Anda di halaman 1dari 21

PENULISAN AKADEMIK 2

(GG GB6022)
PROF. MADYA DR MOHD TAIB HARUN

TUGASAN ARTIKEL JURNAL :


(PENGENALAN, SOROTAN LITERATUR & METODOLOGI)

MOHD ZULKIEFADLY MOHD ZULKIFLI


(GP03366)

SARJANA PENDIDIKAN SAINS


FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI
1

PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN F.A.S DALAM MENANGANI


MISKONSEPSI TERAPUNG DAN TENGGELAM (T&T)
Mohd Zulkiefadly Bin Mohd Zulkifli.
Sarjana Pendidikan (Sains), UKM

PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan individu yang mempelajari dan memahami dunia sekeliling mereka
melalui penggunaan deria yang melibatkan proses pemerhatian dan penerimaan jawapan.
Mereka kemudiannya menyusun maklumat yang dikumpul untuk membentuk skemata, struktur
dan konsep. Pada pandangan mereka, teori yang mereka bina adalah logik dan rasional kerana
berdasarkan bukti dan pengalaman. Walaubagaimanapun, pengalaman mereka adalah terhad
dan tahap pemikiran juga belum mantap. Ini bermakna, apabila kanak-kanak ini mendalami
ilmu sains secara langsung di sekolah, mereka sudah mempunyai idea atau kefahaman berkaitan
sesuatu konsep atau fenomena. Hal ini kerana, mereka mempunyai sifat inkuisitif atau perasaan
ingin tahu dan telah mula mempelajari sains serta menyusun dunia mereka sejak saat mereka
dilahirkan (Martin et al. 2005).
Konsep awal yang dimiliki oleh kanak-kanak ini disebut sebagai konsepsi. Konsep awal
yang

bercanggah

dan

tidak

bertepatan

dengan

konsep

ilmiah

disebut

sebagai

miskonsepsi. Miskonsepsi ini tidak sesuai dengan konsep yang telah diutarakan oleh para
ilmuwan dan ahli ilmiah (Nurul Wafiyah 2012; Nor Liza 2005) dan tidak dapat digeneralisasi
(Nurul Wafiyah 2012).
Miskonsepsi dalam sains sering berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah malah
murid di sekolah menengah juga turut sama mengalami masalah yang sama. Masalah ini berlaku
apabila murid tidak dapat memahami sesuatu konsep yang bersifat sukar dan abstrak. Menurut T.
Subahan dan Lilia (2012), kandungan pengajaran dan pembelajaran yang abstrak pada beberapa
topik Sains telah menyukarkan murid untuk memahami konsep utamanya. Antara miskonsepsi
yang terdapat dalam sains adalah berkaitan konsep terapung dan tenggelam (T&T). She (2005)
menyetujui bahawa konsep keapungan sebagai suatu konsep yang sukar kerana konsep ini berada
di peringkat tertinggi hierarki dan melibatkan kefahaman berkaitan jirim dan proses. Terdapat
2

beberapa kajian lepas dari luar negara yang menjurus kepada miskonsepsi topik ini, namun
begitu, kajian dalam negara berkaitan miskonsepsi topik ini masih kurang diberi perhatian.
Menurut Smolleck dan Hershberger (2011), kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun
sehingga 8 tahun sering menghadapi salah konsep berkaitan konsep ketumpatan yang
mempunyai hubungkait dengan kebolehan mereka dalam mengenalpasti objek yang terapung dan
tenggelam. Di samping itu, terdapat banyak kajian melaporkan salah faham pelajar dan
menyiasat keberkesanan model pengajaran alternatif untuk pengapungan dan konsep yang
berkaitan (Simington 1983; Biddulph & Osborne 1984; Smith et al. 1985; Halford et al. 1986;
Smith et al. 1992; Hewson & Hewson 1983; Kariotogloy et al. 1993). Walaubagaimanapun,
kajian berkaitan masalah dan isu ini masih kurang diketengahkan di peringkat tempatan.
Konsep topik dan tenggelam (T&T) mula dipelajari oleh murid sejak di bangku sekolah
rendah lagi iaitu semasa di Tahun 1 dalam topik Timbul dan Tenggelam yang terdapat pada
Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains & Teknologi, Tahun 1 (BPK, 2010) dan kemudian
diteruskan dalam topik Sifat Bahan pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains,
Tahun 4 (DSKP) (BKP, 2013). Di peringkat menegah rendah, konsep T&T ini dapat dilihat
dalam topik Ketumpatan pada DSKP Sains Tingkatan 1 (BPK, 2015). Di peringkat menengah
atas pula, konsep yang berhubungkait dengan konsep T&T terdapat pada topik Daya dan
Tekanan dalam Dokumen Spesifikasi Kurikulum Fizik, Tingakatan 4 (BPK, 2012).
Sekiranya dilihat dari segi pemetaan sukatan pelajaran di peringkat rendah dan
menengah, konsep sains ini mempunyai hubungkait secara berterusan. Hal ini kerana, jika
seseorang murid tidak menguasai konsep asas yang melibatkan terapung dan tenggelam, maka
sudah pastilah murid tersebut mempunyai miskonsepsi dan sukar untuk memahami konsep ini di
peringkat yang lebih tinggi. Menurut Abu Bakar (2013), pelajar sekolah rendah tidak diajar atau
tidak dikehendaki mengetahui konsep ketumpatan atau berkaitan konsep T&T secara ekspilisit.
Selain itu, mereka hanya mempelajari sebahagian asas konsep T&T iaitu meliputi proses
saintifik dalam meramal dan menguji ketenggelaman objek dan proses pengkelasan objek dari
segi kebolehan terapung dan tenggelam. Jarak masa yang lama antara peringkat rendah dan
menengah dan struktur kurikulum yang kurang selaras dan berkesinambungan dalam melibatkan
3

konsep T&T ini, boleh menjurus ke arah wujudnya kembali miskonsepsi apabila murid menaiki
peringkat menengah. Menurut Suwarto (2013), apabila sesuatu konsep asas tidak dapat difahami
dan ditangani dengan segera, maka ia boleh menyebabkan kesulitan dalam memahami konsep
yang berikutnya.
Miskonsepsi ini harus dibendung dengan mengukukuhkan konsepsi awal kanak-kanak.
Langkah ini bertujuan agar konsep awal yang diperoleh oleh mereka tidak bercanggah dengan
teori dan fakta sains. Kajian setempat telah menunjukkan terdapat kewujudan salah konsepsi
dalam beberapa topik di peringkat sekolah menengah, maktab mahupun di universiti adalah
sukar untuk diubah (Lee et al. 1992; Khalijah et al. 1991). Walaupun begitu, kajian berkaitan
kaedah bagi melihat bagaimana miskonsepsi tersebut ditangani dan dibetulkan masih belum
diperluas terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah.
Miskonsepsi

yang wujud boleh menyebabkan seseorang individu mengalami

kesalahfahaman konsep dan seterusnya menyebabkan kesulitan untuk belajar. Kesulitan ini boleh
menyumbang ke arah penurunan sikap dalam sains. Perkara ini selaras dengan Djamarah (2002),
yang menyatakan bahawa salah satu kesan kesulitan belajar dapat ditunjukkan melalui sikap dan
tingkah laku yang kurang wajar. Maka dengan itu, satu pendekatan berbentuk konstruktivisme
dan inkuiri penemuan melalui penggunaan kit pembelajaran, iaitu Kit Pembelajaran Floating
and Sinking (Kit F.A.S) dilaksanakan dalam menangani masalah miskonsepsi ini.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah miskonsepsi murid terhadap
konsep terapung dan tenggelam (T&T) melalui penggunaan kit pembelajaran sekaligus
meningkatkan sikap murid terhadap sains. Tujuan kajian ini selaras dengan objektif kajian yang
diutarakan iaitu (i) meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep terapung dan tenggelam
melalui penggunaan kit pembelajaran dan (ii) meningkatkan sikap murid terhadap sains. Dengan
kewujudan kit pembelajaran ini, diharapkan miskonsepsi konsep T&T dapat ditangani dan
seterusnya dapat dijadikan sebagai satu contoh inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam sains.

SOROTAN LITERATUR

Teori Konstruktivisme dan Inkuiri-Penemuan


Kontsruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar (McBrien & Brandt 1997). Setiap individu membina pengetahuan
mereka sendiri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
pengalaman yang sedia ada, pengetahuan dan konsep dapat dibina secara aktif dan berterusan.
Teori konstruktivisme memberi penekanan kepada tingkah laku (hand on) dan
menekankan aktiviti mental (minds on) pelajar. Teori ini menggalakkan strategi penemuan iaitu
pelajar sendiri menemui prinsip pelajaran melalui aktiviti yang dilaksanakan. Dalam konteks ini,
pelajar dibantu dalam memindahkan pembelajaran kepada situasi lain dengan menggunakan
konsep yang sama melalui generalisasi berdasarkan pengetahuan mereka.
Menurut Haury (2001), National Science Education Standards menyatakan bahawa
kemahiran berfikir pelajar perlu dikembangkan dan mereka perlu diberi peluang untuk bertindak
menggunakan inkuiri. Pendekatan inkuri ini melibatkan aspek pertanyaan soalan, merancang dan
menjalankan eksperimen dengan menggunakan alatan dan teknik yang sesuai dalam proses
mengumpul data.
Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan pelajar untuk mempelajari kemahiran
proses sains (KPS) seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru Sains
perlu membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam inkuiri-penemuan seperti
bertanyakan soalan, menerangkan sesuatu kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi
tentang sesuatu yang dipelajari (Thangevola et al. 2002).
Secara amnya, inkuiri bermaksud proses mencari dan menyiasat maklumat, fenomena
atau masalah yang berlaku di sekeliling, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,
mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah secara bersistem (Abu
Hassan et al. 2006). Oleh itu, proses inkuiri ini dapat disimpulkan definisinya sebagai satu proses
yang melibatkan usaha untuk mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah
penyoalan.
5

Inkuiri-penemuan merupakan satu proses aktif dalam pemikiran sains, penyiasatan dan
membina pengetahuan. Melalui proses ini, pelajar dapat mengembangkan sikap dan kemahiran
saintifik mereka. Bukan itu sahaja, pengajaran dan pembelajaran menggunakan inkuiri dapat
menggalakkan pelajar mempelajari dan memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Satu kajian
ke atas pelajar yang mempelajari fizik mengunakan komputer melalui pendekatan inkuiri telah
dijalankan oleh White et al. (1999). Dapatan menunjukkan bahawa, pembelajaran melalui
pendekatan ini menekankan penyiasatan saintifik secara autentik selain daripada penekanan fakta
yang mendalam.
Di samping itu, melalui pendekatan inkuiri, prestasi dan pencapaian para pelajar dapat
ditingkatkan. Pengajaran secara inkuiri-penemuan ini juga dapat merapatkan jurang antara
kategori pelajar seperti pelajar yang berprestasi rendah dengan pelajar yang berprestasi tinggi.
Pernyataan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Kahle et al. (2000). Dapatan
kajian tersebut mendapati bahawa terdapat peningkatan skor pencapaian bagi pelajar AfrikaAmerika selain daripada merapatkan jurang perbezaan pencapaian dua kategori gender pelajar.
Bukan itu sahaja, pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri-penemuan amat sesuai bagi
sekolah yang mempunyai dua kategori prestasi pelajar iaitu rendah dan tinggi. Kajian yang
dijalankan oleh Applebee et al. (2003) yang melibatkan 1400 orang pelajar jelas menunjukkan
bahawa, terdapat peningkatan pencapaian apabila pendekatan inkuiri diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Selain tu, kemahiran menyelesaikan masalah dapat diterapkan melalui pembelajaran
secara inkuiri. Pembelajaran yang melibatkan proses meneroka kehidupan secara semulajadi
didedahkan kepada pelajar berdasarkan kemahiran ini. Proses ini menggalakkan aktiviti
penyoalan sekaligus menyediakan platform untuk melakukan penyiasatan atau eksperimen bagi
mendapatkan pengetahuan baru. Berdasarkan proses ini, satu situasi pembelajaran yang efektif
kepada pelajar dapat disediakan (Onyancha et al. 2006) dan inkuri merupakan pusat kepada
pembelajaran sains.
Kajian yang telah dijalankan oleh mereka menunjukkan bahawa, dalam menerapkan
pendekatan inkuiri dalam pembelajaran, satu persekitaran yang mempunyai elemen inkuiri perlu
6

disediakan oleh guru.

Pendekatan ini perlulah melibatkan proses mengeskplorasi ke arah

membentuk persoalan, melakukan penemuan dan menyiasat penemuan tersebut bagi


mendapatkan pengetahuan yang baharu.

Teori Pemprosesan Maklumat


Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dalam menerima,
meyimpan dan mengeluarkan semula maklumat untuk digunakan (Woolfolk 2014). Menurut
Hooper et al. (2003), teori ini menyatakan bahawa prestasi dan pencapaian akademik murid
dapat ditingkatkan jika pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan.
Melalui teori ini, pembelajaran secara konsep bermula dengan pertalian bahasa dan
diskriminasi yang menjurus kepada pembentukan konsep yang baik setelah persepsi dan
pengamatan dilakukan (Matserippdhl 2008). Gagne (1977) menyatakan bahawa seseorang
individu perlulah menguasai kemahiran kecerdasan pertama iaitu dalam membezakan simbol
yang merupakan sebahagian daripada pembelajaran diskriminasi sebelum sesuatu konsep dapat
dibentuk. Bagi mendapatkan konsep yang betul dan tepat, pelajar perlulah didedahkan dengan
kepelbagaian contoh yang jelas. Menurut beliau lagi, bagi memudahkan proses pembelajaran,
manusia perlu mengaitkan pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang dengan
pengalaman yang baru.
Justeru itu, guru perlulah menggunakan kaedah ekspoisitori dan pembelajaran deduktif
dalam menyampaikan sesuatu konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut
merupakan model pemprosesan maklumat.

Rajah 1 Model pemprosesan maklumat


Sumber: diadaptasi daripada Atkinson dan Shiffrin 1968

Pemikiran Metakognitif
Pemikiran metakognitif merujuk kepada pengetahuan tentang proses kognitif sendiri (Flavell,
1976). Pemikiran jenis ini merupakan satu kognisi bagi sesuatu kognisi iaitu beberapa pemikiran
mempunyai satu kognitif pelaksana yang mengawal kesemua proses pemikiran (Smith et al.
2003). Pemikiran ini kemudiannya bertindak dalam melihat bagaimana sesuatu perkara itu terjadi
dan bagaimana untuk memudahkannya.
Menurut Fisher (2004), metakognitif mengandungi tiga elemen utama iaitu (i) pembinaan
rancangan tindakan, (ii) memantau atau menyeleggara rancangan dan (iii) menilai rancangan
tersebut. Refleksi pemikiran metakognitif merupakan suatu teknik baru yang boleh dilaksanakan
ke atas mental bagi tujuan melaksanakan kemahiran berfikir berorientasikan penyelesaian
masalah (Loring 2002).
Di samping itu, pemikiran ini merupakan satu proses bagi seseorang individu berfikir
mengenai pemikirannya sendiri terutama apabila pengalaman yang sedia ada bercanggah dengan
pengalaman yang baru dan perlu dibuktikan dengan bukti sahih, kesedaran dan pertuturan lisan.
Sehubungan dengan itu, dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa strategi metakognitif
berupaya meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif pelajar sekaligus memotivasikan
mereka dalam mengkaji dan memahami isi pelajaran (Hargrove 2012; Bauernschmidt 2013).
8

Secara keseluruhannya, pemikiran metakognitif bermaksud individu yang mempunyai


kesedaran kendiri dalam memahami, mengawal dan menggunakan proses kognitif pemikirannya
terhadap pengetahuan yang dimilikinya.

Miskonsepsi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan samada di luar mahupun di dalam negara
berkaitan dengan miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran (Meyer 1993; Tema 1989;
Nor Liza 2005). Kanak-kanak didapati telah membentuk konsepsi awal mereka mengenai
fenomena berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling. Sehubungan dengan itu, mereka
mempunyai idea tersendiri bagi menerangkan sesuatu fenomena harian.
Kesemua idea tersebut telah diperolehi tanpa melalui pembelajaran secara formal. Kajian
setempat telah menunjukkan wujudnya kepelbagaian salah konsepsi dalam beberapa topik di
pelbagai peringkat struktur pembelajaran dan perkara ini sukar untuk diubah (Lee et al. 1992;
Khalijah et al. 1991).

Sikap Terhadap Sains


Sejak akhir ini, didapati terdapat penurunan minat terhadap sains disebabkan oleh penurunan
sikap terhadap cabang ilmu ini samada di peringkat rendah mahupun tinggi. Ketua Setiausaha
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Noorul Ainur Mohd Nur
menyatakan kebimbangan beliau berkaitan laporan oleh Akademi Sains Malaysia yang
mendapati Malaysia hanya mencapai nisbah 20:80 bagi peratusan aliran sains dan sastera (Astro
Awani 2016). Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah berlaku di seantero dunia
(Ayob, 2012). Hal ini selaras dengan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran
Sains/Teknikal: Sastera (2013) yang menyatakan bahawa, peratus pelajar dalam pencapaian sains
dan matematik dalam TIMSS bagi tahun 1999, 2003 dan 2007 semakin menurun.
Menurut Osborne et al. (1998), terdapat tiga dimensi utama sikap dalam sains iaitu sikap
sains di dalam masyarakat, sikap terhadap subjek sains dan sikap terhadap karier yang
berhubungan dengan sains. Sikap terhadap sains yang diutarakan oleh Osborne dan rakan-rakan
9

ini seperti yang telah digagaskan oleh Fraser (1982) yang kemudiannya direalisasikan sebagai
Test of Science Related Attitude (TOSRA).
Zanaton et al. (2006) menegaskan bahawa dengan penggunaan TOSRA yang terdiri
daripada komponen kognitif, afektif dan tingkah laku, individu perlu membuat pertimbangan
yang wajar agar miskonsepsi tidak berlaku. Bukan itu sahaja, minat dan sikap terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran sains dapat ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran
secara inkuiri-penemuan (Kahle, Meece & Scantleburye, 2000).
Berdasarkan kajian ini, sikap dalam sains yang ingin dilihat adalah berkaitan tingkah
laku, kefahaman murid, motivasi, keseronokan dan kepentingan sains dalam masyarakat. Elemen
dalam sikap terhadap sains ini dicungkil dalam diri murid secara tidak langsung dengan
penggunaan kit pembelajaran yang telah direkabentuk dalam menangani miskonsepsi.
Berdasarkan teori dan kajian lepas, maka satu kerangka konseptual kajian telah
direkabentuk.

10

Rajah 2 Kerangkan konseptual kajian

11

METODOLOGI
Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada murid sekolah rendah dari Tahun 1
sehingga Tahun 6 yang berada di kawasan pedalaman daerah Kanowit, Sarawak. Sampel murid
tersebut telah dipilih secara persampelan bertujuan kerana pengkaji ingin memfokuskan murid
yang mempunyai miskonsepsi berkaitan konsep Terapung dan Tenggelam (T&T). Responden
yang terlibat seramai 25 orang murid yang berumur antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Kesemua
responden ini berketurunan Iban dan merupakan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar
kawasan Poi di daerah Kanowit.
Jadual 3.1 menunjukkan profil demografi bagi responden yang terlibat dalam kajian ini.
Sampel menunjukkan bahawa jantina perempuan mendominasi kajian (60.0%). Sebahagian besar
responden terdiri daripada murid Tahap 1 iaitu berumur antara 7 tahun sehingga 9 tahun (56%).
Majoriti responden (44.0%) mendapat tahap keputusan Sains yang sangat lemah iaitu tidak
mencapai tahap minima dengan memperolehi gred E. Dari segi latar belakang sosio-ekonomi
keluarga, 84.0 % responden terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu berasal
dari keluarga petani dan buruh.
Jadual 1 Demografi responden
n

Peratusan (%)

Jantina :
Lelaki
Perempuan
Jumlah

10
15
25

40.0
60.00
100.0

Umur :
7 tahun
8 tahun
9 tahun
10 tahun
11 tahun
12 tahun
Jumlah

3
5
6
2
6
3
25

12.0
20.0
24.0
8.0
24.0
12.0
100.0

bersambung
12

sambungan
Gred Keputusan Sains Ujian Pertengahan Tahun :
A (cemerlang)
2
8.0
B (baik)
C (memuaskan)
D (mencapai tahap minima)
E (tidak mencapai tahap minima)
Jumlah

4
3
5
11
25

16.0
12.0
20.0
44.0
100

Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga :


Petani
Buruh
Kakitangan Kerajaan
Jumlah

11
10
4
25

44.0
40.0
16.0
100.0

Model kajian ini menggunakan model Stephen Kemmis dan Robin McTaggart. Model ini
menggambarkan proses penyelidikan yang bersifat kitaran (Choong, 2011). Setiap kitaran
tersebut mengandungi empat langkah iaitu (i) Merancang, (ii) Bertindak, (iii) Memerhati dan (iv)
Merefleks. Berdasarkan model yang telah dikemukan oleh Kemmis dan McTaggart, satu reka
bentuk kajian telah diubahsuai daripada model tersebut dan telah diadaptasi dalam kajian ini.

13

Rajah 3 Reka bentuk kajian tindakan diubah suai daripada Model Kemmis & McTaggart

Pengumpulan data telah dibuat selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada
penyelia dan pihak pentadbiran sekolah. Berikut merupakan langkah dalam tatacara
pengumpulan data:

14

Rajah 3.3 Tatacara pengumpulan data

Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif dan emperikal. Analisis deskriptif
dalam bentuk kekerapan, peratusan dan perbincangan digunakan bagi menghurai secara
menyeluruh tentang pencapaian responden dalam ujian pra dan pasca, tahap pengetahuan dan
miskonsepsi responden terhadap konsep T&T dan keberkesanan intervensi (kit pembelajaran)
serta melihat sikap murid terhadap Sains. Analisis emperikal pula digunakan dalam
menggambar dan mengukuhkan lagi data yang diperoleh secara deskriptif berkaitan tahap sikap
murid terhadap sains dan keberkesanan intervensi dalam menangani miskonsepsi tersebut.
Analisis dokumen dilakukan dengan menganalisis lembaran kerja yang telah
dilaksanakan oleh responden berkaitan topik T&T. Melalui analisis ini, perkara yang menjadi
perhatian pengkaji adalah dari segi jawapan responden iaitu pemilihan dan penulisan jawapan
yang menjurus ke arah miskonsepsi. Skema jawapan berpandu digunakan pengkaji dalam
menilai tahap jawapan murid.
Di samping itu, instrumen Ujian Pra telah ditadbir kepada responden sebelum intervensi
dijalankan kepada mereka. Ujian ini berasaskan kepada ujian kertas dan pensil yang bertujuan
untuk melihat tahap penguasaan responden terhadap konsep T&T. Kandungan dalam ujian ini
terdiri daripada soalan berdasarkan topik tersebut yang telah diambil daripada buku teks, buku
rujukan dan diadaptasi dari soalan Sinking and Floating Conceptual Test (SFCT) (Unal &
Costu 2005). Dalam proses menganalisis ujian ini, setiap soalan dinilai bagi jawapan yang betul
dan salah. Kekerapan dan peratusan jawapan murid dihitung dan direkodkan. Ujian Pasca pula
15

telah ditadbir selepas intervensi dilaksanakan kepada responden. Soalan dan tempoh masa yang
diberikan adalah sama dengan Ujian Pra. Ujian Pasca ini dijalankan bagi melihat signifikan
terhadap Ujian Pra yang telah dilaksanakan terdahulu.
Bagi mengukur tahap sikap murid terhadap sains dan keberkesanan intervensi dalam
menangani miskonsepsi, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen soal selidik berkaitan sikap
terhadap sains diambil dan diubah suai daripada kajian yang telah dijalankan di peringkat
menengah dan marikulasi oleh Zanaton et al. (2006). Soal selidik ini mempunyai enam dimensi
iaitu (i) persepsi terhadap guru sains, (ii) kerisauan terhadap sains, (iii) kepentingan sains dalam
masyarakat, (iv) keseronokan dalam sains, (v) konsep kendiri dalam sains dan (vi) motivasi
dalam sains.. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi setiap dimensi ini di antara julat 0.56
hingga 0.85. Kajian rintis menggunakan instrumen yang sama juga telah dilakukan di peringkat
rendah di salah sebuah sekolah yang mempunyai ciri-ciri murid yang hampir sama dengan
responden sebenar. Nilai Croanbach Alpha yang diperoleh adalah 0.853.
Bagi menilai keberkesanan intervensi (kit pembelajaran) melalui penguasaan murid
terhadap konsep T&T, item soal selidik yang digunakan dalam kajian Ismail dan Moh Suhaidy
(2002) telah digunapakai dan diubah suai berdasarkan kajian ini. Instrumen ini mengandungi
empat konstruk iaitu (i) kefahaman terhadap konsep atau topik, (ii) kebolehgunaan kepada
individu dan (iii) keseronokan belajar. Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi mereka dari kajian
tersebut adalah 0.84 di peringkat menengah. Kajian rintis menggunakan instrumen yang sama
telah dilakukan di peringkat rendah dan telah ditadbir kepada murid yang mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama dengan responden sebenar. Nilai Croanbach Alpha 0.824 diperoleh daripada
kajian rintis tersebut.
Kedua-dua instrumen soal selidik ini menggunakan skala likert bermula daripada Sangat
Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Data yang diperoleh diproses
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Aras
signifikan yang ditetapkan ialan 0.05 (p < 0.05) iaitu secara umumnya diterima dalam membuat
keputusan statistik (Sekaran, 1992).

16

Selain itu, kaedah temubual secara berstruktur bersama responden yang dipilih secara
rawak turut digunakan bagi mengukuhkan lagi dapatan data yang diperolehi. Soalan-soalan yang
diajukan berkaitan keberkesanan intervensi, sikap dan tahap miskonsepsi responden. Sesi ini
dijalankan selepas proses intervensi dan tindakan serta respon direkod dengan baik.

RUJUKAN

Abu Bakar Abdullah. 2013. Pembangunan Kit Pembelajaran Prinsip Archimedes Peringkat
Menengah.
https://www.academia.edu/8263675/THE_DEVELOPMENT_OF_TEACHING_and_LEAR
NING_MODEL_AND_ARCHIMEDES_PRINCIPLE_LEARNING_KIT_FOR_SECOND
ARY_LEVEL [27 Ogos 2016]
Abu Hassan Kassim & Meor Ibrahim Kamaruddin. 2006. Ke Arah Pengajaran Sains dan
Matematik Berkesan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Bharu, Malaysia
Applebee, Arthur N., Judith A. Langer, Martin Nystrand and Adam Gamoran. 2003. DiscussionBased Approaches to Developing Understanding: Classroom Instruction and Student
Performance in Middle and High School English. American Educational Research Journal
40 (3): 685-730
Astro Awani. 2016, 17 Mac. Nisbah Pelajar Menengah Ambil Aliran Sains Jauh Tersasar.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nisbah-pelajar-menengah-ambil-aliran-sainsjauh-tersasar-98823 [1 Oktober 2016]
Atkinson, R.C. and Shiffrin, R.M. 1968. 'Human memory: A Proposed System and its Control
Processes'. In Spence, K.W. and Spence, J.T. The psychology of learning and motivation,
(Volume 2). New York: Academic Press. pp. 89195.
https://www.mindtools.com/pages/article/cognitive-load-theory.htm [28 Jun 2016]
Ayob, A. 2012. Cara Meningkatkan Minat Pelajar terhadap Sains dan Matematik.Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2010. Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan
Teknologi Tahun 1. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Spesifikasi Kurikulum Fizik Tingkatan 4.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
17

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains
Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains
Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bauernschmidt, Althea. 2013. Interest and metacognition: The effectiveness of interest as a
metacognitive monitoring process in metacognitive control.
http://gradworks.umi.com/36/04/3604704.html [8 November 2016]
Bidduplh & Osborne, R. 1984. Making Sense Of Our World: An Interactive Teaching Approach.
Amilton: University Of Wakaito, Centre For Science And Mathematics Education
Research
Choong Lean Keow. 2011. Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Djamarah, S.B. 2002. Psikologi belajar. Jakarta: Rineka Cipta

Fisher, G. 2004. EDCI-675 Teaching Strategies: Patterns of Learning (Concept Analysis Paper
Objective 2) http://www.gettingsorted.com/MetaCognition.pdf [18 September 2016]
Flavell, J. H. 1976. Metacognitive aspects of problem solving. In L. B. Resnick (Ed.), The nature
of intelligence (pp. 231-235). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates
Fraser, B.J. 1982. How Strongly Are Attitude And Achivement Related? School Science Review
63: 557 -559
Gagne, R. M. 1977. Instructional programs. In M. H. Marx & M. E. Bunch (Eds.), Fundamentals
and applications of learning. New York: Macmillan
Halford, G.S., Brown, C.A. & Thompson, R.M. 1986. Children's concepts of volume and
flotation. Developmental Psychology, 22, 218-222
Hargrove, Ryan. A. 2012. Assessing the long-term impact of a metacognitive approach to
creative skill development.
http://www4.ncsu.edu/~jlnietfe/Metacog_Articles_files/Hargrove%20(2012).pdf [8
November 2016]
Haury, David. L. 2001. Teaching Science through Inquiry with Archived Data. ERIC Digest.
http://www.ericdigests.org/2003-1/data.htm [30 Jun 2016]
18

Hewson, M.G. & Hewson, P.W. 1983. Effect of instruction using students' prior knowledge and
conceptual change strategies on science learning. Journal of Research in Science Teaching,
20, 731-743
Hooper et al. 2008. Pemprosesan Maklumat Dan Model Pengajaran. Dipetik daripada
http://noormacheazmi.blogspot.my/2013/06/pemprosesan-maklumat-dan-model.html [28
Jun 2016]
Ismail Kailani & Mohd Suhaidy Rohani. 2000. Kesan Penggunaan Kit Pengajaran bermodul
(KPB) Bagi Mata Pelajaran Matematik (Sudut Dongak Dan Sudut Tunduk) Tingkatan 4 Di
Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pontian, Johor.
http://eprints.utm.my/11917/1/Kesan_Penggunaan_Kit_Pengajaran_Bermodul.pdf [27 Ogos
2016]
Kahle, J.B., Meece, J. & Scantlebury, K. 2002. Urban African-American middle school science
students: Does standards-based teaching make a difference? Journal of Research in Science
Teaching, 37(9), 1019-1041
Kariotogloy, P., Koumaras, P. & Psillos, D. 1993. A constructivist approach for teaching fluid
phenomena. Physics Education, 28, 164-169
Khalijah Mohd. Salleh, Subahan Mohd. Meerah & Khyasudeen Abdul Majid. 1991. Force and
Motion (Results in Malaysia), ASPEN APPTEA Workshop II on Research for Students,
Conceptual Structures and Changes in Learning Physics, Asian Physics Education Network,
University of Philippines, Manila, 89-106
Laporan Strategi Mencapai Dasar 60: 40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera. 2013.
Lee, M.N.N., Nurulazam, A., Zain, M. & Sulaiman, S. 1992. Misconceptions in selected topics
in physics among Malaysian pupils. Journal of Science and Mathematics Education in
Southeast Asia. 15(1): 55-62.
Loring, R. M. 2002. Pemikiran Reflektif & Metakognisi Dalam P&P Komputer/ICT. Dipetik
daripada http://kemberfikir.blogspot.my/2010/05/pemikiran-reflektif-metakognisi-dalamp.html [30 Jun 2016]
Martin, D.J., Raynice, J.S., Schmidt, E. 2005. Process-oriented-inquirya constructivist
approach to early childhood science education: teaching teachers to do science. Journal of
Elementary Science Education, 17(2), 13-26.
19

Matserippdhl. 2008. Teori Pembelajaran. Dipetik daripada


http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran [28 Jun 2016]
McBrien, J. L., dan Brandt, R. S. 1997. The language of learning: A guide to education terms.
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Meyer, Debra K. 1993. Recognizing and Changing Students' Misconceptions: An Instructional
Perspective. http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/87567555.1993.9926789 [8
September 2016]
Nor Liza Zaini. 2005. Pengetahuan konseptual dalam topik pecahan di kalangan guru-guru
pelatih Maktab perguruan. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia,
Bangi
Nurul Wafiyah. 2012. Identifikasi Miskonsepsi Siswa Dan Faktor-Faktor Penyebab Pada Materi
Permutasi Dan Kombinasi Di Sma Negeri 1 Manyar.
http://www.journal.unipdu.ac.id/index.php/gamatika/article/view/280 [8 September 2016]
Onyancha, R., Armour, K., & Endrizzi M. 2006. Teaching Inquiry and the Impact of
Performance Based Assessments.
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download;jsessionid=80100232BD113789A4EA1E6B1
2B55650?doi=10.1.1.562.5967&rep=rep1&type=pdf [28 Oktober 2016]
Osborne, J., Driver & Simon. 1998. Attituedes to Science: Issues and Concerna. School Science
Review 79(288): 27-46
Sekaran, U. 1992. Research Methods For Bussiness: A Skill-Building Approach. New York:
John Wiley & Sons, Inc.
She, H.C. 2005. Enhancing Eighth Grade Students' Learning of Buoyancy: The Interaction of
Teachers' Instructional Approach and Students' Learning Preference Styles. International
Journal of Science and Mathematics Education.
http://link.springer.com/article/10.1007/s10763-004-6113-9 [17 September 2016]
Simington, D. 1983. An analyses of the LISP unit -floating and sinking. Learning in Science
Project. Working Paper No 118. Waikato University Science Education Research Unit,
Hamilton, New Zealand
Smith, C., Carey, S. & Wiser, M. 1985. On differentiation: A case study of the development of
the concepts of size, weight, and density. Cognition, 21, 177-237
20

Smith, C., Snir, J. & Grosslight, L. 1992. Using conceptual models to facilitate conceptual
change: The case of weight-density differentiation. Cognition and Instruction, 9, 221-283
Smith, J.D, Shields, W.E & Washburn, D.A. 2003. The comparative psychology of uncertainty
monitoring and metacognition. Behavioral and Brain Sciences. 2003;26:317373
Smolleck, L. & Hershberger, V. (2011). Playing with Science: An Investigation of Young
Childrens Science Conceptions and Misconceptions. Current Issues in Education, 14(1).
http://cie.asu.edu/ojs/index.php/cieatasu/article/view/ [7 Ogos 2016]
Suwarto. 2013. Belajar Tuntas, Miskonsepsi, dan Kesulitan Belajar.
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=268309&val=7108&title=Belajar%20T
untas,%20Miskonsepsi,%20dan%20Kesulitan%20Belajar [17 September 2016]
T. Subahan Mohd Meerah & Lilia Halim. 2012. Pengajaran & Pembelajaran Sains Pelajar
Terpinggir. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tema, B. O. 1989. Rural and urban African pupils alternative conceptions of animal. Journal
of Biological Education. Vol. 23, No. 3, pp. 199-207
Thangavelo Marimuthu, Azman Jusoh & Rodziah Ismail. 2002. Amalan Dan Masalah
Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum:
Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
Unal S. & Costu B. 2005. Problematic issue for students: Does it sink or float?
https://www.researchgate.net/publication/26411488_Problematic_issue_for_students_Does_
it_sink_or_float [7 Ogos 2016]
White, Barbara, Todd A. Shimoda, and John R. Frederiksen. 1999. Enabling Students to
Construct Theories of Collaborative Inquiry and Reflective Learning: Computer Support for
Metacognitive Development. International Journal of Artificial Intelligence in Education 10:
151-182
Woolfolk, A. 2014. Educational psychology. Active learning edition (12th ed.). Boston, MA:
Allyn & Bacon
Zanaton Ikhsan, Lilia Halim & Kamisah Osman. 2006. Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan
Pelajar
Sains
di
Peringkat
Menengah
Dan
Matrikulasi.
https://core.ac.uk/download/pdf/12222868.pdf [26 Ogos 2016]

21

Anda mungkin juga menyukai