh kerana
dikhuatiri memindahkan kuasa kepada keluarga Sayidina Ali.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJAYAAN BELIAU
1- Keadaan kucar kacir yang berlaku dalam keluarga Bani Umaiyah sebelumnya dan
pada masa pemerintahannya.
2- Kejayaan cemerlang gerakan sulit oleh penyokong-penyokongnya di serata tempat.
Page | 21

3- Peranan Abu Muslim Al Khurasani yang berjaya menguasai beberapa buah daerah
termasuk Khurasan dan Merw. Usaha ini
telah membuka jalan kepada beliau.
4- Orang-orang Parsi memberi sokongan padu kerana golongan itu begitu marah kepada
pemerintahan Bani Umaiyah yang
bersifat assabiyah.
5- Peranan saudara-saudaranya iaitu Abu Jaafar, Abdullah, Ali, Salleh dan Daud yang
bersama-sama membanteras musuh.
JASA-JASA KHALIFAH
1- Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk
panduan orang-orang yang berjalan pada
malam hari).
2- Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah
mengikut kiraan Batu Hasyimi.
3- Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama
dari Rom.
4- Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
(136-158H / 754-775M)
RIWAYAT HIDUP
1- Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah
bin Abbas. Beliau adalah saudara Abu
Abbas.
2- Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
3- Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan
daulah Abbasiyah.
4- Beliau adalah orang kanan As Safah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
5- Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia
35 tahun.
6- Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan
haji ketika berusia 57 tahun.
7- Memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan
Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan
beliaulah kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.
8- Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
9- Beliau memulakan pembangunan Negara secara lebih pesat.
10- Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad
dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu
pengetahuan dunia.
PERIBADI
1- Seorang yang gagah berani dan tabah hati.
2- Bercita-cita tinggi untuk memajukan Negara.
3- Pentadbir yang cekap dan berwibawa.
4- Mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.
5- Berminat terhadap ilmu pengetahuan dan kasih akan ulama.
6- Rajin bekerja dan berdisiplin.
Page | 22

7- Berhemah tinggi dan disegani.


8- Bijak dan pandai menggunakan masa.
9- Kuat beribadat dan condrong kepada sebarang pelajaran ugama.
10- Bijak mengatur ekonomi Negara dan cermat membelanjakannya.
BAPA PEMBANGUN KERAJAAN ABBASIYAH
Ahli sejarah telah mensifatkan bahawa Khalifah Abu Jaafar Al Mansor sebagai "Bapa
pembangun Kerajaan Abbasiyah yang
sebenar" kerana:
a- Ditangan beliaulah Kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.
b- Beliau berjaya menghapuskan segala anasir sabbersif merbahaya yang mengancam
kerajaannya.
c- Beliaulah yang memulakan pembangunan Negara secara lebih pesat.
d- Beliau memulakan gerakkan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad
dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu
pengetahuan dunia.
TINDAKAN-TINDAKAN MENGUKUHKAN NEGARA
Walaupun Abu Jaafar merasai keamanan kerana seterunya dapat dikalahkan, tetapi beliau
masih lagi mencurigai sebahagian
daripada pembesarnya. Jadi bagi mengatasi masalah ini beliau melakukan beberapa
tindakan positif sebagai langkah untuk
menstabilkan Negara iaitu:
1- Menghapuskan pemberontak puak Syiah (Alawiyeen)
a) Puak Syiah merupakan keluarga dan penyokong Sayidina Ali yang bercita-cita untuk
menumbangkan Kerajaan Bani
Umaiyah tetapi mereka menyerahkan kepada keluarga Al Abbas.
b) Golongan Syiah adalah golongan yang turut bersama memerangi dan menjatuhkan
Kerajaan Bani Umaiyah sehingga
memungkinkan Bani Abbasiyah memerintah, tetapi mereka telah disingkirkan.
c) Penghinaan dan penipuan politik yang dilakukan keatas mereka itu menimbulkan
perasaan simpati dikalangan sesetengah
golongan umat Islam.
d) Mereka tidak berpuas hati lalu bangun menentang Kerajaan Abbasiyah.
e) Golongan ini dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah.
f) Mereka mendapat sokongan yang kuat dari penduduk Hijaz, Kufah dan Basrah.
g) Khalifah Abu Jaafar Al Mansur telah menghantar tenteranya di bawah pimpinan Isa
bin Musa dan berjaya menghapuskan
pengaruh golongan Syiah ini.
2- Memerangi bapa saudaranya sendiri Abdullah bin Ali dan menghapuskan
pengaruhnya.
a- Abdullah bin Ali adalah panglima tentera yang sangat berjasa mengalahkan Kerajaan
Bani Umaiyah disaat terakhir dengan
mengalahkan Marwan bin Al Hakam dalam Peperangan Sungai Zab.
b- Abdullah mempunyai pengaruh dan pengikut yang besar dikalangan penduduk Syam
dan Mesir. Oleh itu beliau
mendakwa dirinya berhak menjadi khalifah.

Page | 23

c- Beliau juga mendakwa bahawa Abu Abbas berjanji untuk mengangkat beliau sebagai
khalifah.
d- Khalifah Abu Jaafar mengutus tentera seramai 17000 orang dibawah pimpinan Abu
Muslim Pasukan tentera ini dapat
mendudukkan tentera Abdullah dan beliau akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
3- Menghapuskan pengaruh Abu Muslim Al Khurasani
a) Beliau seorang yang berjasa kepada Khlifah kerana dalam membangunkan Kerajaan
Abbasiyah dan menghapuskan
pemberontakan Abdullah bin Ali.
b) Selepas menundukkan tentera Abdullah, beliau tidak lagi mematuhi arahan khalifah
kerana beliau telah mempunyai
pengaruh besar.
c) Khalifah Abu Jaafar bimbang akan pengaruh beliau dapat menggugat pemerintahnnya.
d) Lalu Khalifah membuat helah dengan menjemput beliau ke istana kemudian beliau
dicerca dan kerana tidak tahan
menerima cercaan beliau cuba melawan dan akhirnya beliau pun dibunuh. Beliau
dianggap penentang khalifah.
4- Memerangi Abd.Rahman Ad Dakhil di Sepanyol
a) Beliau ialah Abd.Rahman bin Muawiah bin Hisham bin Abd.Malik yang terkenal
dengan nama Abd.Rahman Ad Dakhil
b) Abd.Rahman Ad Dakhil adalah keturunan Umaiyah yang telah berjaya melarikan diri
ke Sepanyol semasa gerakkan
Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah.
c) Abd.Rahman telah mendapat sambutan untuk menubuhkan Kerajaan Umaiyah II di
sana pada tahun 138H / 757M.
d) Abd.Rahman menggantikan perkataan Khalifah dengan Amir.
e) Dia digelar oleh Abu Jaafar Al Mansur dengan Sakhar Quraisy (kerana ketangkasannya
melarikan diri).
f) Khalifah Abu Jaafar telah menghantar Al Alak bin Al Muraish dan tenteranya ke
Sepanyol tetapi tidak berjaya mengalahkan
Abd.Rahman. Al Alak terbunuh dan kepalanya dipotong kemudian dikirimkan kepada
Khalifah sebagai tanda amaran.
JASA-JASA KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
1- Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
2- Membina Istana yang indah.
3- Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapalkapal.
4- Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah
buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa
Arab.
5- Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
PEMBENTUKKAN KELUARGA BARMAK
i. Dalam masa pemerintahan Al Mansur ini, terbentuk jawatan menteri dalam Kerajaan
Bani Abbasiyah dari keluarga Barmak.
ii. Orang yang pertama memegang jawatan menteri ialah Khalid bin Barmak (berasal dari
anak padri Budha di Balakh).
Page | 24

iii. Di awal pemerintahan Bani Abbasiyah Khalid dilantik menjadi Ketua Dewan Al
Kharaj (Jabatan Kewangan).
iv. Pada tahun 765M Khalid dijadikan Gebenor di Tabaristan.
e) Selepas menundukkan tentera Abdullah, beliau tidak lagi mematuhi arahan khalifah
kerana beliau telah mempunyai
pengaruh besar.
f) Khalifah Abu Jaafar bimbang akan pengaruh beliau dapat menggugat pemerintahnnya.
g) Lalu Khalifah membuat helah dengan menjemput beliau ke istana kemudian beliau
dicerca dan kerana tidak tahan
menerima cercaan beliau cuba melawan dan akhirnya beliau pun dibunuh. Beliau
dianggap penentang khalifah.
5- Memerangi Abd.Rahman Ad Dakhil di Sepanyol
g) Beliau ialah Abd.Rahman bin Muawiah bin Hisham bin Abd.Malik yang terkenal
dengan nama Abd.Rahman Ad Dakhil
h) Abd.Rahman Ad Dakhil adalah keturunan Umaiyah yang telah berjaya melarikan diri
ke Sepanyol semasa gerakkan
Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah.
i) Abd.Rahman telah mendapat sambutan untuk menubuhkan Kerajaan Umaiyah II di
sana pada tahun 138H / 757M.
j) Abd.Rahman menggantikan perkataan Khalifah dengan Amir.
k) Dia digelar oleh Abu Jaafar Al Mansur dengan Sakhar Quraisy (kerana
ketangkasannya melarikan diri).
l) Khalifah Abu Jaafar telah menghantar Al Alak bin Al Muraish dan tenteranya ke
Sepanyol tetapi tidak berjaya mengalahkan
Abd.Rahman. Al Alak terbunuh dan kepalanya dipotong kemudian dikirimkan kepada
Khalifah sebagai tanda amaran.
JASA-JASA KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
6- Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
7- Membina Istana yang indah.
8- Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapalkapal.
9- Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah
buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa
Arab.
10- Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
PEMBENTUKKAN KELUARGA BARMAK
i. Dalam masa pemerintahan Al Mansur ini, terbentuk jawatan menteri dalam Kerajaan
Bani Abbasiyah dari keluarga Barmak.
ii. Orang yang pertama memegang jawatan menteri ialah Khalid bin Barmak (berasal dari
anak padri Budha di Balakh).
iii. Di awal pemerintahan Bani Abbasiyah Khalid dilantik menjadi Ketua Dewan Al
Kharaj (Jabatan Kewangan).
iv. Pada tahun 765M Khalid dijadikan Gebenor di Tabaristan.
KHALIFAH AL MAHDI (158-169H / 775-785M)
Riwayat hidup

Page | 25

i. Nama penuh beliau ialah Muhammad al Mahdi bin al Mansur bin Ali bin Abdullah bin
Abbas.
ii. Beliau lahir di Humaimah pada tahun 126 Hijrah.
iii. Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah bapanya meninggal dunia pada tahun 158
Hijrah.
iv. Al Mahdi melantik Yahya al Barmak (anak Khalid bin Barmak) menjadi Menterinya.
(Yahya juga ditugaskan untuk mengajar
anaknya Harun).
v. Beliau meninggal dunia pada tahun 169H (ketika berumur 43 tahun), dalam perjalanan
ke Jurjan untuk menjalankan tugasnya
bersama anaknya Harun al Rashid. (Harun sendiri menyempurnakan jenazah ayahnya).
Peribadinya
Beliau tidak minum air anggur.
Gemar mendengar nyanyian dan qasidah.
Pemalu, bersopan santun dan pemurah.
Fasih pertuturannya.
Melazimi membaca al Quran pada waktu lapang.
Sangat takut menyalahi Sunnah Rasul.
Jasa-jasa Khalifah al Mahdi
Membebaskan tahanan politik semasa pemerintahan bapanya (Abu Jaafar al Mansur).
Kecuali mereka yang bersalah dalam
jenayah.
Membina dan memperbaiki Istana.
Membina kolam-kolam air disepanjang jalan untuk kemudahan musafir dan angkatan
kafilah.
Menempatkan orang yang berpenyakit kusta di tempat yang khas bagi mengelak dari
berjangkit.
Memerintah agar menambah bangunan Masjidil Haram di Mekah.
Memberikan bayaran saguhati kepada penyair-penyair sebagai galakan.
Kemajuan dizaman al Mahdi
Oleh kerana perbendaharaan Negara yang ditinggalkan oleh bapanya 'itu masih mantap
maka mudahlah beliau melancarkan
sebarang rancangan kemajuan. Iaitu:
Kota-kota besar diperindahkan lagi.
Digalakkan rakyatnya mempelajari kesenian dan sains.
Penyair-penyair diberi bayaran saguhati.
Baghdad yang sedia menjadi pusat perniagaan penuh pula dengan ahli-ahli kesenian
dan penyair.
Penaklokan dizaman al Mahdi
Penaklokan tidak banyak berlaku, hanya serang menyerang yang bersikap pertahanan.
Khalifah menghantar anaknya Harun memimpin tentera untuk menentang tentera
Byzantines di Asia kecil. Akhirnya Harun
berjaya dan Ratu Irene bagi pihak pemerintahan Byzantium terpaksa menuntut damai dan
menyetujui membayar ufti 80 ribu dinar
setahun.
Kerana kemenangan Harun ini, Bapanya menggelar al Rashid.
Page | 26

Ada pun Peperangan yang berlaku di sempadan negeri Sind hanya berupa serang
menyerang ringan sahaja dan tidaklah berlaku
sebarang penaklokkan.
KHALIFAH AL HADI (169 -170H / 785 - 786M)
Riwayat hidup
Nama penuh beliau Musa al Hadi bin Muhammad al Mahdi bin Abu Jaafar al Mansur.
Beliau meninggal dunia pada tahun 170 Hijrah.
Masa pemerintahannya pendek dan penuh dengan pemberontakkan.
Beliau tidak berjaya melakukan sebarang pembangunan Negara.
Pemberontakan yang masyor semasa pemerintahan al Hadi
Ialah pemberontakan Husain bin Ali bin Hassan bin Ali bin Abi Talib yang berlaku di
Hijaz.
Dalam pemberontakan ini Husain berjaya merampas Madinah daripada wakil
pemerintah Kerajaan Abbasiyah.
Tetapi Husain dapat dikalahkan oleh tentera al Hadi semasa mereka menyerang
Mekah.
Husain mati terbunuh dan dua orang keluarganya melarikan diri.
i. Idris bin Abdullah bin Husain bin Ali bin Abi Talib dapat melarikan diri ke Utara afrika
terus ke Morocco dan berjaya mendirikan
kerajaan disana.
ii. Yahya bin Abdullah bin Hassan bi Ali bin Abi Talib dapat melarikan diri ke Negara
Dailam (di Selatan Laut Kaspian) dan
mendirikan kerajaan pemberontak di sana.
KHALIFAH HARUN AR RASYID (170H-193H / 786M-809M)
Riwayat hidup
Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor
di Afrika Utara.
Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).Dan memerintah selama 23 tahun
Peribadi
Seorang yang gagah berani.
Seorang yang cederong dalam hal ugama
Sentiasa mengambil berat dalam kerja-kerja pemerintahannya.
Bijak berpolitik dan cekap.
Beliau melazimi sembahyang tiap-tiap hari seratus rakaat hinggalah ke masa beliau
meninggal dunia kecuali keuzuran.
Pemurah dan bertimbang rasa dengan orang-orang miskin.
Gemar mendengar nasihat orang-orang bijak pandai.
Berfikir luas dan tegas.
Pemurah dan dermawan.
Suka menikmati Syaer dan Qasidah.
Cintakan ilmu pengetahuan dan menghormati alim ulama
Page | 27

Mengambil berat hal rakyat.


Hubungan luar negeri
1- Hubungan dengan Afrika Utara:
Memberi kemerdekaan bersyarat kepada bangsa Barbar tetapi mulai 184H. Khalifah
Harun melantik Ibrahim menjadi Khalifah
di sana yang dinamakan sebgai Kerajaan Aqlabiah. Kerajaan tersebut berkekalan selama
183 tahun.
2- Hubungan dengan Rom:
Rajanya Ratu Irene meneruskan bayaran ufti kepada Kerajaan Abbasiyah tetapi apabla
Rom diperintah oleh Niceporus, beliau
telah membatalkan ufti tersebut. Ini menyebabkan Khalifah menghantar tentera
menyerang Byzantine dan Khalifah sendiri telah
memimpin tentera menawan Pulau Cyprus, Rhodes dan akhirnya Raja Niceporus
bersedia menyambung semula perdamaian.
3- Hubungan dengan Eropah:
Hubungan dengan Raja Charlemenge dari Perancis. Kedua-dua pihak bertukar bingkisan
dan beliau pernah membantu
Khalifah menghadapi Kerajaan Byzantine.
4- Hubungan dengan Cina:
Jalinkan hubungan dengan Maharaja Cina, mereka saling bertukar bingkisan.
5- Hubungan dengan keluarga Alawiyeen:
Khalifah Harun menawarkan hubungan baik dengan keluarga Alawiyeen. Malangnya
mereka masih menunjukkan sikap
menentang Kerajaan. Sikap Khalifah Harun dibalas dengan pemberontakan yang
dipimpin oleh Yahya bin Abdullah dan
adiknya Idris yang menubuhkan Kerajaan Idrisiah di Moroko pada tahun 172 Hijrah.
Keadaan Negara dalam masa pemerintahannya
1- Keadaan aman dan tenteram kerana banyak pemberontakan dapat dihapuskan .
2- Negara berada dalam keadaan yang kuat dan teguh sehinga disegani oleh Negaranegara lain yang bersedia menjalin
hubungan baik dengan Kerajaan Abbasiah.
3- Ekonomi Negara teguh dan maju. Baghdad telah muncul sebagai pusat perdagangan
yang terkemuka.
4- Baghdad muncul sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Ramai penuntut dari
luar negeri mengunjungi Baghdad
bukan sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir dan hadis, malah ilmu perubatan,
matematik, falak dan sebagainya.
5- Di dalam Negara terdapat ramai cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti
penulis kesusasteraan. Para cendekiawan
mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi daripada para pemerintah.
Usaha-usaha Khalifah dalam memperkayakan Ilmu Pengetahuan
1- Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu pengetahuan.
2- Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah untuk memberi pendidikan
kepada rakyat.
3- Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan.
Page | 28

4- Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari Yunani dan sebagainya ke


dalam bahasa arab.
5- Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah.
Kesan-kesan usaha memperkayakan ilmu pengetahuan
Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmupengetahuan, kesusasteraan dan
perdagangan.
Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad
Hambal dan Ibrahim Adham.
Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang termasyhur
iaitu Hikayat 1001 malam
Faktor-faktor kemasyhuran Khalifah Harun Al Rasyid
(Zaman keemasan kerajaan Bani Abbasiah dan zaman kemegahan Kerajaan Islam).
1- Sifat-sifat yang terpuji yang dimiliki oleh Khalifah sendiri seperti, berhemah tinggi,
pemurah, suka beribadat dan lain-lain sifat
yang baik telah menyebabkan baginda dikasihi rakyat.
2- Baginda berjaya menajadikan negara Islam Abbasiyah menjadi makmur dan terkenal
kerana keadaannya yang stabil dan
kukuh.
3- Kebijaksanaannya menghapuskan anasir-anasir anti kerajaan.
4- Hubungan Kerajaan Abbasiyah dengan Negara-negara luar seperti Cina, Perancis dan
Rom telah menaikkan taraf Kerajaan
Abbasiyah di dunia luar.
5- Usaha-usahanya menjadikan Baghdad sebagai pusat pengetahuan.
6- Kota Baghdad mencapai kedudukan yang tinggi dimata dunia khasnya dikalangan
orang-orang barat.
Jasa-jasa Khalfah Harun Al Rasyid
1- Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
2- Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah serta memberi pelajaran
dengan percuma.
3- Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan.
4- Mengusahakan pernterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa arab.
5- Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri untuk menstabilkan
negara.
6- Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing.
7- Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).
8- Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak
Pembentukan keluarga Barmak
1- Di awal pemerintahan Khalifah al Mansur, orang yang pertama menjawat jawatan
menteri ialah Khalid bin Barmak.
2- Beliau berasal daripada anak seorang paderi Budha di Balakh.
3- Ibunya ditawan oleh Qutaibah bin Muslim dalam tahun 705M di balakh
4- Di awal pemerintahan Khalifah Abbas, beliau dilantik mengetuai Dewan Al Kharaj
(Jabatan Kewangan)
5- Pada tahun Masihi 765, beliau dijadikan gabenor di Tabaristan.
6- Khalifah Al Mahdi melantik Yahya Al Barmaki menjadi menterinya.
Page | 29

7- Yahya ditugaskan mengajar anak Khalifah Al Mahdi iaitu Harun.


Tindakan Khalifah terhadap keluarga Barmak.
Mereka telah diberi kepercayaan oleh Khalifah atas kebijaksanaan dan kepintaran
mereka. Oleh sebab timbul dengki, keluarga
ini telah difitnah dan akhirnya menerima hukuman bunuh daripada Khalifah Harun Al
Rasyid.
Khalifah bertindak membunuh mereka dengan merampas segala harta benda mereka
termasuk ladang-ladang, istana dan
kelengkapan rumah.
Pendapat setengah ahli sejarah berhubung dengan tindakan beliau terhadap keluarga
Barmak.
Setengah ahli sejarah mensifatkan tindakan Baginda membunuh keluarga Barmak itu
adalah berdasarkan polotik untuk
menghapuskan kuasa Barmak yang mungkin melemahkan kekuasaan Baginda sendiri.
Setengah ahli sejarah mengatakan bahawa tindakan baginda itu adalah kerana keluarga
Barmak terlalu bebas dengan
keluarga Khalifah sendiri sehinga berlaku kejadian buruk yang memalukan baginda.
Di dalam buku P.K Hitty 'History of the Arabs' menjelaskan bahawa pembunuhan ke atas
Jaafar itu sebenarnya ada kaitan
dengan keburukan yang memalukan yang berlaku di antara Jaafar dengan saudara
perempuan Khalifah Harun iaitu Al
Abbasah.
KHALIFAH AL AMIN BIN HARUN AL RASYID
(193H-198H / 809M-813M)
Riwayat hidup
Beliau adalah anak kepada Khalifah Harun Al Rasyid dengan Zubaidah binti Jaafar.
Nama sebenarnya ialah Abdullah Muhammad Al Amin bin Harun Al Rasyid.
Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah. Dan dilantik menjadi Khalifah pada tahun 193H
mengikut wasiat bapanya. Dan pernah
menjadi gabenor di Syam.
Beliau dilantik sebagai Putera Mahkota sebelum ayahnya wafat.
Baginda mati terbunuh dalam peperangan saudara menentang al Makmun pada tahun
198H. Beliau dibunuh oleh tentera Tahir
bin Husain.
Peribadi
Seorang Khalifah yang mementingkan diri sendiri.
Tingkah laku beliau tidak menyenangkan hati rakyat.
Beliau gemar minuman keras dan menghabiskan masa dengan berpoya-poya dan
menyanyi.
Suka mensia-siakan wang negara kerana mengikut hawa nafsu.
Perlantikannya
Perlantikannya sebagai Khalifah telah ditentukan oleh ayahandanya Harun Al Rasyid
mengikut giliran iaitu:
a- Al Amin menjadi gabenor di Syam akan menjadi Khalifah selepas baginda wafat.
b- Al Makmun yang menjadi penguasa di Khurasan akan menjadi Khalifah selepas Al
Amin.
Page | 30

c- Al Muktasim atau Al Qasim yang menjadi penguasa Mesopotemia akan menjadi


khalifah yang berikutnya.
Cara pemerintahannya
Oleh kerana beliau sibuk dengan masalah Negara, maka tidaklah banyak kemakmuran
dan kemajuan yang dapat dilakukan.
Adik beliau Al Makmun yang bertugas sebagai gabenor di Khurasan telah
mengeluarkan wilayahnya dari pemerintahan
Khalifah Al Amin. Ini adalah kerana Khalifah Al Amin tidak mengikut wasiat bapanya,
dimana beliau telah melantik anaknya
Musa sebagai Putera Mahkota. (atas hasutan perdana menteri Fadhl bin Rabi'.
Oleh kerana kemarahan Al Makmun atas sikap Al Amin yang melantik anaknya bakal
pengganti khalifah, maka berlakulah
peperangan saudara pada tahun 198 Hijrah yang mengakibatkan Al- Amin terbunuh.
KHALIFAH AL MAKMUN BIN HARUN AL RASYID
(198H-218H / 813M-833M)
Riwayat hidup
Beliau adalah adik kepada Khalifah Muhammad Al Amin.
Nama penuh beliau ialah Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid.
Beliau dilahirkan pada tahun 170H / 185M iaitu pada hari perlantikan ayahandanya
Harun Al Rashid menjadi Khalifah.
Ibunya bernama Marajel iaitu seorang Jariah bangsa Farsi
Pernah menjadi governor di Khurasan semasa Al Amin.
Dilantik sebagai Khalifah pada tahun 198H, ketika berusia 28 tahun.
Wafat pada tahun 218H, Ketika berusia 48 tahun di Tarsus dalam perjalanannya
menghadapi satu peperangan dengan Rom.
Peribadi
Seorang yang berperibadi mulia, bijak dan luas pandangan.
Baik hati, pemaaf, wara` dan rajin beribadat.
Berpengetahuan tinggi dan Kasih akan ulama.
Cenderong dengan falsafah menyebabkan beliau menganut mazhab Mu`tazilah.
Gemar kerja-kerja kebajikan dan bencikan maksiat.
Cinta kepada kedamaian dan bencikan kezaliman dan penindasan.
Cara Perlantikannya
Perlantikan sebagai Khalifah telah ditentukan oleh ayahandanya Khalifah Harun Al
Rashid. Ketika itu Al Makmun dilantik menjadi
penguasa di Khurasan dan akan menjadi Khalifah selepas Al Amin.
Al Makmun telah berjaya mengalahkan Al Amin dalam satu pertempuran di antara
tentera Al Makmun dibawah pimpinan
Panglima Tahir Husin dengan tentera Al Amin. Akhirnya Al Amin mati terbunuh.
Oleh itu penduduk Khurasan melantik Al Makmun sebagai Khalifah.
Sebab-sebab berlakunya permusuhan di antara Al Amin dan Al Makmun
Kecuaian Khalifah Al Amin terhadap pemerintahan Negara dengan menyerahkan urusan
pemerintahan kepada Perdana
Menteri telah menimbulkan kemarahan Khalifah Al Makmun.
Pemecatan jawatan Khalifah Al Makmun sebagai Putera Mahkota dan perampasan
hartanya di Khurasan telah menimbulkan
Page | 31

kemarahan Khalifah Al Makmun.


Sikap Al Makmun menolak jemputan Al Amin ke Istana telah menimbulkan kemarahan
Khalifah Al Amin terhadap beliau.
Perkembangan ilmu pengetahuan
Zaman pemerentahan Khlalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya kemajuan
peradaban dan kebudayaan Islam.
Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam berbagai
bidang.
Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing.
Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan
diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan
upahan yang mahal.
Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu pengetahuan
dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan
Sansekerit.
Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan
bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan
ulama-ulama yang terkemuka seperti Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi
dan lain-lain lagi.
Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu.
Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang.
Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah didirikan oleh
ayahandanya.
Sikap Khalifah terhadap puak Syiah (Alawiyeen)
Baginda telah menjalin hubungan baik dengan mereka
Baginda telah melantik Ali Ridza bin Musa iaitu pemimpin Syiah menjadi putera
mahkota yang bakal menjadi khalifah.
Baginda menukar warna bendera daripada warna hitam kepada warna hijau iaitu warna
bendera Syiah.
Akhirnya, timbul kemarahan daripada kalangan keluarganya. Dan selepas Ali Ridza
meninggal dunia, Khalifah menukar semula
warna bendera kepada warna hitam.
Al Makmun dengan fahaman Muktazilah
Ilmu pengetahuan mempengaruhi perubahan dalam agama.
Perkembangan falsafah menyebabkan munculnya mazhab Muktazilah yang menjadi asas
fahaman dan dasar agama Khalifah Al
Makmun.
Mazhab Muktazilah beranggapan sesuatu fahaman tidak harus diikuti jika hal ini akan
menyekat kemajuan politik dan sosial. Ajaran
ini menyebabkan manusia membebaskan diri dari tekanan kefahaman dan menentang
peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh
agama Islam. Misalnya mazhab Muktazilah menganggap Al Quran sebagai makhluk.
Khlifah Al Makmun telah mengambil langkah yang tegas untuk memperkenalkan ajaran
mazhab Muktazilah. Beliau mengeluarkan
arahan yang mengatakan jawatan kerajaan hanya boleh dipegang oleh penganut mazhab
Muktazilah. Semua pegawai yang
Page | 32

menentang mazhab ini dikehendaki meletak jawatan.


Sikap Khalifah ini telah mencetuskan perselisihan fahaman khasnya dengan golongan
Ahli Sunnah yang diketuai oleh Imam
Hambali dan perselisihan ini berlanjutan sehingga zaman pemerintahan Khalifah-khalifah
seterusnya.
Pemberontakan-pemberontakan dalam Negara
Pertumpahan darah diantara puak Qais yang menyokong Al Amin dengan Puak Kalb
yang menyokong Al Makmun. Khalifah
menghantar Abdullah bin Tahir untuk mengamankannya.
Kerajaan Byzantine telah menyokong puak Barbar yang mengamalkan ajaran sesat
yang berpusat di Azarbaijan. Khalifah berjaya
mengalahkan mereka.
Penduduk Baghdab membantah perlantikan Ali Redza sebagai putera mahkota. Mereka
melantik Ibrahim bin Mahdi menjadi
Khalifah baru. Suasana ini dapat ditenteramkan apabila Khalifah bersetuju menukar
semula bendera kepada warna hitam selepas
Ali Redza meninggal dunia.
Khalifah menghantar Panglima Tahir menghapuskan pemberontakan di Khurasan,
kemudian beliau dilantik sebagai governor di
sana.
Faktor-faktor kemasyhuran baginda
Baginda memiliki sebuah Negara yang telah pun dibangunkan oleh ayahandanya
Harun Al Rashid.
Keperibadian Khalifah Al Makmun yang baik menyebabkan beliau disayangi rakyat.
Usaha-usaha beliau untuk meninggikan pembangunan Negara dan perkembangan ilmu
pengetahuan telah menjadikan Baghdad
terkenal.
Jasa-jasa Khalifah
Usaha-usaha menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Mendirikan dua tempat pusat pengkajian angkasa lepas iaitu di Damsyik dan Baghdad.
Menjemput para cerdik pandai ke Baghdad dan mereka diberi pelbagai hadiah.
Memperbaiki sistem hospital dan menambah bilangan hospital.
Mendirikan sekolah dan diberi kemudahan kepada pelajar-pelajar.
Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah.
KHALIFAH AL MUKTASIM BIN HARUN AL RASHID
(218 227H / 833 842M)
Riwayat hidup
Nama penuh beliau ialah Abu Ishak Muhammad bin Harun Al Rashid.
Dilahirkan pada tahun 179H. Ibunya bernama Maridah yang berbangsa Turki.
Pernah menjadi governor di Syam dan Mesir.
Menjadi Khalifah pada tahun 218H selepas kewafatan Al Makmun. Beliau digelar Al
Muktasim Billah.
Wafat pada tahun 227H ketika berusia 48 tahun.
Memerintah selama 8 tahun, 8 bulan 8 hari.
Meninggalkan 8 orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan.
Peribadi
Page | 33

Seorang yang gagah berani, tegas dan gemar berperang.


Lemah dalam membaca dan menulis.
Menggalakkan rakyat mematuhi perintah Allah.
Keadaan Negara di zaman pemerintahannya
Oleh kerana beliau memberi penuh kepercayaan kepada bangsa Turki untuk menjadi
pengawal peribadi dan istananya serta
dinaikkan pangkat, maka timbul gerakkan untuk menjatuhkan pemerintahannya tetapi
beliau berjaya menghapuskan gerakkan
tersebut.
Baginda melucutkan jawatan kakitangan bangsa Arab dan Farsi secara beransur-ansur.
Ini menyebabkan golongan Turki menjadi
angkuh sehingga menimbulkan masalah kepada Negara. Ekoran itu Khalifah terpaksa
mendirikan sebuah bandar kediaman
orang-orang Turki yang dinamakan Samara.
pada tahun 219H muncul pemberontakkan golongan Syiah yang dipimpin oleh
Muhammad bin Qasim di Khurasan. Golongan
pemberontak ini akhirnya dapat dihapuskan oleh Khalifah.
Di akhir pemerintahan Khalifah, timbul lagi satu pemberontakkan yang dipimpin oleh
Babik Al Khurasan. Golongan
pemberontakkan ini juga dapat dihapuskan oleh Khalifah.
Pada tahun 223H beliau berjaya mengalahkan tentera Rome yang membuat serangan
ke atas Negara Islam. Peperangan
tersebut dinamakan dengan peperangan Amuriah.
KHALIFAH AL WATHIQ BIN AL MUKTASIM
(227 232H / 842 847M)
Riwayat hidup
Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Harun Al Wathiq Billah bin Al Muktasim.
Dilahirkan pada tahun196H dan
Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan bapanya AL Muktasim pada tahun
227H.
Wafat pada tahun 232H, ketika berusia 32 tahun.
Peribadi
Beliau adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut.
Cintakan perdamaian dengan golongan Syiah.
Keadaan Negara di zaman pemerintahannya
Pengaruh bangsa Turki semakin bermaharajalela dalam istananya, dan beliau sendiri
tidak dapat berbuat apa-apa.
Atas sikap beliau yang tidak dapat mengawal pengaruh bangsa Turki tersebut, maka
menimbulkan kemarahan dikalangan bangsa
Arab dan Farsi.
Di zaman pemerintahan beliau juga telah berlaku beberpa pemberontakkkan, terutama
di Hijaz, Mosul dan Syam.
KHALIFAH AL MUTAWAKKIL
(232-247H / 847-861M)
Riwayat hidup

Page | 34

Nama penuh beliau ialah Jaafar Al Mutawakkil Alallah bin Al Muktasim bin Harun Al
Rashid.
Dilahirkan pada tahun 206H
Dilantik menjadi Khalifah pada tahun 232H, iaitu setelah wafat saudaranya Al Wathiq.
Dan memerintah selama 15 tahun.
Beliau meninggal dunia pada tahun 247H bersamaan 861M.
Peribadi
Beliau mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.
Membenci puak Syiah.
Tindakkan ke atas puak Syiah
Oleh kerana beliau amat membenci puak Syiah serta dipengaruhi oleh bangsa Turki,
maka beliau semakin keterlaluan menghina
puak Syiah.
Beliau jugalah yang bertanggungjawab meruntuhkan kubur Sayyidina Husin di
Karbala, serta menegah orang ramai dari
menziarahinya.
Pemberontakkan dan tindakkan bangsa Turki dalam pemerintahan Al Mutawakkil
Jaafar bin Abdul Rahman, yang mengetuai pemberontakkan di Yaman telah
mengistiharkan kemerdekaan negeri Yaman pada
tahun 247H, kerajaan ini diberi nama dengan Kerajaan Jaafaridah yang berpusat di
San`aa.
Atas kesadaran beliau terhadap bangsa Turki yang sudah semakin berpengaruh maka
Khalifah Al Mutawakkil telah berusaha
untuk memindahkan pusat pemerintahan kerajaan ke Damsyik, tetapi malangnya usaha
beliau itu telah dihalang oleh pembesarpembesar
Turki.
Pada tahun 247H, Khalifah Al Mutawakkil telah dibunuh oleh bangsa Turki yang
merasa curiga akan tindakkan beliau untuk
menghapuskan pengaruh Turki.
Dengan terbunuhnya Khalifah Al Mutawakkil tersebut, maka berakhirlah zaman
kemajuan dan keemasan Kerajaan Bani
Abbasiyah. Dan bermulalah dengan zaman kehancuran dan kemunduran bagi kerajaan
ini.
Sehingga pada tahun 656H / 1285M, maka kerajaan Bani Abbasiyah ini telah dapat
digulingkan oleh Hulagu Khan iaitu suku
kaum Monggol.
Khalifah-Khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah selepas Khalifah Al Mutawkkil
1- Khalifah Al Mustain (248-252H / 862-866M)
2- Khalifah Al Muktaz (252-255H / 866-869M)
3- Khalifah Al Muhtadi (255-256H / 869-870M)
4- Khalifah Al Muktamid (256-279H / 870-892M)
5- Khalifah Al Multahid (279-289H / 892-902M)
6- Khalifah Al Muktafi Billah (289-295H / 902-908M)
7- Khalifah Al Muqtadir (295-320H / 908-932M)
8- Khalifah Al Qadir (320-322H / 932-934M)
9- Khalifah Al Radhi (322-329H / 934-940M)
Page | 35

10- Khalifah Al Muttaqi (329-333H / 940-944M)


11- Khalifah Al Mustakfi (333-334H / 944-945M)
12- Khalifah Al Muti` (334-363H / 945-973M)
13- Khalifah Al Taii (363-381H / 973-991M)
14- Khalifah Al Qadir (381-422H /991-1031M)
15- Khalifah Al Qaim (422-467H / 1031-1074M)
16- Khalifah Al Muqtadi (467-487H / 1074-1094M)
17- Khalifah Al Mustazhir (487-512H / 1094-1118M)
18- Khalifah Al Mustarsyid (512-519H / 1118-1134M)
19- Khalifah Al Rasyid (519-530H / 1134-1135M)
20- Khalifah Al Muktafi (530-555H / 1135-1160M)
21- Khalifah Al Mustanjid (555-566H / 1160-1170M)
22- Khalifah Al Mustadhi (566-575H / 1170-1179M)
23- Khalifah Al Nasir (575-622H / 1179-1225M)
24- Khalifah Al Zahir (622-623H / 1225-1226M)
25- Khalifah Al Mustansir (623-641H / 1226-1243M)
26- Khalifah Al Mustaksim (641-656H / 1243-1258M)
Di antara sebab-sebab kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Abbasiyah terlalu mempercayai bangsa asing terutama bangsa Turki
serta melantik mereka menjawat jawatan
tinggi dan penting dalam kerajaan, yang mana akhirnya menyebabkan tergugatnya
Kerajaan Abbasiyah sendiri.
Terdapat sesetengah dalam Kerajaan ini terlalu menekan dan memusuhi puak Syiah
yang mengakibatkan berlakunya
pemberontakkan disepanjang pemerintahan Kerajaan ini.
Terdapat sesetengah Khalifah telah melantik dan menentukan dua ke tiga orang anak
mereka bakal menjadi Khalifah (secara
bergilir) ini mengakibatkan berlakunya perang saudara seperti di antara Al Amin dengan
Al Makmun.
Pada tahun 656H / 1258M, Kerajaan Bani Abbasiyah telah diserang oleh tentera
Monggol yang dipimpin oleh Holagu Khan, dan
akhirnya Kerajaan Abbasiyah telah dapat digulingkan.
Kemajuan-kemajuan di zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbsiyah.
Menteri dan Pembesar Negara
Menteri-menteri dalam pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah diberi kuasa dalam
melaksanakan tugas pentadbiran Negara.
Kerja-kerja dalam pentadbiran Negara yang dijalankan oleh menteri adalah
berdasarkan persetujuan Khalifah.
Di samping itu, Perdana Menteri adalah orang yang terpenting dalam pendtadbiran
Negara. Dia juga berkuasa dan
bertanggungjawab dalam melantik beberapa orang menteri di bawahnya serta dialah yang
menjadi pengerusi dalam majlis
masyuarat menteri-menteri.
Dalam bidang kehakiman, orang yang diberi kuasa bagi mengeluarkan hukum-hukum
ialah Qadi.
Sementara dibidang ketenteraan ialah Amir Al Askariah.
Page | 36

Lain-lain jabatan pentadbiran dilantik di bawah urusan menteri-menteri mengikut


jabatan masing-masing.
Jabatan Kewangan
Jabatan ini memainkan peranan yang sangat penting sekali dalam pentadbiran Negara,
juga adalah merupakan teras
pemerintahan.
Punca kewangan Negara adalah hasil daripada zakat, jizyah, cukai-cukai dan harta
rampasan perang.
Kesemua hasil yang diperolehi daripada zakat dibahagikan kepada orang-orang yang
berhak menerimanya, sepertimana
mengikut undang-undang Islam.
Sementara hasil yang diperolehi selain daripada zakat, dibelanjakan untuk keperluan
pembangunan Negara.
Di awal pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah ini, kedudukan kewangan sungguhlah
terjamin dan memuaskan, terutama sekali
di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid.
Tetapi mulai dari pemerintahan Al Wathiq, kewangan Negara mula merosot. Ini adalah
disebabkan oleh kerana kekuasaan
pemerintah sudah berada sepenuhnya ditangan bangsa Turki.
Ketenteraan
Ketenteraan di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah tidaklah begitu teratur sama juga
halnya seperti di zaman Kerajaan Bani
Uamaiyah dahulu.
Dalam pembahagian tugas ketenteraan adalah sama seperti di zaman Kerajaan Bani
Umaiyah. Di mana tiap-tiap General
menjaga 10,000 tentera yang dibahagikan kepada 10 batalion, dan dalam tiap-tiap
battalion pula ditugaskan 10 orang qadi.
Pada peringkat permulaannya, tentera Bani Abbasiyah ini terbahagi kepada dua
kumpulan yang besar. Iaitu kumpulan tentera
Arab Utara (Modarides) dan satu lagi tentera Arab Selatan (Himyarites).
Tetapi setelah munculnya satu lagi kumpulan tentera Farsi, maka mengakibatkan
kumpulan yang awal tadi sudah hilang
pengaruhnya. Kumpulan tentera Farsi ini sangat berpengaruh sekali terutama di akhir
pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah,
sehinggalah meluputkan kuasa Khalifah sendiri.
Pembahagian wilayah
Dalam hal ini juga, ianya adalah mengikut sepertimana yang sudah sedia ada dari sejak
zaman Kerajaan Bani Umaiyah.
Perubahan-perubahan yang dilakukan hanyalah sedikit sahaja, itupun kerana mengikut
kehendak politik.
Tetapi kadangkala terdapat juga dua Wilayah yang bersaing disatukan dan diperintah
oleh seorang governor.
Wakil pemerintah (Governor) memerintah secara kuasa separuh penuh. Tetapi dalam
beberapa segi dan aspek pentadbiran
Negara, mereka diberi kebebasan menggunakan kebijaksanaan sendiri hinggakan mereka
mempunyai tentera sendiri. Dan oleh
Page | 37

kerana itulah juga dengan mudahnya berlaku rampasan kuasa bila Kerajaan Pusat
menjadi lemah.
Perkembangan Ilmu Pengetahuan / Kegiatan Intelekual
Seperti yang sudah diketahui bahawa pengasas dalam bidang ilmu pengetahuan ini ialah
Khalifah Abu Jaafar Al Mansur,
kemudian disambung lagi oleh Khalifah Harun Al Rashid dan seterusnya Khalifah Al
Makmun.
Di zaman pemerintahan Al Makmun, perkembangan ilmu pengetahuan ini telah
mencapai kepada kemuncak kejayaan.
Di zaman Khalifah Al Makmun jugalah Kota Bagdad menjadi pusat tumpuan pengkajian
ilmu pengetahuan. Ahli-ahli bijak pandai
dibawa masuk ke kota Bagdad bagi tujuan memperkembangkan ilmu pengetahuan serta
pengusahaan dalam penterjemahan
buku-buku asing dimulakan.
Hasil dari usaha tersebut, maka telah terkumpul dan terbitlah ilmu Al Kimia, Astronomi,
Mathematics, Geography, Falsafah, Lojik
Ilmu Bahasa dan perubatan serta Sains.
Di samping itu, kecerdasan intelektual di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ini juga telah
melahirkan tokoh-tokoh ilmu pengetahuan
yang masyhur, sehinggakan sumbangan mereka tersebut dapat diwarisi hingga ke hari ini.
Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah:
a)Jabir bin Hayyan (776M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu Al Kimia (Alchemy).
b)Abu Yusof Yakob bin Ishak Al Kundi (810-873M) iaitu tokoh dalam bidang Falsafah.
Di samping itu beliau juga bijak dalam ilmu
Kedoktoran dan Muzik.
c)Muhammad bin musa Al Khawarizimi (108-850M) iaitu tokoh dalam bidang Ilmu
Husab.
d)Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al Tabari (839-923M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu
Sejarah.
e)Muhammad bin Ismail Al Bukhari yakni Imam Bukhari (810-870M) adalah tokoh
dalam meriwayat dan mengumpulkan HadisHadis Nabi S.A.W.
f) Imam Abu Hanafiah Al Nukman bin Thabit iaitu pelopor Mazhab Hanafi adalah tokoh
dalam bidang ilmu Fiqih.
g)Abu Nawas (810M) Abu Tamman (854) dan Al Bahtari (820-897M) adalah tokoh
dalam bidang Kesusasteraan.
Perubatan
Dalam bidang perubatan ini, ianya dimainkan peranan oleh Umak-ulamak Jundishapur
iaitu akedemik Falsafah dan Perubatan
yang telah diasaskan oleh Maharaja Shapur pada tahun 555M di bandaraya Farsi.
Di masa pemerintahan Abu Jaafar, beliau telah melantik Jurjis bin Bakhtishu menjadi
tabib peribadinya. Ini adalah oleh kerana
Jurjis telah merawat beliau semasa sakit perut sehinggalah beliau sembuh.
Dalam masa pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid pula Jurjis bin Bakhtishu telah
dilantik menjadi ketua perubatan di rumah
sakit Baghdad.
Page | 38

Sementara di zaman Khalifah Al Makmun iaitu pada tahun 830M, beliau telah
mengasaskan Baitul Hikmah di Baghdad, yang
mana telah menghasilkan terjemahan buku-buku dan naskah-naskah Gerik dalam ilmu
perubatan yang dicipta oleh Galen,
termasuklah juga Ilmu Mathematics dan Sains yang dicipta oleh Euclid dan Ptoiemy.

SEJARAH RINGKAS KEBANGKITAN DAN KEJATUHAN


KERAJAAN ISLAM UTHMANIYYAH
Oleh:
Mohd Roslan Mohd Nor, PhD
PENDAHULUAN
Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap
Page | 39

pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah


S.A.W. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah
Arab, seterusnya meluas ke al-Sham (Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria),
Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam
Melayu. Pemerintahan Islam melalui kerajaan yang terbentuk
memberikan gambaran betapa Islam telah menguasai sebahagian besar
dunia. Ia berlangsung sehinggalah kepada kerajaan Islam yang terakhir
iaitu kerajaan Uthmaniyyah.
Kerajaan Islam Uthmaniyyah juga dikenali sebagai Khilafah
Uthmaniyyah. Gelaran khilafah memberi petunjuk bahawa sistem
pemerintahan yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah berteraskan
Penulis merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua, Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui
email:
m_roslan@um.edu.my.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
2
kepada sistem khilafah berdasarkan pemerintahan yang diwarisi
semenjak zaman awal Islam.
Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila
kota Constantinople telah ditakluk oleh seorang pemuda yang
mempunyai kepimpinan dan wawasan yang jelas, iaitu Muhammad al-

Page | 40

Fatih (1432-1481).1 Sejak dari awal era perkembangan Islam pada abad
pertama hijrah (abad ke 7 Masihi), telah terdapat usaha untuk menakluk
kota ini. Sesiapa yang menakluknya merupakan orang yang diiktiraf oleh
Nabi S.A.W sebagai tokoh yang ideal. Ia bertepatan dengan sabda Nabi
S.A.W:

Maksudnya

Maksudnya: Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya


(yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk)
adalah sebaik-baik tentera.
(Hadis Musnad Ahmad)
Oleh yang demikian, tidak hairanlah tokoh seperti Abu Ayyub alAnsari pernah cuba untuk menakluki kota ini demi menyebarkan Islam,
di samping menggapai apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut.
Beliau dirakamkan sebagai pejuang yang berani, walaupun tidak
mendapat kejayaan membuka kota tersebut, tetapi beliau telah berjaya
berada di sisi ahli syurga setelah gugur syahid dalam misi menguasai
Constantinople.
Walaupun beliau gugur syahid, ia tidak bermakna misi membuka
kota tersebut terhenti begitu sahaja. Malah, ia sebenarnya pembuka jalan
serta penyuluh semangat juang umat Islam untuk terus berusaha
merealisasikan sabda Nabi S.A.W itu. Akhirnya, setelah hampir 8 abad

Page | 41

1 Steven Runciman (1965), The Fall of Constantinople, 1453, UK: Cambridge


University
Press, pp. 55 80; Franz Babinger (1992), Mehmed the Conqueror and His
Time, New
Jersey: Princeton University Press, pp. 269 278.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah 3
kewafatan baginda, kota Contantinople berjaya dibuka oleh umat Islam
pada tahun 1453, setelah dua tahun pemerintahan Muhammad al-Fatih.
Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah
kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru
kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu
Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan kepada Kristian. Empayar
Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya
ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka
ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama
Eropah Timur.
Di bawah pemerintahan Islam, kota ini diberi nama Islambol, yang
bermaksud keseluruhan kota itu adalah Islam. Ia dijadikan pusat
pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad
ke 13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah,
sepertimana berikut:2
i. Peringkat awal penubuhan (1299 1453)

Page | 42

ii. Perkembangan dan pengukuhan (1453 1682)


iii. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan
cabaran pihak Barat (1683 1827)
iv. Kemerosotan dan kejatuhan (1828 1908)
v. Pembubaran pemerintahan (1908 1924)
2
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
4
Gambarajah 1: Wilayah Pemerintahan Uthmaniyyah.
http://www.ottomansouvenir.com/img/Maps/Ottoman_Empire_Map_13591856.jpg
BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah
diasaskan oleh Osman I, yang turut juga dikenali dengan nama Osman
Gazi Khan dan Osman I El-Gazi (1258-1324). Beliau merupakan pengasas
kepada Kerajaan Uthmaniyyah dan mengasaskan Empayar
pemerintahan tersebut. Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan
tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk pada
tahun 1299. Bermula dari itulah beliau telah membentuk sistem
pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan
yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang
berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.3
Golongan Byzantine yang merasai kehangatan kehadiran Osman di

Page | 43

Turki, sebahagian mereka telah mengambil pendirian untuk


meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampunganperkampungan
countryside dalam negara yang dikenali sebagai Anatolia.
3 Suraiya Faroqhi (1999), Approaching Ottoman History: An Introduction to the
Sources, UK:
Cambridge University Press, pp. 5 15; __________ (2008), The Ottoman
Empire: A Short
History, Princeton: Markus Wiener Publisher, pp. 39 50.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
5
Kepimpinan pihak Byzantine sedaya upaya ingin mempertahankan
Osman dari menyeberangi ke wilayah Eropah dan cuba untuk
menghalang mereka dari meluaskan kekuasaan ke Barat. Namun, pihak
Osman tidak berdiam diri; mereka terus mara untuk menguasai wilayahwilayah
di sebelah Barat. Osman berjaya menguasai Eupheses, iaitu
kawasan yang berhampiran dengan Laut Aegen. Pasukan beliau juga
turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka
telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan strategik bagi Byzantine.
Ini menyebabkan Byzantine terpaksa melepaskan wilayah tersebut yang
telah membuka jalan kepada Osman untuk melebarkan jajahannya.
Misi terakhir Osman sebelum kematiannya ialah menentang tentera
Byzantine di Bursa pada tahun 1324. Walaupun beliau tidak menyertai
peperangan itu, tetapi beliau cukup bersemangat memberikan nasihat

Page | 44

dan tunjuk ajar sehinggalah pasukannya berjaya menewaskan Byzantine.


Ia merupakan satu kemenangan yang sangat penting dalam sejarah
Uthmaniyyah kerana ia telah membuktikan bahawa pasukan Islam boleh
menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka.
Kekalahan Byzantine telah memberi tamparan hebat sehingga mereka
terpaksa berundur. Bursa menjadi tapak perkembangan seterusnya bagi
Uthmaniyyah. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan,
telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.
Kepimpinan Osman Gazi ini telah membuka ruang yang besar
kepada kerajaan yang diasaskan oleh beliau untuk terus menyebarkan
Islam dengan menguasai wilayah-wilayah penting di sebelah Asia dan
Eropah. Penguasaan ke atas beberapa kota sebelum kematiannya juga
memberikan gambaran betapa pasukan pimpinan beliau merupakan satu
pasukan yang hebat dengan membawa misi jelas ke pelosok dunia.
PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
Setelah kematian Osman, kerajaan Uthmaniyyah tidak luntur. Malah
semangat juang mereka sentiasa membara untuk berhadapan dengan
kelompok Byzantine. Semasa era ini, perkembangan kerajaan
Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
6
i. Kejayaan penaklukan kota Constantinople (1453) sehinggalah
Sultan Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia pada tahun 1566.

Page | 45

ii. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah


kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
Pembukaan kota Constantinople oleh Muhammad al-Fatih telah
menjadikan kerajaan Uthmaniyyah terus dihormati oleh pihak Barat.
Kekuatan yang ditunjukkan oleh golongan Byzantine berakhir kerana
kota tersebut merupakan antara kota terpenting bagi mereka. Apabila ia
jatuh ke tangan kaum Muslimin, maka ia membawa maksud kekuatan
yang ada pada tentera Islam tidak dapat ditandingi. Oleh sebab itu,
Byzantine tidak mampu bangkit untuk menentang atau merampas
kembali kota Constantinople tersebut. Kota itu telah menjadi jambatan
penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah.
Sebelum Kota Constantinople dapat ditakluk, pihak Uthmaniyyah
telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya
ialah kejayaan dalam peperangan Kosovo pada tahun 1389. Kejayaan
tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah
satu dari kuasa Eropah yang ada. Ia adalah kemenangan yang strategik
bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.
Pada peperangan Nicopolis pada tahun 1396, yang dianggap
sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang
Uthmaniyyah, tidak dapat menyekat kemaraan Uthmaniyyah menguasai
wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Uthmaniyyah telah
berjaya mengawal hampir keseluruhan wilayah Byzantine yang ada di
sekeliling Kota Constantinople. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana

Page | 46

Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di


mana Timur4 telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara 1402,
menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan
sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara,
antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan
perancangan penguasaan ke atas Kota Constantinople mengalami
4 Juga dikenali sebagai Tamerlane, merupakan sebuah kuasa dari sebelah Timur
yang
wujud pada abad ke 14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang
panjang
dengan Dinasti Mughal.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
7
gangguan. Ia dapat dikembalikan semula di bawah pemerintahan Sultan
Murad II yang memimpin Kerajaan Uthmaniyyah (1421-1451).
Apabila Muhammad al-Fateh memimpin Kerajaan Uthmaniyyah,
beliau telah menyusun kembali pentadbiran negara dan aspek
ketenteraan. Cicit kepada Sultan Beyazid I ini akhirnya berjaya
memimpin pasukan Uthmaniyyah menawan Kota Constantinople pada
29 Mei 1453, dalam usia beliau yang masih muda iaitu ketika beliau
berusia 21 tahun.
Kerajaan Uthmaniyyah berjaya menjadi suatu kuasa yang kuat
kerana mereka menguasai laut. Armada mereka cukup cekap dalam

Page | 47

mengendalikan pertahanan laut sehingga menggerunkan musuh-musuh


mereka. Mereka juga membentuk pasukan armada laut sehingga ke Laut
Merah bagi menghalang Portugis yang menguasai perdagangan rempah
ratus di pelabuhan-pelabuhan terkenal.
Pasukan tentera Uthmaniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah
lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui
jalan laut ke Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk
mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I adalah sultan
Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran sultan. Manakala
mulai tahun 1517, Sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut
menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang
diguna bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.
Zaman kegemilangan Uthmaniyyah berterusan di bawah
pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni yang memerintah dari tahun
1520 1566, pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan
Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek
perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni, pembuat
undang-undang. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah
menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Belgrade dan Rhodes.
Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah

Page | 48

8
Mediterranian, Laut Merah dan Teluk Parsi, di mana ini merupakan
laluan strategik para pedagang terdahulu. Ini bermakna Kerajaan
Uthmaniyyah turut mengambil berat tentang keselamatan para
pedagang, dan turut menekankan soal pembangunan ekonomi.
Perkembangan pada zaman yang kedua pula menunjukkan bibitbibit
kemunduran. Pada asasnya, pihak Uthmaniyyah pernah berusaha
untuk menawan Vienna di zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, tetapi
tidak berjaya. Kekalahan tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa
berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan
tersebut juga membuka ruang kepada pihak Kristian untuk merencana
tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus
yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome berusaha untuk
membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera
Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar
golongan salib bangun menentang penguasaan Islam dan Kerajaan
Uthmaniyyah tersebut.
Kekalahan pasukan Uthmaniyyah di Vienna pada tahun 1683 telah
melemahkan kerajaan mereka. Mereka juga kehilangan gah sebagai satu
kuasa di Eropah. Kebangkitan semula masyarakat Eropah menentang
Uthmaniyyah telah memberikan tamparan baru kepada mereka. Ini
adalah kesan daripada kelemahan struktur pentadbiran Uthmaniyyah
pasca 1566 (kematian Sulaiman al-Qanuni). Mereka seakan tidak berdaya

Page | 49

untuk mengemudi wilayah jajahan yang semakin luas merentasi Eropah.


ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME
Kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian
daripada proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia
disebabkan oleh banyak faktor yang menjadikan pengembangan yang
dilakukan oleh Uthmaniyyah menjadi tidak aktif. Antara faktor tersebut
ialah kekalahan mereka untuk menguasai Vienna (1683) dan juga
penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja yang
besar. Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di
Eropah. Antara peperangan yang mereka lalui ialah peperangan
menentang Poland-Lithuania, Rusia dan Autria-Hungary. Peperangan
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
9
kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad, dari
kurun ke 17, 18 hingga kurun ke 19. Ia merupakan konflik yang panjang
dalam sejarah peperangan mereka. Ia pastinya menelan belanja yang
besar untuk menampung pasukan barisan hadapan. Kemenangan yang
didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan
pemerintahannya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian
yang dikenali sebagai Perjanjian Passarowitz, di mana ia telah
mewujudkan suasana yang aman pada tahun 1718 1730 (selama 12
tahun).5 Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng

Page | 50

pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak


Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar
pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat
dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan
cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam dan bermacam-macam
lagi.
Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem
pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti
Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak
dapat untuk menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di
Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah telah tewas
kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke 18.
Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah
dalaman dengan wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah
pemerintahannya. Mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari
Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh
British dan Perancis.
Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negaranegara
Balkan seperti Revolusi Serb (1804-1815). Revolusi ini menjadi
5 Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers
1535-1855, UK:
Foreign Office, pp. 67 70; Viorel Panaite (2001), On Ottoman-Polish Diplomatic

Page | 51

Relations, Stvdia Asiatica: International Journal for Asian Studies, issue II, no. 12, pp. 189197.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
10
pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun
1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang
terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di
bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.
Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan.
Satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari
pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi
Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin
ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan
untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc
Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak
British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab
ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.
ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)
Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan
cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan
penjajahan dari kuasa luar, terutamanya dari kalangan Kristian.

Page | 52

Serangan-serangan itu datang dalam bentuk kuasa sesebuah negara di


Eropah yang mula bangkit untuk menentang penguasaan Uthmaniyyah.
Semasa era ini jugalah pihak Uthmaniyyah banyak terlibat dalam
kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain
dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain
dan juga Rusia. Sebagai contoh, ketika berlaku Perang Crimea6 pada
tahun 1853, Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain
dan Perancis dalam menentang kuasa Rusia.
Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai
Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan.
6 Perang Crimea telah menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai
penduduk
yang dikenali sebagai Crimean Tatar. Penduduknya seramai 300,000 di daerah
Tauride.
Ia terletak di selatan Rusia. Sejumlah 200,000 telah melarikan diri ke dalam
wilayah
empayar Uthmaniyyah. Hari ini masih ada keturunan Crimea ini yang menetap
kebanyakannya di Uzbekistan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
11
Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam
membangunkan Turki dan membantu di dalam proses modenisasi
pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke 19.

Page | 53

Ketika Uthmaniyyah berada pada zaman melakukan penyusunan


semula dan pembaharuan (tanzimat)7 sekitar tahun 1839-1876, kerajaan
telah melakukan beberapa siri pembaikan kepada undang-undang
negara dan perlembagaan. Ia bermula dengan satu polisi rasmi yang
dikenali sebagai The Imperial Rescript of the Rose Chamber of 1839.8 Ia
merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika
pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga
penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang
lebih sekular. Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. Ia menjadikan
para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk.
Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam
kalangan masyarakat.
Tanzimat mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Ia lebih
merupakan proses untuk menangani kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
yang

sedang

berjalan

secara

perlahan

dan

beransur-ansur.

Sempadansempadan
wilayah yang mereka kuasai semakin mengecil lantaran
kebangkitan Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah juga dilihat sudah tidak gah
berbanding dengan pasukan tentera Eropah. Oleh kerana wilayah
tadbiran mereka begitu luas, mereka tidak dapat menahan dari serangan7 Tanzimat bermaksud era penyusunan semula (reorganization) yang dilakukan
oleh

Page | 54

pihak Uthmaniyyah yang bermula dari tahun 1839 sehingga wujudnya


Perlembagaan
Pertama (First Consitutional) Uthmaniyyah pada tahun 1876. Ia bagi melindungi
Uthmaniyyah dari gerakan pembebasan berpaksikan bangsa, nasionalis, dan
juga
untuk sentiasa berwaspada dengan pihak luar terutama kuasa-kuasa yang ingin
melakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Sewaktu era inilah bermulanya
pihak
kerajaan Uthmaniyyah membuka ruang yang lebih dalam mengiktiraf golongan
nonMuslim iaitu dengan memberikan mereka hak kebebasan civil liberty dan hak
samarata
equality. Dengan cara ini, Kerajaan Uthmaniyyah dapat memanfaatkan golongan
nonMuslim dan kaum-kaum minoriti lain untuk turut sama dalam mempertahankan
negara.
8 Ia merupakan satu polisi rasmi yang memberikan hak samarata dalam
kalangan
Muslim dan non-Muslim. Ia bertujuan untuk menyatukan masyarakat yang tinggal
di
bawah pemerintahan Uthmaniyyah, di antara Islam dan non-Muslim, Turki dan
Greek,
Armenia dan Yahudi, dan Kurdi dan Arab.

Page | 55

Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah


12
serangan pihak musuh. Kekalahan di dalam beberapa peperangan di
Eropah tersebut, terutama kekalahan di Vienna, telah memberi kesan
kepada proses kejatuhan ini.
Proses tanzimat merangkumi aspek ketenteraan, perbankan dan
mendirikan kilang-kilang moden yang boleh menandingi Eropah.
Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan
samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa
mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini
menghapuskan sistem millet dalam Empayar Uthmaniyyah. Sistem millet
adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang, di mana
setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak,
adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat
yang mereka anggotai. Sistem ini terhapus dengan menjadikan semua
rakyat adalah sama tanpa mengira fahaman mereka. Kerajaan
Uthmaniyyah melihat bahawa penghapusan sistem millet akan
membolehkan mereka mengawal rakyat mereka terutama golongan nonMuslim di Barat.9 Begitu juga mereka berasa yakin dapat melegakan
kuasa Eropah dengan tidak lagi perlu untuk membela golongan nonMuslim kerana pihak Uthmaniyyah telah mengambil pendekatan
proaktif menjamin hak-hak mereka. Tetapi pihak kuasa Eropah
meneruskan kebangkitan mereka dan ini melemahkan kerajaan

Page | 56

Uthmaniyyah.
Jika diteliti, penghapusan sistem millet adalah suatu tindakan yang
pada asasnya boleh diterima kerana suasana pada waktu tersebut
berbeza, di mana gerakan pembebasan dari sebarang cengkaman sedang
berkembang. Tambahan pula dari aspek Islam, ia amat digalakkan untuk
memberi hak sama rata tanpa memilih sesiapa. Itulah yang menjadi
amalan ketika Nabi S.A.W memasuki Madinah dan melakukan
perjanjian dengan penduduk pelbagai kaum di Madinah dengan
memasukkan semua bangsa sebagai satu ummah. Ini menunjukkan
perkara equality ini sebenarnya bukan sesuatu yang pelik di dalam Islam.
Cuma yang menjadi masalah ialah orang yang tidak memahaminya atau
mereka yang cuba menjadi jaguh dengan mengambil ia sebagai contoh
9 Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804,
US: University
of Washington Press, pp. 231-245.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
13
untuk tujuan dan kepentingan tersendiri. Sehingga di dalam konteks
agama pun, ada yang ingin menyamatarafkan semua agama itu sama; ini
suatu yang tidak betul dan tidak tepat dalam penafsiran equality dan
ummah tersebut.
Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari
tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I,10 dengan harapan

Page | 57

dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap


ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah melalui institusiinstitusi
baru. Antara cetusan baru pihak Uthmaniyyah merangkumi:
i. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan
jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
ii. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840)
iii. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji
dan penentuan tempoh berkhidmat (1843-1844)
iv. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara
(1844)
v. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model
Perancis
vi. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah
mengikut model Perancis
vii. Mewujudkan Meclisi Maarifi Umumiye (1845) yang menjadi
dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
viii. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
ix. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan
memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
x. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866.
xi. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri,
pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan
kemajuan perdagangan.

Page | 58

10 Ia turut didokong oleh mereka yang berpendidikan barat seperti Ali Pasha,
Fuad Pasha,
Ahmet Cevdet Pasha dan Medhat Pasha. Mereka ini melihat bahawa institusiinstitusi
agama dan ketenteraan yang bersifat tradisional sudah tidak sesuai untuk
berdepan
dalam zaman moden pada ketika itu. Pembaharuan yang mereka inginkan
adalah lebih
kepada

mengambil

sistem-sistem

yang

berjaya

dijalankan

di

Eropah.

Pembaharuan itu
termasuklah servis wajib untuk pertahanan (conscription), pendidikan, institusi
dan
perundangan, dan pendekatan sistematik bagi menghapuskan rasuah.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
14
Semasa proses Tanzimat berlangsung, sebenarnya golongan Kristian
yang mendapat manfaat dari segi pendidikan tinggi. Mereka telah
mengatasi golongan Muslim yang menyebabkan berlakunya sedikit rasa
kesedaran di kalangan Muslim tentang apa yang sedang terjadi. Sebagai
contoh, pada tahun 1861, terdapat kira-kira 571 sekolah dasar dan kirakira
94 sekolah peringkat menengah bagi golongan Kristian dengan
jumlah pelajar menjangkau 140 ribu orang. Jumlah ini lebih tinggi
berbanding golongan Muslim yang mendapat pendidikan formal kerana

Page | 59

rata-rata masyarakat Muslim lebih memberikan tumpuan di madrasah


mempelajari Bahasa Arab dan pengajian Islam. Kesan dari pendidikan
formal yang diperolehi oleh golongan Kristian, mereka telah berjaya
menguasai aspek ekonomi. Umpamanya pada tahun 1911, daripada 654
gedung pemborong di Constantinople, 528 dimiliki oleh masyarakat
bukan Islam (Kristian) dari keturunan Greek yang jelas menunjukkan
penguasaan ekonomi semasa masih di bawah pemerintahan
Uthmaniyyah.
Kewujudan Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah merupakan
zaman perubahan dari Kanun-i Esasi yang bermaksud undang-undang
asas kepada sistem perlembagaan yang bersifat monarki (constitutional
monarchy). Ini bermaksud mereka memartabatkan Sultan sebagai ketua
negara yang bertindak berdasarkan parameter yang ditetapkan sama ada
bertulis (codified written), tidak bertulis (uncodified unwritten) ataupun
kedua-duanya. Ia berbeza dengan monarki mutlak (absolute monarchy) di
mana monarki mutlak bertindak sebagai satu-satunya sumber kuasa
politik di dalam sesebuah negara dan tidak terikat dengan sebarang
perlembagaan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh golongan
muda Uthmaniyyah11 pada 23 November 1876 sehingga 13 Februari
11 Young Ottomans atau Golongan Muda Uthmaniyyah, merupakan satu
organisasi rahsia

Page | 60

di kalangan intelektual yang dibentuk pada tahun 1865. Ia dipengaruhi oleh


pemikirpemikir
Barat yang mencetuskan Revolusi Perancis iaitu Monstesquieu dan Rousseau.
Organisasi rahsia ini membentuk konsep Ottomanism yang selari dengan dua
pemikir
Perancis tersebut. Mereka mencadangkan pembentukan perlembagaan dan
kerajaan
berparlimen. Mereka adalah kumpulan yang tidak puashati dengan birokrasi
mutlak
dan ingin mencari jalan ke arah sistem yang lebih mesra dengan mengambil kira
keputusan dibuat secara demokrasi. Salah seorang dari anggota mereka, Namik
Kemal,
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
15
1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen
dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat
rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk
berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat
oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berperlembagaan, bukan
sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga
kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid
II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak

Page | 61

kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini


terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana
terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka
memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan
Uthmaniyyah menyertai Perang Dunia I.
KESAN TANZIMAT
Pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Uthmaniyyah telah
memberikan kesan kepada perkembangan masyarakat pada waktu
tersebut. Dari aspek pendidikan, ia telah melahirkan tokoh sekular yang
dikenali di Turki dan juga dunia iaitu Mustafa Kamal Atartuk.
Sebahagian menganggap beliau sebagai pemikir dan pemimpin
progresif, namun sebahagian besar umat Islam di luar Turki
menempatkan beliau sebagai pengkhianat kepada sistem khilafah, atau
sistem pemerintahan Islam dengan memperkenalkan sistem sekular.
Mereka turut terpaksa tunduk kepada desakan kuasa Barat yang
menuntut supaya hak diberikan kepada penduduk mereka yang
memperkenalkan konsep vatan [Arab. watan] (fatherland) yakni negara dan
konsep
hurriyet [Arab. hurriyat] (freedom) yakni kebebasan. Organisasi ini diisytiharkan
haram
pada tahun 1867 dan ahlinya terpaksa hidup dalam buangan. Kegagalan polisi
yang
ingin dibawa oleh kumpulan ini dalam usaha menyekat kejatuhan Empayar

Page | 62

Uthmaniyyah telah menyebabkan kelompok intelektual mencari jalan lain.


Kemudian
terbentuklah beberapa organisasi, salah satunya Young Turks (Golongan Muda
Turki),
di mana mereka telah membawa kerajaan Uthmaniyyah kepada zaman
Perlembangaan
Kedua (second constitutional era) dan kemudiannya terlibat dalam Perang Dunia
I. Polisi
cadangan mereka berkembang ketika era pemerintahan 3 Pasha.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
16
beragama Kristian, terutama dari golongan kelas menengah. Ini telah
membuka ruang kepada pengukuhan golongan non-Muslim.
Sedangkan bagi pihak Muslim, ia tidak memberikan sebarang
kelebihan kepada mereka, malah menyebabkan status mereka makin
teruk dihimpit oleh permintaan-permintaan non-Muslim. Ini
menyebabkan wujudnya kumpulan anti-Barat yang dipelopori golongan
muda dan mereka yang sedar terhadap polisi yang tidak
menguntungkan umat Islam. Pembaharuan ini mencapai kemuncak pada
tahun 1876 ketika Perlembagaan Pertama dicetuskan, di mana
perlembagaan itu membataskan kuasa pemerintah autokrat para Sultan
yang harus mengikut kehendak perlembagaan.
Perkara utama yang dimasukkan dalam pembaharuan ini

Page | 63

termasuklah kebebasan agama, menghormati undang-undang, dan


pemerkasaan hak. Ia memberi nafas baru kepada non-Muslim yang
meminta supaya perkara ini diberikan kepada mereka terutama dari
aspek jaminan untuk menjalani kehidupan dengan selamat.12 Kesannya
turut dirasai di wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah, termasuk
Lubnan dan Palestin.
Di Palestin, pembaharuan undang-undang tanah telah
membolehkan golongan Yahudi keturunan Rusia membeli tanah di
Palestin dan mendapat hak untuk berhijrah ke tanah tersebut. Ia adalah
sebahagian dari pembaharuan ke atas struktur pemilikan tanah di dalam
Undang-undang Tanah Uthmaniyyah (Ottoman Land Law) 1858.13 Untuk
meningkatkan pendapatan melalui cukai, buat pertama kalinya Kerajaan
Uthmaniyyah meminta supaya masyarakat Arab Palestin untuk
mendaftarkan tanah milik mereka. Oleh kerana kebanyakan golongan
petani fallahin tidak berkemampuan untuk mendaftarkan tanah dan tidak
mempunyai kebolehan membaca, maka golongan ketua kampung
mukhtar mengambil kesempatan dengan mendaftarkan secara kolektif
12 Roderic H. Davison (1954), Turkish Attitudes Concerning Christian-Muslim
Equality in
the Nineteenth Century, The American Historical Review, Vol. 59, No. 4 (July),
pp. 844864.

Page | 64

13 Raja Shehadeh (1982), The Land Law of Palestine: An Analysis of the


Definition of State
Lands, Journal of Palestine Studies, Vol. 11, No. 2 (Winter), pp. 82-99.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
17
tanah-tanah tersebut di atas nama mereka mengikut kampung masingmasing.
Oleh sebab itu ada sebahagian mereka yang tidak amanah,
mengambil kesempatan menjual tanah-tanah tersebut yang mereka
perolehi kepada golongan pendatang Yahudi dan mereka sendiri
memilih untuk berpindah ke tempat baru di Syria atau Turki.
Ini sesuatu yang harus dipelajari terutama dalam konteks negara
kita Malaysia dengan kepelbagaian penduduk yang ada. Pernah pada
satu ketika dahulu, ada pihak-pihak tertentu yang ingin menubuhkan
IFC Interfaith Commision, bagi membantu memperjuangkan tuntutan
non-Muslim dalam beberapa perkara. Namun, IFC tersebut telah ditolak
oleh pihak kerajaan kerana ia dilihat tidak sesuai dan boleh mencetuskan
ketegangan dalam kalangan umat Islam selaku penduduk majoriti di
dalam negara ini. Ia turut mendapat bantahan kuat dari masyarakat,
termasuk jaringan NGO Islam, Allied Coordinating Committee of Islamic
NGOs (ACCIN).
Kini versi yang hampir sama dengan IFC ditubuhkan oleh kabinet
dengan nama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan
Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKPA), di bawah

Page | 65

penyelaras yang dilantik iaitu Datuk Hjh Illani Isahak. Pihak ACCIN
dijemput untuk menganggotai Jawatankuasa ini. Walaupun pihak
ACCIN menerima untuk menganggotainya, namun masih terdapat
ruang perbincangan yang sedang diteliti dari masa ke semasa supaya
Jawatankuasa ini tidak dilihat sebagai rubber stamp untuk membenarkan
tuntutan-tuntutan non-Muslim yang tidak berpaksikan kepada semangat
perlembagaan. Persatuan Ulama Malaysia dan para cendikiawan Islam
sama ada di IPT atau di institusi-institusi lain perlu mengambil jalan
untuk mewacanakan isu-isu sebegini demi memugar hak-hak yang
seharusnya diperkasa untuk masyarakat Islam.
KEMERDEKAAN ATAS SEMANGAT NASIONALISME DAN
PENJAJAHAN ABAD KE 19
Kebangkitan semangat nasionalisme telah melanda banyak negara pada
abad ke 19. Thal ini tidak terkecuali memberi kesan kepada wilayahwilayah
yang berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Bilangan
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
18
kumpulan revolusi pejuang politik bertambah dengan banyak, di
samping perjuangan berlandaskan etnik. Ramai di kalangan rakyat Turki
Uthmaniyyah melihat perkara ini dan ingin mendapat kepastian sama
ada ia berpunca daripada polisi negara mereka atau berpunca dari
gerakan luar. Sebahagian melihat bahawa gerakan kebangkitan etnik ini
adalah masalah dalaman tanpa ada kaitan dengan unsur luar dan tidak

Page | 66

berkait dengan polisi pemerintahan. Walaupun era ini ada menunjukkan


kemajuan kepada pihak Uthmaniyyah, tetapi masalah kebangkitan
bangsa yang berlaku ini menyebabkan mereka tidak dapat mentadbir
secara efektif. 14
Pada tahun 1821, Republik Hellenistic (Greece) menjadi wilayah
Balkan pertama yang membubarkan diri dan mengisytiharkan
kemerdekaan dari pihak Uthmaniyyah. Gerakan tanzimat tidak pula
memberi tumpuan kepada negara Balkan lain seperti Serbia yang telah
menjadi wilayah autonomi atau ada yang mengatakan ia sebagai wilayah
semi-merdeka di bawah Uthmaniyyah. Pada tahun 1875, Serbia dan
Montenegoro, dan Wallachia dan Moldavia (kedua-duanya dalam
Romania) telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Empayar tersebut.
Ketiga-tiga wilayah ini telah merdeka secara rasmi setelah peperangan
yang berlaku di antara Kerajaan Uthmaniyyah dan kuasa Kristian
Ortodox di sebelah Timur Eropah. Lebih tepat ia dikenali sebagai RussoTurkish War yang berlangsung pada tahun 1877-1878, di mana pihak
Rusia telah membebaskan negara Balkan tersebut dengan kemerdekaan
rasmi.
Bosnia dan negara Sanjak of Novi Pazar (Montenegro, Serbia and
Kosovo), sebahagiannya dijajah oleh Austria dan Hungary pada tahun
1878. Walaupun tentera Uthmaniyyah berada di Bosnia, namun ia tidak
menghalang dari kemerdekaan negara tersebut pada tahun 1908,
manakala Novi Pazar pada peperangan pertama yang berlaku di Balkan

Page | 67

iaitu pada tahun 1912. Uthmaniyyah menyerahkan Cyprus kepada


British pada tahun 1878.
14 Kemal H. Karpat (1972), The Transformation of the Ottoman State, 17891908,
International Journal of Middle East Studies, 3, pp. 243-281.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
19
Gambarajah 2: Sanjak of Novi Pazar.
Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png
British menjajah Mesir pada tahun 1882, tetapi Mesir dianggap
masih lagi berada di bawah Uthmaniyyah bersama dengan Sudan secara
undang-undang (de jure) tetapi tanpa kuasa sehingga 1914, iaitu ketika
Uthmaniyyah menyertai pasukan bersekutu terlibat di dalam Perang
Dunia I. Wilayah Uthmaniyyah lain di Utara Afrika dijajah oleh Perancis
bermula dengan Algeria (1830), Tunisia (1881) dan penjajahan Itali ke
atas Libya pada 1912.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
20
Dari sini dapat dilihat bahawa kejatuhan wilayah pemerintahan
Uthmaniyyah satu demi satu telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah
semakin mengecil dan pengaruhnya tidak lagi digeruni oleh Barat. Lebih
memenatkan Uthmaniyyah ialah mereka terpaksa berhadapan dengan
jumlah hutang yang tinggi dari bank-bank di Eropah. Ini telah menjadi

Page | 68

parah apabila mereka perlu menubuhkan badan penyelarasan hutang.


Satu perkara yang menyebabkan mereka masih bertahan pada akhir
abad ke 19 ialah kerana wujudnya kuasa yang ingin mengimbangai
kuasa-kuasa Eropah yang lain. Austria dan Rusia ingin terus menguasai
wilayah-wilayah Uthmaniyyah tetapi mereka sering mendapat halangan
pihak British dalam hal tersebut. Ini kerana British tidak mahu Rusia
mendominasi kawasan Timur Mediterranian sehingga nanti boleh
menjadikan mereka suatu kuasa yang kuat tanpa ada kuasa pengimbang.
AWAL ABAD KE 20: ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN
PEMERINTAHAN
Rentetan dari beberapa peristiwa yang berlaku pada awal abad ke 20,
Kerajaan Uthmaniyyah semakin tertekan.
Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916,
menyaksikan Kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas
wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi). Ketika
perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan
pada 30 Oktober 1918,15 sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang
masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Madinah,
sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.
Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan
Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan
oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu

Page | 69

15 Perjanjian itu dikenali sebagai Armistice of Mudros di mana Uthmaniyyah


perlu
menyerahkan wilayah di luar daripada Anatolia dan membenarkan pasukan
bersekutu
memasuki laut Bosporus. Perjanjian itu juga memberi hak kepada pasukan
bersekutu
untuk menjajah mana-mana wilayah yang bergolak dan dianggap memberikan
ancaman keselamatan.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
21
Perjanjian Sykes-Picot. Ia adalah perjanjian sulit untuk membahagibahagikan
wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut,
termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir McMohan, wakil British
di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab
Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk
beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam
perjanjian rahsia tersebut. Hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain
pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.
Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya
menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau Berjaya
menawannya pada Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan
terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal
yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British

Page | 70

menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada


pemerintahan Uthmaniyyah.16
Kerajaan Islam Uthmaniyyah mula terbubar pada 1 November 1922
apabila ia tidak lagi menjadi negara yang mempunyai sistem
pemerintahan beraja (monarki). Kerajaan tersebut tidak wujud lagi
bermula apabila pertukaran nama dibuat kepada Republik Turki yang
telah diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923. Ia telah
menandakan kejatuhan Uthmaniyyah yang telah memimpin dunia Islam
selama lebih 6 abad.
Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah memberi kesan besar kepada
permasalahan yang berlaku di Timur Tengah pada masa kini.
Catherwood menyatakan: as a result in the twenty first century we live
with the consequences, namely the so called Muslim terrorism, Palestine vs.
Israel, the intifada, the war in Iraq, Saudi petrodollars and even the wars at the
backyard of Europe, in Bosnia and Kosovo. According to him, these all resulted
from the demise of Ottoman Empire.17
16 Dov Gavish (2005), A Survey of Palestine under the British Mandate, 19201948, hal. 21.
17 Christopher Catherwood (2006), A Brief History of The Middle East, London:
Robinson, p.
154.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
22

Page | 71

Baxter and Akbarzadeh juga mempunyai pandangan yang sama


tentang perkara ini. Katanya the fall of the Ottoman Empire and the
establishment of a system of distinct nation-states signalled a new phase in
regionally history.18
Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh
digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti
berikut:
i. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan
dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka
dengan bank-bank Eropah.19 Sebahagian mengatakan termaterma
pinjaman dari bank di Eropah memberikan keistimewaan
kepada Perancis dan Britain, yang mana dua kuasa inilah pula
yang menjadi penganjur hutang kepada Uthmaniyyah.20
ii. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah
termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab
pada tahun 1916. Ia berlaku dengan adanya perbincangan rahsia
di antara kuasa penjajah Barat dengan golongan pemimpin Arab.
Kebangkitan Arab itu berpunca daripada a blend of political
opportunism, nationalist inclinations, financial incentive (which was
provided by the British) and dynastic ambition. 21
iii. Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah
menjadi plan strategik pihak kuasa Barat untuk
memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku

Page | 72

disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah


18 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East: The
Root of anti-Americanism, London and New York: Routledge, p. 8.
19 Douglas A Howard (2001), The History of Turkey, London: Greenwood
Publishing
Group, p. 71.
20 Sila lihat Robert G. Landen (2006), Financial Imperialism and Its Relationship
to
Development; the Ottoman Public Debt Administration, 1881 1925, in Camron
Michael Amin, Benjamin C. Fortna & Elizabeth Brown Frierson (eds.), The
Modern
Middle East: a Sourcebook for History, New York: Oxford University Press, pp.
584 593;
Murat Birdal (2010), The Political Economy of Ottoman Public Debt: Insolvency
and European
Financial Control in the Late Nineteenth Century, UK: Ib Tauris, pp. 1-15.
21 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East, p. 12.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
23
akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada
tahun 1914.22

Page | 73

iv. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama juga


menjadi penyebab kejatuhan empayar ini. Mungkin mereka
tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan
untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas.
Selepas Uthmaniyyah menandatangai persetujuan pada bulan
Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia
dengan sokongan dari United Kingdom, ia sebenarnya
menambah episod duka buat empayar Uthmaniyyah itu sendiri.
Baxter dan Akbarzadeh menyatakan had the Ottoman elected to
remain neutral in this conflict, regional history might have taken a very
different cause.23
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti
pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Beliau menjadi sultan kepada
kerajaan Uthmaniyyah di ambang pembubarannya di mana beliau
sempat memerintah selama hampir 17 bulan bermula 19 November 1922
3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah
Republik Turki diisytiharkan dan polisi negara mereka juga telah
berubah kepada mengadaptasi sistem yang lebih terbuka, liberal dan
mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di
dalam pertimbangan sebarang polisi negara.
PENUTUP
Kerajaan Uthmaniyyah pernah berada di posisi hebat dengan menguasai
dunia Timur dan Barat, termasuk juga benua Afrika. Penguasaan mereka

Page | 74

ke atas tiga benua ini menjadikan mereka sebagai kuasa yang dihormati.
Namun, seakan membenarkan teori kitaran Ibn Khaldun, Kerajaan ini
mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa
masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas
tersebut, Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan. Zaman tersebut
22 David Fromkin (1989), A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman
Empire and the
Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286 288.
23 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East, p. 10.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
24 Yussamir Yusof aljohori, journal Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50
tahun Ogos 2007

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan
Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre
Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala
Lumpur: IKIM
Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes

Page | 75

RUJUKAN
MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.
Mohd roslan mohd nor sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan kerajaan islam
uthmaniyyah
https://mrscd.files.wordpress.com/.../nota-sejarah.pdf kerajaan bani abbasiyah
http://razzyy.com/Nota/NotaTingkatan4/tamaddun%20ting%204/KERAJAAN%20BANI
%20UMAYYAH.doc. Kerajaan bani umayyah

1 Steven Runciman (1965), The Fall of Constantinople, 1453, UK: Cambridge


University
Press, pp. 55 80; Franz Babinger (1992), Mehmed the Conqueror and His
Time, New
Jersey: Princeton University Press, pp. 269 278.
2 Suraiya Faroqhi (1999), Approaching Ottoman History: An Introduction to the
Sources, UK:
Cambridge University Press, pp. 5 15; __________ (2008), The Ottoman
Empire: A Short
History, Princeton: Markus Wiener Publisher, pp. 39 50.
5 Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers
1535-1855, UK:
Foreign Office, pp. 67 70; Viorel Panaite (2001), On Ottoman-Polish Diplomatic

Page | 76

Relations, Stvdia Asiatica: International Journal for Asian Studies, issue II, no. 12, pp. 189197.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
10
9 Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804,
US: University
of Washington Press, pp. 231-245.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
13
12 Roderic H. Davison (1954), Turkish Attitudes Concerning Christian-Muslim
Equality in
the Nineteenth Century, The American Historical Review, Vol. 59, No. 4 (July),
pp. 844864.
13 Raja Shehadeh (1982), The Land Law of Palestine: An Analysis of the
Definition of State
Lands, Journal of Palestine Studies, Vol. 11, No. 2 (Winter), pp. 82-99.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
17
14 Kemal H. Karpat (1972), The Transformation of the Ottoman State, 17891908,
International Journal of Middle East Studies, 3, pp. 243-281.

Page | 77

Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah


19
Gambarajah 2: Sanjak of Novi Pazar.
Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png
18 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East: The
Root of anti-Americanism, London and New York: Routledge, p. 8.
19 Douglas A Howard (2001), The History of Turkey, London: Greenwood
Publishing
Group, p. 71.
20 Sila lihat Robert G. Landen (2006), Financial Imperialism and Its Relationship
to
Development; the Ottoman Public Debt Administration, 1881 1925, in Camron
Michael Amin, Benjamin C. Fortna & Elizabeth Brown Frierson (eds.), The
Modern
Middle East: a Sourcebook for History, New York: Oxford University Press, pp.
584 593;
Murat Birdal (2010), The Political Economy of Ottoman Public Debt: Insolvency
and European
Financial Control in the Late Nineteenth Century, UK: Ib Tauris, pp. 1-15.
21 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East, p. 12.
Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Page | 78

23
22 David Fromkin (1989), A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman
Empire and the
Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286 288.
23 Kylie Baxter and Shahram Akbarzadeh (2009), US Foreign Policy in the
Middle East, p. 10.
Baldatun Tayyibah: Model Uthmaniyyah
24

Yussamir Yusof aljohori, journal Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50


tahun Ogos 2007

Page | 79

Anda mungkin juga menyukai