Anda di halaman 1dari 8

PPIK 1

Kerja dan Mesin

Tajuk aktiviti 1

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Hasil Pembelajaran

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Kenalpasti masalah

Bagaimanakah jarak satah condong mempengaruhi


daya yang digunakan untuk menarik beban melalui
satah condong?

Hipotesis

Semakin bertambah panjang satah condong, semakin


kurang daya yang diperlukan untuk menarik beban.

Bahan

Prosedur

Satah condong, beban dan blok kayu.

1. Dua set satah condong telah dibina seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Beban yang sama telah ditarik ke atas kedua-dua satah condong. Satah
condong yang lebih senang dikenalpasti.
3. Apabila mengandakan panjang satah condong, ia meningkatkan faedah
mekanikal.
Langkah berjaga-jaga

1. Satah condong perlulah diletakkan dengan tepat atas blok kayu.


2. Memastikan posisi beban yang ditarik ke atas adalah betul dan letakkannya di
hujung satah condong.
3. Permukaan satah condong perlulah rata dan licin sebelum melakukan
eksperimen.

Keputusan

Panjang satah condong (m)

Tahap kesukaran menarik beban

0.5 m

Lebih sukar menarik ke atas

1.0 m

Lebih mudah menarik ke atas

Perbincangan

1. Kami telah membina dua set satah condong sepanjang 0.5 m dam 1.0 m seperti
yang ditunjukkan dalam gambar.
2. Semasa menolak beban ke atas satah condong,

kami berpendapat bahawa

satah condong yang mempunyai panjang 1.0 m boleh menyebabkan beban


ditolak ke atas dengan mudah. Manakala, satah condong yang mempunyai
panjang 0.5 m mengakibatkan beban ditolak ke atas satah condong dengan lebih
sukar.
3. Melalui keputusan yang diperoleh, kami berpendapat bahawa satah condong
yang lebih panjang menggunakan daya yang lebih kurang untuk menolak beban
manakala, satah condong yang lebih pendek menggunakan daya yang lebih
tinggi untuk menolak beban.
4. Hal ini kerana, satah condong yang panjang memberikan kelebihan mekanikal
yang tinggi berbanding satah condong yang pendek. Oleh itu, daya yang amat
kurang diperlukan untuk menolak beban pada satah condong yang panjang.
5. Oleh itu, daya yang kurang perlu digunakan semasa menolak beban di satah
condong yang panjang, manakala daya yang tinggi perlu digunakan semasa
menolak beban di satah condong yang pendek.

Kesimpulan

Daya yang lebih kurang diperlukan untuk menolak beban ke atas apabia panjang satah
condong yang panjang.

PPIK 1

Kerja dan Mesin

Tajuk Aktiviti 2

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Hasil Pembelajaran

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Kenalpasti masalah

Bagaimanakah bilangan takal yang digunakan dalam


satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk
mengangkat beban?

Hipotesis

Semakin tinggi bilangan takal digunakan dalam satu


set, semakin kurang daya untuk mengangkat beban.

Bahan

Beban dan set takal.

Prosedur

1. Empat set takal dengan beban yang sama telah dibina seperti yang ditunjukkan
di bawah.

2. Set takal yang memerlukan daya paling kurang untuk mengangkat bean telah
kenalpasti dan diterangkan.
Langkah berjaga-jaga

1. Benang perlu dililit di takal dengan betul supaya benang tidak lari dari takal
tersebut.
2. Benang perlu diikat dan ketat dengan set takal supaya eban tidah mudah jatuh.

Keputusan

Set
A
B
C
D
Perbincangan

Daya yang digunakan untuk mengangkat beban


Lebih banyak
Banyak
Kurang
Paling kurang
:

1. Pemerhatian yang diperoleh melalui eksperimen ini adalah di mana takal D


merupakan takal yang paling mudah untuk mengangkat beban berbanding takal
A, B, dan C.
2. Hal ini kerana takal D menggunakan dua takal iaitu takal bergabung yang
menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih kecil
berbanding takal A dan B yang menggunakan 1 takal sahaja.
3. Set takal D lebih mudah untuk mengangkat beban berbanding set takal C
walaupun kedua-duanya mempunyai dua takal kerana daya yang bertindak pada
takal D adala berselari antara satu sama lain.
4. Jumlah tali yang menyokong beban paling banyak pada takal D iaitu 3, diikuti
dengan takal C dan B mempunyai 2 tali dan paling sedikit tali yang menyokong
beban pada takal A adalah 1 sahaja.
5. Walaupun takal B dan C mempunyai bilangan tali menyokong beban yang sama,
namun daya yang digunakan oleh takal B untuk mengangkat bean didapati lebih
kurang bagi takal C kerana menggunakan 2 takal. Oleh itu, susunan takal yang
paling mudah ialah D > C > B > A.
Kesimpulan

Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set takal, semakin sedikit
daya yang digunakan untuk mengangkat beban.

PPIK 1

Kerja dan Mesin

Tajuk Aktiviti 3

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Hasil Pembelajaran

Membina satu mesin ringkas dan majmuk

Kenalpasti Masalah

Bagaimana memetik buah dari satu pokok yang

Semakin lebih kecekapan alat pemetik buah, semakin

tinggi?
Hipotesis

lebih bilangan buah yang dipetik.


Bahan

Prosedur

1.

