Anda di halaman 1dari 3

Aldrin Imas anak Sagin (PISMP Bahasa Iban Januari 2014)

#Info Tambahan Mengenai Kampung Annah Rais, Kuching.


Kaum Bidayuh ialah satu etnik yang terdapat di Sarawak. Populasi terbesar adalah di
bahagian pertama, iaitu Kuching. Kaum Bidayuh banyak terdapat di kawasan Lundu, Bau,
Penrissen, Padawan dan Serian. Bidayuh atau dalam bahasa kaum itu sendiri adalah
bermaksud orang darat (Bi bermaksud Dayak atau orang, Dayuh bermaksud darat). Selain
dikenali sebagai Bidayuh, kaum ini juga dikenali sebagai Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh
pada zaman dahulu menjadikan rumah panjang sebagai sebuah penempatan mereka dan
kedudukan sesebuah rumah panjang menjadi faktor utama sebelum pembinaan rumah panjang
tersebut. Kawasan bukit menjadi pilihan utama dalam membina rumah panjang kerana
kedudukan tersebut mampu melindungi mereka daripada pelbagai ancaman musuh. Mereka
membuat pagar buluh dan tumbuhan rotan telah diletakkan di sekitar rumah panjang untuk
menghalang dan melambatkan mana-mana penyerang. Selain itu, kayu pokok dan batu-batu
yang telah diletakkan di atas bukit dan sekiranya berlaku sebarang serangan, mereka bergolek
ke bawah kayu balak dan batu untuk mencederakan atau membunuh musuh.
Struktur rumah panjang masyarakat Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah
panjang masyarakat Iban di Sarawak. Rumah panjang mempunyai bilik-bilik kecil yang rapat
antara satu sama lain dan didiami oleh beberapa buah keluarga yang kecil. Setiap rumah
panjang yang didirikan disokong oleh taas (ironwood dan belian) yang telah terbentuk sedia
dari hutan gunung. Kebiasaannya dinding rumah panjang masyarakat Bidayuh diperbuat
daripada buluh dan lantai rumah diperbuat daripada papan atau buluh manakala atap pula
diperbuat daripada atap rumbia atau sagu. Terdapat tiga bahagian dalam rumah panjang
masyarakat Bidayuh ini iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat disamakan
dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Barang-barang peribadi milik keluarga
masing-masing seperti gong,tempayan, tembikar dan sebagainya akan diletakkan di dalam
ruangan tersebut. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur pada waktu malam. Awah
pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya
bahagian ini adalah bertutup dan beratap. Bahagian ini dapat disamakan dengan beranda
rumah pada zaman ini. Masyarakat Bidayuh akan menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka di
bahagian ini seperti menganyam, membuat peralatan bertani, berkomunikasi sesama sendiri
dan sebagainya. Ruangan awah ini juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan
seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan
sebagainya. Bahagian paling luar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh pula dikenali
sebgai tanju. Biasanya bahagian tanju terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun
1

Aldrin Imas anak Sagin (PISMP Bahasa Iban Januari 2014)


beratap. Bahagian ini akan digunakan untuk tujuan menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh
seperti lada, padi, jagung dan sebagainya.
Selain itu, muzik juga memainkan peranan penting dalam setiap etnik bagi pelbagai
tujuan dan aktiviti.Begitu juga dengan masyarakat Bidayuh. Muzik menjadi aspek penting dalam
setiap upacara keagamaan yang dilaksanakan. Muzik yang dimainkan memainkan pelbagai
peranan dalam upacara tersebut seperti menaikkan semangat seseorang pesakit,mengusir roh
jahat yang mengganggu mereka terutama roh-roh jahat yang boleh merosakkan semangat
terhadap tanaman-tanaman mereka, dan sebagai alat penenang kepada semangat roh
terutama semangat yang menjaga hasil tanaman-tanaman mereka. Muzik juga dimainkan bagi
meraikan usaha mereka dalam menghasilkan tanaman yangbaik. Umumnya, muzik tradisional
masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, canang, gendang, dan tawak iaitu
sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik lain yang digunakan seperti serunai atau seruling
dan gitar yang diperbuat daripada buluh.Namun alat muzik seumpama ini amat kurang
digunakan kerana proses penghasilannya yang agak rumit dan memakan masa.

Gambar 1 Penghasilan muzik buluh yang dikenali sebagai peratuang.

Mengikut cerita masyarakat Bidayuh, Padawan yang nama sebenarnya berasal


darisebuah tempat yang dikenali sebagai Rabak Padawan bersebelahan dengan Kampung
Annah Rais dan di sisi lain daripada Sungai Sarawak Kiri. Sungai tersebut turut dikenali sebagai
Teng Bukap. Teng bermaksud pos dan Bukap adalah nama sebuah sungai yang pada
zaman dahulu terkenal dengan kewujudan hantu di sepanjang sungai tersebut. Annah Rais
yang mempunyai tiga kumpulan deretan rumah panjang terdiri daripada Kupo Saba, Kupo
Terkan dan Kupo Sijo. Kampung ini mempuyai lebih kurang 120 buah keluarga dan berkongsi

Aldrin Imas anak Sagin (PISMP Bahasa Iban Januari 2014)


salah silah keturunan. Kedudukan Annah Rais yang hanya mengambil masa satu jam dari
Kuching.
Homestay Kampung Annah Rais yang terletak di kawasan berbukit Penrissen kira-kira
60 kilometer dari bandar Kuching. Kampung ini boleh dikatakan sebagai penempatan Bidayuh
yang memiliki rumah panjang tertua untuk penduduk tempatan dan pelancong bagi memberikan
gambaran yang penuh tentang budaya Sarawak di samping memperkenalkan budaya Sarawak
kepada mereka. Kampung Annah Rais adalah salah satu kampung Bidayuh yang masih
mempunyai beberapa rumah panjang dan ketua rumah (Pangah), pelancong tempatan dan
asing sering menjadikan kampung ini sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik.
Pada zaman dahulu, ia mengambil masa dua hari bagi seseorang untuk perjalanan dengan bot
menggunakan Sungai Sarawak Kiri dari Kuching ke Kampung Annah Rais melalui Pangkalan
Ampat. Setelah penerokaan Kampung Annah Rais berlaku, pada tahun 1991 sehingga tahun
1992, pelancong-pelancong mula datang mengunjungi kampung tersebut. Kedatangan
pelancongan ke Kampung Annah Rais adalah untuk melihat sendiri kewujudan rumah panjang
masyarakat Bidayuh yang mempunyai keunikan tersendiri. Rumah panjang masyarakat
Bidayuh yang menggunakan buluh sebagai dinding dan lantai rumah, serta atap yang diperbuat
daripada atap rumbia atau sagu menjadikannya salah satu penempatan yang unik dalam
masyarakat Bidayuh. Didiami oleh beberapa buah keluarga dalam sebuah rumah panjang
mampu mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Gambar 2 Ruang lantai dan dinding yang diperbuat daripada buluh.

Anda mungkin juga menyukai