Anda di halaman 1dari 22

Penipisan

lapisan ozon
konsep

Penipisan lapisan ozon ialah terputusnya ikatan kovalen


3 atom oksigen yang terdapat dalam lapisan stratosfera
akibat aktiviti manusia seperti penggunaan CFC
sehingga lapisan ozon terhakis dan menipis
menyebabkan berlakunya kesan negatif kepada alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.
Faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya
penipisan lapisan ozon

Faktor fizikal
Letupan gunung
berapi
Hal ini kerana,debu yang terhasil daripada gunung berapi
mengandungi banyak aerosol sulfat yang bertindak untuk
menyelerakkan cahaya matahari lalu mengurangkan intensiti
cahaya.
Hasilnya,intensiti cahaya matahari yang rendah akan
mengurangkan pembentukan lapisan ozon dan sebaliknya
menjadikan atom klorin lebih aktif menyerang gas ozon.
Sebagai contoh,letupan gunung berapi Pinatubo pada tahun
1991 telah membebaskan 30 megatan aerosol dan mempengaruhi
pembentukan lubang ozon di Antartika.Menurut kajian,letupan
gunung berapi yang sering berlaku dikatakan penyumbang
kepada pembesaran lubang ozon di Antartika sebanyak 20%.
Pembakaran hutan secara
semulajadi

hal ini kerana, hutan yang terbakar secara semulajadi membebaskan gas-gas
pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan CFC serta partikel
terampai seperti habuk dan debu ke atmosfera.
Seterusnya, pertambahan gas ini akan menyebabkan haba terperangkap di
lapisan troposfera. Oleh itu, laisan stratosfera mengalami kekurangan
bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
Menurut kajian, setiap peningkatan suhu sebanyak 2-3 darjah celcius di
lapisan troposfera maka berlaku penurunan suhu sebanyak 10 darjah celcius
di lapisan stratosfera yang mempercepatkan proses pmbentukan hablur ais.
Sebagai contoh, kebakaran hutan di Kalimantan Timur yang terjadi pada
1983 merupakan suatu bencana di hutan hujan tropis menyebabkan
kemusnahan hutan seluas 3.5 hektar akibat musim kemarau yang panjang
faktor-faktor
yang
mempengaru
hi aktiviti
Pembebasan gas
klorofluorokarbon(CFC)

CFC merupakan bahan kimia yang digunakan secara meluas


sebagai bahan penyejuk dan erosol dalam industri penyembur
cat,racun seranggan dan minyak wangi.
Hal ini demikian kerana,CFC mengandungi satu atom karbon
dengan 2 atom klorin dan 2 atom florin.Apabila CFC yang
mengandungi klorin dibebaskan ke udara maka,unsur-unsur klorin
akan meningkat kerana dipecahkan oleh sinaran matahari.
Seterunya,klorin ini akan bertindak balas dengan gas ozon dan
memusnahkan molekul-molekul ozon tersebut.
Menurut kajian, M. J. Molina dan F. S. Rowland, 1974,
menunjukkan bahawa CFC boleh bertindak sebagai pemangkin
yang mempercepatkan penipisan lapisn ozon dengan kehadiran
cahaya ultraungubyang tinggi dan menyatakan ozon akan
dinipiskan sebanyak 7 peratus dalam tempoh 60 tahun.
Kegiatan pertanian

Hal ini kerana, baja nitrogen yang digunakan secara


berterusan dalam bidang pertanian telah membebaskan gas
nitrogen yang bertindak balas dengan gas oksigen menjadi
nitrus dioksida ke atmosfera bumi menyebabkan berlakunya
penipisan lapisan ozon.
Menurut kajian,kegiatan pertanian dikatakan menyumbang
sebanyak 15% terhadap kerosakan lapisan ozon.
Pelancaran roket

Hal ini kerana, bahan pepejal roket mengandungi asid hidroklorik


(HCL) yang mengandungi klorin.
Seterusnya, ,klorin yang dibebaskan melalui pelancaran roket
tersebut akan bertindak balas dengan gas ozon dan seterusnya
mengurangkan gas tersebut di lapisan stratosfera bumi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA pada tahun 1991,setiap
kali roket dilancarkan ke angkasa lepas,sebanyak 75 tan unsur klorin
dibebaskan ke atmosfera.
Kesan Penipisan
Lapisan Ozon
(Alam Sekitar
Fizikal)
Perubahan iklim

Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran


ultra ungu berlebihan lalu mengakibatkan
perubahan iklim dunia dalam jangka pendek
sehingga berlakunya pemanasan global manakala
jangka masa panjang kekurangan ozon
menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan
tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan
suhu bumi menjadi sejuk
Pencairan ais dan glasier

