Anda di halaman 1dari 16

Huraikan kegiatan ekonomi

pada zaman Khalifah


Abbasiyah dari abad ke-11
hingga13 Masihi dan pada
zaman Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15
Masihi.
Set 6

Soalan 3

Adam Danial
PENDAHULUAN
1. 1 Khalifah Abbasiyah merupakan zaman keemasan pencapaian ekonomi dalam sejarah kekhalifahan
Islam, khasnya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid.
2. 2 Kemampuan Baghdad muncul sebagai pusat ekonomi antarabangsa telah memberi imej baharu kepada
keagungan Islam itu sendiri. Para pedagang yang berurusan di Baghdad mula melihat Islam dengan cara
positif dan menganggapnya sebagai agama progresif.
3. 3 Terdapat beberapa sektor utama ekonomi yang menjadi tunggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu
perdagangan, pertanian, perindustrian dan perlombongan. Perkembangan pesat dalam semua sektor
ekonomi berlaku di seluruh kota besar empayar Islam termasuk Baghdad, Basrah, Kaherah, Alexandria
dan lain-lain.
4. 4 Kejayaan Baghdad sebagai tumpuan pusat ekonomi dunia ada kaitan dengan kedudukan Khalifah baghad
Abbasiyah sebagai kuasa utama dunia pada waktu itu. Kestabilan politik dan keamanan menjadi asas
kepada perkembangan ekonomi. Kecekapan pentadbiran, keberkesanan undang-undang dan ketinggian
akhlak masyarakat turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Khalifah Abbasiyah.
5. 5 Kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400 Masihi.
6. 6 Masyarakat Melayu tradisional Melaka menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti bercucuk tanam,
menangkap ikan, menternak dan memburu binatang.
7. 7 Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi Melaka berbentuk sara diri. Kegiatan ekonomi mula mengalami
kemajuan apabila sebahagian penduduk terlibat dengan kegiatan perdagangan.
8. 8 Melaka merupakan pusat perdagangan utama di Nusantara kerana mempunyai pelabuhan strategik dan
kemudahan yang disediakan oleh pemerintah untuk para pedagang luar terutama dari China, Arab dan
India.
Kegiatan ekonomi zaman
Khalifah Abbasiyah
1. Sektor perdagangan
• Kota Baghdad merupakan kota perdagangan utama dunia pada zamannya.menjadi
pelabuhan transit bagi kapal-kapal dagang seluruh dunia.
• Sungai Tigris dan Furat Bagi menghindari rasuah dan penyelewengan, Khalifah Harun al-
Rasyid membentuk satu badan khusus yang bertugas mengawasi pasaran dagang,
mengatur unit ukuran dan timbangan standard serta menentukan harga pasaran.
• Kegiatan import dan eksport antara pedagang Islam dan China berkembang melalui jalan
darat membawa kepada wujudnya 'jalan sutera’.
• Peningkatan sektor perdagangan termasuk import dan eksport berlaku apabila kerajaan
Abbasiyah berjaya membuka beberapa buah pelabuhan dan perbandaran baharu seperti
Siraf dan Samara.
• Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat ke seluruh negara dan menjadi sumber
pendapatan utama Khalifah Abbasiyah.

Sungai furat Sungai tigris


Sektor pertanian
• Pertanian merupakan bidang ekonomi yang diceburi majoriti rakyat kelas pertengahan. Sektor ini mendapat pengawasan
khas kerajaan terutama dalam penyediaan kemudahan termasuk teknologi dan sistem pengairan. Beberapa kawasan
pertanian berpotensi tinggi (al-Sawad) diletakkan di bawah pengawasan kerajaan pusat. Antaranya, lembah Sungai Tigris
(Dajlah), Euphrates (Furat), Nil dan Eden. Hasil zakat dan cukai (al-kharaj) yang dipungut di kawasan ini merupakan
sumbangan terbesar kepada perbendaharaan negara.
• Kerajaan menyediakan sebanyak mungkin tali air baharu di kawasan pertanian seluruh negara. Di antara sungai utama
di Iraq yang digali bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian ialah sungai Isa yang bersambung di antara Sungai Tigris
dan Euphrates, Sungai Sasar dan sungai al-Malik. Penggalian sungai-sungai ini secara tidak langsung telah memberi
peluang kepada penduduk tempatan mendapatkan ikan air tawar dan menambahkan pendapatan.
• Usaha kerajaan Abbasiyah menghijau dan memakmurkan negara dengan sektor pertanian mendatangkan hasil lumayan.
Antara tanaman penting ialah gandum, padi, barli, tamar, bijam dan kapas. Di kawasan rendah, pelbagai jenis pokok
buahan dan sayuran ditanam. Di kawasan cuaca panas dan sejuk ditanam dengan pelbagai tanaman seperti kacang
tanah, oren, tebu dan bunga-bungaan. Semua hasil pertanian telah memberi pulangan besar kepada kerajaan. Cukai
kharaj yang dipungut oleh Khalifah al-Makmun di wilayah Iraq berjumlah 27,800,000 dirham manakala di wilayah
Khurasan sebanyak 28,000,000 dirham.
• Di kawasan wadi al-Sughd (lembah Sogdiana) terdapat ladang-ladang buahan dan bungaan yang ditanam secara
komersial. Antara buahan ditanam termasuk tamar, epal, aprikot, oren, limau, anggur,zaitun, badam, delima dan sayuran
seperti kubis, sawi dan mentimun.
• Di wilayah Parsi, khususnya Ahwaz dan Faris terdapat ladang tebu luas dan lengkap dengan kilang memproses gula
untuk dieksport ke Eropah. Teknologi ini kemudian berkembang ke seluruh empayar Islam dan akhirnya dibawa oleh
masyarakat Islam Andalusia ke benua Eropah.
• Khalifah Abbasiyah menggalakkan penanaman bunga secara komersial untuk pembuatan minyak wangi dan alat-alat
perhiasan (make-up) bagi pasaran Eropah dan China. Wilayah terlibat dengan projek ini adalah Shiraz, Faris dan
Damsyiq di mana pelbagai jenis bunga seperti mawar, terai air, violets dan oren ditanam secara besaran.
• Kerajaan melayani golongan ahli zimmi dan mawali dengan seadilnya termasuk menjamin hak milik dan jiwa sehingga
mereka kembali melakukan aktiviti pertanian di seluruh penjuru negeri. Tindakan tegas turut dikenakan terhadap pegawai
kerajaan yang bertindak zalim terhadap petani. Kerajaan membangunkan prasarana dan sistem perhubungan ke
kawasan-kawasan pertanian samada jalan air atau darat.
Sektor perindustrian
• Khalifah Abbasiyah terlibat dalam pelbagai kegiatan industri khususnya barangan mewah termasuk
gelas, tekstil dan seramik. Di Baghdad wujud pasar-pasar khusus untuk memasarkan produk industri
seperti pasar besi, pasar kayu jati, pasar seramik, pasar tekstil dan sebagainya.
• Khalifah Abbasiyah memberi insentif serta galakan kepada golongan usahawan tempatan agar
melibatkan diri dalam perindustrian bagi mengawal keseimbangan perniagaan dan pengaliran keluar
masuk kewangan. Akhirnya sektor industri menjadi suatu dimensi baharu dalam sektor ekonomi negara,
malah menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada perbendaharaan negara.
• Di Iraq, muncul industri pembuatan pakaian siap berkualiti tinggi diperbuat daripada sutera. Kebanyakan
produk berkenaan dieksport ke seluruh dunia dan amat popular di Eropah terutama di Perancis dan Itali.
Di Parsi, kebanyakan industri tertumpu kepada pembuatan karpet dan tekstil dalam pelbagai
kualiti.Wilayah-wilayah di bahagian barat Asia terkenal dengan pengeluaran permaidani, sutera, kapas,
benang bulu kambing, kain satin, sofa, kain alas sofa dan semua jenis alat kelengkapan rumah. Kain-
kain yang diperbuat daripada bulu (wollen) keluaran kilang di Shiraz amat digemari oleh kaum wanita
Eropah kerana kualitinya.
• Wilayah Transoniana menumpukan kepada industri barangan besi dan tembaga seperti pedang,
tombak, lampu tembaga dan barang-barang pewter. Syria dan Mesir terkenal dengan pengeluaran
barang-barang kaca, mozek dan cermin dalam pelbagai warna untuk kegunaan dekorasi masjid, gereja
dan istana.
• Industri baharu diterokai usahawan Islam adalah pembuatan kertas. Teknologi dari China ini telah
diperolehi umat Islam berikutan penaklukan wilayah Samarqand pada tahun 704M yang masyhur
dengan pengeluaran kertasnya. Industri kertas ini kemudian berkembang ke seluruh kota Islam zaman
Khalifah Abbasiyah.
Sektor perlombongan
• Sektor perlombongan berkembang pada zaman Khalifah Abbasiyah. Aktiviti melombong
emas dan perak terdapat di wilayah Khurasan yang merupakan pengeluar batu marmar
dan batu merkuri terbesar.
• Perlombongan batu delima, lazawarda (lapiz lazuli) dan batu azura terdapat di wilayah
Transoxiana.
• Di wilayah Kirman, perlombongan tertumpu kepada industri bijih timah dan perak.
Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain terkenal dengan pengeluaran batu mutiara.
Naisabur dengan batu pirus (turquoise) dan perlombongan besi terdapat di pergunungan
Lebanon. Perusahaan minyak tar banyak dilakukan di wilayah Georgia dan Farghana.
• Perkembangan industri perlombongan bukan sahaja berhasil menyumbang sejumlah
besar pendapatan negara, bahkan memberi kesan mendalam kepada gaya hidup rakyat,
khasnya golongan elit.
• Mereka mula meminati perhiasan batu-batu permata. Gaya hidup mempamerkan
kekayaan melalui pakaian dan perhiasan merupakan fenomena baharu dalam sejarah
Islam. Kewujudan fenomena ini membuktikan kemakmuran negara berikutan
perkembangan pelbagai kegiatan ekonomi.
Perkhidmatan ekonomi
• Wujud kemudahan sistem perbankan, pertukaran mata wang, surat kredit, sistem cek,
institusi pinjaman, sewa dan gadai.
• Sistem kewangan moden menyumbang kepada perkembangan kegiatan ekonomi
Khalifah Abbasiyah.
Kegiatan ekonomi zaman
Kesultanan Melayu Melaka
1. Pertanian

• Pertanian merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Melaka terutama


penanaman padi.
• Undang-Undang Melaka dalam Fasa 20 menyatakan bahawa wujud tanah
perhumaan, bendang, sawah dan ladang yang mana semua ini berkaitan
dengan aktiviti pertanian.
• Kegiatan penanaman padi sawah bermula dengan kemunculan kerajaan
Melaka dan kemasukan orang Minangkabau.
• Penduduk Melaka menghasilkan beras bagi menampung keperluan penduduk
tempatan dan mengimport beras dari Siam, Palembang dan Jawa.
• Petani menggunakan kaedah pertanian yang asas dengan menggunakan
peralatan tradisional dan tenaga haiwan seperti kerbau bagi membajak sawah.
Menangkap ikan dan memungut
hasil laut
• Sebahagian penduduk Melaka menjalankan kegiatan menangkap ikan di sawah, sungai
dan laut Selat Melaka.
• lkan merupakan sumber makanan dan protein utama bagi penduduk Melaka terutama
yang tinggal di pesisir pantai.
• Semasa berada di Muar, Raja Iskandar Syah dan pengikutnya pernah menjadi nelayan
bagi menampung keperluan harian.
• Kegiatan memungut hasil laut dilakukan oleh Orang Laut. Mereka bergantung hidup
dengan menangkap ikan dan hasil laut menggunakan perahu yang ditebuk daripada
kayu.
Kegiatan memburu
• Kegiatan memburu binatang hutan dilakukan oleh sebahagian penduduk Melaka bagi
menampung keperluan hidup.
• Kegiatan memburu dijalankan oleh sebahagian penduduk sebagai aktiviti untuk
menambahkan pendapatan sampingan kerana mereka tidak terlibat dengan perdaganan.
• Memburu merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka dan diwarisi oleh penduduk
tempatan.
Menternak binatang
• Sebahagian penduduk Melaka menternak binatang secara kecilan seperti ayam, itik,
kambing, kerbau,lembu dan sebagainya.
• Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja memiliki ternakan
kerbau dan lain-lain.
Berkebun dan berdusun
• Sebahagian penduduk Melaka melaksanakan kegiatan berdusun dan berkebun.
• Dusun buah-buahan terletak berhampiran dengan rumah mereka.
• Raja Iskandar dan para pengikutnya telah menebas hutan belukar untuk menanam pokok
buahan dan membuat dusun bagi tanaman pisang, nenas, tebu dan lain-lain.
• Hukum Kanun Melaka ada menyebut berkaitan peraturan dan undang-undang hak milik
tanah, berdusun, jual beli tanah, hasil tanaman dan buruh dalam kegiatan pertanian.
Memungut hasil hutan
• Sebahagian penduduk Melaka melakukan aktiviti memungut hasil hutan sebagai kegiatan
sara diri. Antara hasil hutan termasuk pucuk-pucuk kayu, buah-buahan, ubat-ubatan dari
akar kayu, getah jelutung. rotan dan damar.
• Kegiatan memungut hasil hutan dianggap penting kerana kebanyakan penduduk Melaka
bergantung kepada persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian.
• Hasil pertanian ini mendapat permintaan tinggi dari pedagang luar berikutan penduduk
Melaka mula terdedah dengan aktiviti perdagangan.
Pertukangan dan kraftangan
• Sebahagian penduduk Melaka menjalankan aktiviti pertukangan kayu seperti membuat
dan membaiki perahu dan kapal, membina rumah dan istana.
• Mereka mahir dalam pembuatan senjata daripada besi seperti kapak dan tombak.
• Penduduk Melaka terlibat dengan kegiatan kraftangan seperti membuat bubu dan tikar
mengkuang yang berasaskan rotan, buluh dan kayu.
• Kegiatan pertukangan biasanya dilakukan semasa mereka tidak dapat ke laut pada
musim laut bergelora dan menunggu musim menuai.
Perdagangan
• Kegiatan perdagangan dijalankan secara kecil-kecilan oleh sebahagian rakyat biasa.
Mereka berjaja di pasar-pasar dengan menggunakan perahu kecil.
• Golongan raja dan pembesar melantik kiwi sebagai wakil bagi mengendalikan urus niaga
perdagangan secara besar-besar dengan pedagang luar.
• Kedudukan geografi dan perairan telah memudahkan para pedagang asing dari Timur
dan Barat ke Melaka.
• Melaka merupakan pelabuhan entrepot iaitu menjadi tempat pengumpulan, penyaluran,
dan pertukaran barang-barang dagangan. Panduan dan arah pergerakan kapal
pedagang berjalan lancar kerana terdapat dua angin monsun.
• Kemajuan perdagangan Melaka terletak kepada kebijaksanaan pemerintah Melaka.
Raja-raja Melaka bertanggungjawab mewujudkan suasana perdagangan di Melaka
sehingga menjadi sebuah "emporium" perdagangan terkemuka sepanjang abad ke-15M.
Kesimpulan

1. 1 Perkembangan dan kemakmuran ekonomi Khalifah Abbasiyah dalam sektor


perdagangan, pertanian. perindustrian dan perlombongan membuktikan kecekapan dan
keberkesanan pentadbiran kerajaan.
2. 2 Kebebasan dan galakan khalifah kepada rakyat melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi negara telah menampakkan kejayaan di mana semua lapisan rakyat dapat
menikmati kemakmuran ekonomi melimpah ruah.
3. 3 Pendapatan negara meningkat berkali ganda dan ini memberi peluang kepada kerajaan
untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana rakyat.
4. 4 Perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Abbasiyah didorong oleh faktor dalaman
seperti peranan khalifah dan dasar-dasar ekonomi mesra rakyat. Kesan kemajuan
ekonomi mempengaruhi kemajuan bidang lain terutama pendidikan dan intelektual.

Anda mungkin juga menyukai