Anda di halaman 1dari 10

Subjek hubungan etnik yang diperkenalkan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) dapat

memperkukuhkan semangat patriotisme dan meningkatkan lagi disiplin jati diri yang
kental berdasarkan perasaan cintakan negara Malaysia.

Pengenalan
Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina
jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan serta cinta kepada negara dan mengeratkan
perpaduan nasional. Peranan sistem pendidikan dalam hal ini meliputi aspek-aspek
menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar
rakyat negara yang masih berusia muda dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan
pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat
cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan
dengan menitikberatkan perkara-perkara lain (Shamsul Amri Baharuddin, 2009). Oleh itu,
jelaslah bahawa semangat patriotisme dan disiplin jati diri yang kental berdasarkan perasaan
cintakan negara dapat diwujudkan melalui pendidikan. Sebagai langkah untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), subjek
Hubungan Etnik telah pun diperkenalkan oleh kerajaan negara kita.

Latar Belakang Kursus Hubungan Etnik dan Kandungannya


Kursus ini telah disediakan untuk tatapan semua pelajar di IPT. Kelompok ini telah
dijadikan tumpuan kerana mereka bakal menjadi anggota masyarakat yang berilmu yang akan
meneruskan serta menentukan arah perpaduan negara pada masa depan. Umumnya,
pendekatan kursus ini bersifat makro, iaitu menyentuh perkara-perkara utama yang berkait
dengan hubungan etnik di Malaysia. Secara khusus, kandungan kursus ini terbahagi kepada
tiga: bahagian pertama yang menyentuh tentang konsep dan teori; bahagian kedua yang
memberikan latar belakang politik dan ekonomi; dan bahagian ketiga yang menyingkap
beberapa aspek penting yang berkait secara langsung dengan hubungan etnik, termasuk usaha
lepas dan langkah semasa oleh Kerajaan dan masyarakat untuk memastikan kelangsungan
keharmonian antara pelbagai kelompok etnik di Malaysia (Shamsul Amri Baharuddin, 2009).
Dengan adanya kandungan yang bersifat menyemai semangat patriotisme, maka pelajarpelajar IPT dapat melahirkan perasaan cinta akan tanah air dan juga disiplin jati diri.

Semangat Patriotisme
Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara.
Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta
pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan
menengah.

Jati Diri
Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri secara amnya membawa maksud
rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum.
Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup
dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad
Ruslan, 2010). Cita-cita pemupukan jati diriboleh dicapai kerana kita sudah sedia ada negara,
bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti
sendiri yang sesuai dengan negara ini. Subjek Hubungan Etnik ini telah pun melahirkan jati diri
dalam kalangan pelajar IPT.

Subjek Hubungan Etnik Melahirkan Patriotisme dan Jati Diri dalam Kalangan Pelajar IPT
Peranan kurikulum Hubungan Etnik dalam mengeratkan integrasi kaum dalam
masyarakat pelbagai etnik di negara ini masih tetap relevan. Di sini kita boleh lihat dengan jelas
bahawa bagaimanakah subjek ini dapat melahirkan patriotisme dan membentuk jati diri dalam
kalangan pelajar IPT.

a. Isi Kandungan Kurikulum Hubungan Etnik


Isi kandungan Kurikulum Hubungan Etnik yang ditampilkan adalah bersifat futuristik dan
berdaya saing. Keseimbangan dari aspek teori dan amali telah diberi perhatian dan penekanan
kepada fakta dan konsep telahpun dipadatkan. Kurikulum Hubungan Etnik sesuai pada abad ini
kerana ia adalah seimbang, progresif dan dinamik. Dalam konteks ini, kita dapat tahu bahawa
kurikulum yang dihasilkan berpusatkan pelajar, realistik serta praktikal dan boleh diaplikasikan
dalam konteks kehidupan seharian.

Isi kandungan kurikulum Hubungan Etnik meliputi konsep dan teori hubungan etnik,
latar belakang politik dan ekonomi dan langakah-langkah memupuk perpaduan. Dengan ini
pelajar IPT akan memahami tentang konsep-konsep yang penting berasaskan masyarakat iaitu
etnik, etnisiti, etnosentrisme, ras, rasisme dan sebagainya. Mereka juga dapat mengetahui
kepentingan memahami konsep-konsep asas Hubungan Etnik dalam konteks masyarakat
majmuk Malaysia. Apabila mereka didedahkan dengan konsep masyarakat, maka pelajar IPT
akan mengenali kepentingan konsep-konsep tersebut dalam konteks masyarakat Malaysia dan
perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka.
Tajuk-tajuk yang dipilih dalam kurikulum ini juga perlulah menjurus kepada tema yang
dapat meningkatkan tahap integrasi kaum di negara ini. Tajuk yang berkaitan dengan peranan
dan sumbangan sumbangan dari aspek politik, ekonomi dan sosial telah diberi fokus dalam
menyusun kurikulum. Contohnya, kewujudan sistem Rukun Tetangga bertujuan untuk memupuk
serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Oleh itu,
kita dapat tahu bahawa konsep Rukun Tetangga dikupas dan diperhalus daripada perspektif
perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pelajar akan dapat menghayati dan mendalami
tajuk-tajuk yang melibatkan sumbangan masyarakat bagi memupuk perpaduan dan seterusnya
ia akan memberi kesedaran kepada mereka tentang proses integrasi yang telah wujud sejak
dulu.

b. Konsep Pembelajaran Aktif


Saya berpendapat bahawa konsep pembelajaran aktif dalam kursus Hubungan Etnik
telahpun diperkasakan. Pengajaran dan pembelajaran bercorak student centered iaitu
berpusatkan murid telah diterapkan dalam kelas. Ini menjelaskan pelajar yang terlibat dengan
pembelajaran aktif lebih banyak mengingati maklumat yang diperoleh. Contohnya, pensyarah
boleh menggunakan pembelajaran koperatif seperti yang disarankan oleh Slavin (2006). Setiap
kumpulan pelajar ini mesti disertai oleh pelbagai kaum, secara tidak langsung interaksi positif
akan berlaku antara para pelajar pelbagai kaum. Melalui konsep pembelajaran ini, pelajar
akan terlibat secara langsung dan lebih aktif dalam proses pembelajaran yang berbentuk
hands-on dan minds-on. Konsep ini dilihat mampu membawa sinar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan juga mengeratkan hubungan pelajar yang terdiri daripada kaum yang
berbeza.

c. Konteks Penerapan Nilai dalam Kursus Hubungan Etnik


Kursus Hubungan Etnik di IPT dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai
kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang
lebih

seimbang.

Kerajaan

menekankan

betapa

pentingnya

pendidikan

ini

dalam

mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar. Antara penerapan nilai yang terdapat dalam
kursus ini ialah nilai individu, nilai politik, nilai sosial dan kemasyarakatan dan nilai intelek.
Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai ini mempunyai signifikannya dalam
memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Hal ini akan
dapat membantu mereka memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan
kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan
dan semangat bermasyarakat. Dalam konteks politik, nilai politik seperti, patriotisme, demokrasi
dan kepemimpinan perlu diamalkan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk ini. Oleh itu
kita boleh mengatakan bahawa, kurikulum Hubungan Etnik yang dibentuk memberi penekanan
kepada unsur nilai ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat
memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat
pelbagai etnik di negara ini. Dalam konteks masyarakat, penerapan nilai ini ialah proses
menanam, memupuk dan mengembangkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka.
Oleh itu, penekanan kepada unsur nilai kemasyarakatan dan nilai politik ini akan dapat
membantu meningkatkan integrasi kaum dalam kalangan pelajar di negara ini sejak peringkat
awal lagi. Ringkasnya penerapan nilai dalam kurikulum Hubungan Etnik sama ada daripada
aspek kemasyarakatan mahupun politik dilihat sebagai landasan terbaik dalam melahirkan
pelajar yang memahami pentingnya integrasi dalam masyarakat berbilang kaum ini.

d. Memahami Konsep Akomodasi


Semasa mengikuti kursus ini, pelajar IPT akan memahami konsep akomodasi.
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup
masing-masing (Shamsul Amri Baharuddin, 2009). Konsep ini adalah amat penting bagi pelajar
IPT terutamanya kepada pelajar tempatan. Hal ini kerana, konsep ini begitu meluas diamalkan
di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan
harmoni. Maka, perkara ini akan memberi kesedaran kepada pelajar IPT mengenai pentingnya

menghormati budaya dan kaum lain. Ia penting kepada pelajar IPT bagi mewujudkan satu
identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan dan juga sosial.
Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan
kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain; sebaliknya, meraikan kepebagaian yang
ada di Malaysia seperti dalam Sambutan Hari Kemerdekaan.

