Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan kegiatan ekonomi zaman kesultanan Melaka.

Ekonomi menurut pandangan islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ini menjelaskan bahawa
ekonomi islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek rohani dan jasmani. Kegiatan
ekonomi utama bagi Kerajaan Kesultanan Melaka adalah ekonomi sara diri dan perdagangan
sehingga menjadi pusat entrepot utama perdagangan di Nusantara pada abad ke-15.

Masyarakat Melaka masih terikat dengan aktiviti ekonomi yang bersifat sara diri. Masyarakat
melayu tradisional Melaka menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi untuk mendapatkan keperluan
harian atau barangan bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Kegiatan pertanian merupakan
aktiviti utama apabila wujudnya tanah bendang, sawah dan lading. Kegiatan penanaman padi
merupakan kegiatan utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Ia dikatakan
telah wujud di Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu berula dengan kemunculan kerajaan
Melaka dan kemasukan orang Minangkabau. Di samping menjalankan aktiviti penanaman padi,
penduduk Melaka juga menjalankan aktiviti berdusun. Antara tanaman yang ditanam adalaj tebu,
pisang, nanas dan lain-lain.

Selain pertanian, zaman kesultanan Melayu Melaka juga dikenali sebagai pusat pengeluaran
sumber hutan seperti rempah ratus sejak dahulu lagi. Selain itu, mereka juga menanam pokok
buah-buahan dan tanaman sampingan lain di dusun mereka untuk menambahkan pengeluaran
makanan. Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi
sara diri yang dilakukan oleh penduduk di Melaka. Antara hasil hutan yang dikutip adalah rotan,
damar dan getah jelutong.

Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan menjadi sumber
protein utama bagi masyarakat melayu. Mereka ke laut mengunakan sampan yang diperbuat
daripada sebatang kayu bulat bertebuk. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, berdasarkan
sumber Portugis, export tunggal hasil laut dari Melaka pada akhir abad ke-15 ialah ikan kering.
Bukan itu sahaja, pemungutan hasil laut juga salah satu kegiatan ekonomi yang penting. Hasil
laut ini sangat digemari oleh pedagang China yang berdagang ke kepulauan Melayu.
Seterusnya, aktiviti berburu juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri untuk
menampung kehidupan seharian. Kegiatan berburu menjadi aktiviti yang diwarisi, malahan
berburu juga menjadi aktiviti raja-raja Melayu Melaka. Masyarakat melayu juga menternak
binatang secara kecil-kecilan. Antara binatang ternakan tersebut ialah kerbau, lembu, kambing
dan sebagainya.

Kegiatan perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti ekonomi


masyarakat peribumi yang dijalankan pada zaman awal kerajaan Melayu Langkasuka dan
Srivijaya. Pertukangan kayu yang dihasilkan adalah pembinaan perahu, rumah dan istana.
Pertukangan besi melibatkan penciptaan senjta, begitu juga dengan hasil kraf tangan seperti bubu
dan tikar mengkuang yang berasaskan rotan, buluh dan kayu yang menjadi [unca rezeki
masyarakat tempatan di Melaka.

Tambahan pula, Ekonomi perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama kerajaan


Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih
timah telah dijadikan eksport utam Melaka dengan dicairkan dan dijadikan kepingan jingkong,
Melaka juga dikatakan telah mengumpulkan emas dari tanah jajahan taktuk seperti Klang,
Selangor, Bernam dan Kedah. Hasil dari sini telah membawa perkembangan masyarakat kerana
masyarakatnya telah terdedah dengan aktiviti perdagangan dan telah diperkenalkan dengan dunia
luar.

Kesimpulannya, Masyarakat Melayu Melaka telah melakukan pelbagai aktiviti ekonomi pada
zaman pemerintahan kerajaan islam di Melaka. Kemakmuran Melaka membolehkan penyebaran
islam turut berkembang di Melaka.

Anda mungkin juga menyukai