Anda di halaman 1dari 7

Undang-undang 99 Perak

Pensejarahan Malaysia
Oleh : Muhammad Syakirin Bin Ariffin

Pengenalan

Undang-undang Sembilan Puloh Sembilan atau dalam

bahasa Inggerisnya Ninety Nine Laws of Perak adalah


undang-undang yang tertua dalam negeri Perak.

Dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Undang-undang dikatakan berasal daripada Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke17.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:1. Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.

Contohnya : Fasal 92
"Undang-undang orang menjadi Raja di-dalam negeri itu apaapa yang jadi aman pada negeri itu?" Maka sembah Menteri, " Pertama-tama adil hukum-nya, kedua murah makan di-dalam negeri itu, jadi aman-lah negeri itu.

2.

Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat

menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
Contohnya : Fasal 24
" Undang-undang orang mengadap raja-raja atau orang besar-besar: maka titah Raja Nasruan Adil, "Apa hukum-

nya ? " Maka sembah Menteri, " Tatkala dudok di-balai itu
mau-lah tundokkan kepala dan tiada boleh di- liarkan mata dan jangan memandang muka-nya dan suara

3. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya. Contoh : Fasal 1

Undang-undang orang mengadir: maka titah Raja


Nasruan Adil, "Apa-lah hukum-nya bilang-bilang hari orang datang mengadukan orang menchuri harta orang

?'* Maka sembah Menteri, " Ya tuan-ku, jika sa-kali boleh


di-muafakatkan, suroh ganti barang itu ; jika sampai dua kali di-potong jari-nya; jika sarapai tiga kali di-buang

4.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal

kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya. Contoh : Fasal 54

"Undang-undang orang perempuan mengadu


hendak cherai apa hukum-nya?" Maka sembah Menteri, " Pertama-tama tiada nafkah batin, kedua tiada nafkah dzahir, boleh-lah cherai."

Rujukan

Papers on Malay Subjects. Law: Part II, The 99 laws of Perak. ed. Rigby J. FMS Government Press, Kuala Lumpur. 1908

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai