Anda di halaman 1dari 13

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, nasionalisme boleh didefinisikan sebagai

perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Hal ini juga boleh
dikatakan sebagai suatu ideologi yang tinggi di mana negara dan bangsa diletakkan
pada kedudukan yang tinggi, sehingga mampu membina atau mempertahankan
kedaulatan negara dan identiti negara itu sendiri. Dengan itu, revolusi Siam 1932 telah
dikatakan sebagai satu gerakan nasionalisme kerana hal ini boleh dikatakan satu usaha
golongan nasionalis dalam mengubah sistem politik Negara Siam (Thailand) kerana
perjuangan mereka ini telah menjadikan negara Thailand sebagai suatu negara yang
unik kerana menjadikannya sebagai salah satu negara yang tidak dijajah oleh mana-
mana penjajah Barat. Revolusi Siam 1932 merupakan satu gerakan nasionalisme yang
dilancarkan oleh golongan yang berintelektual barat pada 24 Jun 1932, di mana
golongan ini terdiri dari pelajar yang berkhususan ketenteraan, perundangan, penguam
yang bekerja di London dan sebagainya. Gerakan nasionalisme ini dikatakan berbeza
dengan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana
Revolusi Thai tidak begitu mementingkan untuk menentang penjajah dari kuasa barat
tetapi memperjuangkan untuk menukarkan sistem pemerintahan pada masa tersebut
iaitu sistem beraja mutlak kepada sistem pemerintahan yang lebih baik iaitu sistem
kerajaan beraja ataupun demokrasi beraja berpelembagaan dengan satu perdana
menteri sebagai ketua kerajaan. Dengan itu, gerakan nasionalisme ini dapat
diperlihatkan dari pelbagai aspek iaitu faktor berlakunya Revolusi Siam 1932 dan kesan
yang tertimbul akibat revolusi Siam 1932.
Dengan itu, terdapatnya pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada
berlakunya revolusi Siam 1932 dan antaranya ialah kebangkitan golongan intelektual
yang berpendidikan barat. Seperti yang dinyatakan, golongan yang berpendidikan tinggi
ini telah menjadi salah satu pencetus Revolusi Siam 1932, hal ini dikatakan demikian
kerana pemimpin Siam pada zaman tersebut iaitu Raja Chulalongkorn dan Raja
Mongkut pada masa yang sama telah melaksanakan dasar pemodenan dalam
pendidikan Siam di mana hal ini telah membawa perubahan besar kepada negara
Thailand. Sebagai contoh, dasar pemerintahan demokrasi yang merupakan ideologi
atau falsafah politik barat ini telah mempengaruhi golongan yang berpendidikan tinggi.
Nai Pridi Phanomyang iaitu ketua gerakan revolusi tersebut telah dipengaruhi oleh
tradisi undang-undang dari negara Perancis, iaitu pentingnya raja di bawah undang-
undang berpelembagaan. Bukan itu sahaja, rasa tidak puas hati juga tercetus di
kalangan ini kerana mereka mendapati bahawa kebanyakan rakyat Siam masih hidup
dalam kemiskinan dan tindasan kerajaan yang dihadapi oleh golongan bawahan. Rasa
tidak puas hati ini telah mendorong kesedaran dalam golongan intelektual dalam
mengubah nasib golongan bawahan ini bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Tamabahan pula, kebangkitan ini juga disebabkan oleh eksploitasi ekonomi negara
Siam oleh kuasa dari luar di mana kemajuan ekonomi yang dicapai tidak memberikan
kebaikan kepada penduduk tempatan langsung tetapi menguntungkan orang asing
sahaja. Oleh itu, masalah-masalah yang tertimbul ini telah mendorong golongan
berpendidikan tinggi ini mencetuskan gerakan nasionalisme dalam menggantikan
sistem kerajaan beraja mutlak kepada sistem kerajaan beraja berparlimen.
Selain itu, revolusi Siam 1932 dikatakan sebagai satu gerakan nasionalisme juga
disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia pada masa tersebut. Masalah
kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku juga telah melanda di negara Siam pada
zaman pemerintahan Raja Prajadhipok, hal ini telah disebabkan oleh raja Thailand
sebelum raja Prajadhipok iaitu Rama VI, Raja Vajiravudh kerana raja Vajiravudh yang
tidak merancangkan ekonomi negara dengan sebaiknya tetapi memboroskan harta
Siam dan membawa krisis ekonomi yang teruk kepada Siam (tahun 1929-1932) pada
ketika pemerintahan Raja Prajadhipok. Dengan masalah yang berlaku ini, raja
Prajadhipok telah mengambil tindakan iaitu menstrukturkan semula ekonomi bagi
menurunkan perbelanjaan negara dan juga mendapatkan sumber kewangan dari luar
dan juga hasil pendapatan dari eksport beras negara. Namun, beliau telah gagal
mendapatkan pinjaman dari negara Amerika Syarikat dan juga Perancis, dan beliau
terpaksa menurunkan perbelanjaan negara khususnya perbelajnaan pemerintahan.
Contohnya, gaji penjawat awam, tentera dan kakitangan kerajaan lain telah dipotong,
mengurangkan jumlah bilangan kakitangan dalam kerajaan, menangguhkan kenaikan
gaji, elaun tertentu, pangkat dan sebagainya. Tindakan raja Prajadhipok ini telah
mencetuskan kelahiran golongan anti-raja khususnya golongan intelektual dan tentera
yang dipecat oleh pihak kerajaan keranan mereka berasa ditindas oleh kerajaan dan
melakukan tindakan pemberontakan demikian. Seterusnya, faktor-faktor yang telah
dinyatakan telah membawa kepada faktor yang seterusnya iaitu peristiwa revolusi 1932.
Sebagai pengenalan, permulaan peristiwa Revolusi Siam 1932 ini dimulai oleh
golongan mahasiswa yang diketuai oleh Nai Pridi Phanomyong dan Plaek
Khittasangkha yang menerima pendidikan tinggi di Eropah. Revolusi ini dicetuskan
apabila mereka menyedar tentang kepentingan menggantikan sistem pemerintahan
yang sedia ada dengan sistem kerajaaan Raja Berpelembagaan, hal ini juga kerana
mereka tidak berpuas hati tentang pemerintahan monarki yang dilaksanakan oleh Raja
Prajadhipok. Dengan itu, revolusi ini telah dilancarkan tanpa pengetahuan Raja
Prajadhipok kerana baginda bercuti diluar negara pada masa itu. Pada masa yang
sama, pemimpin-peminpin revolusi ini telah mengemukakan manisfesto mereka juga
tuduhan kepada kerajaan di mana kerajaan telah mengamalkan rasuah, membazirkan
sumber-sumber negara dan juga telah menindaskan kebajikan rakyat Siam. Hal ini
telah membawa kepada rampasan kuasa dan pemimpin revolusi telah menghantar
surat kepada Raja Prajadhipok yang berada di luar negara supaya menukarkan sistem
pemerintahan yang teruk diamalkan. Raja Prajadhipok telah mengelakkan sebarang
tekanan daripada golongan campur tangan asing dan pemberontak lain dengan
menerima permintaan untuk membina kerajaan raja berparlimen sementara yang
dibentuk oleh pengerusi revolusi Nai Pridi Phanom. Maka, peristiwa revolusi 1932
adalah berjaya dan sistem pemerintahan beraja mutlak di negara Thai tamat dan
digantikan dengan sistem pentadbiran moden iaitu sistem pemerintahan Raja
Berpelembagaan. Dengan itu, jelaslah bahawa revolusi yang berlaku pada 1932
merupakan langkah yang berjaya dalam gerakan nasionalisme bagi memperbaharui
pemerintahan dan menjaga kebajikan rakyat.
Selain daripada faktor, revolusi Siam 1932 juga boleh dikatakan sebagai gerakan
nasionalisme di Siam jika dilihat dari segi kesannya. Antaranya kesannya Revolusi
Siam 1932 ialah penghapusan kuasa mutlak raja. Apabila peristiwa Revolusi 1932
dicetuskan oleh Nai Pridi Phanonyong, kejayaan peristiwa ini telah membawa kepada
kesan penghapusan kuasa mutlak diraja. Sebagai kesan darupada peristiwa tersebut,
Siam telah menghasilkan sebuah pemerintahan baru berbentuk Raja Berpelembagaan
dengan kerajaan berparlimen pada tahun 1932. Pada 10 Disember 1932, Raja Siam
yang ke-7 iaitu Raja Prajadhipok telah menandatangani perlembagaan pertama bagi
menamatkan pemerintahan raja yang telah berlangsung selama 694 tahun sejak zaman
dinasti Sukhothai. Dalam perlembagaan tersebut, terdapat beberapa perkara yang
penting seperti putera-putera raja adalah tidak dibenarkan lagi untuk mengambil mana-
mana jawatan penting dalam pentadbiran awam dan tentera, tetapi mereka masih boleh
menjadi penasihat dan diplomat jika perlu. Seterusnya, kekayaan yang dimiliki oleh
golongan atasan seperti harta benda dan bangunan akan diambil sepenuhnya oleh
kerajaan dan dijadikan sebagai hal milik kerajaan. Bukan itu sahaja, revolusi Siam
1932 telah dikatakan sebagai gerakan nasionalisme di Siam kerana telah menyebabkan
konflik dalam golongan Revolusiner. Dalam golongan Revolusiner, terdapatnya dua
kalangan yang berbeza dari segi kefahaman ideologi iaitu golongan progresif &
revolusioner dan juga golongan konservatif. Golongan progresif dan revolusioner
diketuai oleh Nai Pridi Phanomyong di mana golongan ini ingin memperbaharui politik,
ekonomi dan sosial negara Siam. Pada zaman tersebut, golongan progresif telah
membentuk kerajaan yang raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen, serta
mencadangkan langkah bagi merancakkan ekonomi negara Siam dengan mengambil
alih semula tanah dan sumber semula jadi milik negara dan memberikan ganti rugi
kepada sesiapa yang dipengaruhi. Manakala golongan konservatif yang terdiri dariapda
pemimpin tentera ingin mengekalkan sistem pemerintahan monarki. Pihak mereka telah
mempertikaikan reformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh golongan progresif kerana
Nai Pridi Phanomyong dituduh sebagai pro-komunis. Sebagai hasilnya, Pridi telah
dibuang negeri dan empat orang pemimpin tentera di bawah pimpinnan Pya Bahol
Polpayuhasena telah meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan Pya
Manopakorn.
Sebagai kesimpulannya, Revolusi Siam 1932 dikatakan sangat penting dalam
sejarah Siam kerana membawa perubahan besar dalam sistem kerajaan Thailand di
mana perubahan sistem pemerintahan monarki kepada demokrasi berparlimen.
Dengan itu, gerakan nasionalisme ini dapat dikatakan sangat berjaya kerana telah
membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara dan juga rakyat-rakyat yang
ditindas selama ini.
Bahagian B: Soalan 5
Pada zaman 1940-an, Asia Tenggara yang mempunyai strategik kedudukan dan
kekayaan sumber semula jadi ini telah menarik perhatian kuasa asing untuk menguasai
tanah besar atau kepulauan Asia Tenggara. Sejak abad ke 15, kedatangan kuasa asing
seperti kedatangan Portugis, Sepanyol telah menjadikan kuasa yang besar di negara-
negara Asia Tenggara seperti Filipina. Namun begitu, kuasa-kuasa Barat yang ada di
Asia Tenggara telah mendapati bahawa pendudukan Jepun yang semakin berkembang
kerana negara tersebut telah menguasai hampir semua negara di Asia Tenggara pada
tahun 1945. Hal ini berlaku demikian kerana peristiwa serangan “Pearl Harbour” oleh
Jepun ke atas Amerika Syarikat telah melumpuhkan pangkalan Amerika Syarikat, dan
hal ini memberikan kebebasan kepada Jepun untuk meneruskan perjuangan menjajah
Asia Tenggara. Dengan itu, perkara ini dapat dilihat daripada negara-negara yang telah
dijajah oleh negara Jepun seperti Burma. Di negara Burma, kuasa Jepun adalah jauh
lebih besar berbanding kuasa pihak Jepun di negara Siam kerana Siam tidak dijajah
oleh mereka dan hanyalah kehadiran tentera Jepun di negara tersebut sahaja. Dengan
itu, tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan golongan penjajah Jepun di negara
Burma telah membawa kemunculan golongan elit yang memberikan kesan kepada
perkembangan elit tempatan di Burma.
Secara keseluruhannya, pendudukan Jepun di Burma (Myanmar) telah
memberikan kesan yang besar kepada banyak aspek seperti politik dan pentadbiran,
ekonomi dan juga sosial di tempatan Burma. Antaranya kesan zaman pendudukan
Jepun terhadap perkembangan elit tempatan di Burma ialah kemunculan pentadbiran
tentera. Hal ini dikatakan demikian kerana pada Ogos 1943 Kerajaan Burma telah
membina pentadbiran tentera apabila negara telah merdeka. Sebagai buktinya,
Leftenan Panglima Jepun iaitu Jeneral Iida Shojiro telah memberikan anugerah tersebut
kepada negara Myanmar dan juga membantu dalam memilih pemimpin Burma pada
tahun 1942. Pemilihan ini adalah penting kepada negara Burma bagi mendidik
pemimpin yang mampu mengetaui negara Burma kepada perkembangan yang lebih
baik. Perkara ini telah diambil berat oleh Jeneral Iida Shojiro telah beliau memainkan
peranan yang penting dalam memilih calon yang paling sesuai untuk menjadi Perdana
Menteri di Myanmar nanti. Pada ketika itu, hanya seorang calon yang telah dipilih
sebagai calon Perdana Menteri Burma iaitu Dr. Ba Maw kerana memenuhi aspek yang
diperlukan untuk menjadi ketua suatu negara. Pada masa yang sama, terdapat banyak
calon perdana menteri yang disingkirkan oleh Jeneral Iida Shojiro kerana tidak dapat
memenuhi syarat yang umum sekali, contohnnya penaung Kumpulan Tarkin, Kadow
Hmaing yang berumur kecil dan belum mampu untuk mengurus perkara-perkara besar
di negara Myanmar. Terdapat juga calon yang disingkirkan kerana perwatakan yang
halus seperti Thakin Mya Thawin, manakala Takin Nu dan Aung San tidak mencapai
syarat minimum seperti yang diminta oleh Jeneral Iida Shojiro. Dengan itu, pentadbiran
Burma telah diwujudkan secara pentadbiran tentera atau peribumi. Selepas pemilihan
calon Perdana Menteri Burma, calon yang berjaya iaitu Dr. Ba Maw yang mengetuai
kerajaan Burma perlulah selalu merujuk kepada Iida Shojiro sebelum membuat sesuatu
keputusan yang penting sedangkan pemerintah Burma tidak mempunyai kuasa yang
besar dalam mengurus negara kerana kesemuanya masih dikuasai oleh pihak kerajaan
Jepun. Selain itu, 9 jabatan dalam kabinet telah diwujudkan bagi meneruskan amaistem
pemerintahan British yang lama. Walaupun semua jabatan ini diambil alih oleh kerajaan
Burma, tetapi pegawai Jepun masih campur tangan dalam pemerintahan negara Burma
sebagai biro. Kawasan itu juga masih dikuasai oleh tentera ini dan telah menjadi satu
cabaran untuk mengisi kekosongan pentadbiran di peringkat daerah sehingga terpaksa
mengupah lagi bekas pentadbir dan ahli politik dari golongan Tarkin. Jepun tidak
memberikan mereka kuasa tadbir urus sepenuhnya dan sebenarnya bidang kuasa
Timbalan Pesuruhjaya terhad kepada hal ehwal am dan polis diraja sahaja. Akhirnya,
negara Jepun yang telah merdeka pada 1 Ogos 1943, iaitu sehingga kerajaan "boneka"
yang diketuai oleh Dr. Ba Maw ditubuhkan. Pada masa yang sama, Thakin mendapat
beberapa jawatan kabinet dan manfaat yang diperolehi ialah dapat membangunkan
pemimpin tempatan menjadi kabinet-kabinet negara tersebut serta membantu dalam
membangkitkan nasionalisme. Hal ini dikatalan demikian kerana Jepun telah
memberikan janji kosong tentang memberikan kemerdekaan kepada Burma sedangkan
tentera Jepun masih memegang kuasa di Burma.
Seterusnya, kesan kedua zaman pendudukan Jepun terhadap perkembangan
elit tempatan di Burma ialah berlakunya kemelesetan ekonomi di Burma. Di negara
Burma, hasil pendapatan negara kebanyakan bergantung kepada pertanian dan juga
pembalakan, iaitu penanaman padi dan hasil kayu balak. Bukan itu sahaja, negara
Burma juga bergantung kepada logam semasa pemerintahan British. Sumber-sumber
semula jadi yang kaya di negara Burma ini telah menyebabkan negara Burma sangat
bergantung kepada hasil eksport sumber semula jadi di pasaran antarabangsa. Namun,
pendudukan Jepun ini telah menangguhkan kesemua aktiviti import and eksport kerana
pihak Jepun yang mementingkan aktiviti ketenteraan mereka sahaja. Selain daripada
itu, Jepun telah mengamalkan ekonomi persendirian di Burma di mana pihak Jepun
menguasai lagi ekonomi Burma dalam pengeluaran pertanian, pendagangan,
pembalakan dan juga perlombongan. Pada ketika zaman itu, Jepun telah memberikan
pembahagian yang lebih besar kepada persatuan perdagangan di Burma bagi bidang
pengedaran dan perdagangan runcit. Dan bagi bidang pertanian, petani digalakkan
untuk mengusahakan sebanyak mungkin tanah ladang dan menyebabkan sawah padi
menjadi merosot. Bagi mengatasi masalah ini, Dr Ba Maw telah mengambil banyak
tindakan dalam menyelesaikan masalah kemerosotan ini, iaitu menurunkan sewa tanah
sebanyak 50% bagi menurunkan kos pengeluaran, dan juga menstabilkan harga beras,
sebagainya. Namun begitu, kesemua inisiatif ini tidak membawa apa-apa kesan baik
kepada kerajaan Burma dan telah menimbulkan banyak masalah. Bukan itu sahaja,
sistem ekonomi bagi Burma juga telah berhadapan dengan masalah krisis makanan,
inflasi dan eksploitasi dari Jepun. Perkhidmatan kereta api yang menghubungkan
Thanbuzayat di Tenasserim dan Nongpladek di Siam telah dikerahkan oleh Jepun
kepada petani kerana dikatakan memudahkan pengagihan beras dan barangan runcit.
Namun, pembinaan kereta api yang membawa maut ini, Myanmar kehilangan hampir
30,000 daripada 50,000 pekerja Burmanya kerana krisis makanan, tempat tinggal yang
tidak mencukupi, iklim yang tidak sesuai dan kekejaman penyelia Jepun.
Akhirnya, perang yang berlaku telah mengubah pandangan Jepun terhadap
kemerdekaan Burma, iaitu kepimpinan dan rakyat membentuk beberapa kumpulan
yang berbeza. Kategori pertama adalah anti-British dan juga pro-Jepun, hal ini kerana
mereka menganggap imperialisme Jepun tidak berkekal. Manakala kumpulan kedua
terdiri daripada pegawai seperti Aung San yang mahu Burma menaat setia kepada
British yang melancarkan serangan bagi menjajah semula Burma.
Sebagai kesimpulannya, kita dapaty menyimpulkan bahawa pendudukan Jepun
di Burma telah gagal melahirkan golongan elit yang baru tetapi mengekalkan
keistimewaan golongan tempatan dalam memperjuangkan kemerderkaan negara
sendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila golongan yang menyokong Jepun sebelum ini
telah menjadi golongan yang menentang Jepun kerana menyedarkan bahawa tidak
mendapat apa-apa keistimewaan tetapi ditindas oleh kuasa asing.
Menurut Samuel L.Popkin (1979), moral ekonomi merupakan suatu tindak balas
atau gerakan yang dilaksanakan oleh petani bagi menuntut hak keadilan mereka
sebagai seorang petani, di mana merangkumi aspek kebajikan, keselamatan,
pampasan dan sebagainya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Di Vietnam,
terdapatnya banyak pengaruh dari China bagi aspek politik, ekonomi dan juga sosial.
Pada tahun 1858, Vietnam telah dijajah oleh Perancis and tamat pada tahun 1887.
Namun begitu, kuasa besar dari Perancis ini telah berkembang pada hujung abad ke-18
dan hal ini bermula dari seorang paderi Roman Katolik bernama Pigneau de Behaine
mula campur tangan dalam keluarga Trinh dari Tongking dan keluarga Nguyen dari Hue
. Hal ini telah mencetuskan penaklukan Perancis yang bersifat kolonialisme yang telah
membawa banyak perubahan terhadap Vietnam dari segi bidang ekonomi khususnya
aktivti pertanian di Vietnam. Bagi konsep moral ekonomi, terdapat banyak aspek yang
boleh dibincangkan bagi melihatkan reaksi petani Vietnam terhadap penjajahan
Perancis antara lewat kurun ke-19 hingga tahun 1941 seperti prinsip-prinsip yang
ditekankan, perubahan yang berlaku di Vietnam semasa penjajahan Perancis dan juga
implikasi moral ekonomi kepada gerakan petani di Vietnam.
Yang pertama, terdapatnya prinsip-prinsip yang ditekankan oleh model ekonomi
petani iaitu Prinsip “Safety-First”, iaitu prinsip yang mengutamakan keselamtan petani.
Prinsip ini merupakan prinsip yang mementingkan perlindungan petani kerana golongan
petani adalah seringkali terdedah kepada risiko-risiko seperti bencana alam yang
membawa kepda pengurangan hasil pertanian dan juga pendapatan dan akhirnya
mengalami kerugian. Bagi menguruangkan risiko tersebut, langkah pengurusan risiko
telah diambil oleh golongan petani di mana mereka mengamalkan penanaman secara
berselerak bagi mempelbagaikan jenis tanaman di sesuatu kawasan pertanian, hal ini
dapat mengurangkan risiko sekirannya terdapatnya penyakit berjangkit yang dijangkiti
oleh salah satu tanaman. Bukan itu sahaja, kadar cukai dan sewa yang diturunkan oleh
pihak kuasa juga telah membantu petani dari menurunkan kos pengeluaran di samping
meningkatkan hasil pengeluaran penanaman mereka. Seterusnya, prinsip kedua yang
diamalkan ialah prinsip perkampungan. Seperti yang dinyatakan, golongan petani
memang tidak dapat diasingkan dengan kehidupan perkampungan kerana tanah yang
besar untuk menjalankan penanaman. Golongan petani kebanyakan tinggal di kawasan
perkampungan, bukan sahaja menjalankan aktiviti penanaman tetapi juga menjalin
hubungan sosial yang baik dengan jiran-jiran bagi menjaga silaturahim di kampung.
Selain itu, petani-petani Vietnam yang menetap di kampung juga memainkan peranan
mereka dalam menguruskan hal ehwal agama dan juga politik dalam kawasan komuniti
mereka bagi memastikan kampung ditadbir secara sistematik dan mewujudkan
kampung yang aman dan damai. Seterusnya, prinsip ketiga yang diamalkan ialah
prinsip hubungan tuan tanah dan petani. Prinsip ini penting bagi golongan petani kerana
hubungan di antara tuan tanah dan petani adalah penting bagi menjaga kebajikan
kedua-dua pihak ini supaya mereka mendapat hasil masing-masing dalam aktiviti
pertanian. Dalam prinsip ini, pemilik tanah ini berperanan sebagai penaung dan
menjaga kebajikan petani dengan memenuhi keperluan mereka selagi mereka
bekerjasama dengan pemilik tanah ini.
Seterusnya, konsep moral ekonomi juga membawa kepada perubahan kepada
Vietnam semasa penjajahan Perancis. Antara perubahan yang berlaku di Vietnam
semasa penjajahan Perancis ialah pengenalan dasar cukai. Dasar cukai yang
diperkenalkan oleh kuasa Perancis ini telah dikatakan tidak memberikan kebaikan
kepada Vietnam kerana tidak dapat meningkatkan produktiviti masyarakat petani tetapi
cukai ini membebankan kehidupan mereka kerana hasil pendapatan dikurangkan. Hal
ini dikatakan demikian kerana kadar cukai telah meningkat jauh lebih tinggi berbanding
pemerintahan sebelum pemerintahan tradisional dahulu, dan cukai ini dikenakan secara
tahunan serta dikira secara setiap hektar. Bukan itu sahaja, cukai kepala yang berkadar
10-20% daripada jumlah pendapatan petani juga dikenakan kepada para petani. Hal-hal
ini telah menimbulkan isu ketidakadilan kepada petani kerana berasa ditindas oleh
kuasa Perancis, kehidupan mereka juga menjadi lebih teruk jika dibandingkan dengan
petani Burma kerana cukai yang dikenakan adalah jauh lebih rendah. Selain itu,
perubahan kedua yang berlaku Vietmam dasar yang kedua ialah dasar monopoli tiga
kepala. Tiga kepala di sini merujuk kepada tiga barang yang utama iaitu garam, candu
dan alkohol. Monopoli ini telah membantu Perancis dalam memdapatkan keuntungan
yang sangat banyak sehingga keuntungannya mencapai sejumlah nilai 20 juta piaster
pada tahun 1899 dan mencecah 2 kali ganda kepada 42 juta piaster pada tahun 1911.
Cukai secara tidak langsung ini telah menjejaskan keadaan dan monopoli “3 kepala”
sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati para petani. Penindasan pihak
perancis dalan memonopolikan 3 jenis barang ini telah menyebabkan golongan petani
menjadi tidak puas hati sehinggalah bereaksi dan berlakunya pemberonyakan petani
pada tahun 1930.
Akhir sekali, konsep moral ekonomi ini juga telah membawa implikasi kepada
gerakan petani. Antaranya implikasi moral ekonomi kepada gerakan petani ialah
pemberontakan di Vietnam pada tahun 1908. Seperti yang dikatakan pada bahagian
perubahan, keadaan petani yang teruk ini telah menyebabkan mereka berasa ditindas
dan mula merancangkan sesuatu tindakan bagi menamatkan tindasan tersebut.
