Anda di halaman 1dari 11

0 Salah satu teori yang utama dalam pendidikan

psikologi kaunseling.
0 Terapi ini adalah sebahagian daripada pendekatan
Kognitif.
0 Terapi Realiti tidak boleh dipisahkan dengan Teori
Pilihan.
0 Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia itu
bertingkah laku manakala Terapi Realiti adalah
bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang
lain.
0 Terapi ini adalah suatu proses untuk memahami tingkah
laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat
keputusan yang tepat untuk kehidupannya.

0 Terapi Realiti berfokus kepada tingkah laku semasa dan
tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan
kehendak murid. Proses dalam Terapi Realiti adalah
merujuk kepada prosedur WDEP.

D
P
Wants, needs and perceptions
(kehendak, keperluan dan persepsi).
Directions and doing (terarah dan
lakukan)
Evaluation (penilaian)
Planning and commitment (pelan
bertindak dan komited )
0 Strategi WDEP merupakan langkah-langkah yang
boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid.

0 Sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi
WDEP perlu mewujudkan suasana kaunseling agar
kepercayaan, penerimaan dan proses membantu
dapat dijalankan dengan lancar.
0 Guru Mewujudkan Suasana Perbincangan Yang Kondusif
Pembinaan perhubungan yang tulen, mesra, tidak
menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan
empati, fokus pada isu murid, berkongsi cerita dan
menggunakan sedikit humor

0 Guru Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi Murid
- Penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat
W (Wants, Needs & Perception) di mana guru akan meneroka
kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya

0 Guru Meneroka Arah Tuju Pelajar (Doing and
Direction)
- Hendaklah bertindak secara aktif, mengarah, didaktif
dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya.
Elemen D (Doing & Direction) akan muncul apabila
guru perlu memfokuskan kepada tingkah laku semasa
murid Guru Meneroka Kehendak, Keperluan dan
Persepsi Murid.
0 Murid Membuat Penilaian Terhadap Diri Mereka
(Evaluation)
penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan
perlakuan yang ingin dijalankan. Guru bukan sekadar
menilai tingkah laku yang wujud tetapi ianya juga
melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid
untuk berubah. Penilaian yang dibuat adalah berterusan
termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala
tindakannya.
0 Guru Berbincang Tentang Pilihan Murid Membuat
Tindakan (Planning and Commitment)
-Guru menggunakan konsep P (Plan of Action).
-Dalam konteks ini guru membantu murid membuat
perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah.
-Perancangan yang dirancang bersama murid perlu mudah,
boleh dicapai oleh murid, boleh diukur, segera dibuat oleh murid,
penglibatan murid, murid mengawal setiap perancangannya,
murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan
yang dirancang perlu konsisten dan berterusan.
-Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa mengikut
kesesuaian murid.
0 Teori Pilihan boleh digunakan oleh individu untuk
memahami tingkah laku dirinya dan orang lain
berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang
tertentu dalam teori ini.
0 Manakala, Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk
menolong individu.
0 Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini sesuai dilaksanakan dan
diaplikasikan di sekolah.
0 Terapi ini memberi tumpuan kepada konsep
tanggungjawab dan kesannya kepada perlakuan individu.
0 Terapi ini memberi kebebasan kepada individu untuk
berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan
membuat keputusan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai