Anda di halaman 1dari 2

Sepanjang penghasilan portfolio PSV3113 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini saya

berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut kehendak
tugasan yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga dapat memperoleh banyak pengalaman
dan pengetahuan yang penting yang mana boleh saya aplikasikan dalam dunia keguruan kelak.
Maklumat dan nota yang saya perlukan untuk menyiapkan portfolio ini ada banyak di
laman web yang berkaitan dengan bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Namun begitu
saya perlu menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid untuk
mengumpul data dan menginterpretasi data tersbut dalam bentuk portfolio yang akan dihantar
dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah subjek.
Pertamanya, saya mencari bahan atau media yang diperlukan dahulu bagi
memudahkan saya dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti.
Hal ini kerana, bahan untuk aktiviti bidang 3 ini tidak semestinya mahal belaka. Memadailah ada
bahan yang murah seperti tin dan botol kosong bagi menjadi bahan atau media penghasilan
arca stabail kelak.
Murid yang disasarkan adalah murid kelas Tahun 5 yang mana saya telah mengambil
masa mereka untuk melaksanakan aktiviti menghasilkan arca ini secara berkumpulan. Namun
begitu, markah yang dinilai adalah secara individu kerana saya sememangnya sentiasa
membuat pemantauan dan pemerhatian akan sikap dan komitmen murid dalam mengikuti
sesuatu ativiti yang saya adakan. Maka, secara keseluruhan saya melihat aspek penglibatan
dan kerjasama murid di dalam kelas. Selain itu, semasa sesi soal jawab juga saya ada
membuat pengujian tentang ilmu pengetahuan dan kemahiran anak murid yag diajar di bawah
bimbingan saya.
Malahan saya dapat belajar mengenai cara membuat rubrik pemarkahan secara holistik
dalam melihat dan menilai pencapaian anak murid dalam bidang atau tajuk yang kita telah ajar.

Sebelum ini, saya belum pernah berpengalaman dalam membuat rubrik pemarkahan secara
holistik untuk subjek Pendidikan Seni Visual. Maka secara tidak langsung, tugasan ini mampu
memberi manfaat yang sepenuhnya terhadap saya dalam mengharungi cabaran sebagai bakal
guru kelak.
Antara masalah yang saya telah hadapi semasa penghasilan portfolio ini ialah kekangan
waktu semasa menjalani sesi praktikum di mana

saya sering tidak cukup masa dalam

membuat bahan dan persediaan untuk menghasilkan setiap bahan di bawah bidang 3 ini.
Antaranya seperti bahan dan media diorama, yang agak sukar untuk dibuat dalam jangka masa
yang singkat.
Namun begitu, masalah ini saya tangani dengan sikap professional dan kesabaran yang
tinggi di samping tekanan kerja sampingan yang lain di sekolah. Saya berusaha untuk
memulakan sedikit demi sedikit bahan seni di bawah bidang membentuk dan membuat binaan
ini agar pada masa akan dating tidak terlalu menggunung tugasan yang perlu saya siapkan.
Dengan bimbingan daripada pensyarah pembimbing, rakan sekelas dan dorongan
motivasi daripada keluarga, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya tanpa
ada kekangan lagi. Terima kasih sekalung budi saya ucapkan kepada pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan portfolio ini.
Akhir kata, melalui tugasan ini banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga
yang boleh saya perolehi sepanjang menghasilkan portfolio Pendidikan Seni Visual ini. Saya
akan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada sebaik mungkin buat anak didik saya pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai