Anda di halaman 1dari 23

1

KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN BAB 6,7,8


TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)

KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN

SKOP KAJIAN
Maksud Khalifah
Cara perlantikan Khalifah dalam Islam
Syarat kelayakan menjadi Khalifah
Tugas dan tanggungjawab Khalifah
Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab

SOALAN STRUKTUR

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi, sistem pemerintahan kerajaan Islam diteruskan
melalui sistem pemerintahan khalifah yang dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin.
[2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?

Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Islam
Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan
keharmonian umat Islam.
[2 markah]

(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.

Lelaki yang merdeka
Beragama Islam
Memilki pengetahuan tentang Islam
Mematuhi perintah Allah / warak
Sanggup melaksanakan hukum Allah
Bersifat adil
Mempunyai akhlak yang baik
Tubuh yang sihat dan sempurna
Berfikiran cerdas
Pandai mentadbir kerajaan
[2 markah]

(c) Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.

Melalui musyawarah / syura
Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
Pemilihan daripada beberapa orang calon
Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
Diperkukuhkan dengan baiah
[2 markah]
2



(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah
negara ?

Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan
Menjamin pentadbiran lebih lancar
Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang
Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam
?

Memelihara kedudukan agama Islam
Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan najaran Allah
Mengekalkan perpaduan ummah
Memantapkan sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


SOALAN ESEI

Rajah di bawah merujuk kepada tokoh Khalifah ar-Rasyidin.

Khalifah Tempoh Sumbangan
Abu Bakar as-Siddiq 632 634 M Penyelamat Umat Islam
Umar al-Khattab 634 644 M Amirul Mukminin

JAWAPAN ESEI

(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?

Menyelesaikan masalah perlantikan Khalifah.
Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-belah
Bertindak tegas terhadap golongan murtad.
Memerangi golongan ar-Riddah.
Mempertahankan ancaman Parsi dan Rom.
Menjaga kebajikan golongan mawali.
Mengumpul dan menyalin semula tulisan al-Quran.
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

3

(b) Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin
(Pemimpin Orang Beriman)

Politik dan Pentadbiran
Menubuhkan Majlis Syura.
Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin.
Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
Melantik Wali / Gabenor menjadi pentadbir wilayah.
Menubuhkan Jabatan Kerajaan.
Contohnya Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain
Untuk mengelakkan penyelewengan hakim.
Hakim dibayar gaji lumayan.

Sosial
Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
Memperkenalkan Takwim Hijrah.
Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.

Ketenteraan
Menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap diberi pakaian seragam.
Membina markas tentera di setiap bandar utama.
Membina kubu pertahanan di sempadan negara musuh.
Melantik Panglima Tentera.
Melucutkan jawatan Khalid al-Walid.
Menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Ekonomi
Memajukan bidang pertanian
Membina terusan dan tali air untuk pengairan.
Eempangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.
Menggalakkan penerokaan tanah baru.
Memulihkan tanah terbiar.
Memperkenalkan sistem tanah
Mewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan
Memperkenalkan sistem cukai.
Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj
Mendirikan Baitulmal.
Untuk menguruskan hasil negara.
[6 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehingga
berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?

Mengamalkan ajaran Islam
Memilki pengetahuan yang luas tentang Islam
Mematuhi perintah Allah / warak
Sanggup melaksanakan hukum Allah
Bersifat adil dalam membuat keputusan
Mempunyai akhlak yang baik
Pandai mentadbir kerajaan
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

4


(ii) Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara Islam yang disegani ?

Memelihara kedudukan agama Islam
Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
Mengekalkan perpaduan ummah
Memantapkan sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
[4 markah]

KERJAAN BANI ABBASIYAH

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)


KERAJAAN BANI ABBASIYAH

SKOP KAJIAN

Latar belakang pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah
Faktor kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam kegiatan keilmuan
Peranan kota Baghdad sebagai pusat intelektual
Kegiatan keilmuan di kota Baghdad

SOALAN STRUKTUR

Pada zaman kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah, kota Baghdad telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang
membawa peradaban baru dalam dunia Islam dan Barat.
JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah peranan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu ?

Pusat penulisan karya bahasa Arab.
Pusat penulisan kajian ilmiah.
Pusat penterjemahan karya Yunani
Pusat kegiatan ulama.
Pusat pengajian tinggi.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
5


(b) Nyatakan faktor yang membantu kemunculan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu.