e. Memahami pembentukan masyarakat pluralistik


Kursus ini membincangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat pluralistik di
Malaysia. Iait, sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada
orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan
abad ke-19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan
orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah
penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang
mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bangsa dan cara hidup yang berlainan.
Dengan ini, pelajar akan memahami bahawa persefahaman dan hubungan etnik yang baik
antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India dapat mewujudkan kehidupan yang harmonis.
Keharmonian inilah mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British. Maka
pelajar IPT akan memahami tentang pentingnya perpaduan antara kaum untuk mewujudkan
keadaan yang harmonis dalam negara.

f. Memahami Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi


Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ini tidak
bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. Dalam bidang ekonomi, faktor
yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi
ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana
mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Di sini, pelajar IPT
akan memahami bahawa kerajaan menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan
kepentingan setiap kumpulan etnik di Malaysia. Maka pelajar akan mengetahui kepentingan
menjaga aspek keharmonian dan bekerjasama antara kumpulan etnik dalam negara kita.
Perselisihan faham tentang konsep ini boleh membawa rusuhan kaum paling berdarah dalam

tahun 1969. Peristiwa tersebut berpunca daripada pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi
berdasarkan etnik.
g. Memahami Kerjasama Politik Dalam Hubungan Etnik
Semasa mengikuti kursus ini, pelajar IPT akan memahami bahawa kerjasama etnik
yang erat antara kaum dapat melahirkan negara yang stabil dalam aspek politik. Perkara ini
dapat dilihat dengan jelas apabila kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC membawa kejayaan
besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu. Piihan Raya Persekutuan 1955,
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi Majlis
Perundangan Persekutuan yang dipertandingkan. Perkara ini akan menjadi iktibar kepada
pelajar IPT bahawa kerjasama yang erat antara kaum memberikan hasil yang positif iaitu
kemenangan dalam politik. Maka, pelajar akan mempunyai mentaliti bahawa kerjasama antara
kaum dapat memberikan impak yang baik dalam aspek politik dan mereka akan mengikut jejak
perkara ini pada masa depan.

h. Memahami Konsep Perlembagaan dan Sejarah Pembentukannya


Dengan mengikuti kursus ini, pelajar dapat mengenali konsep perlembagaan. Setiap
negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabian politik serta sistem pemerintahan
negara yang cekap lagi adil. Keperluan sesuatu perlembagaan menjadi lebih ketara dalam
sesebuah negara yang berbilang etnik seperti negara kita. Dengan ini, pelajar akan mengetahui
kepentingan adanya Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan sesuatu rangka politik,
ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Perlembagaan merupakan suatu perkara yang perlu diketahui oleh semua warganegara
Malaysia. Seseorang yang memahami dan menghayati Perlemabagaan negara kita maka tiada
rusuhan kaum akan berlaku di negara kita. Pelajar IPT akan mempunyai jati diri iaitu
memelihara dan menjaga keamanan dan kedaulatan negara dengan mematuhi Perlembagaan
sedia ada.
Dalam

Perlembagaan

Malaysia

terdapat

unsur-unsur

tradisi

seperti

Bahasa

Kebangsaan, Agama Persekutuan, keduduka istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur ini diperlukan untuk negara kita yang
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum untuk mengelakkan perselisihan faham antara
kaum. Dengan ini jelaslah bahawa hak Istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama

persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuh. Di sini,
pelajar akan mengetahui bahawa permuafakatan antara masyarakat amat diperlukan bagi
menjaga kedaulatan negara. Maka, mereka akan merujuk kepada Perlembagaan jika terdapat
isu-isu yang

boleh mengakibatkan rusuhan kaum. Dengan ini pelajar akan melahirkan

perasaan cinta akan tanah air apabila mereka mempunyai jati diri untuk mempertahankan
keamanan negara kita.

