Anda di halaman 1dari 7

PENENTANGAN TERHADAP

KUASA ASING
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
KUASA ASING
DI INDONESIA

EKONOMI
• Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia tidak
berpuas hati terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda.

• Belanda juga mengenakan pelbagai jenis cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat
terutama yang menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai tanah pertanian

• Belanda telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada orang Cina tempatan.
Penduduk tempatan marah disebabkan tindakan orang cina yang mengenakan cukai
yang lebih tinggi berbanding cukai yang dikenakan oleh Belanda.

• Pembatalan kontrak sewa tanah yang diperkenalkan oleh Gabenor Van der Capellan
telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan petani Jawa
terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakata. Pembatalan kontrak juga telah
membebankan penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa.
POLITIK

Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya
pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya
penentangan terhadap mereka. Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia
telah mengubah sistem pentadbiran tradisional masyarakat di sana.

• Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam


pentadbiran. Beliau dibantu oleh empat orang konsul yang ditugaskan
untuk menasihati dan menjadi bahan perundangan kerajaan.
• Belanda mengetepikan Diponegoro daripada menaiki takhta kerajaan
Jogjakarta sebaliknya melantik Djarot yang ketika itu berusia dua tahun.
SOSIAL DAN BUDAYA

• Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat


pencabulan agama dan budaya setempat. Perjuangan menjadi semakin
hebat ekoran keinginan untuk menegakkan agama Islam terutama setelah
kedatangan agama Kristian dan Buddha di Indonesia.

• Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam


seperti Sarekat Islam. Perjuangan mereka berdasarkan prinsip reformasi
Islam.

• Tindakan Belanda membina jalan raya merentasi tanah perkuburan diraja.


Tanah perkuburan tersebut menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro.
Tindakan Belanda deianggap melampaui batas.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
KUASA BRITISH DI MYANMAR

EKONOMI
• Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat barat yang lebih membantu pihak
pemberi pinjaman wang dan tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada
petani untuk menyelesaikan hutang mereka

• .Ini menyebabkan golongan ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani
terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah.

• Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan


merek menjadi penyewa atau buruh.

• Mereka juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan


terpaksa meminjam wang.Ini menyebabkan petani menentang british untuk
mendapatkan semula hak mereka.
POLITIK
• Penjajahan british menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran
tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya
telah dihapuskan.

• Pembaharuan oleh british bermula dengan sistem kerajaan tempatan melaui


Akta Perkampungan Burma 1889.

• British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan


dasar kolonialisme berkembang di Myanmar.
SOSIAL DAN BUDAYA
• Keengganan pegawai british menghormati agama buddha dan budaya
masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut semasa memasuki rumah
pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat myanmar.

• Keangkuhan british yang tidak menghormati budaya tempatan telah


memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

• Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan


Guru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

• Pembukaan sekolah english telah melahirkan intelek yang berpendidikan


english menyebabkan jumlah dan bilangan murid sekolah buddha semakin
merosot.

Anda mungkin juga menyukai