Peranan Khalifah menggalakkan kegiatan keilmuan
Pembinaan Baitulhikmah sebagai pusat aktiviti penulisan dan penterjemahan.
Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah.
Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan.
Penubuhan pusat pengajian tinggi.
Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
[2 markah]
(c) Nyatakan cabang ilmu Islam yang berkembang di kota Baghdad.

Fikah
Tafsir
Hadis
Sirah
Tasawuf
Sains
[2 markah]
(d) Berikan dua tokoh ulama Islam yang muncul pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

Imam Malik
Imam Abu Hanifah
Imam Shafie
Imam Ahmad ibn Hambal
[2 markah]
(e) Pada pandangan anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
ilmu ?

Pemerintah hendaklah menggalakkan kegiatan keilmuan
Menubuhkan pusat kegiatan keilmuan
Menubuhkan universiti
Menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan
Menggalakkan penulisan buku ilmiah
Menterjemah karya asing ke dalam Bahasa Melayu
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN ESEI

Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun, kota Baghdad telah memainkan peranan sebagai pusat
intelektual dan penyebaran ilmu.

JAWAPAN ESEI

(a) Nyatakan peranan kota Baghad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

Pusat penulisan karya bahasa Arab.
Pusat penulisan kajian ilmiah.
Pusat penterjemahan karya Yunani
Pusat kegiatan ulama.
Pusat pengajian tinggi.
Mana-mana jawapan munasabah
6

[6 markah]

(b) Huraikan faktor yang membantu kota Baghdad muncul sebagai pusat penyebaran ilmu.

Peranan pemerintah
Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun menggalakkan kegiatan keilmuan
Pembinaan Baitulhikmah
Menjadi pusat kegiatan ulama.
Menjalankan aktiviti penulisan dan penterjemahan.
Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
Contohnya Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Shafie, Imam Ahmad Ibn Hambal, Ibn Ishaq dll.
Ulama menyusun hadis dan menulis pelbagai ilmu.
Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah.
Dijalankan mengikut tiga tahap iaitu mencatat idea, mengumpul bukti dan menyusun hasil penulisan mengikut bab.
Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan.
Menambahkan keterangan dan ulasan dalam karya.
Penubuhan pusat pengajian tinggi.
Menjalankan kajian dan penyelidikan.
Dapatan kajian disebarkan ke Eropah.
Menyumbang kepada kelahiran Zaman Renaissance.
Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
Menimba ilmu pengetahuan daripada sumber asing.
Memulihara ilmu Eropah daripada lenyap.
Memperbaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya.
[8 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan intelektual memainkan peranan penting dalam sesebuah negara ?

Dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
Dapat mewujudkan k-masyarakat
Dapat melahirkan golongan cendekiawan
Dapat meneroka bidang ilmu baharu
Dapat memulakan k-ekonomi dalam negara
Dapat meningkatkan kajian dalam pelbagai bidang
Dapat menjana kemajuan ekonomi negara
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

(ii) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pendidikan dunia ?

Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi bertaraf dunia
Menggalakkan kegiatan penulisan ilmiah
Mewujudkan pendidikan bestari yang menggunakan kemudahan ICT
Mengenakan yuran pengajian yang berpatutan
Melahirkan tenaga pendidik yang berkualiti
Mewujudkan sukatan pelajaran mengikut piawaian antarabangsa
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]



TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
7


TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)


KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

Tokoh-tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia dari Semenanjung Tanah Arab
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China
Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui India


SOALAN STRUKTUR

Pelbagai teori dikemukakan oleh sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
Dari Semenanjung Tanah Arab
Melalui China
Melalui India

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam di atas (teori kedatangan Islam ke Asia
Tenggara).

John Crawford
Syed Naquib al-Attas
Snouck Hungronje
Emmanuel Gadinho Eredia
S.Q. Fatimi
[2 markah]

(b) Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam berikut :

Kedatangan Islam melalui China

Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara
Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,
Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina China.
Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.
Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China.
Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga
[2 markah]

8

Kedatangan Islam melalui India

Hubungan perdagangan India Asia Tenggara sudah lama terjalin
Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
Batu marmar nisan makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat Asia Tenggara.
[2 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia
Tenggara.

Menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.
Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Menunjukkan sifat mahmudah.
Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
[2 markah]


(d) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menerapkan Islam dalam bidang perdagangan di negara kita ?

Menghapuskan amalan riba dalam perniagaan
Mengamalkan sistem ekonomi Islam
Memperkenalkan sistem perbankan Islam
Menyediakan peluang perniagaan sama rata kepada semua kaum
Mengamalkan konsep sedekah dalam perniagaan
Memberi tumpuan kepada perdagangan antarabangsa
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

9

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)


PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

Faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Peranan pedagang dalam penyebaran Islam
Peranan pemerintah dalam penyebaran Islam
Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
Peranan pusat kebudayaan Islam dalam penyebaran Islam
Peranan ulama dan mubaligh dalam menyebarkan Islam
Sebab Islam tersebar dengan mudah

SOALAN STRUKTUR

Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.

FAKTOR
PENYEBARAN
ISLAM
Peranan pedagang
Peranan kerajaan Islam
Peranan ulama

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Mengamalkan Islam dalam perniagaan.
Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Menunjukkan sifat mahmudah.
Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
Menetap dan membuka perkampungan Islam.
Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
Berkahwin dengan wanita tempatan.
Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]





10

(b) Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam
di Asia Tenggara ?

Apabila raja memeluk Islam, negeri tersebut menjadi kerajaan Islam.
Pengislaman raja menjadi ikutan pembesar dan rakyat.
Kerajaan islam akan menakluki dan menaungi negeri kecil yang lain.
Raja menghantar ulama untuk menyebarkan Islam di tanah jajahan
Raja memberi keistimewaan kepada penganut Islam.
Raja menjadikan negerinya sebagai pusat Islam.
Mana-mana jawapan munasabah.
[2 markah]

(c) Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantau
Asia Tenggara ?

Menghalang penyebaran Kristian di rantau Asia Tenggara.
Menaungi kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera.



Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
Menjadi Serambi Makkah.
Tempat persinggahan orang yang akan menunaikan haji.
Menjadi pusat pengajian ilmu Islam.
Menjadi pusat pertemuan ulama.
Menjadi pusat kesusasteraan Islam.
[2 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan
Islam di Asia Tenggara ?

Berdakwah menyebarkan Islam.
Mengajar asas Islam secara tidak formal.
Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok.
Menubuhkan pondok, pesantren dan dayah.
Menjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu.
Menghasilkan karya penulisan tentang Islam
Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama.
Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran.
Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
Menjadikan kerajaan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah.
Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.
[2 markah]

(e) Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?

Gigih menyebarkan dakwah
Tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah
Bersabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan
Kreatif yang menyampaikan dakwah
Berani menyuarakan kebenaran
Sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk berdakwah
Mengamalkan sifat lemah lembut melayani masyarakat
Mana-mana jawapan munasabah.
[2 markah]

11


SOALAN ESEI

Maklumat berikut merujuk kepada faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.

FAKTOR
PENYEBARAN
ISLAM
Perdagangan
Perkahwinan
Pengislaman raja dan pembesar
Peranan mubaligh


SOALAN ESEI

(a) Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Disebabkan kegiatan perdagangan.
Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima Islam.
Islam tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.
Pengislaman raja dan bangsawan menjadi ikutan rakyat.
Kerajaan Islam di Asia Tenggara berperanan menyebarkan Islam.
Kerajaan Islam menjadi pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam.
Peranan pendakwah membantu menyebarkan Islam.
Disebabkan keistimewaan agama Islam sendiri.
[8 markah]

(b) Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?

Pedagang Islam dari Arab, China dan India berdagang di Asia Tenggara.
Pedagang menggunakan perniagaan untuk menyebarkan Islam.
Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
Pedagang membawa ulama bersama mereka
Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
[4 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?

Islam mudah difahami
Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
Agama Islam dianuti oleh pemerintah
Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]


(ii) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita
?
12


Menganjurkan tilawah al-Quran
Menjalankan pentadbiran secara Islam
Melaksanakan undang-undang Islam
Menjalankan perbankan Islam
Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam
Melancarkan kempen mengamalkan budaya Islam
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]


SOALAN ESEI

Maklumat di bawah berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Tokoh Teori
John Crawford Islam dibawa dari Tanah Arab
Emanuel Gadinho Eredia Islam dibawa melalui China
Snouck Hungronje Islam dibawa melalui India
JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan bukti yang menyokong teori di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.
Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.
Mereka menetap dan membina perkampungan.
Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.
Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.
Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.
Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.
Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.
Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan budaya Arab.
Contohnya amalan menghormati tetamu
Contohnya tarian dabus dan zapin berasal dari Arab
Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.
Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismail
dari Tanah Arab.
Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.
Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.
Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.

[9 markah]

Teori Kedatangan islam Melalui India

Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalin
Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
Makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
Batu marmar nisan dan makam tersebut menyamai marmar di India
Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya.
13

Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.
[9 markah]

Teori Kedatangan Islam Melalui China

Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab.
Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia
Tenggara.
Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang menunjukkan
bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan.
Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China.
Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.
Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China.
Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga adalah pengaruh daripada China.
[9 markah]


(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam
di Asia Tenggara ?

Pedagang Islam dari Arab, China dan India menjalankan perdagangan di Asia Tenggara.
Pedagangan menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.
Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
Pedagang membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat di Asia
Tenggara ?

Islam mudah difahami
Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
Agama Islam dianuti oleh pemerintah
Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
Mana-mana jawapan munasabah
[5 markah]



14

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP EKONOMI
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

SKOP KAJIAN

Faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara
Sebab orang Melayu melibatkan diri dalam perdagangan selepas kedatangan Islam
Mata wang di Negeri Melayu
Pelaksanaan sistem cukai di Melaka

SOALAN STRUKTUR
JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu ?

Kedudukan yang strategik.
Pentadbiran yang licin dan teratur.
Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
Sistem timbang dan sukat yang seragam.
Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter.
Kemudahan di pelabuhan.
Pelaksanaan sistem cukai yang seragam.
Mana=mana jawapan munasabah
[2 markah]

(b) Bagaimanakah cukai berikut dilaksanakan di Melaka ?

(i) Cukai Tetap

Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu 6 peratus..
Pedagang dari Jepun dan China 5 peratus.
Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan.
Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
[2 markah]

(ii) Cukai Diraja

Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
Orang asing dari Kepulauan Melayu 3 peratus.
Orang asing dari tempat lain 6 peratus.
[2 markah]


(c) Berikan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.

Wang timah Melaka.
15

Wang timah Johor.
Wang timah Kedah.
Wang emas Johor
Wang emas Kelantan
[2 markah]


(e) Apakah sumbangan bidang perdagangan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita ?

Memberikan pendapatan kepada negara
Menggalakkan pelaburan asing
Menyebabkan berlakunya pengaliran dana dari luar negara
Menyediakan peluang pekerjaan
Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri
Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mempercepatkan pembangunan infrastruktur
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN ESEI
JAWAPAN ESEI

(a) Mengapakah orang Melayu mula terlibat dalam kegiatan perdagangan selepas kedatangan Islam di rantau
Asia Tenggara ?

Perdagangan di Laut Hindi dan China Selatan dikuasai pedagang Islam.
Perniagaan adalah sumber rezeki yang besar .
Mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Perdagangan menjadi saluran untuk menyebarkan Islam.
Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan.
Bahasa Melayu menjadi lingua franca
Orang Melayu mahir dalam perniagaan
Orang Melayu mahir membina kapal
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]


(b) Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri-negeri Melayu pada abad ke-16 dan abad ke-
17.

Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang.
Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu.
Ditulis dengan tulisan jawi / Arab
Tertulis gelaran Islam Khalifatul Muslimin dan sebagainya
Mempunyai hiasan bercirikan Islam
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]






(c) (i) Cukai di Melaka dibahagikan kepada cukai tetap (cukai import) dan cukai diraja. Nyatakan peraturan
cukai tersebut.
16


Cukai Tetap
Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu 6 peratus..
Pedagang dari Jepun dan China 5 peratus.
Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan.
Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.

Cukai Diraja
Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
Orang asing dari Kepulauan Melayu 3 peratus.
Orang asing dari tempat lain 6 peratus.
[6 markah]


(ii) Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan ekonomi negara.

Melicinkan urusan perdagangan
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan
Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri
Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mempercepatkan pembangunan infrastruktur
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
















17

PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN
BAB 6,7,8
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)


PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN

SKOP KAJIAN

Konsep pendidikan formal dan tidak formal
Aspek pendidikan tidak formal
Kaedah pendidikan tidak formal
Institusi pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional
Peranan istana sebagai pusat pendidikan
Pelaksanaan pendidikan di masjid dan surau
Ciri sistem pondok
Ciri sistem madrasah

SOALAN STRUKTUR (MODEL 1)
JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 1)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional ?

Pendidikan awal atau asuhan keluarga.
Berlaku di peringkat institusi keluarga.
Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
[2 markah]

(b) Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.

Nilai-nilai moral
Kemahiran pekerjaan
Hal-hal yang berhubung dengan agama
Nilai-nilai budaya yang murni
Pantang larang
Adat istiadat
[2 markah]

(c) Mengapakah aspek tersebut sangat dtekankan dalam pendidikan tidak formal ?

Melahirkan masyarakat yang mematuhi ajaran agama
Menanam sifat murni dalam kalangan masyarakat
Memupuk perpaduan dalam masyarakat
Menyemai semangat kekitaan dalam masyarakat
Melahirkan masyarakat yang mematuhi norma masyarakat
Menghormati budaya Melayu
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
18


(d) Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?

Disampaikan melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
Disampaiakn melalui teguran secara langsung
Mengajar nilai-nilai moral.
Disampaikan melalui kaedah bercerita
Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
Disampaikan melalui pergaulan sosial
Disampaikan dalam pantang larang, adab dan adat istiadat.
Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan seiring dengan
pendidikan formal ?

Supaya melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani
Agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
Supaya nilai-nilai masyarakat dapat dipertahankan
Agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing
Supaya masyarakat dapat menilai antara unsur baik dan buruk
Melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama
Agar dapat melahirkan insan yang berfikir di luar kotak
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR (MODEL 2)

Rajah di bawah merujuk kepada sistem pendidikan formal yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.



Sistem
Pendidikan
Formal
Pengajian di istana
Pengajian di masjid dan surau
Sistem pondok
Sistem madrasah


JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 2)

(a) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional ? ?

Pusat pengajian agama.
Tempat ulama berbincang hal agama.
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.
[2 markah]

(b) Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?

Pada sebelah siang, masjid tempat kanak-kanak mengaji.
Kanak-kanak mengaji al-Quran, ilmu fikah, dan fardu ain.
Sebelah malam, masjid tempat orang dewasa mengaji.
Orang dewasa juga belajar perkara berkaitan keagamaan
19

tetapi tahapnya lebih tinggi daripada tahap kanak-kanak.
Mereka mengaji ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf
[2 markah]

(c) Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.

Menekankan ilmu agama.
Bertujuan melahirkan guru agama.
Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.
Tidak mempunyai batasan waktu.
Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
[2 markah]

(d) Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam

Pondok Pulai Chondong
diasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
Pondok Kutan
dibuka oleh Haji Mohamad bin Salleh
Pondok Pulau Manis
dibuka oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Pondok Titi Gajah
dibuka oleh Haji Muhamad Taib
Pondok Langgar
dibuka oleh Haji Muhamad Nor
[2 markah]

(e) Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional
yang paling sistematik ?

Menggunakan sukatan pelajaran.
Dijalankan secara kelas.
Dilaksanakan mengikut tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Diawasi oleh mudir (guru besar)
Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]







20

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)


PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU
(SISTEM PEMERINTAHAN)

SKOP KAJIAN

Pengaruh kedatangan Islam terhadap institusi pemerintahan beraja
Konsep dan kepentingan daulat
Konsep jihad dan pelaksanaannya

SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah merujuk pengaruh Islam terhadap sistem pemerintahan masyarakat Melayu tradisional.


Perubahan Sistem
Pemerintahan
Institusi kesultanan
Konsep daulat
Semangat jihad

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Berikan dua ciri institusi kesultanan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Wujudnya Institusi kesultanan yang berasaskan Islam.
Sultan sebagai ketua negara.
Mufti menjadi penasihat sultan dalam agama dan pentadbiran.
Pemerintah memakai gelaran Sultan.
Sultan dianggap khalifah Allah.
Raja dianggap Zilullah fil Alam atau Khalifatul Mukminin
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
[2 markah]

(b) Pada pandangan anda, mengapakah selepas kedatangan Islam, pemerintah di Tanah Melayu
mula menggunakan gelaran Sultan ?

Mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu.
Untuk mengukuhkan kewibawaan raja.
Untuk meletakkan raja setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh dunia.
Untuk memupuk perpaduan umat Islam.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

21


(c) Apakah yang dimaksudkan dengan daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu ?

Bermaksud kedudukan raja yang tinggi dalam masyarakat
Kesucian raja
Kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah
Kedaulatan negara
Kebebasan untuk memerintah sendiri
Kebebasan melaksanakan undang-undang sendiri
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan ?

Titah raja adalah merupakan satu perintah yang mesti dipatuhi
Titah raja adalah undang-undang
Mengingkari titah raja dianggap derhaka
Sesiapa yang menderhaka akan dikenakan hukuman berat
Raja dianggap ada kaitan dengan keturunan raja termasyhur
Raja menggunakan bahasa dalam
Adat istiadat diwujudkan untuk membezakannya dengan rakyat
Raja dipercayai mempunyai keramat
Pemakaian warna yang berbeza daripada rakyat biasa
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


(e) Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, jihad merupakan usaha menentang kemiskinan.
Apakah yang dilakukan untuk menyahut seruan tersebut ?

Membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar.
Memberi bantuan kebajikan kepada golongan miskin.
Menyediakan bantuan modal untuk meningkatkan ekonomi golongan miskin.
Memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar yang miskin.
Menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan
Menyeru masyarakat gigih berusaha
Mana-mana jawapan munasabah.
[2 markah]













22




SOALAN ESEI

JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisional
selepas kedatangan Islam.

Wujudnya sistem pemerintahan berasaskan Islam.
Institusi kesultanan telah diperkenalkan.
Institusi ini diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

Sultan sebagai ketua negara.
Mufti menjadi penasihat sultan.dalam hal agama Islam dan pentadbiran.
Pegawai dilantik untuk menjalankan pentadbiran.
Contohnya kadi, khatib, bilal, pemungut zakat penyelia baitulmal dll.

Pemerintah memakai gelaran Sultan.
Gelaran Sultan mengukuhkan kedudukan dan kewibawaan raja.

Sultan dianggap khalifah Allah.
Raja dianggap Zilullah fil Alam (bayangan Allah di alam).
Raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpin orang mukmin).
Konsep dewa-raja tidak digunakan lagi.

Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
Contohnya kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.

Unsur-unsur Islam diterapkan pada nama negeri.
Contohnya Acheh Darus Salam.

Nama raja juga menggunakan nama Islam.
Contohnya Sultan Mansur Syah,Sultan Mahmud Syah dan sebagainya.

Menggunakan undang-undang syariah.
Contohnya Hukum Kanun Melaka (Melaka).
Contohnya Kanun Mahkota Alam (Acheh).
Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.

Lahirnya semangat jihad menentang penjajah.
Semangat jihad menentang Portugis dan Belanda.
Semangat jihad disebarkan melalui penulisan ulama.
[6 markah]






23

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan Islam dilaksanakan di
Tanah Melayu ?

Sultan sebagai ketua negara.
Mufti menjadi penasihat sultan.dalam pentadbiran.
Kadi, khatib, bilal, pemungut zakat dan penyelia baitulmal dilantik untuk menjalankan pentadbiran.
Pemerintah memakai gelaran Sultan.
Sultan dianggap khalifah Allah.
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
Menggunakan undang-undang syariah.
[6 markah]

(c) (i) Apakah prinsip Islam yang sesuai dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran di negara kita ?

Menjalankan pentadbiran secara islam
Pemerintah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat
Menggunakan undang-undang syariah.
Melaksanakan undang-undang secara adil
Mengiktiraf hak asasi rakyat
Penyelesaian masalah dilakukan secara musyawarah
Mengutamakan perpaduan
Semnagat kerjasama membangunkan negara
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah prinsip tersebut sesuai dilaksanakan ?

Dapat melicinkan pentadbiran
Memberi peluang kepada rakyat menegur pemerintah
Dapat membangunkan ekonomi negara
Dapat menjamin pelaksanaan undang-undang yang adil
Dapat menyelesaikan masalah rakyat
Menjaga kebajikan rakyat
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai