Anda di halaman 1dari 10

HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI PADA

ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI


ABAD KE – 11 HINGGA KE – 13 MASIHI

MODUL LP : SET 6 S3
PENDAHULUA
N kekhalifahan Islam, khasnya pada zaman
• Khalifah Abbasiyah merupakan zaman keemasan pencapaian
ekonomi dalam sejarah
Khalifah Harun al-Rasyid.

• Para pedagang yang berurusan di Baghdad mula melihat Islam


dengan cara positif dan menganggapnya sebagai agama progresif.

• Terdapat beberapa sektor utama ekonomi yang menjadi tunggak


kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu perdagangan, pertanian,
perindustrian dan pelancongan.

• Perkembangan pesat dalam semua sektor ekonomi berlaku di


seluruh kota besar empayar Islam termasuk Baghdad, Basrah ,
Kaherah, Alexandria dan lain-lain.
1. Sektor Perdagangan

4. Sektor Perlombongan
2. Sektor Pertanian

5. Perkhidmatan Ekonomi
3. Sektor Perindustrian
ISI UTAMA : Sektor perdagangan

• Kota Baghdad merupakan kota perdagangan utama dunia pada


zamanya. Sungai Tigris dan Furat menjadi pelabuhan transit bagi
kapal-kapal dagang seluruh dunia.

• Bagi menghindari rasuah dan penyelewengan, Khalifah Harun al-


Rasyid membentuk satu badan khusus yang bertugas mengawasi
pasaran dagang, mengatur unit ukuran dan timbangan standard
serta menentukan harga pasaran.

• Kegiatan import dan eksport antara pedagang Islam dan China


berkembang melalui jalan darat membawa kepada wujudnya ‘jalan
sutera’.

• Sebagai contoh, peningkatan sektor perdagangan termasuk import


dan eksport berlaku apabila kerajaan Abbasiyah berjaya membuka
beberapa buah pelabuhan dan perbandaran baharu seperti Siraf dan
Samara.
ISI KEDUA : Sektor pertanian

• Pertanian merupakan bidang ekonomi yang diceburi majoriti rakyat kelas


pertengahan. Sektor ini mendapat pengwasan khas kerajaan terutama dalam
peyediaan kemudahan termasuk teknologi dan sistem pengairan.

• Kerajaan menyediakan sebanyak mungkin tali air baharu di kawasan pertanian


seluruh negara. Di antara sungai utama di Iraq yang digali bagi menyalurkan air ke
kawasan pertanian ialah sungai Isa.

• Penggalian sungai-sungai ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada
penduduk tempatan mendapatkan ikan air tawar dan menambahkan pendapatan.

• Usaha kerajaan Abbasiyah menghijau dan memkmurkan negara dengan sektor


pertanian mendatangkan hasil lumayan. Antara tanaman penting ialah gandum,
padi, barli, tamar, bijam dan kapas.
ISI KETIGA : Sektor Perindustrian
• Khalifah Abbasiyah terlibat dalam pelbagai kegiatan industri khususnya barangan mewah
termasuk gelas, tekstil dan seramik. Di Baghdad wujud pasar-pasar khusus untuk
memasarkan produk industri seperti pasar besi, pasar kayu jati, pasar seramik, pasar
tekstil dan sebagainya.

• Di Iraq, muncul industri pembuatan pakaian siap berkualiti tinggi diperbuat daripada
sutera. Kebanyakjan produk berkenaan dieksport ke seluruh dunia dan amat popular di
Eropah terutama di Perancis dan Itali.

• Di Parsi, kebanyakkan industri tertmpu kepada pembuatan karpet dan tekstil dalam
pelbagai kualiti.

• Wilayah-wilayah di bahagian barat Asia terkenal dengan pengeluaran permaidani, sutera,


kapas, benang bulu kambing dan semua jenis alat kelengkapan rumah.

• Wilayah Transoxiana menumpukan kepada industri barangan besi dan tembaga seperti
pedang, tombak, lampu da barang-barang pewter.
ISI KEEMPAT : Sektor Perlombongan

• Sektor perlombongan berkembang pada zaman Khalifah Abbasiyah.


Aktiviti melombong emas dan perak terdapat di wilayah Khurasan yang
merupakan pengeluar batu marmar dan batu merkuri terbesar.

• Perkembangan industri perlombongan bukan sahaja berhasil


menyumbang sejumlah besar pendapatan negara, bahkan memberi kesan
mendalam kepada gaya hidup rakyat, khasnya golongan elit.

• Mereka mula meminati perhiasan batu-batu permata. Gaya hidup


mempamerkan kekayaan melalui pakaian dan perhiasan merupakan
fenomena baharu dalam sejarah islam. Kewujudan fenomena ini
membuktikan kemakmuran negara berikutan perkembangan pelbagai
kegiatan ekonomi.
ISI KELIMA : Perkhidmatan ekonomi

• Wujud kemudahan sistem perbankan, pertukaran mata wang, surat kredit,


sistem cek, institusi pinjaman, sewa dan Garai.

• Sistem kewangan moden menyumbang kepada perkembangan kegiatan


ekonomi Khalifah Abbasiyah
KESIMPULAN
• Perkembangan dan kemakmuran ekonomi Khalifah Abbasiyah dalam sektor perdagangan,
pertanian, perindustrian dan perlombongan membuktikan kecekapan dan keberkesanan sistem
pentadbiran.

• Kebebasan dan galakan khalifah kepada rakyat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi negara
telah menampakkan kejayaan di mana semua lapisan rakyat dapat menikmati kemakmuran
ekonomi melimpah ruah.

• Perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Abbasiyah didorong oleh faktor dalaman seperti
peranan khalifah dan dasar-dasar ekonomi message rakyat. Kesan kemajuan ekonomi
mempengaruhi kemajuan bidang lain terutama pendidikan dan intelektual.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai