Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN AWAM DAN PENGAJIAN POLISI

DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (AM110)

SEMESTER 3

SESI 2020

IDA 202

TAJUK TUGASAN : HAK ASASI DAN TANGGUNGJAWAB BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

1. YEE YIN CHU (2019605206)


2.

DISEDIAKAN UNTUK :

NOR ALHANA ABD MALIK

1
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 3

ISU KEBEBASAN BERAGAMA

PRINSIP KEADILAN PELBAGAI KAUM

KEAMANAN DAN KESTABILAN HIDUP

TANGGUNGJAWAB DALAM KEMASYARAKATAN DAN EKONOMI NEGARA

KESIMPULAN

RUJUKAN

2
Pendahuluan

3
ISU KEBEBASAN BERAGAMA

4
PRINSIP KEADILAN PELBAGAI KAUM

5
KEAMANAN DAN KESTABILAN HIDUP
Hal ini perlu menjadi perhatian utama masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam dalam menjamin
kesejahteraan dan pemeliharaan hak asasi manusia setiap warganegara. Berikut merupakan prinsip dalam
memelihara keamanan dan kestabilan hidup sesama manusia :

a) Prinsip Kesejagatan : Terdapat banyak pesanan dalam al-Quran dan Sunnah untuk manusia yang
keseluruhannya bertemakan keadilan, kemanusiaan dan belas kasihan. Prinsip hak asasi manusia
yang ditekankan dalam al-Quran adalah bersifat sejagat.
b) Prinsip Kehormatan Islam : Islam mengiktiraf kehormatan insan dan manusia wajib menghormati
antara satu sama lain.
c) Prinsip Keadilan : Allah SWT telah mengamanahkan setiap manusia untuk bertanggungjawab
menegakkan keadilan tanpa pilih kasih.
d) Prinsip Ihsan : Memberi layanan yang adil dan saksama di bawah kedaulatan undang-undang (rule
of law) tanpa mengira status social dan ekonomi.
e) Prinsip Tidak Mendiskriminasi : Islam sememangnya menolak sebarang bentuk penindasan dan
diskriminasi terhadap warna kulit, bangsa, kaum atau apa-apa perbezaan yang lain.
f) Prinsip Kesaksamaan : Islam menolak sebarang pewujudan kelas masyarakat serta memberikan
hak yang saksama kepada semua manusia tanpa mengira darjat dan status sosial.

Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup dan hak ini adalah hak
yang sama dikecapi oleh orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melindungi
walaupun setitik darah mereka. Selain itu, orang Islam di negara Islam juga adalah dilarang sama
sekali menyakiti bukan Islam atau mencerobohi diri, keluarga harta atau agama mereka sama ada
melalui tangan (kekuasaan) ataupun lidah iaitu pertuturan. Apatah lagi umat Islam dilarang daripada
membunuh golongan bukan Islam kerana hak perlindungan yang tetap ini meliputi darah, jiwa dan
tubuh mereka, demikian juga dengan harta benda dan kemuliaan mereka.

Sebagai contoh yang didapati pada hari ini, konsep kejiranan sudah semakin luntur sehingga
semakin hari semakin rumit walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Aktiviti
yang bercorak kemasyarakatann seperti projek rukun tetangga, kejiranan, perpaduan dan sebagainya
masih belum menampakkan kejayaaan sepenuhnya. Dalam keamanan dan kestabilan hidup ini boleh
dilihat dalam aspek konsep kejiranan yang baik. Jiran yang baik adalah satu ikatan yang saling

6
menjaga antara satu sama lain berkongsi ketika susah senang sehingga mereka berada dalam suasana
aman damai. Islam bukan sahaja mengajak manusia mengerjakan sembahyang, berpuasa,
mengeluarkan zakat tetapi juga menyeru berbuat baik sesama insan kerana Islam sangat menjaga
hubungan manusia tanpa mengira bangsa.

Keamanan hidup negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap dalam
jiwa rakyat Malaysia dan seperti yang kita tahu tanpa perpaduan maka rakyat akan bergaduh sesame
sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.

7
TANGGUNGJAWAB DALAM KEMASYARAKATAN DAN EKONOMI NEGARA
Pandangan umum menyatakan orang bukan Islam juga bebas dalam menjawat jawatan di dalam kerajaan
Islam selain jawatan yang melibatkan hal keagamaan seperti Ketua Negara, Ketua Angkatan tentera dan
sebagainya yang mana jawatan tersebut akan melibatkan urusan negara. Dalam urusan lain tiada halangan
bagi orang bukan Islam menyandang kerajaan tersebut.

Bagi jawatan Ketua Negara umpamanya, jawatan tersebut melibatkan pentadbiran sebuah negara Islam
yang merupakan negara berideologi. Maka adalah wajar orang Islam sendiri mengendalikannya begitu juga
dengan jawatan Ketua Angkatan Tentera yang mana Isalam sebenarnya mempertahankan kedaulatan negara
adalah satu ibadat. Jihad adalah kemuncak seluruh ibadat dalam Islam jadi tidak wajar jika ia diserahkan
kepada bukan Islam. Namun begitu, orang bukan Islam juga bertanggungjawab dan tidak dilarang dalam
bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara atau membanteras rasuah dan sebagainya.

Dalam hal muamalah atau perhubungan orang bukan Islam mempunyai hak yang tidak boleh disangkal
untuk bekerja, berniaga dan mendapat untung. Ini boleh dilakukan dengan berkongsi sesama mereka
ataupun dengan orang Islam dan bekerja secara sendirian. Keadaan mereka dari aspek ini langsung tidak
berbeza dengan keadaan orang Islam yang diberi peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan
perdagangan bagi memajukan diri masing-masing. Orang bukan Islam tidak ditindas dalam mencari
kekayaan dan ini memberi peluang kepada semua rakyat bersaing dalam keadaan yang memberi keadilan
kepada semua pihak kerana syariat Islam telah memperuntukkan hak-hak yang jelas bagi orang bukan Islam
dan kebebasan ini dijamin oleh pemerintah Islam.

Adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam sekiranya mereka melanggar ataupun mengugut untuk
melanggar hak orang bukan Islam dan dari aspek ini, syariat Islam dilihat lebih melindungi hak-hak orang
bukan Islam berbanding dengan mana-mana agama lain di dunia ini. Masyarakat Islam secara kolektif
bertanggungjawab menjalankan syariat Islam dan melaksanakan hukum-hukum yang termaktub didalamnya
termasuklah perkara-perkara berhubungan dengan hak bukan Islam.

8
KESIMPULAN

Di dalam menjalinkan hubungan dengan bukan Islam taktik diplomasi perlu digunakan.
Termeterainya Perlembagaan Madinah menunjukkan dasar umum yang diambil oleh Rasullah SAW
terhadap golongan bukan Islam berasaskan perdamaian, persahabatan dan kerjasama. Perhubungan
persaudaraan ini berdasarkan persamaan dalam semua aspek hidup di antara orang Islam dan bukan Islam.
Pada pandangan kami, persaudaraan memerlukan keikhlasan, kejujuran dan kebersihan hati nurani dalam
setiap masyarakat. Oleh yang demikian, semua masyarakat tidak kira orang Islam ataupun bukan Islam
perlu saling memahami dan menghormati hak maisng-masing. Sekiranya berlaku kecuaian atau
penyelewengan oleh orang Islam dan melampaui batas yang dibenarkan, maka umat Islam sendiri perlu
memperbetulkan keadaan dan mengembalikan hak tersebut kepada yang berhak berlandaskan jalan yang
benar dengan menyeluruh melakukan kebaikan dan mencegah.

9
RUJUKAN

1) Mohd Azizuddin Mohd Sani (2002). Hak Asasi Menurut Pandangan Islam dan Barat. Kuala Lumpur : PTS
Publication & Distributor Sdn. Bhd
2) Sudjana, Eggi (2002), Hak dalam Perspektif Islam .
3) Hamlan AB. Andi Malla (2005), Islam dan Hak-hak Asasi Manusia, jurnal hunafa, 2(3).
4) Donnelly. J (2001), What Are Human Right? Introduction to Human Rights. International Information Programs.
5) Syed Muzaffar Ud-Din Nadri (1976) Human Rights and Obligated. Dacca : S.M Zahirullah.

10

Anda mungkin juga menyukai