Anda di halaman 1dari 6

PEMIKIRAN TINGGI DALAM PENDIDIKAN SAINS

GGGR6243

TAJUK TUGASAN:

ANALISIS JURNAL

PROGRAM SISWAZAH EKSEKUTIF

(SARJANA PENDIDIKAN MOD CUTI SEKOLAH SEM 2 2018)

NAMA: SONG YU CHUAN

NO. MATRIK: GP07118

NAMA PENSYARAH:

PROF. DR. KAMISAH OSMAN


Berdasarkan jurnal The Comparison Of OR-IPA Teaching Model And Problem Based Learning
Model Effectiveness To Improve Critical Thinking Skills Of Pre-Service Physics Teachers,
pengkaji menjalankan kajian berkenaan perbandingan pengalikasian model-model seperti OR-
IPA, and pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran berfikir kritikal
untuk guru novis fizik. Perkembangan kemahiran berfikir kritikal adalah sangat penting untuk
Pendidikan bagi menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran untuk pekerjaan. Perfikiran
kritikal adalah kemampuan seseorang untuk mengenalpasti isu utama dan andaian, mengenali
hubungan, membuat kesimpulan yang betul dari data, membuat inferensi terhadap informasi
atau data, dan mengintepret kesimpulan berdasarkan data yang dibekalkan. Pemikiran kritikal
merupakan kemahiran kognitif yang merangkumi aktiviti seperti interpretasi, analisis,
penilaian, inferensi, penerangan, pengurusan sendiri dalam penyelesaian masalah. Menurut
Ibrahim Bilgin, Yunus Karakuyu dan Yusuf Ay (2015), pengetahuan yang telah diperoleihi
adalah dari peningkatan struktur konsep yang sentiasa didapat dari pengalaman. Oleh itu,
pendekatan pengajaran harus membekalkan persekitaran yang sesuai supaya dapat membantu
murid untuk mendapat lebih banyak pengalaman terutamanya proses Sains.

Masalah dalam kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan pengajaran dalam
kursus fizik asas dengan OP-IPA model dan PBL Model untuk mendapat model pengajaran
yang lebih berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal bagi guru novis fizik yang
baru. Tambahan pula, masalah mendapat contoh instrument pengajaran yang sah dan
berkebolehpercayaan dengan satu model pengajaran yang berkesan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir kritikal untuk guru fizik novis juga dikaji. Focus dalam kajian ini adalah:

1. Kesahan dan kebolehpercayaan instrument pengajaran dalam kursus fizik asas dengan model
OR-IPA dan model PBL untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal bagi guru novis fizik
yang baru.

2. Keberkesanan proses pengajaran dengan model OR-IPA, model PBL, dan model
kovensional untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal untuk guru novis fizik.

3. Model pengajaran yang manakah adalah lebih berkesan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir kritikal untuk guru novis fizik yang baru.

Strategi yang digunapakai dalam kajian ini adalah Model OR-IPA dan Model PBL
untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal guru novis fizik. Model OR-IPA merupakan
model pengajaran berasaskan masalah berdasarkan teori kecerdasan pelbagai (theory of
multiple intelligence), teori konstruktivisme, teori kognitif, dan multi-representation theory.
Multi-representation theory mempunyai tiga fungsi utama, pelengkap, interpretif dan untuk
membina kefahaman yang komprehensif. Teori ini dapat merangsang murid untuk
melaksanakan analisis, sintesis dan penilaian. Dalam kajian ini, model OR-IPA mempunyai 5
sintaks, iaitu (1) orientasi masalah,bertujuan untuk menarik perhatian murid, focus kepada
murid, dan memotivasi mereka untuk memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran.
(2) perwakilan masalah, bertujuan untuk membantu murid dalam memahami bahan dan
menyelesaikan masalah yang akan dibincang melalui pelbagai pendekatan yang boleh
menadaptasi kepada objektif pengajaran dan ciri-ciri bahan. (3) Penyiasatan, bertujuan untuk
mengumpul informasi dengan bantuan lembaran kerja murid, kemudian pensyarah akan
membimbing untuk melaksanakan penyelidikan langkah demi langkah, meneroka penjelasan,
dan penyelesaian untuk membina kemahiran berfikir kritikal. (4) Pembentangan dan analisis,
penilaian dan penyusulan, bertujuan untuk menganalisis dan menilai proses penyelesaian
masalah dengan cara inkuiri dan proses dalam pelbagai jenis perwakilian, memerhati kerja
murid sebagai bukti pembelajaran, dan menolong proses penyusulan melalui tugasan. Dalam
dapatan kajian ini, telah menunjukkan peningkatan aras kemahiran berfikir kritikal guru novis
fizik.

Model PBL pula mempunyai 5 sintaks iaitu mengarahkan murid ke masalah,


mengorganisasi murid untuk belajar, membantu penyelidikan secara bersendirian dan
berkumpulan, membangun dan mempersembah , menganalisis dan menilai proses penyelesaian
masalah. Menurut Struktur Siti Fatimah dan Azlinah (2017), dalam proses Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL) telah berjaya merangsang murid untuk menyampaikan idea-idea
mereka dengan lebih menarik, teratur dan memberikan respons peribadi yang baik. Dapatan
kajian dalam jurnal ini juga menunjukkan kesan yang positif dalam membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran berfikir kritikal mereka. Dengan ada proses PBL, murid adalah lebih
yakin untuk bertutur dan menerangkan hasil kerja mereka. Pembelajaran berasaskan masalah
adalah juga satu pendekatan atau strategi pengajaran yang berasaskan masalah berkaitan situasi
sebenar. (Zuriawahida, 2016). Murid dapat menggabungkan pengalaman pembelajaran. Murid-
murid akan terlibat secara aktif bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain, dengan
mempunyai matlamat, kriteria diri, mengukur dan mencapai prestasi. Mereka dapat belajar
secara kolaboratif, iaitu berinteraksi sesame sendiridalam usaha untuk mencapai matlamat
tertentu. PBL juga dapat menolong dan memotivasikan murid menjadi lebih berkeyakinan
dalam pembelajaran dan dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah
yang lebih rumit.
Model OR-IPA dan model PBL amat sesuai digunakan dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di sekolah rendah untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal
murid terutama dalam subjek Sains. Hal ini demikian kerana murid di seokolah rendah juga
mengalami masalah yang adak sama dengan situasi yang berlaku di Indonesia. Guru dan murid
hanya tertumpu kepada pemindahan ilmu pengetahuan. Guru sentiasa memastikan
pengetahuan yang terkandung dalam buku teks, atau kurikulum dipindah kepada murid tetapi
telah mengabaikan kemahiran berfikir kritikal mereka. Murid hanya mampu untuk mengetahui
dan memahami pengetahuna yang telah dipelajari tetapi tidak dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang telah dipelajari. Hal ini demikian adalah kerana guru merupakan punca
utama munculnya masalah seperti ini. Guru kekurangna kemahiran untuk mengajar cara atau
kemahiran berfikir secara kritikal kepada murid.

Sebagai contoh, dalam bab 7 tahun 4 subjek Sains iaitu Sifat bahan, Saya mendapati
murid susah untuk menguasai pengetahuan dalam bab ini. Murid berasa susah untuk mengingat
fakta-fakta seperti sumber bahan, contoh bahan dan pengaplikasian dalam kehidupan harian.
Terdapat juga sekumpulan murid yang rajin dapat menghafal sumber dan contoh untuk bahan,
tetapi mereka menghadapai masalah untuk mengaplikasikan konsep yang telah dipelajar. Hal
ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di kehidupan
mereka. Selain itu, murid juga belajar dengan pasif di dalam kelas. Mereka sentiasa menunggu
jawapan dan penjelasan dari guru tanpa mengambil langkah atau inisitif untuk mencari
maklumat dan informasi terhadap masalah yang tidak faham. Murid juga adalah
berorientasikan peperiksaan. Mereka belajar pengetahuna semata-mata hanya untuk
menghadapi peperiksaan. Selepas itu, mereka akan melupakan pengetahuan yang telah
dipelajari. Hal ini adalah bercanggah dengan objektif PdPc, iaitu murid dapat menguasai dan
mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan harian supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah dengan berdikari.

Saya berasa kedua-dua model ini adalah amat sesuai untuk diaplikasikan kepada murid
di sekolah saya. Dengan kedua-dua model ini, murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir
kritikal mereka. Menurut kajian Nyet Moi Siew dan Ruslam Mapeala (2016), guru sekolah
rendah perlu menerapkan komponen pengajaran berkaitan berfikir dan pengejaran verfikir
dalam Sains untuk memupuk pemikiran kritikan murid. Mereka juga akan mengambil inisiatif
untuk belajar sendiri tanpa menunggu bantuan orang lain. Hal ini dapat menghasilkan murid
yang berdikari. Selain itu, murid juga akan belajar secara kondusif. Melalui pembelajaran
selepas pengaplikasin dua model ini, murid dapat mentafsir, menganalisis, mencari, menilai,
bertindak dan menyelesaikan masalah dengan usha sendiri. Tambahan pula, murid-murid juga
akan belajar secara kolaboratif. Murid-murid akan bekerjasama dengan orang lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. Pembelajaran ini juga adalah berpusatkan murid. Akhir seklai,
murid juga akan membuat refleksi sendiri. Mereka akan mengimbas kembali kerja-kerja yang
telah dibuat dan melakukan penambahbaikan atau pembetulan supaya dapat meningkatkan
hasil mereka. Melalui pengaplikasin dua model ini, murid dapat berfikir secara kritikal,
menyelesaikan masalah dengan berdikari, bekerja secara kolaborasi dan berfikir secara KBAT.

Sebagai seorang guru sains, saya akan mengkaji kaedah pembelajaran dengan kedua-
dua model ini, iaitu model OR-IPA dan PBL. Selepas itu, saya akan mengkaji cara-cara
kebolehlaksanaan pengapliaksian kedua-dua model tersebut dalam PdPc saya. Saya akan cuba
merancang PdPc yang dapat membantu murid saya untuk meningkatkan kemahiran berfikir
kritikal mereka. Saya juga akan mengubahsuaikan penggunaan kedua-dua model ini mengikut
situasi dalam kelas saya supaya dapat mengadaptasi dengan masalah yang berlaku dalam kelas
saya. Walaupun tahap kognitif murid dalam kelas saya adalah berlainan, tetapi dengan bantuan
model-model ini, tahap kognitif murid mungkin dapat dipertingkatkan. Murid akan menjadi
lebih yakin dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam subjek Sains.

Secara kesimpulan, saya yakin bahawa kaedah pembelajaran model OR-IPA dan PBL
adalah sesuai dilaksanakan di sekolah saya untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
berfikir kritikal mereka.
Rujukan

Budi Jatmiko, Binar Kurnia Prahani, Munasir, Z.A. Imam Supardi, Iwan Wicaksono, Nia
Erlina, Peken Pandiangan, Rosyid Althaf, Zainuddin. 2018. The Comparison Of OR-
IPA Teaching Model and Problem Based Learning Model Effectiveness to Improve
Critical Thinking Skills Of Pre-service Physics Teachers. Journal of Baltic Education,
Vol. 17, No. 2. 2018

Nyet Moi Siew & Ruslan Mapeala. 2017. The Effect of Thinking Maps-Aided Problem-Base
Learning on Motivation towards Science Learning among Fifth Graders. Journal of
Baltic Science Education, Vol. 16, No. 3

Nyet Moi Siew & Ruslan Mapeala. 2016. The Effects of Problem-Based Learning with
Thinking Maps on Fifth Graders’ Science Critical Thinking. Journal of Baltic Science
Education, Vol. 15, No.5, 2016

Siti Fatimah Omar Bakri dan Azlinah Dakarlan. 2017. Pembelajaran Berasaskan Masalah.
Proceedings of ICSoTL 2017.

Zuriawahida binti Zulkifli. 2016. Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah


dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah dalam
kalangan pelajar. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai