Anda di halaman 1dari 5

SOALAN STPM PENGGAL 3/2013

Bahagian A: Sejarah Malaysia


1. Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai kesan
tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang
pernyataan tersebut.
3. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-
Negara Islam (OIC)

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa
Perancis.
5. Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di
Indonesia pada abad ke-19.
6. Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013

Bahagian A: Sejarah Malaysia


1. Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2. Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin
tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3. Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial
melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada
abad ke-19.
5. Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
6. Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20.
1
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014

Bahagian A: Sejarah Malaysia

1. Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di


Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2. “ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan
mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara

4. Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.


5. “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi
ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.
6. Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di
Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2014

 Bahagian A: Sejarah Malaysia


1. Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3. Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi
perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua

2
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015

Bahagian A
1. Huraikan prinsip umum Undang-undang Tubuh Johor dalam mengekalkan kestabilan
sosiopolitik di Johor pada abad ke-19.
2. Jelaskan reaksi penduduk tempatan di Sarawak terhadap British pada tahun 1946.
3. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai
matlamat Dasar Perindustrian Negara dari tahun 1980-an hingga tahun 2000.

Bahagian B
4. Perihalkan peranan raja Vietnam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sebelum
penjajahan Perancis.
5. Huraikan kesan campur tangan British terhadap pentadbiran tempatan di Myanmar pada
awal abad ke-19 hingga abad ke-20.
6. Huraikan bentuk pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan di Thailand pada
abad ke-20.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2015

Bahagian A
1. Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat Temenggung di Tanah
Melayu.
2. Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu dari tahun 1938 hingga tahun 1942.
3. Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam pembangunan ekonomi
di Malaysia hingga tahun 1974.

Bahagian B
4. Terangkan pengkomersialan ekonomi pertanian di Indonesia pada abad ke-19.
5. Terangkan perkembangan peranan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam
perkembangan nasionalisme di Myanmar.
6. Bincangkan penglibatan Thailand dalam South East Asia Treaty Organisation (SEATO).

3
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2016

Bahagian A

1. Sebelum campurtangan British, masyarakat Melayu telah mempunyai system pentadbiran


yang sistematik dan teratur. Huraikan hieraki pentadbiran dan tugas-tugas yang berkaitan
dengannya.
2. Ancaman komunis di Singapura dan di Sarawak merupakan factor yang mempengaruhi
pembentukan Malaysia pada tahun 1063. Jelaskan
3. Huraikan penglibatan Malaysia dalam ASEAN dari tahun 1967 hingga 1997

Bahagian B

4. Perihalkan institusi kemaharajaan di Vietnam dan institusi perajaan di Thailand pada


abad ke-19
5. Bincangkan factor meletusnya penentangan masyarakat tempatan di Indonesia terhadap
pentadbiran Belanda pada abad ke-19
6. Jelaskan dasar ekonomi di Thailand dan tahap perkembangannya dari tahun 1958 hingga
1990

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2017

Bahagian A

1. Jelaskan cirri-ciri ekonomi masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan


British.
2. Bincangkan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Kelantan
pada awal abad ke-20.
3. Tun Hussein Onn memberikan pelbagai sumbangan penting dalam mengukuhkan
pembangunan social dan ekonomi di Malaysia dari tahun 1976 hingga tahun 1981.
Nilaikan.

4
Bahagian B

4. Jelaskan aktiviti ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia


sebelum kedatangan kuasa barat.
5. Huraikan langkah-langkah untuk mendapatkan kemerdekaan di Mymmar selepas Perang
Dunia kedua.
6. Terangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang dijalankan di Filipina pada
abad ke-20.

Anda mungkin juga menyukai