Anda di halaman 1dari 6

Laporan Ahli Jawatan Kuasa

Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran


Kelas: T3 SN
Jawatan: AJK Fotografi

Sebelum
Sebelum mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, kami telah memilih ahli
jawatan kuasa untuk mengetuai dan melaksanakan program ini dengan berjaya. Saya
telah dipilih sebagai AJK Fotografi. Saya telah mengambil gambar mesyuarat tersebut
untuk tujuan pendokumentasian. Saya mencuba untuk mendapatkan kamera daripada
bilik Mikro tetapi kamera-kamera yang ada di bilik tersebut digunakan untuk acara
sukan. Maka, saya telah menggunakan kamera telefon bimbit saya untuk mengambil
gambar untuk dokumentasian.
Semasa
Semasa

mengadakan

BIG,

saya

telah

mengambil

gambar

bagi

setiap

perkara.Contohnya seperti destinasi ke sekolah sasaran kami iaitu SJK(T) Tun


Sambanthan, ceramah, kelas-kelas sekolah tersebut dan sebagainya. Penggambilan
gambar-gambar ini dapat digunakan unuk tujuan dokumentas dan juga sebagai
kenangan manis.
Selepas
Selepas kami pulang dari sekolah, saya telah memberikan gambar-gambar yang
diambil kepada rakan kelas saya supaya mereka dapat mengunakan untuk membuat
laporan dan dokumentasi serta sebagai kenangan.

Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran


Kelas: T3SN
Penilaian Kendiri
Saya Jagathis A/L Ravi Chandran telah melaksanakan program Bina Insan Guru
(BIG) Fasa 5 di SJK (T) Tun Sambanthan. Dalam fasa ini, kami dikehendaki membuat
penanda arasan terhadap sesuatu sekolah harapan. Kami telah memilih SJK (T) Tun
Sambanthan sebagai sekolah pilihan dan melaksanakan lawatan kami pada hari 1 Mac
2015 pada pukul 8 pagi.
Saya telah mendapat pelbagai faedah daripada program ini daripada permulaan
program hingga ke akhir program. Pertamanya, saya telah mempelajari kepentingan
sifat kerjasama. Setelah diumumkan tentang program ini, kami telah membahagikan
tugas dengan memilih Ahli Jawatan Kuasa. Saya dengan rakan sekelas saya, dapat
merancang program ini dengan baik kerana kami masing-masing melaksanakan
tugasan yang diberikan. Perkara ini adalah penting bagi setipa jiwa guru kerana sifat
kerjasama akan membawa muafakat dan juga kejayaan dalam apa yang kita buat.
Seterusnya, saya telah mempelajari sifat sanggup menerima apa-apa juga
tugasan. Saya telah diberikan tugasan sebagai AJK Fotografi dan saya telah menjadi
sebagai AJK fotografi dalam banyak program. Saya ingin mencuba untuk AJK lain
supaya saya dapat menimba pengetahuan dan pengalaman. Akan tetapi, saya memang
dapat tugasan sebagai AJK Fotografi. Walaupun begitu, saya menerimanya dengan hati
yang terbuka dan melaksanakan tugasan saya dengan baik.
Selain itu, saya juga mempelajari tentang ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu
sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Sekolah
tersebut mempunyai pelbagai sistem yang teratur dan dijalankan dengan lancar
sehingga kini. Antara sistem yang diamalkan dalam sekolah tersebut ialah sistem
punch card. Sistem ini adalah untuk memastikan semua pelajar hadir ke sekolah dan
mengelakkan les ponteng sekolah. Sekolah tersebut juga mempunyai susunan meja

yang bercirikan kelas abad ke-21. Warna meja sekolah tersebut adalah warna-warni
dan ia dapat menarik minat murid untuk belajar di persekitaran tersebut. Kelas tersebut
dipenuhi dengan alat bantu mengajar yang dihasilkan sendiri oleh murid. Ini dapat
melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan juga memupuk semangat dalam kalangan
pelajar untuk minat membaca kerana ia merupakan hasil mereka. Perkara-perkara
seperti ini akan saya laksanakan di sekolah saya pada masa depan untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga secara holistik.
Tambahan pula, ceramah yang diberikan oleh Guru besar sekolah tersebut
memberikan semangat keguruan kepada diri saya. Beliau telah menyedarkan saya
tentang kepentingan menjadi guru yang dapat mengkorban apa-apa sahaja demi
kebaikan generasi yang akan datang. Beliau mengatakan sebagai seorang guru yang
professional, kita tidak harus mementingkan wang dan ganjaran bagi memberikan ilmu
kepada anak murid kita. Beliau juga mengatakan bahawa seorang guru mempunyai
kuasa untuk menjana ataupun menghapuskan generasi yang akan datang. Di sini, saya
menyedari betapa pentingnya profesion keguruan dalam satu negara. Saya berasa
sangat bersyukur untuk menjadi guru dan saya beriltizam untuk menjadi guru yang
professional dan melaksanakan tugasan saya dengan penuh dedikasi.
Selain itu, sekolah tersebut tidak menanggung kos yang tinggi untuk
memperolehi meja dan kerusi yang berwarna-warni dan rak buku yang besar. Mereka
hanya menggunakan cat untuk mewarnakan meja dan kerusi serta membaiki rak dan
almari yang uzur. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya fikiran kreatif dan kritis, kita
dapat melaksanakan tugas yang susah dengan mudah dan juga dapat mengelakkan
perbelanjaan yang tinggi. Di sini, saya mempelajari untuk berfikir secara kreatif dan
kritis supaya, saya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dengan tidak mengeluarkan
perbelanjaan yang tinggi.
Konklusinya, saya telah menimba banyak pengetahuan dan juga pengalaman
yang baru melalui program ini. Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih
kepada pensyarah saya Cik Joyce Ong Choon Kim, pihak sekolah dan juga rakan
sekelas saya yang memberikan kerjasama untuk menjayakan program BIG Fasa ke-5
ini.

Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran


Kelas: T3SN

Laporan Reflektif
Saya Jagathis A/L Ravi Chandran telah melibatkan diri dalam program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 5. Kami dikehendaki membuat lawatan ke sebuah sekolah
harapan untuk membuat penanda arasan dan kami telah memilih SJK (T) Tun
Sambanthan. Lawatan telah diadakan pada hari 1 Mac 2015 pada pukul 8 pagi. Sya
telah memperolehi banyak manfaat dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
membincangkan tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang saya
hadapi semasa melaksanakan program ini.
Kekuatan yang saya perolehi semasa mengadakan BIG Fasa ke-5 ini ialah saya
dapat mengenali perkara-perkara yang baru yang dapat dilaksanakan di sekolah demi
kebaikan murid. Contohnya, sistem punch card, susunan meja bercirikan kelas abad
ke-21 dan sebagainya. Kesemua ini merupakan idea-idea yang telah saya perolehi
sepanjang melaksanakan program ini.
Selain itu, kekuatan saya ialah saya dapat melaksanakan tugas saya dengan
sempurna. Saya mendapat tugas sebagai AJK Fotografi. Saya telah mengambil
gambar-gambar yang diperlukan untuk membuat dokumentasi dan laporan. Selepas
saya melaksanakan tugas ini saya telah memberikan gambar-gambar yang ditangkap
kepada rakan sekelas saya. Maka, sempurnalah tugasan saya dan saya dapat berpuas
hati dengan tanggungjawab saya sebagai AJK Fotografi.
Tambahan pula, kekuatan yang saya perolehi ialah berani tampil ke hadapan
untuk memberi pandangan saya terhadap sekolah tersebut. Saya diberi peluang untuk
memberi pandangan saya terhadap sekolah tersebut. Saya memberanikan diri untuk
tampil ke hadapan guru-guru dan guru besar sekolah tersebut untuk memberi
pandangan saya. Ini merupakan kekuatan saya yang diperolehi semasa melaksanakan
program ini.

Kelemahan yang saya perolehi semasa melaksanakan program ini ialah saya
telah memandang rendah terhadap sekolah tersebut setelah melihat persekitaran dan
bangunan sekolah tersebut. Hal ini kerana, bangunan sekolah tersebut kelihatan lama
dan persekitaran sekolah tersebut adalah seperti kampong. Tetapi, organisasi dan
kualiti pengajaran sekolah tersebut memang terbaik. Sekolah tersebut mendapat
kedudukan pertama di daerah tersebut. Saya memperolehi pengajaran supaya tidak
memandang rendah orang lain dengan hanya melihat sifat luaran.
Selain itu, kelemahan seterusnya ialah saya tidak menggunakan kamera yang
baik untuk menangkap gambar. Saya hanya menggunakan kamera yang terdapat
dalam telefon bimbit sahaja. Hal ini kerana, saya tidak memperolehi kamera daripada
bilik mikro dan saya sendiri tidak mempunyai kamera yang baik. Selepas ini, saya harus
membeli kamera yang baik untuk menagkap gambar.
Peluang yang saya dapat semasa melaksanakan program ini ialah saya dapat
tugasan sebagai AJK Fotografi. Dengan ini, saya dapat menyumbangkan rakan sekelas
saya dengan memberikan gambar-gambar yang telah ditangkap untuk membuat
dokumentasi.
Selain itu, saya juga mendapat peluang untuk melawat sekolah harapan tersebut
dan dapat mempelajari perkara-perkara yang baru seperti yang dinyatakan tadi. Saya
akan menggunakan pengetahuan ini untuk kegunaan masa depan. Saya berasa sangat
bersyukur kerana mendapat peluang untuk melawat sekolah yang mempunyai prestasi
tinggi dalam aspek pendidikan.
Ancaman yang saya hadapi semasa melaksanakan program ini ialah saya tidak
mendapat kamera yang baik untuk menangkap gambar untuk menyempurnakan
tugasan

saya

sebagai AJK Fotografi. Pelaksanaan

sukan di kampus saya

menyebabkan saya tidak memperolehi kamera di bilk mikro. Walaubagaimanapun, saya


dapat menguruskan diri dengan menagkap gambar menggunakan kamer telefeon
bimbit.

Akhirnya, cadangan penambahbaikkan yang perlu saya cadangkan ialah AJK


Tertinggi harus berhubung dengan pihak sekolah dengan secepat mungkin untuk
memperoleh kelulusan untuk mengadakan lawatan supaya tidak terlewat daripada
rancangan. Ini menyebabkan, rakan sekelas dan saya tidak memperolehi peruntukan
daripada IPG Kampus Pulau Pinang kerana menghantar kertas kerja dengan lambat. Ini
merupakan tindakan yang harus diperbaiki oleh rakan sekelas saya termasuk saya.

Anda mungkin juga menyukai