Anda di halaman 1dari 10

DIPONEGORO (INDONESIA)

RAJA THIBAW ( MYANMAR)



DIPONEGORO
• putera sulung Hamengkubuwono III,
raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir
pada 11 November 1785 di Jogjakarta.

• Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden


Mas Ontowiryo diketepikan daripada
takhta kerajaan Jogjakarta apabila
Hamengkubuwono III mangkat pada
tahun 1814
peranan Diponegoro terhadap
penentangan masyarakat terhadap kuasa
asing di Indonesia

PEMBATALAN KONTRAK SEWA
 Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles
di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini
membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak
dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah
milik mereka di Pulau Jawa.
 Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang
terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun
kopinya sebanyak 60 ribu rial.
 Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana
beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk
beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga
menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu
Belanda ini.

PEMBINAAN JALAN MERENTASI MAKAM DIRAJA.

 Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari
Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-
raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.

 Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai


penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.

 Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan


jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan
peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.

 Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa


kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

PEMIMPIN PERANG JAWA.
 Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati.
Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi.

 Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro
berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi
sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo
Khalifatullah Tanah Jowo”.

 Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang
penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan
tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai
dengan Belanda.

 Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil.

PUTERA PEMBEBAS.

 Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin


agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap
dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang
penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya.

 Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di


Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan
Belanda dan agama Kristian.
 Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang
bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat
Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda.
 Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang
terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang
jihad ke atas Belanda

RAJA THIBAW (MYANMAR
• lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19
Disember 1916 di India dan merupakan pemerintah terakhir
Myanmar.

• Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau


dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan
persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878.

• Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam


sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir
apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang
British-Burma 3 pada 29 November 1885
RAJA THIBAW MENGAMALKAN DASAR BERBAIK-BAIK DENGAN


KUASA PERANCIS
 sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau
memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam
dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan
Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat
perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885.

 Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.

 Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan


bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti
kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan
pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas
pembiayaan Perancis.

 Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini


menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-
Myanmar.
 Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan
perdagangan kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja Thibaw
yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan terhadap
syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap
syarikat tersebut:
 (a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
 dibenarkan.
 (b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
 (c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja
Myanmar seperti yang dijanjikan.
 British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja
Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong
dan membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu

HABIS……

Anda mungkin juga menyukai