Anda di halaman 1dari 10

TOKOH PENENTANGAN

MASYARAKAT TEMPATAN
DI ASIA TENGGARA

DIPONEGORO (INDONESIA)
RAJA THIBAW ( MYANMAR)

DIPONEGORO
• putera sulung Hamengkubuwono III,
raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir
pada 11 November 1785 di Jogjakarta.

• Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden


Mas Ontowiryo diketepikan daripada
takhta kerajaan Jogjakarta apabila
Hamengkubuwono III mangkat pada
tahun 1814
peranan Diponegoro terhadap
penentangan masyarakat terhadap kuasa
asing di Indonesia

PEMBATALAN KONTRAK SEWA
 Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di
Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-
orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan
tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
 Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa
membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya
sebanyak 60 ribu rial.
 Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau
terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau
membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan
petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

PEMBINAAN JALAN MERENTASI MAKAM DIRAJA.

 Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta
ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu
makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.

 Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan


terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.

 Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan


tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk
pembinaan jalan tersebut.

 Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada


meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

PEMIMPIN PERANG JAWA.
 Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut
beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi.

 Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro
berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi
sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo
Khalifatullah Tanah Jowo”.

 Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang
penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan
tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan
Belanda.

 Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil.

PUTERA PEMBEBAS.

 Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh
masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu
Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari
tanah airnya.

 Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang


dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.
 Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud
‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada
penindasan dan kekejaman penjajah Belanda.
 Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri
daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas
Belanda

RAJA THIBAW (MYANMAR
• lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19
Disember 1916 di India dan merupakan pemerintah terakhir
Myanmar.

• Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau


dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan
persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878.

• Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam


sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir
apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang
British-Burma 3 pada 29 November 1885
RAJA THIBAW MENGAMALKAN DASAR BERBAIK-BAIK DENGAN
KUASA PERANCIS

 sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau
memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan
Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan
menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang
ditandatangani pada 1 januari 1885.

 Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.

 Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan


bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti
kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan
jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.

 Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini


menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
 Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan
kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai
British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan
mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:
 (a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
 dibenarkan.
 (b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
 (c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja
Myanmar seperti yang dijanjikan.
 British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja Thibaw
menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan
membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu

HABIS……

Anda mungkin juga menyukai