Dengan kata lain, mereka mula memberontak dan menuntut hak keadilan mereka
supaya pihak Perancis berhenti menindas petani melalui dasar-dasar seperti buruh
paksa, kadar cukai yang terlampau dan juga monopoli terhadap barangan utama. Oleh
itu, pemberontakan bagi golongan bawahan ini dipimpin oleh seorang golongan
intelektual yang berpendidikan Barat iaitu Phan Chan Trinh, dan beliau menyuarakan
kepada pihak Perancis supaya menyiktirafkan taraf sosio-ekonomi mereka di Vietnam
dan juga menuntut hak untuk menurunkan cukai kepada kadar yang bersesuaian dan
tidak membebankan petani. Namun begitu, pihak Perancis tidak mempedulikan
permintaan tersebut dan menangkap Phan Chan Trinh dan membuang dia kepada
Pulau Condore. Hal ini tidak dapat mendiamkan pemberontakan petani-petani dan
mereka semakin berani untuk menentang pihak Perancis bagi menuntut balik hak
mereka yang sepatutnya. Selain itu, pemberontakan Nghe-Tinh Soviets juga
merupakan salah satu implikasi moral ekonomi kepada gerakan petani. Di mana
pemberontakan ini merupakan pemberontakan yang menentang pihak Perancis, yang
mandarin dan yang memiliki tanah. Pada ketika itu, terdapatnya sebanyak 300 ahli
gerakan komunis yang bergiat aktif di Nghe-Tinh bagi menunjukkan ketidakpuasan hati
terhadap dasar kolonial yang dilaksanakan oeh Perancis seperti cukai yang tinggi,
monopoli tiga kepala, amalan rasuah dan ketidakadilan yang telah muncul. Namun
begitu, gerakan ini telah menyebabkan hampir 2000 orang pemberontak yang terkorban
aikbat serangan tentera Perancis. Oleh itu, pemberontakan Nghe-Tinh Soviets juga
mengalami kemerosotan kuasa mereka kepada tahun 1931 atas alasan kebuluran dan
penindasan. Seterusnya, pemberontakan Cao Dai juga telah berlaku pada zaman
tersebut di mana Cao Dai merupakan satu pertubuhan yang membantu para petani
daripada penindasan oleh Perancis. Gerakan penentang ini telah diketuai oleh seorang
pegawai kerajaan yang bernama Cao dai dan bekerjasama dengan Cound De dan
beberapa orang dari Parti Perlembagaan bagi menentang kuasa asing ini. Pertubuhan
ini adalah unik kerana mereka bukan sahaja membantu petani-petani sahaja tetapi
semua masyarakat yang memerlukan bantuan daipada mereka. Dengan berjayanya,
gerakan Cao Dai ini telah berjaya menghapuskan dasar-dasar kolonial Perancis dan
tuan tanah yang wujud selama ini. Akhirnya, pemberontakan Hao Hao juga berlaku di
Vietnam sewaktu penjajahan Perancis di Vietnam. Gerakan yang berasaskan agama
Buddha telah ditubuhkan oleh Huynh Phu So pada tahun 1939. Seperti pertubuhan Cao
Dai, Hoa Hao juga merupakan salah satu pemberontakan yang menggunakan senjata
kepada Perancis. Secara ringkasnya, tujuan Gerakan Hoa Hao ini bertujuan untuk
melahirkan masyarakay Buddha yang mampu menentang kuasa Perancis yang kuat ini
sehingga sanggup mengorbankan wang dan tenaga mereka dalam perjuangan
menentang kuasa Perancis.
Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa pihak Perancis telah melakukan
kelakuan yang tidak moral sehingga menindaskan hak sosio-ekonomi penduduk di
Vietnam khususnya golongan bawahan seperti petani. Namun, perasaan tertekan yang
dihadapi oleh golongan petani juga telag mendorongkan pemberontakkan berlaku bagi
menuntut keadilan ekonomi mereka walaupun pemberontakkan tersebut berkemungkin
menghadapi kegagalan.

Anda mungkin juga menyukai