Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II.

Ini bertujuan menyemai

kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh
dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Sistem pendidikan di Malaysia bukan
sahaja menekankan kepada pemerolehan ilmu tetapi menerapkan juga kemahiran berfikir
kepada para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, pelajar yang
dilahirkan nanti akan mempunyai kematangan berfikir dalam menghadapi cabaran kini dan
masa depan kelak. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat tersebut, maka proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan pelajar.
Para guru haruslah merancang pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif dengan melibatkan
pelajar sepenuhnya. Dengan demikian, ia mendorong para guru Sejarah untuk mengubah corak
pengajaran mereka daripada bersifat kaku, iaitu dengan meluahkan fakta-fakta sejarah kepada
menjadikan mata pelajaran Sejarah itu hidup. Ini bermakna para pelajar akan terlibat secara
aktif untuk meneroka tentang masa lalu dan mengaitkannya dengan hakikat masa kini.
Para pelajar pula perlu difahamkan bahawa setiap permasalahan yang berlaku pada masa kini
atau masa akan datang hanya boleh diketahui melalui peristiwa-peristiwa masa lalu, dan corak
pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru Sejarah akan memberi pengaruh penting kepada
kualiti pengajaran Sejarah di sekolah. Sesungguhnya pendidikan sejarah bukanlah sebagai
sesuatu yang membincangkan tentang masa lalu dan hanya terikat kepada tarikh,
masa,peristiwa dan hafalan fakta semata-mata, malah ia hendaklah dijadikan sebagai
pemangkin kepada pembangunan diri manusia yang merangkumi aspek, rohani, jasmani,
intelek dan emosi sebagaimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan
menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada minda
pelajar bahawa ia bukanlah satu subjek yang membosankan, malah mereka dapat mengetahui
bagaimana menghargai sejarah zaman dahulu hingga sekarang.
Oleh itu, guru-guru harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Dalam
tugasan ini, saya telah mengkaji tentang empat kaedah pengajaran yang proaktif yang akan
memberi kesan yang positif untuk mengajar Sejarah kepada murid-murid Tahun 4. Antaranya
ialah kaedah inkuiri penemuan, kaedah pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer,
Teori Kecerdasan Pelbagai dan juga kaedah kontekstual. Dalam ini kajian saya menganalisa
bahawa bagaimana kaedah-kaedah ini dapat diaplikasikan dalam kurikulum tersebut.

PENUTUP
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran
sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk
semangat patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan bagi menarik minat
dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.
Dengan mengaplikasikan teori-teori tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,
masalah sukar mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Terdapat
pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran.
Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai agar penyampaiannya
lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakansebagai kaedah
terbaik. Beberapa faktor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu
kaedah itu lebih berjaya dan berkesan.
Dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut guru boleh memupuk minat dalam kalangan
murid untuk mempelajari Sejarah. Selain itu, murid juga akan meningkatkan kemahiran berfikir
mereka jika guru melaksanakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Selain itu, murid juga dapat
menguasai pemahaman yang dalam tentang sesuatu tajuk jika mereka melibatkan diri secara
langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, murid akan membuang
pemikiran yang negatif terhadap matapelajaran Sejarah sebagai matapelajaran yang
membosankan.
Konklusinya, guru merupakan insan yang paling penting bagi menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru Sejarah di sekolah rendah harus bersikap
proaktif dalam mempelbagaikan kaeddah pengajarannya supaya murid dapat menikmati
matapelajaran tersebut dengan lebih seronok dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai