Anda di halaman 1dari 2

1.

Masalah / Peristiwa
Saya telah menghadapi murid tidak membuat perkara yang diarahkan oleh
guru. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan terganggu disebabkan murid ini
bermain semasa diminta membuat aktiviti dalam kumpulan. Hal ini menimbulkan
masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan murid
berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana murid berkenaan tidak
memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
2. Analisis
Masalah ini timbul semasa aktiviti tampal menampal dalam kumpulan dilakukan.
Walaupun murid berkenaan menerima tugasan tersebut, namun dia tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada rakan yang lain. Dia bermain dengan alatan dan
bermain denngan kertas-kertas yang diberikan. Apabila ditegur, murid tersebut
berhenti seketika namun selepas guru beredar, dia mula membuat kerjanya sendiri.
Murid terbabit juga selalu menjawab dan menganggap guru sebagai rakan sehingga
dia menganggap arahan guru segai sesuatu yang tidak serius.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih
perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan
memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.
Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif terhadap murid yang
bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih
berdisiplin.
Guru boleh cuba membuat sistem cop terhadap tingkah laku murid supaya mereka
lebih cenderung untuk bertingkah laku baik di dalam kelas.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana pada
kelas yang akan datang, kelas tersebut akan mula membuat amali dan mereka perlu
sentiasa dipantau. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan, murid-murid yang
bermasalah perlu diberikan perhatian dan peraturan yang lebih supaya mereka lebih
berhati-hati semasa membuat kerja amali. Selain itu, kerja amali juga akan berjalan
dengan lancar mengikuti perancangan dan objektif guru.
Disemak

oleh

Guru

Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah


Pembimbing

Tandatangan : ..........................

Tandatangan :

...................

.............................................

Nama

: ..........................

...................
Tarikh
...................

Nama

.............................................
: ..........................

Tarikh

............................................

Anda mungkin juga menyukai