Anda di halaman 1dari 10

Kandungan

Penghargaan.......................................................................................................................... 2
Soalan Tugasan:.................................................................................................................... 3
Pengenalan............................................................................................................................ 4
Punca dirangka Piagam Madinah...........................................................................................4
Pengaplikasian konsep Piagam Madinah dalam konsep 1 Malaysia......................................5
Rumusan................................................................................................................................ 8
Rujukan.................................................................................................................................. 9
Lampiran.............................................................................................................................. 10

Penghargaan

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang
dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar
nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertama-tamanya, saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah dan nikmatnikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu
saya menyiapkan tugasan ini walau sedikitpun.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka
sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong
saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.
Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak

terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya, Ustazah Zubaidah kerana
dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya walau mengganggu masa rehatnya.
Mereka juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan
amat berhemah. Moga jasa baik mereka akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah
yang tidak ternilai harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan
khususnya dalam menghasilkan dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda
salurkan amat saya hargai. Sebelum menutup bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara lansung atau tidak lansung.
Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya. Sesungguhnya segala bantuan yang telah diberikan amatlah dihargai.

Soalan Tugasan:

Salah satu kandungan di dalam Piagam Madinah berbunyi : Semua penduduk Madinah
ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka
hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Analisis bagaimanakah konsep Piagam Madinah dapat dijadikan contoh dan diaplikasikan
dalam membentuk konsep 1 Malaysia.

Pengenalan

Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan ad-din
sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding dengan tamadun yang lain yang
diasaskan oleh manusia (Azhar Mad. Ros, Azharudin Mohd. Dali, Arbaiyah Mohd. Noor dan
Salina Zainol, 2004). Penyataan ini disokong oleh Khansor Johan, Mahayudin Yahaya,
Muzaffar Tate, Qasim Ahmad dan Rozana Zubir (1991), bahawa pemerintahan Islam di
Madinah

yang

diasaskan

oleh

Rasulullah

s.a.w

adalah

berasaskan

lunas-lunas

kemanusiaan dan keadilan dari segi politik, sosial dan ekonomi yang dianjurkan oleh AlQuran. Telah dikatakan bahawa sistem pemerintahan Islam sememangnya sesuatu yang
unik dan memperlihatkan aspek-aspek secara keseluruhan dalam kehidupan manusia.
Konsep pemerintahan dan pentadbiran Islam berasakan akidah, syariah dan akhlak. Prinsipprinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam ialah tauhid, risalah dan khilafah. Ini
menimbulkan kesedaran kepada negara masa kini terhadap pembinaan negara bangsa
perlu wujud dengan adanya entiti agama. Menurut Akhmal Hakim (2013), Rene Girard
seorang pakar falsafah sosial Perancis berkata, Sekiranya manusia tiba-tiba berhenti
meniru, setiap bentuk budaya akan lenyap. Ahli saraf sering mengingatkan kita yang otak
manusia adalah mesin meniru yang paling besar. Oleh itu, tidak ada salahnya jika Malaysia
mengambil ibrah dan iktibar daripada cara pemerintahan Islam pada masa lalu untuk
diterapkan dalam pemerintahan masa kini. Misalnya, negara yang dibangun oleh Rasulullah
utusan dari Allah S.W.T berlandaskan nilai-nilai Islam sudah tentu sebagai teladan untuk
ditiru negara Malaysia, kerana ini adalah teknik terbaik bagi menjadi hebat. Proses meniru
ini dikenali sebagai proses imitasi.

Punca dirangka Piagam Madinah

Piagam Madinah dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah. Ia mencatatkan
tanggungjawab ketua negara dan rakyat. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan
Islam. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya. 24 fasal tentang tanggungjawab
orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah. Perlembagaan ini ialah
perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.

Pengaplikasian konsep Piagam Madinah dalam konsep 1 Malaysia

Di dalam pemerintahan Islam, konsep ummah dibentuk oleh Nabi sendiri di bawah
Perlembagaan Madinah (Azhar Mad. Ros et.al, 2004). Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian
Montgomer Watt (1969), yang mengatakan bahawa negara Islam yang dibangun Rasulullah
s.a.w itu merupakan satu negara yang penduduknya terdiri dari percampuran pelbagai suku
bangsa Arab. Mereka, para suku itu bercampur dengan tujuan untuk mengadakan
persekutuan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa

revolusi perkembangan ketamadunan masyarakat Arab berlaku ekoran daripada lahirnya


ummah.
Maka di sini masyarakat berbilang bangsa disatukan untuk membentuk perpaduan
yang kukuh. Malaysia sendiri turut mempelajari dan mempraktikkan sistem ini dalam sistem
pentadbirannya. Pada hari ini konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato
Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 Piagam Madinah iaitu
bahawa mereka ini adalah satu umat. Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama
negara Malaysia pada hari ini. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam
suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan
pegangan. Nampaknya melalui perpaduan terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang
besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini
terbukti berjaya diamalkan oleh ummat Islam terdahulu.
Fasal 21, dalam Piagam Madinah Barangsiapa membunuh dengan sewenangwenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang
membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji
oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu
suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
Fasal tersebut dapat diaplikasikan dalam Gagasan 1Malaysia demi memastikan tidak
berlakunya pertumpahan darah sesuka hati. Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan
1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah
disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan
rakyat sentiasa diutamakan. Antara NKRA tersebut ialah mengurangkan kadar jenayah.
Dalam sebuah buku bertajuk TITAS karangan Azhar Mad. Ros et.al. (2004), telah
dinyatakan bahawa masyarakat bukan Islam seperti Yahudi Banu Awf juga mendapat hak
mereka walaupun duduk di bawah pemerintahan Islam. Mereka bebas beragama dan
membina pusat ibadat selagi mereka tidak mengganggu orang Islam. Menurut Abdullah al5

Ahsan (1992), mereka juga mendapat tempat di dalam pentadbiran negara selagi setia dan
patuh kepada undang-undang Islam sehingga mereka dianggap sebagai ummah maal
muslimin

(ummah

bersama-sama

orang

Islam).

Perlembagaan

persekutuan

ada

memperuntukkan kebebasan beragama dalam Perkara 11 (Perkara 3). Jelaslah bahawa


kebebasan agama tercatat dalam perlembagaan persekutuan, tidak ada sekatan atau
sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di Malaysia.
Malah pembinaan kuil atau tempat beribadat adalah dibenarkan. Jadi rakyat Malaysia yang
berbilang agama terlindung di bawah perlembagaan yang mulia ini. Pengaruh daripada
pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w dapat dilihat secara jelas dalam Perlembagaan
Malaysia. Ini mengelakkan daripada berlakunya bantahan daripada bukan Islam mengenai
hak mereka dalam beragama. Nampaknya, Malaysia mementingkan toleransi dan tidak
memaksa penduduknya daripada berpegang kepada sesuatu agama. Oleh itu, tidak akan
berlaku sebarang diskriminasi dan percanggahan persefahaman antara masyarakat.
Bahkan, al-Quran juga tidak melarang kaum Muslim untuk berbuat baik terhadap kaum
agama lain. Misalnya, dalam surah Al Mumtahanah ayat 8 disebutkan,
mencegahmu

berbuat

baik

kepada

mereka

yang

"Allah

tidak memerangimu

dan

tidak
tidak

mengusirmu dari kampung halamanmu."


Fasal 40 dalam Piagam Madinah ada menekankan Bahawa jiran tetangga
hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang
bahaya dan dosa. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar
dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara.

Konsep ini diamalkan di mana 1Malaysia menggalakkan masyarakat saling

menerima, bertoleransi dan saling melindungi di bawah payung sebuah negara iaitu
Malaysia.
Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita. Pernyataan ini menunjukkan warganegara Malaysia memainkan peranan masingmasing tidak kira perbezaan etnik, kaum, budaya dan agama. Justeru, semua bangsa
diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak
hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan
mereka sahaja. Idea sedemikian dapat dikaitkan dengan Piagam Madinah Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana
pihak yang mencerobohnya.

Rasulullah s.a.w telah menggubal Piagam Madinah dengan menitikberatkan soalsoal kesamarataan dan keadilan sosial di antara puak-puak yang berbeza. Hal ini dapat
dilihat dalam fasal 26-35. Terdapat 10 fasal yang menekankan aspek kesamarataan dan
keadilan sosial daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah. Misalnya:

Fasal 26:
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Semua rakyat Malaysia akan terbela nasibnya dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada
pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan
perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan
tetap dilaksanakan. Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah
landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.
Piagam Madinah yang telah digagaskan oleh Nabi Muhammad SAW dengan
jelasnya

menggariskan

perundangan

agar

semua

penduduk

Madinah

hendaklah

bekerjasama dalam masalah ekonomi. Nilai perpaduan ini telah disemai ke dalam diri
penduduk Madinah ketika itu dalam usaha membina suasana landskap ekonomi yang kukuh
sehingga muncul sebuah negara Islam yang pertama. Kota Madinah yang terdiri daripada
pelbagai suku kaum,bangsa dan agama bersatu pada satu paksi perlembagaan yang
menjamin hak kebebasan kepada mereka dalam menjalankan urusan seharian dan
ekonomi. Pengenaan cukai jizyah (cukai kepala) yang dikenakan kepada golongan kafir
zimmi menzahirkan konsep perekonomian yang telah wujud ketika itu dan ia menjamin
kehidupan sejahtera dan harmoni dinikmati tanpa sebarang pencabulan dan penindasan.
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dalam Gagasan 1Malaysia antaranya ialah kesetiaan. Prinsip kesetiaan amat diperlukan
dalam apa

jua

keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun

Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
Semua

kaum

mengatasi

perlu

kesetiaan

mengutamakan kesetiaan
kepada

kaum

dan

kepentingan

kepada

negara

dan kelompok sendiri. Nilai ini dapat dicontohi

melalui Piagam Madinah fasal 43 yang ada menyebut Bahawa tidaklah boleh diberi
bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan
7

kepada orang-orang yang membantunya. Fasal ini memberikan ibrah kepada Malaysia
agar rakyatnya mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi bagi mengelakkan berlakunya
kepincangan dalam negara.
Fasal 45 Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam
satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke
dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang
mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama
(Islam). Budaya ini bertepatan dengan nilai kebijaksanaan yang diterapkan dalam Gagasan
1Malaysia. Rakyat Malaysia ditekankan terhadap cara berhadapan dengan sebarang
masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

Rumusan

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah
amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas
dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya
dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua
rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan
(togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Rujukan

Abdullah al-Ahasan. (1992). Ummah or Nation : Identity Crisis in Contemporary Muslim


Society. Leicester : The Islamic Foundation
Azhar Mad Ros, Azharudin Mohd Dali, Arbaiyah Mohd. Nor dan Salina Zainol. (2000).
TITAS.
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khansor Johan, Mahayudin Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad dan Rozana Zubir.
(1991).
Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Akhmal Hakim. (2013). 8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior. Kuala


Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd.

Montgomery Watt. (1969). Muhammad Prophet and Statesman. London : Oxford.

Risalah Khas Maulidurasul SAW Perpaduan Nadi Transformasi Negara. 2015. Ed. Ke, 1.
Zulfakar Mamat & Ahmad Tarmizi Mahmud.

1MALAYSIA-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. (n.d.). Retrieved March 16,


2016,
from

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-

didahulukan-pencapaian-diutamakan.html

Lampiran

10

Anda mungkin juga menyukai