Anda di halaman 1dari 17

SULIT* SET 1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


BANDAR BARU TUNJONG,
16010 KOTA BHARU, KELANTAN

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/2 STPM 2022
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH 2
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH ISLAM (500-1918)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 2
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
( 1 Jam 30 Minit )
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab tiga soalan daripada enam soalan. Anda boleh menjawab semua soalan, tetapi hanya tiga jawapan
yang pertama yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan
yang baharu.

__________________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2022

STPM 2022 - 940/2 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Jawab tiga soalan sahaja.

1. Huraikan ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah.
[20]
2. Jelaskan struktur pemerintahan Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7 Masihi.
[20]
3. Bincangkan perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Khalifah Umaiyyah di Andalusia
dari abad ke-11 hingga13 Masihi. [20]

4. Huraikan sumbangan al-Khawarizmi kepada perkembangan tamadun Islam.


[20]
5. Bincangkan kesan-kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I.
[20]
6. Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada
abad ke-20. [20]

STPM 2022 - 940/2


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SKEMA JAWAPAN
1. Huraikan ciri kepemimpinan Nabi Muhamad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah.

A. Pendahuluan

1. Kepemimpinan Nabi Muhammad saw bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul dan
pemimpin agama.
2. Nabi Muhammad saw mempunyai ciri kepemimpinan terpuji dan sifat-sifat inilah yang menjadi asas
kepemimpinannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin umat dan negara Madinah.
3. Pegangan dan teras kepada kepemimpinan Nabi Muhammad saw ialah wahyu (al-Quran).
4. Dalam sejarah ketamadunan Islam, kepemimpinan nabi Muhammad saw menjadi qudwah (ikon) dan
ikutan serta menepati ciri-ciri kepemimpinan ideal sepanjang zaman.

B. Isi-isi utama

1. Siddiq

 Bermaksud benar tutur kata dan ada tingkah laku. Sifat benar wajib ada pada rasul dalam semua
perkara sama ada percakapan, perbuatan mahupun hati. Apa-apa yang dibawa Nabi Muhammad saw
adalah benar dan dibenarkan kata-katanya.
 Buktinya nab mengotakan janji dengan membebaskan sebahagian tawanan Perang Badar setelah
mereka menepati syarat penebusan diri iaitu berjaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan
menulis.

2. Amanah

 Bermaksud para nabi dan rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya
sekalipun harus mengorbankan jiwa raga.
 Nabi Muhammad saw digelar al-Amin (seseorang yang dipercayai dan amanah).
 Tidak diragukan bahawa sifat amanah dan keluhuran budi nabi menjadi penyumbang utama kepada
penyebaran risalah Islam.
 Buktinya nabi sentiasa mematuhi is kandungan Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai bersama antara
penduduk Madinah dan Musyrikin Makkah.

3. Tabligh

 Para rasul wajib menyampaikan (tabligh) apa-apa yang diterima (wahyu) kepada manusia tanpa
disembunyikan.
 Nabi Muhammad saw tetap menyampaikannya, menghadapi pelbagai rintangan dan ancaman.
 Nabi mennyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum - hukum, berita gembira dan berita buruk
kepada seluruh umatnya. Nabi menghantar utusan dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab,
sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Contohnya, nabi
mengutuskan Muaz bin Jabal dan Abu Musa menjalinkan hubungan diplomatik dan seruan dakwah
dengan Kerajaan Yaman.

4.Fatanah
 Bermaksud kepintaran, kecerdikan dan kebijaksanaan. Setiap rasul wajib bersifat fatanah terutama
dalam memahami ajaran Allah swt.
 Para rasul dianugerahkan kekuatan ingatan dan ketajaman akal bagi menyempurnakan tugas
menyampaikan ajaran Islam termasuk menghapuskan kekeliruan, menegakkan iman dalam hati
manusia, menyatakan hukum-hukum dan menghadapi perbahasan dan perbincangan sengit dengan
musuh - musuh.
 Nabi berjaya menghadapi golongan Yahudi dan Munafikin serta membalas hujah-hujah mereka
dengan pertolongan wahyu.

5. Berakhlak Mulia
 Sebagai pemimpin agama dan dakwah, Nabi Muhammad saw seorang yang berakhlak mulia dan
mengikut ajaran dalam al-Quran.
 Nabi menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, sabar, cekal, merendah diri, pemaaf dan
sebagainya.
 Buktinya, nabi telah memaaf dan membebaskan penduduk Makkah semasa peristiwa Fathul Makkah
meskipun mereka merupakan musuh, penentang tegar dan pernah melakukan kezaliman terhadap
umat Islam pada zaman awal Islam.
 Akhlak mulia nabi terserlah apabila baginda tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tawanan
Perang Badar, sebaliknya dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sebagai
syarat menebus diri.
 Sifat akhlak mulia berjaya melembutkan hati sebahagian musuh dan akhirnya mereka menganut
Islam secara sukarela.

C. Kesimpulan

 Kepemimpinan Nabi Muhammad saw di Madinah telah menonjolkan baginda sebagai


negarawan berkarismatik dan pemimpin politik yang berjaya.
 Ciri-ciri kepemimpinan nabi telah berjaya membina masyarakat pelbagai kaum yang bersatu
padu dan menjadikan Madinah sebuah kerajaan yang kukuh dan disegani.
 Kejayaan kepemimpinan Nabi Muhammad saw menyebabkan baginda diiktiraf sebagai tokoh
negarawan paling berpengaruh dalam sejarah oleh sejarawan.

# Calon sepatutnya dapat memberikan sekurang-kurangnya 4 isi.

2. Jelaskan struktur pemerintahan Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7 Masihi.

A. Pendahuluan

1. Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-
Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama
2. Kerajaan ini diperintah empat sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
(632-634), Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644), Khalifah Uthman bin Affan (644-656) dan
Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661).
3. Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model kepimpinan
Nabi Muhammad saw. Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun iaitu
bermula tahun 632 hingga 661M.
B. Isi-isi Utama

1. Institusi Khilafah dan khalifah

 Institusi khilafah bermula serentak dengan pelantikan Abu Bakar al-Siddiq menggantikan Nabi
Muhammad saw sebagai ketua negara Islam Madinah baharu. Pelantikan khalifah melalui proses
musyawarah, wasiat, undian, sokongan golongan tertentu dan mendapat baiah serta tidak
berdasarkan keturunan.
 Khalifah merupakan ketua negara Islam. Khalifah bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk
perlembagaan atau badan politik. Namun, kekuasaannya tidak bersifat mutlak dan autokrasi kerana
al- Quran dan Sunnah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakannya.
 Khalifah boleh mengeluarkan ijtihad demi kemaslahatan negara seandainya ada perkara penting yang
perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
 Selain berperanan sebagai ketua badan eksekutif dan kehakiman, khalifah juga merupakan panglima
tertinggi angkatan tentera Islam.
 Khalifah mengetuai pentadbiran keagamaan seperti menjadi imam dalam solat berjemaah, membaca
khutbah Jumaat dan sebagainya.
 Khalifah bertanggungjawab menyelia dan menguruskan pemungutan hail dalam negara,
pembangunan infrastruktur seperti pembinaan tali air dan sebagainya.
 Khalifah al-Rasyidin mengendalikan pemerintahan pusat berdasarkan tiga sumber utama iaitu al-
Quran, sunnah dan ijmak.
 Selaku ketua agama, khalifah bertanggungjawab memelihara agama Islam, memimpin umat Islam,
menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras gerakan menentang Islam.

2. Majlis Syura

 Majlis Syura merupakan badan penasihat tertinggi negara yang dianggotai oleh ahli al-hallu wal-
aqdu (golongan bijak pandai). la menjadi tempat rujukan utama Khalifah al-Rasyidin dalam urusan
pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan tindakan penting dilaksanakan seperti
pemilihan gabenor, panglima tentera dan peperangan.
 Sesuatu dasar kerajaan diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan
permesyuaratan. Amalan syura dapat menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan hidup
masyarakat dan negara.
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan
berfungsi secara formal. Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat berpengalaman dan
berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Bilangan ahli majlis syura tidak ditentukan dan
bergantung kepada keperluan semasa.
 Orang bukan Islam yang menjadi warga Madinah boleh menjadi anggota Majlis Syura tetapi hanya
terbatas kepada menyampaikan pengaduan tentang kezaliman pemerintah dan pegawai kerajaan
terhadap mereka atau pengaduan tentang hak-hak mereka yang diabaikan oleh pemerintah.

3. Pusat Pentadbiran

 Tidak wujud sebarang pejabat khusus pada zaman Khalifah al-Rasyidin dalam melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah. Setiap khalifah melakukan penyeliaan secara
langsung di dalam segala urusan negara.
 Kota Madinah dan Kufah (zaman Khalifah Ali) menjadi ibu kota pemerintahan dan pentadbiran
negara.
 Masjid Nabawi menjadi pusat pentadbiran negara seperti mana zaman nabi. Amalan syura
digunapakai untuk membincangkan pelbagai perkara penting melibatkan urusan dalam dan luar
negara.

4. Jabatan kerajaan dan pelantikan pegawai

 Khalifah al-Rasyidin melantik pegawai terdiri daripada sesiapa yang layak dan berwibawa.
 Antara jabatan peringkat pusat yang wujud ialah Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan), Diwan al-
Kharaj (Jabatan Hasil), Jabatan Kehakiman dan sebagainya.
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau melantik Umar al-Khattab sebagai Mu'awwin (penolong
khalifah). Setelah Umar menyandang jawatan khalifah, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib
menjadi dua pegawai Mu 'awwinnya. Pada zaman Khalifah Uthman, Ali bin Abi Talib dan Marwan
al-Hakam menjadi dua pegawai Mu 'awwinnya.
 Antara jawatan pegawai peringkat pusat ialah ketua setiausaha, pegawai pemungut cukai (Amil al-
Kharaj), agensi polis (Syurtah), pengurus perbendaharaan negara, ketua hakim (Qadhi al-Qudha) dan
lain-lain.

5.Pentadbiran ketenteraan

 Khalifah merupakan panglima tertinggi angkatan tentera Islam.


 Pada zaman Khalifah al-Rasyidin, sistem ketenteraan diperkemaskan lagi dengan mewujudkan
pasukan tentera tetap dan bergaji.
 Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Jabatan Ketenteraan (Diwan al-Jund) bagi urusan berkaitan
ketenteraan seperti mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan, menyimpan data berkaitan
nama-nama tentera, pembayaran gaji tentera tetap dan menyelia kebajikan tentera.

C. Kesimpulan

 Sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khalifah al- Rasyidin adalah sistem yang
dikemaskini daripada sistem pentadbiran zaman Nabi Muhammad.

# Calon sepatutnya dapat memberikan sekurang-kurangnya 4 isi.

3. Bincangkan perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Khalifah Umayyah di
Andalusia dari abad ke 11 hingga 13 Masihi.

A. Pendahuluan
1. Ilmu naqli bersumberkan wahyu Allah swt iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.
Ilmu ini menduduki taraf fardu ain dan wajib dipelajari setiap umat Islam kerana ia
mengandungi asas Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak.
2. Ilmu aqli pula adalah ilmu bersumberkan akal dan dibahagikan kepada ilmu sains tabii,
sains sosial dan sains kemanusiaan. Ia menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana
ilmu ini bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah.
3. Pada zaman khalifah Umayyah di Andalusia, berlaku perkembangan dalam perbahasan
dan penulisan ilmu naqli dan aqli dalam kalangan sarjana Islam.
4. Pada abad ke 11 hingga 13 Masihi, khalifah Umayyah di Adalusia berada di bawah
pemerintahan kerajaan Murabitun dan Muwahiddun. Zaman ini dianggap zaman
keemasan kegiatan keilmuan Islam di Andalusia.
B. Isi-isi utama

1. Perkembangan ilmu naqli

a. Ilmu Tafsir Al-Quran


 Perkembangan ilmu tafsir di Andalusia sebagai satu komponen disiplin ilmu tersusun
telah berlaku serentak dengan perkembangan ilmu lain. Situasi ini mendorong sarjana
Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu secara menyeluruh.
 Pengajian Islam termasuk pengajian al-Quran dan tafsir mula diserap masuk ke dalam
sistem pendidikan di Andalusia setelah bertapaknya Islam.
 Ibn ‘Atiyyah merupakan tokoh mufassir yang berpengaruh dan menghasilkan kitab
tafsir 30 juzuk iaitu Al-Muharrar al-Wajiz. Beliau menggunakan kaedah Tafsir bi al-
Ma’thur yang berpandukan al Quran, hadis dan athar (riwayat sahabat) dalam mentafsir
ayat al-Quran.
 Muhy al-Din Ibn Arabi melalui karyanya Tafsir al-Quran al-Karim dengan memuatkan
aliran Tafsir al-Sufi.
 Imam al-Qurtubi melalui karyanya Al -Jami‟li Ahkam al-Quran mendedahkan aliran
fiqh al-Maliki ketika membahaskan ayat-ayat hukum.

b. Ilmu Hadis
 Perkembangan bidang hadis dapat dikesan dengan kemunculan tokoh hadis seperti Ibn
Abd al-Barr. Beliau seorang ulama hadis terkenal di Andalusia dan Afrika Utara.
 Beliau mendalami sejarah para sahabat dan ilmu Mustalah hadis. Karya ulungnya Al-
Istiab li Sahabah.

c. Ilmu kalam
 Ilmu ini membicarakan tentang wujudnya Allah, cara bermakrifat dan mengetahui
lebih mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan
menggunakan dalil - dalil yang sah.
 Serentak dengan kemasukan aliran Asya’irah oleh Muhammad ibn Tumart di
Andalusia pada zaman Muwahiddun, secara tidak langsung bibit-bibit ilmu kalam mula
bertapak dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat

d. Ilmu Fiqh
 Setelah kerajaan Muwahiddun mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan
Murabitun, berlaku senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab
tertentu. Pengaruh ulama Maliki yang sebelum ini mendominasi mula berkurangan
pada zaman ini.
 Kemunculan Imam al Qurtubi melalui karya Tafsir Al Jami‟ li Ahkam al-Quran
mencerminkan fenomena keterbukaan mazhab apabila beliau tidak bersikap fanatik
kepada mazhab Maliki, malah adakalanya beliau turut mentarjih pandangan mazhab
lain.
 Abu al-Qasim Abdullah dari Granada menghasilkan kitab al-Tashilvli Ulum al-Tanzil,
Kitab al-Anwar al Saniyyah fi al-Alfaz al-Saniyyah, Kitab Masa‟il Usul al-Fiqh dan
Kitab al-Ahkam fi Usul al-Ahkam.
 Antara ulama fiqh lain yang berpengaruh ialah Ziyad Ibn Abdul Rahman yang
mengajar fiqh menurut Mazhab Maliki, Ibn Yahya, Abu Bakar Ibn al-Quthiyah,
Munzir Ibn said al -Baluthi dan Ibn Rushd.

e. Ilmu Tasawuf
 Ilmu tasawuf turut berkembang. Kemunculan tokoh-tokoh tasawuf menyumbang
kepada perkembangan istilah-istilah berkaitan tasawuf seperti zuhud, mahabbah dan
makrifah.
 Antara tokoh tasawuf yang berpengaruh termasuk Ibn Sab’in melalui karyanya Budd
al-Arif dan Asrar al-Hikmah al-Mashriqiyya, dan Ibn Arabi melalui karyanya Al-Insan
al- Kamil

2. Perkembangan ilmu aqli


a. Ilmu Falsafah
 Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani
dan ilmu falsafah Islam. Ilmu ini berkembang pesat ketika masyarakat Eropah berada
dalam Zaman Gelap.
 Karya ilmiah dan falsafah didatangkan dari Timur dalam jumlah yang besar hingga
Cordova mempunyai perpustakaan dan universiti yang dapat menyaingi kemegahan
Baghdad.
 Tokoh falsafah terkemuka Andalusia ialah Said Ibn Fattuh dengan karyanya Shajarat
al-Hikmah (Pohon Ilmu) yang berkisar tentang pengenalan ilmu falsafah manakala Ibn
Hazm melalui Kitab al-Taqrib li Hadd al Mantiq wa al-Madkhal Ilayh. Ibn Tumlus
telah menulis Kitab al Madkhal li Sina „at-Mantiq (Pengenalan Terhadap Logik) di
mana kitab ini memberi satu pengenalan yang mendalam tentang bidang falsafah dan
kepentingannya di Andalusia.
 Abad ke 12M menyaksikan zaman keagungan ilmu falsafah di Andalusia. Ibn Bajjah
atau Avempace terkenal dengan karya falsafahnya Tadbir al-Mutawahhid. Beliau
menulis huraian tentang logik, metafizik dan mengulas karya Aristotle.
 Ibn Tufail menghasilkan karya Hayy Ibn Yazqan yang menjelaskan evolusi manusia
dari lahir hingga dewasa. Beliau memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman
menerusi kaedah penceritaan. Banyak karyanya diterjemah ke dalam bahasa Latin,
Belanda, Inggeris, Jerman dan Perancis
 Ibn Rushd atau Averros disanjung kerana usahanya mengharmonikan antara falsafah
dan agama. Beliau menafsir karya Aristotle dan memperkenalkan kepada dunia Barat.
Karya falsafah beliau Thafut al-Tahafut masih diguna pakai dan menjadi kajian di
Insitusi pengajian tinggi Barat.

b.Ilmu Perubatan

 Ibn Zuhr merupakan ahli perubatan, pakar klinikal dan parasitologi terkenal zaman
pertengahan.Beliau menekankan aspek pemerhatian dan ujikaji. Beliau doktor pertama
yang menguji ubatan ke atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia. Dianggap
ahli parasitologi pertama kerana menerangkan tentang kudis dan hama gatal dengan
mendalam. Beliau juga doktor pertama memberikan penerangan penuh mengenai
pembedahan trakeotomi dan mempraktkkan pemberikan makanan secara terus melalui
tekak dalam kes-kes tertentu apabila pemberian makanan secara biasa tidak dapat
dilakukan. Beliau dianggap doktor muslim pertama berjaya memberi
penjelasan tentang penyakit barah dalam perut dan rawatan penyakit pinggang. Ibn
Zuhr menghasilkan banyak karya perubatan termasuk kitab al-Taysir fi al-Mudawat
wa al-Tadbir dan kitab al-Aghaziyah yang diterjemah dalam bahasa Latin dan Hebrew
 Tokoh perubatan lain seperti Ahmad Ibn Ibas, pakar bidang ubat-ubatan dari Cordova,
Umm al-Hasan Abi Ja’afar pakar bidang kedoktoran, Abu al-Qasim al-Zahrawi
menulis ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif.

a. Ilmu Sejarah
 Paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn Khalaf menulis lebih kurang 50 buah
karya. Antaranya al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus yang menceritakan tokoh
ilmuan, pemerintah dan umat Islam Andalusia.
 Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad mengarang Tahaqat al-Umam yang menyentuh perihal
cendekiawan Islam Andalusia, Ibn Hazm menghasilkan karya Jamharah yang berkait
salasilah orang-orang Arab termasuk keluarga Nabi Muhammad saw.

b. Ilmu Geografi
 Ilmu penting sebab keperluan keagamaan, ketenteraan dan pemerintahan di samping
semangat intelektual serta sifat ingin tahu
 Tokoh geografi iaitu Al-Bakri yang mengarang kitab al-Masalik wa al-Mamalik yang
menceritakan tentang jalan-jalan yang ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat
kerajaan yang memerintah. Abdullah al-Hijari melalui karyanya Mushib menghuraikan
tentang geografi kebudayaan.

c. Ilmu Astronomi
 Berkembang pesat apabila sarjana Islam berjaya cipta alat astrolab. Sekolah astronomi
dibangunkan oleh Abu al-Qasim Maslama al-Majriti. Beliau hasilkan karya tentang
astrolab, arithmethik, perdagangan. Abu Ishaq Ibrahim al-Zarqali mencipta alat
astrolab yang dikenali Safihah. Beliau kemukakan teori tentang bintang dan
pergerakan planet, membetulkan ukuran panjang Laut Mediterranean yang diberikan
oleh Khawarizmi.
 Tokoh lain ialah Nuruddin Ibn Ishaq al-Bitruji yang menghasilkan karya Fi‟al Hai‟a
yang menyentuh prinsip astronomi.

d. Ilmu Botani, Matematik dan Fizik


 Tokoh ahli botani Abu Ubaid al-Bakri -menyusun karya tentang tumbuhan. Ibn al-
Hawwam mengarang Kitab al-Filahah yang mengandungi kajian 34 bab mengenai
585 jenis tumbuhan.
 Ahli Matematik Al-Kirmani memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa.
 Ahli Fizik Ibnu Bajjah mengutarakan satu teori pergerakan.

B. Kesimpulan
1. Perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Umayyah di Andalusia membuktikan
bahawa Islam merupakan agama progresif dan dinamik.
2. Andalusia merupakan pusat pengaliran peradaban Islam bagi bangsa Eropah melalui
perkembangan ilmu naqli dan aqli dari tokoh ilmuan Islam. .

# Calon sepatutnya dapat memberikan 2 isi perkembangan ilmu naqli dan 2 isi perkembangan
ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah.

4. Huraikan sumbangan al-Khawarizmi kepada perkembangan tamadun Islam.

A. Pengenalan

1. Latar belakang al-Khawarizi: Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Musa Abu Al-
Khawarizmi. Dikenali di barat sebagai Al-Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism.
Dilahirkan di sekitar tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M. Tokoh
ilmuwan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang Matematik, Falsafah, Lojik,
Arithmetik, Geometri, Muzik, Kejuruteraan serta Sejarah Islam.
2. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun di Baghdad
khasnya dalam bidang Matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
3. Sumbangan beliau ini tidak terhad kepada Kerajaan Abbasiyah sahaja beliau bahkan
dimanfaatkan kepada tamadun islam sehingga kini.

B. Isi-isi utama

1. Bidang Matetamatik

a. Mempelopori ilmu Algebra

- Al-Khawarizmi dikenali sebagai Bapa AL-Jabr berikutan sumbangannya dalam


bidang Arithmetik iaitu Al-Jabr (Algebra) - Karya teragungnya Al-Jabr wa al-
Muqabilah telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan menjadi
rujukan di university- universiti di Eropah.
- Al-Jabr merupakan satu bidang matematik yang dikenali sebagai ilmu persamaan.
Beliau telah menggunakan simbol bagi mewakili nombor, nilai dan pembolehubah.
Melalui kaedah ini, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan seperti pembahagian
zakat dan wasiat.
- Ini menunjukkan bahawa Al-Khawarizmi merupakan pengasas ilmu algebra.
Cabang ilmu algebra initelah menjadikan karya beliau menjadi rujukan kepada
tamadun Islam dan dunia

b. Memperkenalkan sistem nombor

• Al-Khawarizmi memperkenalkan system nombor yang digunakan sehingga kini


dan menyumbang kepada perkembangan tamadun islam iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan
9. Angka- angka tersebut menggunakan symbol-simbol tertentu yang mewakili
nilai-nilai tertentu.
• Al-Khawarizmi ialah individu pertama yang memperkenalkan angkar sifar (0) dan
perpuluhan dalam matematik. Melalui penggunaan angka sifar, muncul nombor
yang mencapai infiniti. Sifar yang diperkenalkan beliau dipinjam oleh bahasa-
bahasa Eropah dengan sebutan cifre, chiffre dan zero.
• Pengenalan sistem angka yang sistematik ini membolehkan operasi pengiraan
matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan membolehkan
ilmu sains dan teknologi berkembang dengan pesat.
• Ini terbukti apabila Al-Khawarizmi memperkenalkan sistem ini membolehkan
beliau mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Abbasiyah bahkan juga
masyarakat dan dunia barat.

c. Mencipta ilmu-ilmu baharu

• Al-Khawarizmi mencipta ilmu baharu seperti istilah baharu tentang ilmu matematik
yang diperkenalkan dan digunakan sehingga kini. Antaranya ialah pembolehubah (x) ,
pembolehubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c).
• Karya beliau yang bertajuk Hisab al-Jabr wa Al-Muwabalah mengandungi bab-bab
yang meliputi pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur tolak dan bahagi,
persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segitiga dan isipadu bentuk
piramid dan kon.
• Ciptaan ini menunjukkan bahawa beliau sangat hebat dalam bidang matematik dan
menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam.

d. Penyelesaian permasalahan harta pusaka


• Beliau menghasilkan karya Al-Mukhtasat fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang
dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya
melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
• Penyelesaian masalah-masalah itu terdapat di dalam al-Quran dan Hadis namun ilmu
yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih
rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu.
• Melalui karya beliau, memudahkan umat Islam untuk menyelesaikan permasalahan
berkaitan harta pusaka sehingga ke hari ini.

2. Bidang Geometri dan Trigonometri


a. Al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan seperti bidang geometri dan
trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang
matematik yang melibatkan pengiraan.
b.Ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut,
permukaan dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri pula berkaitan dengan
pengiraan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya.
c. Sumbangan beliau ini dapat menjadi asas kepada tokoh-tokoh ilmuwan yang lain
untuk membuat rujukan dan mengembangkan ketamdunan Islam sejagat.

3. Bidang Atronomi.
• Beliau menghasilkan takwim Islam yang berjudul Zij al Sindhind.
• Beliau juga menyemak dan mengemaskini ilmu astronomi yang dikemukakan oleh Ptolemy.
• Beliau juga menghasilkan makalah berkaitan dengan ilmu astronomi.
• Beliau menggunakan ilmu matematik khususnya algebra dalam pengiraan-Sumbangan
beliau dalam bidang ini menjadi panduan kepada ahli-ahli astronomi selepazaman beliau
dan menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam.

4 )Bidang Geografi
• Beliau menghasilkan karya berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada sarjana Yunani.
• Beliau mengukur latitud dan longitud kedudukan bumi.
• Beliau juga menjelaskan jarak antara negara-negara.
• Usaha beliau ini membolehkan beliau bukan sahaja mendapat pengiktirafan daripada
Kerajaan Abbasiyah bahkan dijadikan rujukan oleh ahli geografi masa kini.
C. Kesimpulan
1. -Jasa dan sumbangan beliau telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah
kerajaan Abbasiyah dan disanjungi oleh umat Islam.
2. -Sumbangan beliau menjadi panduan dan memberi manfaat kepada
perkembangan tamadun Islam sehingga hari ini.

# Calon sepatutnya dapat memberikan 4 sumbangan al-Khawarizmi kepada tamadun Islam.


5. Huraikan kesan-kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1.

A. Pengenalan

1. Perang Dunia Pertama berlaku antara blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga iaitu Britain, Peranchis
dan Rusia yang digelar Tentera Bersekutu menentang Perikatan Kuasa Tengah iaitu Jerman dan
Austria-Hungary yang digelar Kuasa-kuasa Pusat.
2. Setelah perang berterusan,  negara-negara lain menyertai Pakatan Bertiga (Tentera Bersekutu), 
manakala  Kerajaan Turki Uthmaniyah  pula menyertai Perikatan Kuasa Tengah.

B. Isi-isi utama

1. Kesan Politik

a. Kehilangan wilayah
Kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan wilayah yang luas termasuklah Palestin. Britain dan Peranchis mula
menjalankan dasar kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.
Dari situ munculnya Negara bangsa apabila sempadan-sempadan telah digariskan dengan memisahkan
penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama. Pada tahuun 1918, tentera
kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyah iaitu Istanbul.

b. Gencatan Senjatan Mudros

 Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang
memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920. Pendudukan Tentera Bersekutu ke
atas Constantinople dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki. Di
bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha /Atartuk (seorang komander tentera yang tersohor ketika
Pertempuran Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki yang menarik balik terma-terma
Perjanjian Sevres 
 Pada 18 September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dan tertubuh sebuah negara Turki yang
baharu. Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan
sistem kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan
Uthmaniyah.

c. Perjanjian Lausanne

 Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923 membawa kepada pengiktirafan antrabangsa terhadap
`Republik Turki` yang baharu dibentuk sebagai negara pewaris empayar Uthmaniyah. Perjanjian
Lausanne  menggariskan beberapa tuntutan, iaitu; Sistem khalifah ditamatkan, Khalifah dibuang
negeri, Harta khalifah dirampas dan Kerajaan Turki baharu akan ditubuhkan atas dasar sekular. 
 Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan negara Turki. Republik tersebut diisytiharkan secara
rasmi pada 29 Oktober 1923 di ibu negara baharu iaitu Ankara.

d. Kebangkitan Mustafa Kamal Atartuk

 Beliau telah mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu lalu merombak parlimen yang
sedia ada yang tidk bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan
juga tidak bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut.  Akhirnya Kemal Atartuk mengadakan
konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan
 Pada 3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah secara rasminya ditamatkan .  Khalifah Abdul
Mejid II diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kemal Atartuk mengambil alih takhta .

e. Pembentukan negara sekular Turki

 Mustafa Kemal Atartuk menjadi Presiden Turki yang pertama dan memperkenalkan banyak
pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baharu dengan prinsip
memisahkan agama daripada politik.
 Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukan, Jawatan Syeikhul Islam dimansuhkan,
Pentadbdiran sekolah agama dipindahkan dipindahkan ke Jabatan Sivil yang bertanggungjawwb
terhadap pendidikan umum, Mahkamah Syariah dihapuskan dan bidang kuasanya dipindahkan ke
Mahkamah Sivil. Penulisan dengan huruf Arab juga diubah kepada huruf Latin. Gelaran Arab
dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat.

f. Perpecahan Wilayah Umat Islam

 Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naunganya telah membebaskan diri dan ditakluk
oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan,
Serbia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan negara umat Islam.
 Hal ini diparahkan dengan kejatuhan negara-negara Arab ke tangan musuh dan sebahagiannya mahu
membebaskan diri daripada naungan Kerajaan Uthmaniyah selepas kekalahan dalam perang ini.

2. Kesan Ekonomi

a. Kemerosotan ekonomi

 Negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. 
Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang menyebabkan negara tersebut membuat perbelanjaan
yang besar untuk membiayai peperangan.  Hal ini menyebabkan negara Islam di bawah pengaruh
Turki seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.

b. Kesan Persetujuan Sykes –Picot 1916

 Wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Peranchis, Inggeris, Rusia dan Itali.  Akibat
penguasaan kuasa-kuasa Eropah , ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas.

c. Perdagangan negara Islam merosot

 Perdagangan negara Islam merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut
Hindi, Laut Mediteranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain.  Situasi ini menyebabkan
Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam.  Sebagai contoh , Peranchis dan Inggeris telah
mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar
perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Contoh Peranchis dan Inggeris
telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung
besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.
 Soviet Union menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran.  Penguasaan
ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.
3.Kesan Sosial

a. Kemerosotan Akhlak dan Moral

 Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini telah
menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam
 Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang
membawa kepada perpecahan umat Islam.

C.Kesimpulan

1. Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat.
Kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah menyebabkan berakhirnya sistem
pemerintahan khalifah dan bermulanya proses pengsekularan Turki yang diterajui oleh Mustafa Kemal
Atartuk. 
2. Negara-negara Islam juga mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan kemerosotan akhlak dan moral
yang akhirnya menyebabkan dunia Islam berpecah-belah.

# Calon dapat memberikan sekurang-kurangnya 4 isi dan calon layak diberikan cemerlang jika berjaya
membincangkan kesan-kesan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

6.Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

A. Pengenalan
1. Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir abad ke-19 dan awal
abad ke-20 Masihi. Pembinaan negara bangsa Mesir bermula apabila Mesir mengasingkan diri daripada
penguasaan pemerintahan Uthmaniyah berikutan empayar berkenaan mula mengalami fasa kelemahan
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
2. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah turut disumbang oleh kesan gerakan negara bangsa yang berlaku di
Eropah dan Arabia serta kemunculan kuasa-kuasa imperialis Barat.

B. Isi-isi utama

I) Faktor Dalaman
1. Peranan tokoh-tokoh nasionalis
 Diskriminasi penjajah British dalam aspek politik, ekonomi dan sosial melahirkan ramai tokoh nasionalis
berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dan bercita-cita mempraktikkan sistem pemerintahan berparlimen
seperti yang diamalkan di Barat. Antara tokoh nasionalis terkemuka ialah Saad Zaghlul dan Mustafa Kamil.
 Golongan nasionalis ini terdiri daripada mereka berkelulusan undang-undang di university swasta Mesir.
Mereka telah dilatih oleh pensyarah dari Perancis dan dihasut memusuhi British. Mereka menubuhkan Hizbul
Ummah bagi menyatu padukan masyarakat Mesir dalam usaha menentang penjajahan British dan mentadbir
negara mengikut acuan sendiri

2. Peranan akhbar dan majalah


 Akhbar dan majalah menjadi wadah utama dalam menyebar dan menyampaikan idea-idea pembinaan negara
bangsa Mesir. Karya-karya tokoh nasionalis berjaya membuka minda rakyat. Rasyid Rida menyeru penduduk
Mesir memajukan diri dan negara melalui akhbar Salafiya. Beliau menyatakan bahawa kemunduran umat
Islam Mesir disebabkan mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan, kezaliman pemerintah (khedive dan
British) dan kejumudan ulama.
 Akhbar al-Ahram yang diterbitkan pada tahun 1875 oleh golongan Kristian Lubnan dan berpusat di
Iskandariah di bawah kelolaan Syeikh Muhammad Abduh mengandungi idea-idea tentang jati diri,
nasionalisme, kenegaraan dan anti penjajahan turut berjaya menyedarkan masyarakat Mesir tentang kesan
buruk penguasaan Barat terhadap tanah air.
3. Peranan institusi pendidikan
 Institusi pendidikan kerajaan dan swasta berperanan dalam pembinaan negara bangsa Mesir. Contohnya
Universiti al Azhar di Kaherah berjaya melahirkan ramai golongan intelektual dan nasionalis. Institusi
pendidikan menjadi medan golongan ini berbahas dan berdebat berkenaan isu-isu semasa negara khasnya
yang berkaitan dengan jati diri bangsa dan kedaulatan negara. Kewujudan institusi pendidikan ini berjaya
mempengaruhi penduduk Mesir tentang kepentingan pembinaan negara bangsa

4. Faktor bahasa
 Kedudukan geografi negara Mesir di utara benua Afrika yang mana sebahagian besar rakyatnya menganggap
diri mereka sebahagian bangsa Arab dan negara Mesir adalah negara Arab. Pihak British berusaha
menghapuskan persepsi tersebut dengan menggalakkan orang Mesir bertutur dalam dialek tempatan (lahjah
Misriyah) bagi mengukuh identity bangsa Mesir. Tindakan British ini telah melahirkan generasi baharu Mesir
yang tersisih daripada bahasa Arab Fushah (bahasa al Quran).
 Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ulama Mesir. Selain itu penggunaan lahjah
Misriyah dalam pendidikan (kegunaan secara rasmi) menyuburkan perasaan kebangsaan sempit yang lebih
kepada Mesir hanya untuk bangsa Mesir (Misri). Pihak British juga mementingkan pendidikan Barat dan
penguasaan bahasa Inggeris untuk mengisi dan melaksanakan pentadbiran kerajaan. Langkah British ini telah
menimbulkan kebangkitan rakyat kerana ia boleh menghakis identiti bangsa dan negara.

5. Kepentingan Terusan Suez


 Pembukaan Terusan Suez telah menarik perhatian kuasa Barat khasnya British dan Perancis untuk
menguasainya sehingga mereka mengadakan perjanjian yang boleh menguntungkan kepentingan mereka
dengan kerajaan Mesir. British berjaya mempengaruhi Khedif Ismail, pemerintah Mesir yang mewakili
kerajaan Uthmaniyah dalam perangkap hutang riba kapitalis yang akhirnya membawa kepada kemuflisan.
 Masalah hutang ini dijadikan alasan British untuk menguasai Terusan Suez demi kepentingan mereka. Untuk
itu pihak British telah menempatkan pasukan tenteranya di situ dan kerajaan Mesir (di bawah Khedif) tidak
dapat berbuat apa-apa dengan tindakan imperialis tersebut. Penguasaan British ini menyebabkan rakyat tidak
berpuas hati kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara Mesir. Justeru lahir kesedaran yang membawa
kepada kebangkitan rakyat untuk menyelamatkan maruah bangsa dan negara.

6. Krisis kewangan dan ekonomi Mesir


 Penwartaan pelbagai jenis cukai telah menambahkan beban rakyat yang majoritinya adalah petani miskin.
Ramai wanita Mesir bekerja sebagai pembantu rumah kepada orang-orang British yang berkhidmat di tapak
projek Terusan Suez. Pemerintah Mesir dan penjajah British tidak mahu berusaha memperbaiki keadaan
rakyat biarpun Mesir kaya dengan hasil buminya. Ironinya hasil-hasil itu dibolot oleh pelabur-pelabur asing
manakala golongan Yahudi pula menguasai ekonomi Mesir dengan memiliki hamper sekeluruhan gedung
gedung perniagaan di negara tersebut.
 Kegagalan Mesir melaksanakan hutang kepada pemodal Eropah yang terbabit dengan projek Terusan Suez
menimbulkan krisis kewangan dan campur tangan British dan Perancis yang memudaratkan negara. Kemelut
ekonomi dan campur tangan Barat dalam soal kewangan negara menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
khasnya apabila ia melibatkan soal kedaulatan dan masa depan negara Mesir.

7. Penjajahan dan kebudayaan


 Selain itu antara kesan negatif paling jelas yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir ialah
apabila tercetusnya pemberontakan rakyat yang mewujudkan ketidakstabilan politik di Mesir. Dari segi
politik, meskipun rakyat Mesir terdedah kepada idea demokrasi berparlimen, namun kuasa mutlak masih
kekal di tangan British. Kebudayaan Barat yang tidak bertunjangkan Islam sedikit sebanyak telah meresap ke
dalam masyarakat Mesir secara tidak langsung.
 Walaupun budaya Barat itu tidak mampu mengalihkan anutan agama Islam masyarakat Mesir, namun kesan
negatif daripada budaya yang tidak sihat telah menimbulkan kejutan budaya kepada masyarakat tempatan.
Justeru lahir kebimbangan dalam kalangan ulama tentang jati diri rakyat Mesir.

8. Penyerapan ideologi Barat


 Penyerapan ideologi Barat dalam pemikiran masyarakat Mesir sedikit sebanyak menyumbang kepada gerakan
pembentukan negara bangsa. Ideologi seperti nasionalis, sekularisme, sentimen anti Turki Uthmaniyah, polisi
Arab dan sebagainya berjaya mempengaruhi minda rakyat untuk mula berfikir soal maruah dan jati diri negara
Mesir. Kesannya lahirnya tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Mesir seperti Saad Zaghlul pada awal
abad ke-20.

II) Faktor Luaran

1. Campur tangan kuasa asing di Mesir


 Campur tangan kuasa asing seperti British dan Perancis dalam politik dan ekonomi Mesir secara tidak
langsung telah mempengaruhi pembentukan negara bangsa mesir pada abad ke-20 Masihi. Penjajahan British
ke atas Mesir selepas menamatkan Pemberontakan Urabi 1882 telah menyebabkan Mesir berada di bawah
kekuasaan Mesir.
 Selain itu pembukaan Terusan Suez telah menarik perhatian kuasa Barat khasnya British dan Perancis untuk
menguasainya sehingga mereka mengadakan perjanjian yang boleh menguntungkan kepentingan mereka
dengan kerajaan Mesir. Penguasaan British ini menyebabkan rakyat tidak berpuas hati kerana ia melibatkan
soal kedaulatan negara dan masalah kewangan Mesir. Justeru lahir kesedaran yang membawa kepada
kebangkitan rakyat untuk menyelamatkan maruah bangsa dan negara.

2. Kesan Perang Dunia Pertama (1914-1918)


 Perang Dunia Pertama yang tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 memberi impak yang besar kepada
pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20. Perang ini berjaya membuatkan penduduk Mesir bangkit
melawan kuasa asing ialah Perang Dunia Pertama. Perang ini meletus di antara Jerman, Austria-Hungary
(Triple Alliance/Perikatan Tiga Kuasa) dengan British, Rusia dan Perancis (Triple Ententes/Pakatan Tiga
Kuasa).
 Dalam peperangan ini rakyat Mesir telah dipaksa untuk terlibat walaupun tanpa kerelaan. Antara mereka
dieksploitasi menjadi sukarelawan Palang Merah dan hamba tentera di Gallipoli, Palestin dan Perancis yang
menyebabkan rakyat menghadapi kesusashan dan kesengsaraan. Kehadiran tentera British dan Amerika di
bumi Mesir juga tidak disenangi dan menimbulkan kesedaran masyarakat bahawa mereka perlu bebas
daripada kuasa asing. Semasa Persidangan Damai Paris, Saad Zaghloul melalui perwakilan yang dikenali
Wafd telah mendesak British agar memberikan kemerdekaan kepada Mesir. British menolak dan Saad
dibuang negeri namun tercetusnya penentangan rakyat melalui Revolusi Mesir pada tahun 1919.

3. Kemunculan nasionalisme Arab


 British juga telah melaksanakan dasar membangkitkan nasionalisme Arab. Ia adalah bertujuan untuk
mendorong pemimpin-pemimpin di Tanah Arab berjuang untuk membebaskan wilayah masing-masing
daripada terus berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1916, sebahagian daripada orang
Arab yang di ketuai oleh Sharif Hussain ibn Ali, Gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah
mengisytiharkan perang terhadap empayar Turki Uthmaniyah. Sharif Hussain bertindak demikian kerana
pihak British berjanji berdasarkan Persuratan Husain-McMahon pada tahun 1915 dan 1916 untuk membantu
beliau mendirikan sebuah negara Arab yang merdeka di wilayah Arab yang akan di rampas daripada Turki
Uthmaniyah dan membentuk satu negeri Arab bersatu yang terbentang dari Aleppo di Syria hingga ke Aden di
Yaman.

4. Persaingan kuasa ekonomi


 Kepentingan untuk menguasai sumber ekonomi di Mesir seperti hasil minyak telah menyebabkan kuasa-
kuasa Barat khasnya British dan Perancis berlumba-lumbadan berebut untuk mendapat hak mengawal
Terusan Suez.Terusan ini dianggap sebagai pelan strategik untuk mengusai ekonomi bukan sahaja di Mesir
malah di seluruh Timur Tengah. Justeru British telah menggunakan masalah hutang yang ditanggung oleh
Khedif untuk dijadikan menguasai Terusan Suez demi kepentingan mereka. Untuk itu pihak British telah
menempatkan pasukan tenteranya di situ dan kerajaan Mesir (di bawah Khedif) tidak dapat berbuat apa-apa
dengan tindakan imperialis tersebut.

5. Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah


 Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama adalah sebagai jalan terakhir untuk
menyelamatkan wilayah-wilayah dan kekuasaannya seperti Mesir yang mendapat ancaman daripada British
dan Perancis. Dalam perang tersebut Uthmaniyah telah menyertai pakatan bersama-sama dengan Jerman
untuk berhadapan dengan pakatan kuasa-kuasa Barat yang diketuai oleh British antara tahun 1914 hingga
1918. Namun kegagalan Khalifah Uthmaniyah telah memberi implikasi yang besar kepada politik, ekonomi
dan sosial negara berkenaan yang membawa kepada kejatuhannya. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama
telah meninggalkan kesan yang cukup besar apabila menandakan berakhirnya sistem khalifah Islam yang telah
diamalkan selama 623 tahun tetapi juga mengakibatkan berlakunya pencerobohan Barat ke atas bumi Palestin

C. Kesimpulan
• Krisis kewangan, Isu Terusan Suez dan penyebaran ideologi Barat merupakan penyumbang utama kepada
gerakan pembentukan negara bangsa Mesir. Pembentukan negara bangsa semakin terserlah berikutan
penguasaan Barat terhadap Mesir dan pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
• Kemunculan tokoh-tokoh nasionalis menyemarak dan melengkapkan lagi usaha berkenaan sehingga
pembentukan negara bangsa Mesir berjaya direalisasikan.

# Calon dapat memberikan sekurang-kurangnya 4 isi iaitu 2 isi faktor dalaman dan 2 isi faktor luaran.

Anda mungkin juga menyukai