Perkara-perkara yang perlu dibaiki


Walaupun terdapat beberapa kejayaan seperti yang dibincangakan tadi namun masih
terdapat ruang yang luas untuk memperbaiknya lagi. Berdasarkan masalah-masalah berikut,
saya telah mengemukakan beberapa saranan untuk mengatasinya. Antaranya ialah:

a. Anjakan paradigma pedagogi Hubungan Etnik


Perubahan masa menuntut pensyarah yang mengajar kursus ini lebih berinovasi dan
kreatif dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini perlulah diajar dalam
konteks yang menyeronokkan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah dimasukkan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah boleh mengambil beberapa pendekatan seperti
mengadakan aktiviti drama, perbincangan, lawatan dan mengadakan temu bual. dalam usaha
menarik minat pelajar kepada subjek Sejarah. Pedagogi berkaitan integrasi kaum juga perlu
dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh agar dapat diserapkan dalam kursus ini dengan
lebih berkesan. Pemahaman yang jelas diperlukan agar pelajar-pelajar IPT akan turut
berperanan dalam mencapai matlamat integrasi ini.

b. Latihan Pensyarah kursus Hubungan Etnik


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melatih lebih ramai pensyarah yang berminat
untuk mengajar kursus ini (Pemilihan calon-calon perlulah berlatar belakangkan kepada minat
yang mendalam terhadap kursus ini). Hal ini penting agar mereka yang terpilih dan dilatih kelak
akan dapat melahirkan pelajar yang dapat menghayati isi kandungan yang terdapat dalam
kursus ini.. Pihak KPM perlulah merangka dan menyediakan lebih banyak kursus dalam
perkhidmatan kepada pensyarah berhubung dengan kepentingan kursus ini dalam memupuk
integrasi kaum di negara ini. KPM juga perlulah memberi penekanan kepada aspek psikologi

dan motivasi dalam kalangan pensyarah kursus ini agar mereka dapat bersaing antara satu
sama lain. Nilai dan kepentingan kursus ini perlulah dipertahankan. Mereka yang terpilih untuk
mengajar kurikulum ini perlulah memahaminya secara holistik dan komprehensif, dan bukannya
secara selected.

Melalui cara ini, pensyarah kursus ini dapat memahami dan menyelami

hasrat dan aspirasi yang ingin dicapai oleh kerajaan. Kurikulum ini juga perlu ke arah
memperkenalkan jati diri dalam kalangan pelajar, semangat patriotik, membina negara bangsa
serta meningkatkan lagi unsur perpaduan kaum yang sedia terjalin. Melalui kefahaman dan
usaha memperkasakan elemen ini akan dapat membantu hasrat kerajaan merealisasikan
hasrat 1 Malaysia.

Penutup
Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah
tiada jalan noktahnya. Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan
hasrat ini. Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun
badan-badan bukan kerajaan. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai
etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh
perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini. Langkah kabinet untuk membentuk
sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum Sejarah dianggap
satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat Malaysia,
semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik noktahnya. Untuk itu,
semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu
sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi
kepentingan etnik masingmasing. Kita tidak mahu isu dan dilema perpaduan ini akan terus
menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun yang akan datang. Gagasan 1 Malaysia
yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Sri 4 Mohd Najib Tun Razak telah
membuka lembaran baru ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai
etnik di negara ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan
dalam merealisasikan hasrat ini.
Konklusinya, subjek Hubungan Etnik wajib ditambah dalam kurikulum pelajaran sejak
sekolah rendah. Subjek ini perlu dijadikan sebagai subjek teras terhadap murid sekolah rendah
mahupun menengah sebagai satu motivasi dalam mengeratkan perpaduan antara kaum. Hal ini
kerana melalui penambahan kurikulum subjek ini akan dapat memupuk semangat perpaduan

antara kaum dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah
melentur buluh biar dari rebungnya.Ini bertepatan dengan penyerapan sejak kecil kepada
murid-murid lebih berkesan berbanding kepada orang dewasa kerana mereka mudah dibentuk
dan mengikut nilai-nilai apa yang ditunjukkan. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri murid dapat
dijadikan satu penunjuk arah dalam bergaul dengan bangsa lain dalam mengeratkan hubungan
antara kaum yang berbagai-bagai bangsa etnik. Subjek ini amat penting kerana dapat
memberikan erti sebenar tentang kepentingan dalam membina hubungan antara berbilang
kaum. Penerapan yang dilakukan akan mewujudkan masyarakat di mana proses menguatkan
tali perpaduan etnik yang terdapat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai