Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN IKS 1.

Sumbangan kepada masyarakat


a. Peluang menceburi bidang perusahaan Selepas tamat persekolahan setiap individu bpleh menceburi bidang perniagaan untuk menperoleh kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan

b. Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti Setiap individu berpeluang untuk nmenguji kebolehan diri untuk mencapai potensi sebenar mereka

c. Peluang pekerjaan Pesat membangun Berintensif buruh menyebabkan IKS memperoleh tenaga kerja yang ramai. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan yang banyak dan dapat mengurangkan pengangguran

d. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat IKS dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan mengeluarkan barang keperluan asas dan ia dapat meningkatkan taraf hidup pengguna.

2. Sumbangan kepada negara


a. Mengurangkan pengangguran IKS berintensif buruh menyebabkan keperluan tenaga buruh yang ramai mewujudkan banyak peluang pekerjaaan dan mengurangka pengangguran.

b. Meningkatkan tabungan dalam ekonomi Modal IKS daripada simpanan pemilik sendiri jadi pengusaha terpaksa menyimpan untuk pengumpulan modal dan ia akan meningkatakan tabunga dalam ekonomi dan mengurangkan pembaziran

c. Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawark upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir. Mengurangkan jurang pendapatan antara penduduk. IKS memberi peluang kepada pekerja kurang mahir mendapat gaji setaraf dengan pekerja mahir dan professional.

d. Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja Memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek operasi kilang untuk melengkapkan diri dengan ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran kilang

e. Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Terdapat dua cara iaitu: - IKS mengeluarkan input untuk industri besar - pemindahan teknologi kepada IKS dari industri besar.

f. Mengurangkan import barang pengguna IKS mengeluarkan pelbagai jenis barang pengguna menyebabkan pengguna tidak bergantung pada barangan import dan mengurangkan pengaliran wang ke luar Negara.

Anda mungkin juga menyukai