Anda di halaman 1dari 3

Jelaskan bentuk sistem pemerintahan republik di Filipina pada abad ke-19

 Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat


Pendahuluan Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1946.
 Setelah merdeka, Republik Filipina mengalami perubahan yang
besar dari semasa ke semasa selepas dipimpin oleh beberapa orang
presiden sejak tahun 1946 hingga kini.
 Republik Filipina berbentuk kesatuan dengan sistem pemerintahan
berpresiden. Sistem pemerintahan presiden merupakan sistem
pemerintahan di mana ketua pemerintahan dipegang oleh presiden.
Sistem pemerintahan republik di Filipina terbahagi kepada badan
eksekutif, badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman.
 Kuasa eksekutif diserahkan kepada presiden sebagai ketua negara.
Presiden dipilih dalam pilihan raya untuk jangka masa enam tahun
dan mempunyai hak veto. Presiden mengetuai cabinet dan Menteri
bertanggungjawab sebagai ketua negara yang juga merupakan
ketua pemerintahan.
 Badan perundangan (legislatif) mempunyai dua buah dewan, iaitu
Kongres yang terdiri daripada Senat dan Dewan Perwakilan.
Anggota kedua-duanya dipilih oleh rakyat. Terdapat 24 orang
Isi-Isi Penting senator yang berkhidmat selama enam tahun di Senat manakala
Dewan Perwakilan terdiri daripada 250 orang anggota Kongres
yang berkhidmat selama tiga tahun. Anggota Dewan Perwakilan
dibatasi masas khidmatnya untuk tiga kali berturut-turut. 2/3 suara
Kongres diperlukan untuk menolak hak veto undang-undang yang
dicadangkan oleh presiden.
 Badan kehakiman pemerintah diketuai oleh Mahkamah Agung
yang juga merupakan mahkmah tertinggi di Filipina dengan
diketuai oleh seorang Ketua Mahkamah Agung dan 14 orang
Hakim Agung yang kesemuanya diketuai oleh presiden. Usia
bersara wajib bagi hakim Mahkamah Agung ialah 70 tahun. Badan
kehakiman yang lain adalah Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tingkat Pertama dan Mahkamah Bandar.
 Perlembagaan Filipina merangkumi bidang kuasa presiden sebagai
cara penjagaan terhadap kekuasaan pemerintah. Semua
warganegara Filipina yang berusia 18 tahun atau lebih memperoleh
hak bersuara.
 Sistem pemerintahan Republik Filipina berdasarkan kepada
peruntukan perlembagaan yang membahagikan kuasa kepada tiga
Kesimpulan buah badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan
(legislatif) dan badan kehakiman.
 Amalan demokrasi berparlimen menjadi asas penting kepada
sistem pemerintahan Republik Filipina hinggalah ke hari ini.
Bincangkan sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19

Pendahuluan  Revolusi 1932 dipimpin oleh Nai Pridi Panomyong dan dibantu
oleh Phraya Bahol, Phraya Manopakorn dan Phibun Songkram
yang juga merupakan golongan tentera.
 Parti Rakyat melancarkan rampasan kuasa tanpa menumpahkan
darah pada 24 Jun 1932.
 Parti Rakyat mengambil alaih pentadbiran dan membentuk
kerajaan sementara sehingga Raja Prajadhipok kembali semula ke
Thailand dari England.
 Pada 24 Jun 1932, Parti Rakyat mengambil alih pentadbiran
negara. Revolusi ini telah menamatkan sistem beraja mutlak di
Thailand apabila Raja Prajadhipok bersetuju menjadi raja
berpelembagaan. Pridi Panomyong kemudiannya dilantik menjadi
ketua kerajaan sementara.
 Pada 10 Disember 1932, Perlembagaan Tetap Thailand diluluskan
dan Phraya Manopakorn menjadi Perdana Menteri Thailand yang
pertama.
 Pada tahun 1938, Phibun Songkram menjadi Perdana Menteri.
 Undang-undang diluluskan untuk menyekat kebebasan orang Cina
dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Sekolah Cina ditutup
Isi-Isi Penting dan akhbar Cina juga diharamkan. Rakyat Thailand diberi
keutamaan untuk menguasai ekonomi negara. Rakyat Thailand
digalakkan mengusahakan Kawasan balak dan bantuan kewangan
diberikan kepada syarikat Thailand untuk memajukan ekonomi
mereka. Jawatan-jawatan tinggi diberikan kepada pegawai yang
beragama Buddha manakala pegawai yang bukan beragama
Buddha akan dilucutkan jawatan atau tidak dinaikkan pangkat. Ini
memaksa mereka memeluk agama Buddha.
 Pridi Panomyong dipanggil semula dan dilantik sebagai Menteri
Dalam Negeri selepas beliau didapati tidak terlibat dalam kegiatan
komunis seperti yang didakwa.
 Pada Oktober 1933, kerajaan Phraya Bahol menerima tentangan
hebat daripada kaum kerabat diraja di bawah pimpinan Putera
Bovaradej, iaitu sepupu kepada Raja Prajadhipok. Putera
Bovaradej yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di
bawah kerajaan beraja telah melancarkan sastu pemberontakan
tentera untuk memulihkan semula kuasa autokratik raja. Phraya
Bahol pula mendapat sokongan tentera di bawah pimpinan Phibun
Songkram dan menumpaskan pemberontakan Putera Bovaradej.
Putera Bovaradej kemudian melarikan diri ke Saigon, Vietnam.
Pemberontakan Putera Bovaradej telah menjatuhkan maruah
kerabat diraja dan menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan
terhadap raja.
 Raja Prajadhipok yang disyaki terlibat dalam rampasan kuasa
tersebut telah turun takhta pada tahun 1935 dan menetap di
England atas alasan mengubati matanya. Baginda digantikan oleh
puteranya, iaitu Ananda Mahidol.
 Selepas peristiwa tersebut, kedudukan Phraya Bahol semakin kuat
dan beliau melantik Pridi Panomyong sebagai Menteri Luar dan
Phibun Sangkrom sebagai Menteri Pertahanan. Pada tahun 1937,
Phraya Bahol meletakkan jawatan atas sebab kesihatan. Phibun
Songkram mengambil alih pemerintahan sebagai Perdana Menteri
manakala Pridi Panompyong menjadi Menteri Kewangan.
 Semasa serangan tentera Jepun, Thailand mengamalkan dasa pro-
Jepun bagi mengekalkan kemerdekaannya. Phibun Songkram juga
berharap dapat memperoleh semula wilayah Thailand yang
dirampas oleh Perancis di IndoChina.

 Sistem pemerintahan raja berpelembagaan selepas tahun 1932,


menghadapi cabaran hasil percubaan kerabat diraja
mengembalikan kuasa mutlak raja dan perkembangan pengaruh
Kesimpulan tentera dalam pentadbiran.
 Pada tahun 1940, Phibun Songkram telah menandatangani
perjanjian dengan Jepun. Jepun telah memaksa Perancis di
IndoChina menyerahkan Battambang, Siemreap dan Laos kepada
Thailand.

Anda mungkin juga menyukai