Dawai, botol plastik, kayu panjang

Satu alat pemetik buah telah dibina seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Botol plastik telah dipotong pada bahagian tengah supaya menjadi separuh.
3. Dua lubang telah ditebuk pada bahagian atas dan bahagian bawah botol yang
dipotong.
4. Dawai telah dimasukkan pada lubang dan botol telah diikat pada bahagian
dari hujung kayu panjang.
5. Dawai sepanjang 4 meter telah dilipat dua dan dibelitkan.
6. Dawai yang dibelit telah dilipat menjadi satu bulatan yang kecil pada hujung.

7. Hujung dawai untuk bulatan telah diikat supaya bulatan dapat dibesarkan atau
dikecilkan.
8. Dawai dengan bulatan telah diikat pada hujung kayu pada posisi di atas botol
yang telah diikat terlebih dahulu.
9. Arah bulatan yang diikat telah dipastikan supaya berada pada arah yang sama
dengan botol plastik.
10. Alat pemetik buah telah digunakan untuk memetik buah dan pemerhatian telah
direkodkan.
Langkah-langkah Berjaga-jaga

1. Arah bulatan dawai telah diikat pada arah yang sama dengan botol supaya buah
yang dipetik jatuh ke dalam botol.
2. Hujung atas botol telah dipotong dengan cara melintang supaya pembukaan
botol menjadi lebih luas.
3. Semua dawai yang disambungkan telah diikat mati supaya tidak mencederakan
orang yang memetik buah.
Pemerhatian
Kecekapan alat

:
Inferens

Lubang dawai

Pemerhatian
Buah tidak dapat dipetik

Saiz lubang yang sangat besar

yang besar

dengan efektif

daripada batang buah telah


menyebabkan buah tidak dapat

Lubang dawai

Buah boleh dipetik

dipetik dengan betul.


Saiz lubang yang sama dengan

yang kecil

dengan efektif

batang buah menyebabkan batang


buah boleh dicengkam dengan betul
dan kuat serta buah dapat dipetik.

Perbincangan

1. Alat pemetik buah yang telah kami mereka bentuk merupakan mesin ringkas
jenis baji.
2. Baji boleh terdiri daripada dua atau lebih satah condong yang mempunyai hujung
yang tajam, yang akan memisah dan memotong atau menggerakkan,
memegang atau mencengkam objek.

3. Sebelum membina alat pemetik buah, kami telah memastikan semua alat dan
bahan yang diperlukan telah disediakan terlebih dahulu dengan sempurna.
4. Selepas itu, kami telah membina alat kami seperti yang dirancangkan dengan
berhati-hati. Kami juga telah memberi perhatian kepada langkah berjaga-jaga
sepanjang masa membina serta menggunakan alat pemetik buah. Kami telah
membina lubang dawai supaya senang untuk dilaraskan mengikut saiz batang
buah.
5. Buah akan dimasukkan menerusi lubang dawai dan dawai akan dilaraskan
supaya dapat mencengkam batang buah dengan kuat sebelum dipetik. Buah
dapat dipetik dengan mudah jika cengkaman dawai adalah kuat.
6. Alat pemetik buah kami telah mempunyai kecekapan yang tinggi kerana
kadangkala buah yang ingin dipetik mungkin bersaiz besar tetapi batangnya
adalah kecil serta sebaliknya.
7. Jadi, dalam keadaan seperti ini dawai lubang dapat dibesarkan supaya dapat
menerusi buah dan kemudian dapat dikecilkan mengikut saiz batang.

Kesimpulan :
Bilangan buah yang dipetik akan meningkat jika kecekapan alat pemetik buah adalah
tinggi.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Soalan Kemahiran :


1. Pada akhir aktiviti, jawab soalan-soalan berikut :
a) Apakah yang telah anda pelajari dari aktiviti-aktiviti tersebut?
- Daripada aktiviti tersebut, saya dapat mempelajari bahawa
mesin membuatkan kerja manusia lebih mudah dan efektif.
Saya juga dapat menyedari mesin ringkas dapat meningkatkan
kelebihan mekanikal. Selain itu, saya juga dapat mengetahui

cara untuk mengendalikan mesin ringkas

serta kepentingan

dan kegunaan mesin ringkas tersebut.


b) Bahagian kurikulum sains yang manakah mengajar topik ini?
- Sains (Tahun 6)
- Tema Menyiasat Teknologi
- Tajuk Mesin Ringkas
c) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Guru memperkenalkan tajuk yang ingin diajar iaitu mesin. Guru
-

oleh memaparkan video sebelum memulakan kelas.


Guru perlulah membuat demonstrasi bagaimana membuat
mesin ringkas kepada murid-murid. Guru juga menjelaskan cara

penggunaan mesin ringkas tersebut.


Guru juga boleh menyuruh murid-murid membentuk mesin

ringkas sendiri dengan bahan-bahan yang diberikan.


Guru juga menerangkan kegunaan dan kepentingan mesin

ringkas dalam kehidupan seharian kita.


d) Apakah peranan guru dalam aktivit-aktiviti tersebut?
- Guru sebagai pemerhati. Guru perlu mendengar

dan

mengenalpasti bahawa idea yang disampaikan oleh murid-

murid betul atau salah semasa membuat mesin ringkas.


Guru sebagai fasilitator. Guru harus menyediakan bahan yang
diperlukan oleh murid untuk membuat mesin ringkas.

Anda mungkin juga menyukai