Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH ISLAM (STPM / SEM.

2)
TEMA 1; MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR

1.3 Sistem Pemerintahan Zaman Nabi Muhammad s.a.w


M/S

1. Huraikan lima kandungan utama yang terdapat dalam Perlembagaan Madianah 2

2. Jelaskan peranan Perlembagaan Madinah dalam membawa keutuhan politik 4


negara Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
3. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas 6
penubuhan Negara Islam Madianah.
4. Huraikan system pentadbiran negara Madinah pada zaman Nabi Muhammad 8
s.a.w.
Soalan 1; Huraikan lima kandungan utama yang terdapat dalam Perlembagaan Madianah

.Pendahuluan

• Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja Nabi Muhammmad s.a.w. berjaya mendirikan negara
Islam pada tahun I H. Perlembagaan ini mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan untuk orang-
orang Islam, manakala yang selebihnya dikhaskan kepada orang-orang bukan Islam.

• Sumber penggubalan perlembagaan ini ialah wahyu. iaitu al Quran dan Hadis serta norma-norma
masyarakat sedia ada yang tidak bertentangan dengan sumber syarak berkenaan. Berdasarkan 47 fasal
yang terdapat dalam piagam, terdapat lima perkara utama yang terkandung dalamnya iaitu berkaitan
kepemimpinan, tanggungjawab orang Islam, hak orang-orang bukan Islam, pengenalan konsep
ummah. dan tanggungjawab keselamatan yang merupakan tanggungjawab bersama.

Isi-isi penting

(a) Kepemimpinan

• Nabi Muhammad s.a.w. diakui sebagai peniimpin tertinggi negara Islam Madinah, sekaligus akan
bertindak sebagai ketua negara, ketua hakim dan ketua agania. Pengisytiharan ini menggambarkan
Baginda s.a.w. kini diakui sebagai pemimpin bukan sahaja oleh orang-orang Islam bahkan orang-
orang bukan Islam khususnya kaum Yahudi.

• Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. tidak berniakna akan wujud pemusatan kuasa di tangan Baginda
s.a.w., sebaliknya sebagai pemimpin yang adil. Baginda s.a.w. telah mengekalkan peranan ketua-
ketua kahilah sedia ada, dan bagi memastikan pembabitan rakyat secara menyeluruh dalam
pemerintahan, Nabi Muhammad sa.w. telah memperkenalkan prinsip dan amalan syura dalam
pemerintahan yang memberikin peluang kepada rakyat mengemukakan apa-apa pandangan dan
krioikan demi kepentingan hirsama.

(b) Tanggungjawab orang-oramg Islam

• Perlembagaan Madinah tielah menetapkan kewijipan setiap orang Islam hidup saling bekerjasania
antara satu saima lain tanpa mengiu hangsa ataupun keturunan. Ketetapan ini bermakna Nabi
Muhamimad s.a.w. berusaha menperkuatkan umat Islam di negara Madinah.

• Kerjasama ini telah membaw/a kqpada penghapisan semangat assahiyah dalam kalangan mereka
sekaligus membolehkan konse|» ukttwah direalisasikan sepenuhnya. Ini terbukti apabila orang-orang
Ansar telah menghulurkan pelbagai bantuan untuk memulihkan orang-orang Muhajirin dari sudut
sosial dan ekonomi yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang.

(c) Hak orang-orang bukan Islam

• Golongan bukan Islam khususnya golongan Yahudi telah diberikan hak yang sewajarnya sebagai
warga negara Madinah. Mereka diberikan kebebasan untuk niengamalkan agama dan adat istiadat
mereka dan bebas mengemukakan apa-apa pandangan serta bergerak dalam kota Madinah.

• Pemberian hak ini menggambarkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. yang memperkenalkan
prinsip-prinsip hak asasi seperti keadilan. kebebasan, malah kesamaan kerana mereka berada di
bawah sistem perundangan yang sama. Baginda s.a.w. tidak bersikap prejudis kepada golongar bukan
Islam ini.

(d) Tanggungjawab bersama

• Berdasarkan Perlembagaan Madinah, adalah menjadi kewajipan setiap warga Madinahh


meinpertahankan negara Madinah seandainya terdapat aneaman daripada pihak luar yang menggugat
keselamatan negara.

• Tanggungjawab ini merupakan mandatori kepada semua warga tanpa mengirakan agama keturunan,
mahupun status. Malah, bagi memperkuatkan fasal ini, semua warga Madinah juga dilarang
meengadakan apa-apa pakatan atau perjanjian dengan pihak luar tanpa pengetahuan Nabi Muhammad
s.a.w.

• Fasal ini jelas menggambarkan usaha Nabi Muhammad s.a.w. untuk melahirkan warga Madinah
yang mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi baik terhadap kepemimpinannya malah negara
Islam khasnya.

(e) Pengenalan konsep ummah

• Perlembagaan Madinah telah membawa kepada pengenalan konsep baharu masyarakat di bawah
pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Masyarakat yang pelbagai kaum dan agama ini kini diidentitikan
sebagai ummah yang mempunyai tanggungjawab dan prinsip yang tersendiri bagi mewujudkan
suasana yang harmoni dalam kalangan mereka.

• Terdapat pelbagai prinsip yang diperkenalkan dan perlu dihayati oleh setiap warga Madinah,
antaranya dalam kalangan orang Islam, diperkenalkan prinsip persaudaraan, dari segi pentadbiran
didedahkan konsep musyawarrah. dan dalam kalangan bukan Islam pula terdapatnya prinsip
persamaan dan kebebasan serta keadilan.

• Selain itu, bagi mengukuhkan konsep ummah ini setiap warga Madinah juga perlu menghayati
prinsip kesetiaan dalam aspek pertahanan dan amar niakruf nahi niungkar agar matlamat penyatuan
dapat direalisasikan sepenuhnya.

Kesimpulan

Fasal yang terdapat dalam Perlembagaan Madinah jelas menunjukkan ianya adalah bersifat
menyeluruh dan bersesuaian dilaksanakan terutamanya bagi negara yang baharu dibentuk serta
didiami oleh pelbagai bangsa dan agama. Penghayatan fasal ini amat penting bagi mewujudkan
keutuhan politik negara Islam Madinah bagi bertahan dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Soalan 2; Jelaskan peranan Perlembagaan Madinah dalam membawa keutuhan politik negara Islam
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w

Pendahuluan

• Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja Nabi Muhammmad s.a.w. berjaya mendirikan negara
Islam pada tahun 1 H. Perlembagaan atau piagam ini merupakan undang-undang bertulis pertama dan
ianya mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan untuk orang-orang Islam, manakala yang
selebihnya dikhasnya kepada orang-orang bukan Islam.

• Perlembagaan yang bersumberkan wahyu ini mengandungi beberapa perkara, antaranya berkait
dengan kepemimpinan negara, hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan orang-orang bukan
Islam serta tanggungjawab bersama warga Madinah mempertahankan keselamatan dan kedaulatan
negara.

Isi-isi penting

(a) Penyelesaian maasalah warga Madinah

• Penggubalan dan penguatkuasaan diharapkan dapat menangani masalah sosial dan ekonomi umat
Islam khususnya dalam kalangan golongan Muhajirin, melalui peruntukan yang terdapat dalam
piagam ini iaitu menjadi tanggungjawab sesama umat Islam meringankan beban dan penderitaan
saudara seagama mereka.

• Dalam konteks ini, jelaslah golongan Ansar telah bertindak membantu golongan Muhajirin dengan
pelbagai cara sama ada menyediakan tempat tinggal, menghulurkan bantuan dalan bentuk kewangan,
malah ada yang sanggup menceraikan isteri-isteri agar harta yang ditinggalkai dapat diwarisi oleh
saudara seagama kelak.

(b) Perundangan tertinggi negara

• Piagam Madinah menjadi sumber perundangan tertinggi negara. Hal ini disebabkan teras
perlembagaan ini ialah al Quran dan Hadis, maka sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah,
Nabi Muhammad s.a.w. telah memanfaatkan perlembagaan ini bagi membentuk dan melaksanakan
pemerintahan yang adil, telus, dan amanah.

. Malah melalui perlembagaan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas terhadap golongan
Yahudi yang mengkhianati umat dan negara Islam dengan mengusir satu persatu golongan Yahudi
bermula dengan Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

©kedaulatan negara dipertahankan

• Selain itu. piagam ini digubal bagi niemastikan kedaulatan negara Islam, terutamanya mengelak
ancaman dan pencerobohan musuh. Semua warga Madinah tanpa mengira agama dan bangsa wajib
mempertahankan negara seandainva diancam oleh musuh. Setiap warga Madinah dilarang
niengadakan apa-apa perjanjian sulit mahpun secara terbuka dengan pihak tertentu tanpa merujuk
Nabi Muhammad s.a.w.
• Bagi orang-orang Islam pula. mereka disaranka menyertai angkatan tentera disebabkan ianya
terangkum dalam konsep jihad iaitu sesuatu yang amat mahal harganya jika gugur di medan
perjuangan.

• Selain kedaulatan negara dapat dipertahankan, kandungan akan kewajipan bersama


mempertahankan negara ini dapat mengukur sejauh mana kesetiaan warga Madinah terhadap negara
dan kepemimpinan Nabi Mohammad s.a.w.

(d) Mengawal perilaku kauni Yahudi

• Perlembagaan Madinah juga berfungsi' mengawal perilaku serta tindak-tanduk masyarakat. Melalui
penggubalan piagam ini adalah menjadi harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat membentuk
masyarakat yang berdisiplin serta saling bekerjasama sekaligus membentukmasyarakat yang harmoni.

• Piagam yang digubal ini menghapuskan perasaan curiga-mencurigai, hasutt-meiqhasut agar tidak
mengundang perpecahan dan ketidakstabilan politik negara Islam Madiinah.

• Tidak kurang pentingnya, melalui piagam ini juga, amalan semangat assatbiyah yang sering
mengundang perpecahan dihapuskan sebebaliknya digantikan dengan konstep unmah yang
mengandungi tiga elemen penting iaitu persaudaran, persamaan taraf dan pinsip amal makruf nahi
mungkar dengan terasnya akidah iaitu mentauhidkan Allah Yang Esa.

(e) Pengiktirafan akan kcpcminipinan Nabi Muhammad s.a.w.

• Perlembagaan Madinah yang digubal dan dikuatkuasakan ini juga secara tidak langsung telah
membawa kepada pengisytiharan Baginda s.a.w sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah.

• Pun begitu, Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pemimpin yang mengamalkan pcmerintahan kuasa
mutlak atau diktator, sebaliknya Baginda s.a.w. telah memaparkan kewibawaan dengan memberikan
ruang dan peluang kepada warga Madinah terlibat dalam pentadbiran dengan memperkenalkan prinsip
dan anialan syura dalam pemerintahan.

• Baginda s.a.w. masih mengckalkan pcranan ketua setiap kabilah. dan diberikan kebebasan
menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kabilah masing-masing selagi mampu.

Kesimpulan

• Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Piagam Madinah ini telah dapat mewujudkan sebuah
negara yang aman dengan masyarakat yang saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama
lain. Malah, dengan penggubalan perlembagaan ini, ianya telah menyerlahkan bakat kcpcminipinan
yang ada pada diri Nabi Muhaniniad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. dianggap negarawan yang ulung.
Soalan 3; Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas penubuhan
negara islam Madinah.

Pendahuluan

1. Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah menandakan pembentukan secara rasmi negara
Islam

Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw.

2. Nabi Muhammad saw bukan sahaja scbagai nabi dan rasul. Beliau juga mcrupakan ketua negara,
ketua

hakim dan ketua tentera.

3. Penduduk Madinah terdiri daripada golongan Ansar, Muhajrin dan Yahudi.

4. Kepelbagaian masyarakat dan budaya menyebabkan Nabi Muhammad saw melaksanakan pelbagai
usaha untuk mcmastikan negara Madinah kekal aman dan utuh.

Isi-isu utama

1. Memperkenal dan menguatkuasakan Piagam Madinah

• Nabi Muhammad saw menguatkuasakan Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan, undang-
undang asas dan teras kepada pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah.

• Piagam Madinah mengandungi 47 fasal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama
mengandungi 23 fasal tentang peraturan umat Islam (Muhajrin dan Ansar) dan bahagian kedua 24
fasal yang menycntuh peraturan bagi orang-orang Yahudi.

• Piagam Madinah menjadi panduan kepada seluruh penduduk Madinah tentang hak dan kewajipan
mereka sebagai warganegara Madinah.

• Penguatkuasaan perlembagaan negara ini berjaya memperkukuhkan kedudukan pelbagai kaum dan
membentuk masyarakat Madinah yang bersatu padu.

• Golongan non muslim khasnya Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi dan
patuh kepada Piagam Madinah. Ini membuka jalan kepada pembentukan negara Madinah yang utuh
dan stabil di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw.

2. Memperkenalkan struktur pemerintahan dan biroksasi pentadbiran

• Nabi Muhammad saw memperkenalkan struktur pemerintahan pusat dan wilayah bagi melicinkan
pentadbiran negara.
• Dalam birokrasi pentadbiran, nabi melantik pelbagai jawatan di peringkat ppusat dan Oalam
membantu ketua negara seperti Nuqaba', Setiausaha. Pemegang Amanah. Wali, Kadhi. Penterjemah
dan Amil (gabenor).

• Mereka mempunyai kuasa tertentu berdasarkan jawatan seperti kuasa pelaksana. penggubalan
undang-undang dan kchakiman.

3. Memperkasakan konsep unimah

• Konsep ummah merupakan masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam Madinah yang
termaktub dalam Piagam Madinah.

. Pembentukan ummah menjadi salah satu misi penting Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan
neara Islam Madinah yang utuh dan stabil.

• Bila mana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka konscp ummah tcrbatas kepada umat
Islam sahaja.

4. Memperkasakan peranan masjid

• Pada peringkat awal, Nabi Muhammad saw tclah mcndirikan Masjid Quba dan Masjid Madinah
yang berftingsi sebagai pusat ibadat dan aktiviti kemasyarakatan.

• Seiring keperluan semasa, masjid tiirut berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara, menerima
utusan diplomatik dan menjadi tempat pcrtemuan masyarakat membincangkan hal-hal berkaitan
urusan agama. politik, ckonomi dan sosial.

• Masjid menjadi satu institusi penting dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu.

5. Menjadikan al-Quran sebagai dasar pemerintahan dan penyatuan penduduk

• Bagi memastikan kejayaan penyatuan masyarakat majmuk dan pembentukan negara Islam Madinah,
Nabi Muhammad saw menjadikan al-Quran sebagai dasar pentadbiran negara dan sumber utama
perundangan.

• Dasar pemerintahan berdasarkan al-Quran berjaya membawa kepada kesejahteraan dan keadilan
kepada masyarakat Madinah.

6. Memperkukuhkan penyatuan Ansar dan Muhajirin

• Nabi Muhammad saw memperkukuhkan hubungan antara Muhajirin dan Ansar mclalui semangat
persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbczaan antara
mereka. Mereka bergaul dan bcrmesra seperti saudara kandung sendiri.

• Nabi telah melantik kedua-dua golongan ini dalam pentadbiran, ketenteraan, utusan diplomatik dan

sebagainya.

• Penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar menjadi golongan majoriti di Madinah dan menjamin
penguas:,an dan kekuatan umat Islam di Madinah.

7. Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik


• Pembentukan masyarakat dan negara Madinah yang utuh menghadapi halangan kerana kewujudan
golongan munafik.

• Mereka merupakan kaum yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenamya berniat jahat untuk
memecahbelahk dan menghaneurkan masyarakat Islam dan kepimpinan Nabi Muhammad saw.

• Melalui wahyu, Nabi Muhammad saw menasihati para sahabat dan umat Islam agar berwaspada
terhadap kegiatan kaum munafik.

• Usaha Nabi Muhammad saw berjaya kerana tiada berlaku permusuhan secara terbuka di kalangan
umat Islam dan kematian ketuanya, Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita dan agenda jahat kaum
munafik.

8. Pengusiran kaum Yahudi dari Madinah

• Kaum Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qurai/ah telah disingkir dan diusir dari kota
Madinah kerana mencabuli Piagam Madinah.

• Tindakan pengusiran mereka berdasarkan perundangan negara berteraskan keadilan.

• Langkah Nabi Muhammad saw berjaya memperkukuhkan kedudukan masyarakat Islam, kepimpinan
baginda dan negara Madinah.

• Dengan pengusiran itu, masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja.

9. Kepimpinan melalui tauladan

• Nabi Muhammad saw telah mempamer dan mengamalkan sifat kepimpinan unggul seperti siddiq,
amanah, tabligh dan hikmah dalam pentadbiran dan pemerintahan sebagai ketua negara Madinah.

• Kepimpinan ini berjaya menyatu dan membangunkan masyarakat Madinah demi mencapai kejayaan
duniawi dan ukhrawi.

12. Meniperkukuhkan hubungan diplomatik

• Nabi Muhammad saw telah mcngadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan dan kabila
kabilah luar Madinah bagi menyebarluas dakwah Islamiah dan mememelihara kcstabilan kerajan
Madinah.

• Hubungan luar terawal dilakukan Nabi Muhammad saw termasuk dengan Raja Najasyi, pemennta
Habsyah dan Perjanjian Hudaibiah dengan pemimpin kota Makkah.

• Peijanjian Damai Hudaibiah pada 6H membuka ruang dan peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w
mcngadakan hubungan diplomatik dan seterusnya menvebarluaskan dakwah Islamiah kc Sfclpn
Semcnanjung Tanah Arab.

• Tahun 9H dikenalt sebagai Tahun Perutusa (am al Wufud) kerana ramai suku Arab menghantar
utusan kepada nabi untuk memeluk Islam atau nienyatakan taat setia mereka kepada kerajaan Isllam
Madina. \ntaranya Bani Tamim. Bani Amir dan Bani Kindah. hubungan diplomatik membuktikan
negara Islam Madinah merupakan sebuah kerajaan berengaruh.

13. Memperkenalkan system ekonomi Islam


Sistem ekonomi Islam1 yang diasaskan oleh Nabi Muhammad saw di Madinah berpandukan wahyu.

Pembangunan ekonomi Islam' adalah perlu untuk meningkatkan peradaban sesebuah


masyarakat. Impaknva penduduk Islam Madinah muneul sebagai masyarakat yang maju dalam
bidang duniawi dan mantap dalam bidang ukhrawi. Peningkatan bidang ekonomi bermakna berlaku
peningkatan taraf hidup urr Islam.

Nabi Muhammad saw telah mcngambil bebcrapa tindakan dalam meningkatkan ekonomi umat Islam
be mengurangkan penguasaan sektor ekonomi golongan Yahudi di Madinah dan kaum Muysrikin
Makkai yang memonopoli bidang perniagaan dan perdagangan.

Kesimpulan

1. Kepimpinan cemerlang Nabi Muhammad saw diterjemahkan melalui usaha-usaha melalui dasar
politik perundangan, ekonomi dan sosial.

2. Kejayaan Madinah muncul sebagai negara berpengaruh di Semcnanjung Tanah Arab


mcncerminkan Na' Muhammad saw seorang tokoh negarawan yang berwibawa

SOALAN 4; HURAIKAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA MADINAH PADA ZAMAN NABI


MUHAMMAD S.A.W

Pendahuluan

1. Konsep pemerintahan dan pentadbiran Islam - pemerintah atau pemirin (ulil al-'amr) adalah
"khalifah' Allah di muka bumi. Islam menganggap mereka sebagai Khalifatuli fx al-'Ard (wakil Allah
di muka bumi). Mereka menerima amanah memerintah dan memimpin rakyatn\ mentadbir alam dan
menguruskan sumbernya selaras dengan apa yang telah ditetapkan syarak.

2. Pemerintahan dan pentadbiran Islam telah diasaskan Nabi Muhammasaw setelah berjaya
menubuhkan negara Islam Madinah.

3. Sebagai pemimpin tertinggi, nabi telah merangka dasar pemerinJjJn dan pentadbiran negara,
sekaligus membentuk sistem kerajaan yang agak berbeza dengan keadaanebelumnya yang terikat
dengan sistem kabilah.

4. Nabi Muhammad saw mementingkan prinsip musyawarah dan keafen dalam pemerintahan negara.

Isi-isi utama

1. Nabi Muhammad saw sebagai ketua negara

• Nabi Muhammad saw sebagai ketua negara Islam Madinah mehuti urusan duniawi dan ukhrawi.
Nabi menyandang pclbagai jawatan utama kerajaan seperti ketua pei.idbir, ketua masyarakat, ketua
hakim, ketua panglima perang, ketua ekonomi dan sebagainya.

• Dalam pentadbiran negara, nabi dibantu majlis syura yang dianggwi para sahabat.

• Nabi bertanggungjawab memelihara agama, memimpin umat Islam, menggubal dasar politik,
memakmurkan ekonomi, menegakkan keadilan, memperluaskan ulayah, menyebarkan dakwah dan
sebagainya.
• Meskipun nabi menjadi pemimpin tertinggi negara, peranan ketuaketua kabilah di Madinah tidak
dinafikan. Hal ini menggambarkan nabi masih mengekalkan struktui pemerintahan sedia ada. Namun
sekiranya ketua-ketua kabilah tidak mampy {^WgfeslflihtH riMjfU'h' y»g timbul dalam kalangan
mereka, persoalan tersebut hendaklah difljjuk kgpada nabi.

• Pemerintahan negara K'fMVi Madinah pada zaman Nabi Muhammad saw berpaksikan wahyu. Al-
Quran menjadi sumber danitujukan hukum serta prinsip pentadbiran Islam berkaitan politik, ekonomi
dan sosial.

• Pemerintahan nejgara Islam Madinah ditegakkan atas prinsip al-amru hi al-ma 'ruf wa al-nahi 'an
al-munkar, keadilan ([uiI-Adalah), persamaan (al-Musawah), kebebasan (al-Huriyyah) dan ketaatan
(al-Ta 'ah).

2. Struktur pentadbiran pusat

• Struktur pentadbiran! pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terdiri dari pentadbiran pusat dan
pentadbiran wilayah.

• Pentadbiran pusat diketuai oleh Nabi Muhamamd saw dan dibantu oleh majlis syura yang dianggotai
sahabat-sahabat kanan yang merupakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

• Kota Madinah merupakan pusat pentadbiran negara.

3. Struktur pentadbiran wilayah

• Sistem wazir diperkenalkan. Ia dikenali sebagai sistem wali (gabenor) yang ditugaskan mengetuai
pemerintahan dan pentadbiran wilayah-wilayah Islam.

• Faktor geografi dan sejarah diambil kira oleh nabi dalam pembentukan wilayah-wilayah negara
Islam seperti Yaman, Oman, Najran, Bahrain dan Hadramaut. Pemecahan kuasa kepada wilayah-
wilayah tertentu adalah bagi tujuan dakwah dan kelicinan pentadbiran.

• Bagi memastikan pentadbiran wilayah benar-benar representatif, P'mpinan negara telah melantik
tokoh-tokoh masyarakat, ulama dan pemimpin agama, wakil golongan belia dan pemuka kabilah
sebagai pentadbir tempatan dan ketua puak setempat yang mewakili aspirasi rakyat.

• Wali adalah gelaran yang diberikan kepada para gabenor yang dilantik oleh nabi untuk mengetuai
pemerintahan dan pentadbiran wilayah-wilayah Islam. Penaklukan Wadi al-Qura pada tahun
6Hmenyaksikin sistem gabenor yang pertama dipcrkenalkan di bawah pimpinan Amr bin Sa'id dari
kabilah Sai'di.

• Pada peringkat wilayah, nabi turut melantik pentadbir tempatan, naqib (guru atau pengajar), hakim
(kadi), pcniadbir pasar dan sebagainya.

• Jawatan hakim wilayah (kadi) disandang olch gabenor sendiri atau gabenor melantik hakim-hakim
yang layak di wilayah masing-masing.

4. Majlis svura

• Majlis Syura merupakan badan penasihat tertinggi negara yang dianggotai nabi dan sahabat
terkanan. Majlis ini menjadi tempat rujukan utama nabi dalam urusan pentadbiran negara dan sebelum
melaksanakan sesuatu keputusan dan tindakan penting.
• Nabi Muhammad saw bukanlah pemerintah yang mengamalkan dasar peniusatan kuasa. Contohnya,
sebelum berlaku sesuatu peperangan, nabi sering berunding dengan sahabat, ketua-ketua kabilah dan
sebagainya yang diyakini dapat membantu mengatur strategi bagi mcmenangi peperangan. Begitu jtte a
tindakan diambil nabi terhadap tawanan Perang Badar adalah berdasarkan pandanuan sahabat.

5. Piagam Madinah asas perlembagaan negara

• Piagam Madinah merupakan pcrjanjian atau perlembagaan bertulis yang pcrlu dipatuhi oleh seluruh
warga Madinah samada orang Islam mahupun bukan Islam.

• Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama
mengandungi 23 fasal tentang peraturan melibatkan umat Islam manakala bahagian kedua
mengandungi 24 fasal yang menyentuh tentang peraturan bagi golongan Yahudi.

• Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah berjaya menyatu dan menyelesaikan masalah
penduduk berbilang kaum di Madinah.

• Piagam Madinah menjadi nadi dan hala tuju politik dan pemerintahan negara. Ia digubal untuk
memantapkan sendi utama negara seperti badan pentadbiran dan perundangan serta mendaulatkan
maruah Islam di mata dunia.

6. Masjid sebagai pusat pentadbiran

• Masjid Nabawi merupakan pusat pentabiran negara.

• Masjid Nabawi adalah institusi kerajaan pertama yang dibina Nabi Muhammad saw sebaik sahaja
tiba di Madinah. Masjid sebagai lambang transformasi politik dan instrumen negara yang penting
dalam merangka dasar, menyusun program dan melaksanakan projek khas untuk pembangunan
ummah.

• Kepelbagaian fungsi masjid merangkumi pusat ibadat, pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat
aktiviti kemasyarakatan. pusat kegiatan ekonomi, pusat perpaduan, mahkamah dan sebagainya.

• Di masjid, nabi melaksanakan tugas-tugas perhubungan awam. Nabi menulis surat-surat dan
memilih utusan untuk dihantar kepada pemerintah luar dan ketua-ketua kabilah Arab. Masjid menjadi
tempat nabi menyambut ketibaan wakil-wakil kerajaan asing dan ketua-ketua kabilah. Arahan kepada
gabenor-gabenor di wilayah Islam berkaitan dengan pungutan cukai dan sebagainya dibuat di masjid.
Malah setiausaha-setiausaha (jurutulis) dan para pembantu nabi juga melaksanakan arahan nabi di
masjid.

• Kerajaan Islam terus mempertingkatkan peranan masjid agar diperkasakan sebagai pusat
persidangan yang menarik delcgasi luar berkunjung ke Madinah untuk mengisytiharkan pengislaman
dan mengotakan ketaatan dan kesetiaan politik.

7.Penubuhan jabatan kerajaan (al-Diwaii)

• Jabatan khas diwujudkan bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan.

• Jabatan Sural Menyurat (Diwan al-Insha') berperanan dalam penulisan dokumen politik, wahyu,
warkah keselamatan, mcterai kerajaan, perjanjian sulit, pengutusan Wakil Keamanan, pelaksanaan
Institusi Duta (Sifarah), sistem risalah, terjemahan bahasa untuk tujuan dakwah dan perhubungan,
pengurniaan perlindungan keamanan dan hadiah, amaran perang dan perdamaian.
8. Dasar luar nejpra.

• Bagi menjaimin kcuuhan dan kedaulatan ncgara Madinah, nabi tclah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan wjlawalvwvilaah sckitarnya.

• Nabi mengadakam hibungan diplomatik dengan mcnghantar utusan-utusan dakwah ke Habsyah,


Parsi Byzantine, Hirah cdanGhassan.

• Hubungan diploimattt ini juga bertujuan mengajar dan mendidik para sahabat tentung (Jan kenegaraan
secarai teiri dan praktikal.

• Kesannya dalam teinfloh setengah abad, banyak ncgara berkenaan tunduk kepada pemerintahan
Islam.

• Nabi tclah memberii ayanan baik kepada utusan luar yang diutuskan kc Madinah dengan
pengisytiharan tahun 9H sebagai tahun perutusan ('Am al-Wafd) dengan kedatangan hampir 70
delegasi luar kc Madinah tcrutama rombongan dari Thaqif. Bani Tamim dan Bani Asad.

9. Pentadbiran agama

• Pelaksanaan stratcgi pengukuhan pentadbiran agama disemarakkan dengan pelantikan Mufti,


Pcngurus Jemaah Haji (Amir al-Hajj), Penjaga Kaabah, Pemegang Tugas Siqayah (bekalan air),
Pcnjaga Tanah Haram, Petugas Hadyi (binatang sembelihan) dan Pelaung Suara (yang mengulang
suara nabi ketika menyampaikan khutbah dalam Haji Wida').

Kesimpulan

1. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad
saw

merupakan sistem pemerintahan terbaik di dunia. Merangkumi kepentingan duniawi dan ukhrawi.

2. Kebijaksanaan pemerintahan dan pentadbiran nabi tclah berjaya mcmbina masyarakat bcrsatu padu,

kestabilan politik dan pembinaan negara Islam yang kukuh, aman, makmur dan bcrdaulat

Anda mungkin juga menyukai