Anda di halaman 1dari 4

LAD ISLAMI SIRAJ,SRA & KAFA ZON 6 2023 UNDIAN

ACARA : BAHASA MELAYU (L)


5

RASULULLAH PEMIMPIN CEMERLANG

Bismillahirrahmanirahim.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Alhamdulillahhir
obbilalamin.wassolatuwassalamualaasrafilanbiyaiwalmursalinwaalaalihiwasahbihiajmai
n.Yang dihormati, Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana dan adil, penjaga
masa yang amanah dan sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

“Rasulullah SAW Pemimpin Cemerlang” tajuk syarahan saya pada hari ini. Rasullah
SAW adalah manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai Rasul terakhir
yang membawa ajaran Islam dan menyebarkan dakwah Islamiyah untuk umat manusia
bagi memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Nabi
Muhammad SAW merupakan rasul terakhir yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal
bersamaan 20 April tahun Gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama iaitu Surah
Al-Alaq pada 17 Ramadan bersamaan (16 Ogos 610M) dan dilantik secara rasmi
sebagai Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

Disifatkan sebagai contoh terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam Al-
Quran. Baginda bukan sahaja seorang Nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin
terbilang sepanjang zaman. Tiada pemimpin lain di dunia dapat mengatasi kedudukan
baginda Rasulullah SAW. Bismillahirrahmanirrahim.. Maksudnya “Sesungguhnya telah
ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah”. (Surah Al-Ahzab - Ayat 21)

Suatu kajian yang telah dijalankan oleh saujana barat, MichaelH. Hart dalam buku
beliau yang berjudul The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History

 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI 


1
LAD ISLAMI SIRAJ,SRA & KAFA ZON 6 2023 UNDIAN
ACARA : BAHASA MELAYU (L)
5

(1978) mengesahkan kedudukan mulia yang Allah SWT telah berikan kepada
baginda. Allah SWT telah menggelarkan baginda sebagai‘Yang ditinggikan sebutan
namanya’ dalam Surah Al-Insyirah ayat 4 dan Khuluqin Azim didalam Surah Al-qalam
Ayat 4.

Para hadirin yang dimuliakan, Ketokohan Rasullullah SAW sebagai pemimpin terbilang
dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu sebagai pemimpin agama,politik, ketenteraan
dan masyarkat. Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Baginda merupakan seorang pemimpin agama yang hebat. Sebagai rasul, tugas
baginda adalah menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia dengan sifat lemah
lembut,toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama
dalam aspek akidah. Sebagai contoh,baginda tetap bersabar menghadapi tentangan
orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh
baginda. Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pula
pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai
mukjizat oleh Allah SWT. Ajaran dakwah baginda meliputi bidang ibadah, nikah,
jenayah dan ketaatan negara serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al-
Quran dan hadis. Ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri Rasulullah SAW.

Sidang hadirin, Seterusnya kita melihat Rasullullah SAW sebagai pemimpin yang
terbilang dalam kepimpinan baginda sebagai seorang pemimpin politik. Baginda telah
mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu Sahifah Madinah
sehingga diiktiraf menjadi Ketua Negara Islam Madinah. Kepimpinan baginda terserlah
apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Mekah
yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul
Aswad di penjuru Kaabah. Hadirin sekalian,Rasulullah SAW telah menunjukkan mutu

 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI 


2
LAD ISLAMI SIRAJ,SRA & KAFA ZON 6 2023 UNDIAN
ACARA : BAHASA MELAYU (L)
5
kepimpinan yang cemerlang dalam bidang ketenteraan, Buktinya baginda telah
memimpin dalam 27 siri ketenteraan (ghazwah). Aspek akidah, syariat dan akhlak yang
mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan di samping
mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah putus semangat dalam
menghadapi musuh. Sepanjang memimpin bidang ketenteraan baginda telah berjaya
merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan dalam pasukan
tentera Islam. Antara etika peperangan yang telah diperkenalkan oleh baginda ialah
mematuhi perintah Allah SWT serta menuntut keredhaanNya,memberi pilihan kepada
musuh sebelum berperang sama ada masuk Islam, membayar Jizyah dan berperang,
tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang dan musuh yang telah
mati, patuh kepada ketua dan tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang
beribadat dan orang awam.

Keempat, Rasullullah SAW pemimpin terbilang dapat dibuktikan dalam ketokohan


baginda sebagai pemimpin masyarakat. Baginda telah berjaya menyatukan masyarakat
Madinah yang berbilang agama dan keturunan, menyatukan umat Islam melalui
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan
membantu ke arah kebaikan. Sepanjang kepimpinan Rasulullah SAW, baginda berjaya
mengekalkan perpaduan dalam masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam
Piagam Madinah, iaitu menghapuskan perbezaan kaum melalui konsep Ummah
contohnya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, juga telah memberi kebebasan
beragama kepada semua penduduk Madinah dengan mengamalkan adat masing-
masing. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing dalam menyelesaikan
masalah anggota suku masing-masing.

Hadirin sekalian, sebelum kata penutup bicara, Rasulullah SAW pemimpin terbilang
telah dibuktikan dalam ketokohan baginda sebagai pemimpin agama, politik,
ketenteraan dan masyarakat sehingga diiktiraf sebagai pemimpin pertama dunia.

 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI 


3
LAD ISLAMI SIRAJ,SRA & KAFA ZON 6 2023 UNDIAN
ACARA : BAHASA MELAYU (L)
5
Peribadi baginda wajar dicontohi oleh kita semua tidak kira yang muda,pertengahan
mahupun yang tua, dalam kalangan pemimpin masyarakat, negara serta dunia.
Seandainya seluruh umat manusia pada hari ini menjadikan Rasulullah SAW sebagai
idola dalam kehidupan, In Sya Allah kita akan cemerlang di dunia dan di akhirat.

 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI 


4

Anda mungkin juga menyukai