Pemanasan suhu global akibat kemasukan ultra ungu yang


berlebihan akan mengakibatkan pencairan ais di kutub dan
pencairan glasier di kawasan pergunungan. Pencairan ais kutub
dan glasier secara besar-besaran akan memberi impak terhadap
alam sekitar
Kuantiti air laut bertambah dengan mendadak. Kawasan-kawasan
pinggir pantai yang rendah akan tenggelam.
Menurut kajian peningkatan aras laut berlaku sebanyak 2cm
setahun dan dijangkakan pada tahun 2050 aras laut akan
meningkat sebanyak 15cm
Contohnya di Lembah Kering Antartika (1970) tasik-tasik ais
semakin mencair di mana kepingan ais sebesar negara Paraquay
didapati lenyap dalam masa 3 tahun
Kesan
Berlakunya
Penipisan
Lapisan Ozon
(Alam Sekitar
Penyakit kanser kulit

Pertambahan sinar ultra ungu menyebabkan pelbagai


penyakit kepada manusia mengakibatkan kulit semakin
tebal dan pembentukan kedut serta kekurangan
keanjalan kulit
Pendedahan secara terus terhadap sinaran tersebut
boleh menyebabkan kanser kulit
Kanser kulit didapati meningkat dengan ketara di
benua Australia kerana benua tersebut berada
berhampiran dengan lubang ozon Antartika
Menjejaskan aktiviti
pertanian
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultra ungu
menjejaskan pertumbuhan tanaman seperti proses
pembungaan. Antara tanaman yang terjejas ialah gandum dan
kacang soya
Pemanasan yang melampau akibat peningkatan suhu dunia
menyebabkan berlakunya fenomena kemarau yang panjang.
Kemarau boleh menjejaskan aktiviti pertanian seterusnya
menjejaskan pendapatan petani dan merugikan pelbagai
pihak.
Sebagai contoh, kajian yang dijalakan oleh ahli botani Alan
Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat,
menunjukkan bahawa lemak dan zat protein untuk tanaman
kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
Menjejaskan aktiviti
perikanan

Penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan


suhu air laut.
Hal ini demikian kerana,suhu air laut yang melebihi
30 darjah celcius menjejaskan pembentukan
terumbu karang yang menjadi habitat hidupan
akuatik
Seterusnya,kekurangan terumbu karang menjejaskan
pembiakan hidupan akuatik sekaligus mengurangkan
pendapatan nelayan.
Langkah
mengatasi
penipisan
lapisan ozon
Penggunaan bahan alternatif
menggantikan cfc

Hal ini kerana penggunaan bahan CFC akan menipiskan


lapisan ozon dan menyebabkan bahangan matahari lebih
banyak sampai ke permukaan bumi
Penggunaan tenaga bahan api alternatif yang lebih
mesra alam perlu dibangunkan dan dimajukan untuk
mengurangkan pembebasan gas pencemar seperti CFC
dan sulfur dioksida di atmosfera
Contonya tenaga hidroelektrik, tenaga geoterma,
tenaga angin, tenaga ombak, tenaga solar, tenaga biomas
dan tenaga pasang surut ombak
Penanaman semula
hutan

Penanaman semula hutan akan membolehkan


tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk
menyerap gas karbon dioksida yang berlebihan di
atmosfera disamping menghasilkan oksigen yang
merupakan unsur terpenting dalam pembentukan
lapisan ozon
Seterusnya boleh menangani masalah penipisan
lapisan ozon
Kempen kesedaran oleh badan-
badan sukarela

Kempen kesedaran kepada masyarakat dunia


melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel
Rakyat akan didedahkan dengan kesedaran
mengenai penipisan lapisan ozon
Contoh badan-badan sukarela ialah
Greenpeace dan WWF
Semua pihak boleh berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah penipisan lapisan ozon
Membuat persidangan

Hal ini kerana persidangan mampu menimbulkan


kesedaran kepada ketua-ketua negara yang mempunyai
kuasa esekutif dalam negara masing-masing
Melalui persidangan antarabangsa mengenai ozon
tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah
diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20-23
Febuari 1990
Dalam persidangan satu peraturan antarabangsa bagi
menyekat da mengawal pengeluaran serta penggunaan
kloroflorokarbon
Kesedaran melalui
pendidikan

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menerapkan isu-isu


penipisan lapisan ozon dalam sukatan pelajaran seperti geografi dan
sains
Dengan penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran murid-murid
atau pengguna-pengguna dapat ditingkatkan
Kesedaran pengguna akan mengurangkan pembakaran terbuka dan
mengurangkan kegunaan bahan CFC
Dalam sektor pertanian pengguna perlu menggunakan kaedah
tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi untuk
menjaga lapisan ozon

Anda mungkin juga menyukai