Anda di halaman 1dari 15

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

AYAT MAJMUK Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat tersebut dicantumkan berdasarkan peraturan tertentu sehingga menjadikan ia satu ayat baru. Contoh : Encik Ahmad pensyarah tetapi rakannya guru.

AYAT MAJMUK PANCANGAN


Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

AYAT MAJMUK PANCANGAN


Ayat Majmuk Pencangan Relatif (Peluas) Ayat Majmuk Pencangan Komplemen (Pelengkap) Ayat Majmuk Pencangan Keterangan (Penerang)

menggunakan yang

menggunakan bahawa

menggunakan kata hubung seperti ketika sebab, jikalau, apabila, semenjak

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Makna komplemen ialah pelengkap. Jadi, kita akan memanggil ayat kecil itu ayat kecil pelengkap.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

Ayat kecil pelengkap itu dihubungkan kepada perbuatan atau kata kerja dalam ayat besar dengan kata hubung bahawa dan untuk.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


(a) Ibunya sudah tahu (sesuatu). (b) Dia ingin meminang anak tuk penghulu. Ibunya sudah tahu bahawa dia ingin meminang anak tuk penghulu.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


(a) Para pekerja di kedai songket itu mengatakan (sesuatu). (b) Gaji mereka tidak mencukupi. Para pekerja di kedai songket itu mengatakan bahawa gaji mereka tidak mencukupi.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


(a) (b) Mereka berpendapat (sesuatu). Remaja sekarang harus menghargai warisan budaya Melayu.

Mereka berpendapat bahawa remaja sekarang harus menghargai warisan budaya Melayu.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


(a) Encik Salim menganyam tikar mengkuang. (b) Perkara itu tidak mustahil. Untuk Encik Salim menganyam tikar mengkuang tidak mustahil.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN


(a) Maznah mempelajari seni tenunan dalam masa yang singkat. (b) Perkara itu memang mustahil. Untuk Maznah mempelajari seni tenunan dalam masa yang singkat memang mustahil.

MARI CUBA
(a) Saya sangat yakin (sesuatu). (b) Dia akan berjaya dalam usahanya. Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya dalam usahanya.

MARI CUBA
(a) Kami bersetuju (sesuatu). (b) Perusahaan kraf tangan akan digiatkan semula. Kami bersetuju bahawa perusahaan kraf tangan akan digiatkan semula.

MARI CUBA
(a) Kami membuat tembikar daripada tanah liat. (b) Perkara itu amat sukar. Untuk kami membuat tembikar daripada tanah liat amat sukar.

MARI CUBA
(a) (b) Ana belajar menganyam tikar. Perkara itu sangat mudah.

Untuk Ana belajar menganyam tikar


sangat mudah.

Anda mungkin juga menyukai