Anda di halaman 1dari 4

Refleksi

Saya Jagathis A/L Ravi Chandran telah mengikuti kursus SCE 3123 pada semester ini.
Tugasan yang diberi dalam kursus ini ialah menghasilkan satu belanjawan untuk bilik sains
Tahun 5 pada tahun 2016 dengan peruntukkan sebanyak RM3000, penambahbaikkan sebuah
bilik sains dan menghasilkan satu alat bantu mengajar dalam bentuk multimedia. Saya telah
mendapat banyak pengalaman baru dan dapat mengenal pasti kekuatan diri dan kelemahan diri
semasa melaksanakan kerja kursus ini.
Pertamanya, semasa saya menghasilkan alat bantu mengajar dalam bentuk video, saya
dan rakan saya telah menghasilkan permainan dalam powerpoint. Ia melibatkan penguasaan
dan kemahiran teknologi yang tinggi. Kami masing-masing berkongsi pengetahuan kami untuk
membentuk permainan powerpoint tersebut. Di sini saya dapat mempelajari pengetahuan baru
iaitu cara membina permainan menggunakan powerpoint. Sebelum ini, saya hanya mengetahui
menggunakan powepoint untuk membuat pembentangan. Selepas ini, saya akan membuat
permainan menggunakan powerpoint dengan lebih cekap lagi. Pengalaman ini dapat
menjadikan saya sebagai guru yang mahir dalam penguasaan teknologi dan maklumat dan
saya dapat mempelbagaikan bahan bantu mengajar saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, saya juga dapat melatih diri saya sebagai seorang guru yang bijak dan kreatif
dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran.
Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan
satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas
sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu,
bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benarbenar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu,
kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.
Dalam penghasilan alat bantu mengajar dalam bentuk multimedia yang saya hasilkan saya
telah mengambil kira semua aspek ini supaya pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan
secara berkesan dan bermakna.
Selain itu, saya juga telah menghasilkan satu belanjawan untuk bilik sains Tahun 5 pada
tahun 2016 dengan peruntukkan sebanyak RM 3000. Perkara ini dapat melatih saya untuk
menjadi guru sains yang sangat peka tentang perkembangan makmal sains di sekolah. Semasa

saya membuat tugasan ini, saya telah mempelajari tentang merekod peralatan sains yang ada
di sekolah sama ada perlu diganti atau diselenggara. Saya juga dapat mempelajari cara
menyediakan satu senarai item-item bahan, alat adas, alat bantu mengajar dan kemudahan
yang perlu dibeli secara rasmi. Sebelum ini saya hanya mempelajari secara teori tentang
perkara-perkara yang saya nyatakan tadi. Semasa saya melaksanakan kerja kursus ini saya
dapat mempraktikkan diri sebagai seorang guru sains yang bertanggungjawab tentang
pengurusan makmal sains. Pada masa depan, apabila saya menjadi seorang guru sains, saya
akan menggunakan pengetahuan ini supaya pengurusan makmal sains menjadi sangat efisien
dengan merekod tentang peralatan dan saya akan membuat belanjawan supay dapat membaiki
ataupun menambahbaikkan peralatan sains. Hal ini, supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan secara berkesan.
Seterusnya, saya telah melaksanakan tugasan penambahbaikkan sebuah bilik sains.
Saya telah pun belajar tentang pengurusan makmal sains iaitu dari segi aspek keselamatan,
susunan peralatan sains dan susunan bahan bantu mengajar. Semasa saya membuat tugasan
ini, saya dapat mempraktikkan pengetahuan yang saya perolehi dengan situasi yang sebenar.
Saya dapat mengenal pasti aspek-aspek yang perlu dibaiki di makmal sains sekolah saya dan
memberikan cadangan penambahbaikkan supaya pengurus makmal sains tersebut menjadi
lebih terancang dan sistematik. Di sini saya dapat juga mempelajari teladan iaitu selepas saya
menjadi seorang guru sains, saya akan menguruskan makmal sains saya dengan lebih
sistematik dan terancang dengan mengambil kira aspek-aspek keselamatan dan penyusunan
alat bantu mengajar. Saya juga mempelajari untuk melakarkan satu lakaran tentang susun atur
dari segi aspek keselamatan makmal sains dan penyusunan bahan dan alat radas di makmal
sains.
Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah
saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat praktikum dalam tempoh yang sama. Keadaan
ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan
tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan
dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya,
saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah
diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah
begitu sukar tetapi ia menjadi sebagai cabaran kepada saya.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah
tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.
Perbincangan tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan
pada setiap minggu lagi. Antara perkara-perkara yang kami bincang ialah pemilihan bahan yang
tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran serta pertukaran bahan-bahan
dengan rakan. Perbincangan ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan
baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan
yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan
tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh
itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan
komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini,
kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah
lagi.
Manakala, dari segi kelemahan diri yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya melaksanakan tugasan ini dengan lebih awal lagi. Maksudnya di sini ialah,
apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih
proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya
dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan
adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada
masa yang sama juga, saya tidak menguruskan masa dengan baik dan berkesan. Ini
menyebabkan saya untuk mengamalkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya
semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran
agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat

menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian,
saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih
tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai